Friday, November 18, 2011

My First Time: Sambut Kelahiran Anakku Muhammad Afif Haiqal


Sebenarnya Isteri aku bersalin agak lewat. Iaitu lewat 9 hari dari due date yang dijangkakan doctor. Dalam menantikan kelahiran anak pertama, aku gembira dalam chuak. Gembira kerana aka nada anak yang akan menyerikan kehidupan aku dan Isteri. Chuak kerana ‘this is my first time’, aku langsung tak tahu apa yang akan jadi dan apa yang perlu aku buat.

Oleh sebab itu aku amik cuti seminggu bila Isteri aku dah dekat nak due. Seminggu lah aku jadi driver kehormat kepada bini aku. Dalam dok driving chuak jugak, pasal ada dengar banyak kes bersalin dalam kereta. Takut jugak. Tapi Alhamdulillah, tak jadi camtu.

Bila dah lebih due seminggu, 3 Nov 2011, jam 7.30pagi aku hantar Isteri aku ke wad bersalin PPUM seperti yang diarahkan doctor. Masuk je wad tu, cam biasa la Isteri aku disarungkanlah pakaian seragam pesakit. Tapi masih tiada tanda-tanda mahu melahirkan anak lagi masa tu.

‘Apa yang akan jadi lepas ni? Sampai bila akan di tahan??’

‘Oleh sebab Isteri awak tiada kontraksi lagi. Maka kita akan induce pertama kali. Kalau tiada lagi kita akan induce kali kedua. Jika semua ok, buka elok semua mungkin akan ikut langkah biasa. Jika ada buka sikit, dan kita boleh pecahkan air kutuban, kita akan buat. Kalau x juga terpaksalah kita buat operation’

Panjang explaination dari doctor bila aku tanya.

Dari 7.30 pagi aku dah kat hospital. Saat ke saat berlalu, minit ke minit pergi dan jam ke jam bersilih ganti. Masih lagi tiada bukaan. Ada kontraksi. Tak sampai hati melihat isteri aku menanggung sakit. Induce kali ke-2 pun sudah.

Jam sudah menunjukkan 9.30 malam, kesian melihat ibu mertua  aku dari pagi bersama aku menunggu. Aku suruh dia balik dahulu ngan kakak ipar aku. Apa-apa hal aku akan hubungi mereka. Maklumat terkini bukaan baru 3cm. Biasanya lambat lagi nak sampai ke 10cm. 

Tinggal aku seorang bersama suami-suami lain yang menunggu isteri memasing. Seorang demi seorang bayi dan ibu ditolak keluar wad, mereka telah selamat bersalin. Isteri aku belum lagi.

Dalam kepenatan aku terlena beberapa kali dan entah jam berapa. Kira-kira jam 1.15 pagi, 4 Nov 2011, seorang nurse kejutkan aku supaya melihat anak. Dalam mamai aku gembira dengar isteri aku telah bersalin.

‘Jom ikut saya, tengok anak kamu. Cepat azan kan dia. Nak angkat ke?’

‘Biar lah dia di bawah. Tak berani nak angkat’

Jawab aku bila nurse tanya pasal nak dukung ke tak anak aku. Dalam keadaan mamai aku memang tiada keberanian untuk dukung anak aku yang baru berusia lebih kurang sejam pada masa tu.

‘Baby lahir jam 12.02pagi, 4 Nov 2011. Berat baby 3.21kg’


 Hari pertama.

Saat pertama membuka mata melihat dunia.

Terang nurse pada aku. Aku iyakan aje. Pada masa tu aku hanya menatap wajah comel anak aku yang baru lahir. Iras isteri aku. Tinggi ikut aku kot.

Lepas dimasukkan ke wad kira-kira jam 5.00pagi barulah aku mendukung anak aku buat kali pertama.
Memang terharu bila buat pertama kali aku menatap wajah kecil anak aku. Hati amat gembira bila mendapat
tahu isteri dan anak aku selamat. Alhamdulillah.

Melihat anak aku membesar setiap hari adalah suatu nikmat yang tidak terkata bagi aku. 

Pengalaman menanti kelahiran anak sulung aku juga amat bererti dalam hidup aku. Menandakan bermulanya satu era baru dalam hidup aku. Dari seorang suami kepada seorang bapa.

Semoga Muhammad Afif Haiqal menjadi anak yang soleh serta hormat pada ibu bapa dan orang tua. Moga sayangku menjadi orang yang berguna kepada masyarakat.

Terima kasih, Isteriku. Semoga cinta yang kita sulamkan selama ini kekal selamanya.
 




27 Pandangan Kekawan:

bujal X said...

welcome to fatherhood~~he~~

tasekM said...

tembamnya pipi...

:)


.

she-G said...

tahniah...same tarikh dgn adik saya laa...hahaha...normal eh??pale ade bonjol sket mase kecik tu mgkin sbb teran tak brapa pndai (ni ikut pengalaman saya sendiri la) lau skali teran kua...pale die bulat lawa.tp tak pe..dah ebsar kam elok je.tak kekal pun kan...induce..aduiii sakittt...rasanya lagi sakit sbb induce tu dari nak teran baby tau..syukurlah..isteri anda sorang yang berani.berani mngadai nyawa demi seorang nyawa baru buat anda :)

Marina Monroe said...

Alhamdulillah..
Menyambung zuriat dan memegang dan melaksanakan amanah dan perintah Allah SWT..

jedi said...

@bujal X
thanks you...

jedi said...

@tasekM
mmg tembam....nama manja pun bam-bam...hahhahaha

jedi said...

@she-G
Lekuk tu da hilang skang....syukur dua-dua selamat....

jedi said...

@Marina Monroe
Tue la saya doakan begitu lah Aunty..

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah..tahniah!!

comel bby tu..cute!!rasa nak gomol pipi dia..

eMMe said...

cam lebih kurang cite adik ipar saya bersalin 14.11 ari tu, bajet 11.11, tapi sebab jalan tak buka lagi, induce 2-3 kali gak, Alhamdulillah...tak jadi operate, tahniah kat jedi dah jadi bapa, doakan saya lepas ni....

Lya Colours said...

suka cium baby. wangiiii

Nazz@Purple said...

tahniah..semoga dia membesar sihat dan menjadi anak yang baik=)

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

Aolololooooo comeynye mula2 mata sepet astu mata bulat. :)

Selamat menjadi bapa yg bertoleransi :)

Aku menunggu giliran :/

aLeen aVriL said...

amik cuti seminggu tuh...

semangat betoi.

kasihibu said...

tahniah....
semoga menjadi bapa mithali...

Dr. Ben said...

comey!

HEMY said...

mamai2 ko azankan anak tu..betul ke ko azan? ntah2 ko nyanyi dangdut..ekekekeke...

chii said...

tahniah untuk kelahiran anak pertama..sgt comel..nasib baik gamba x boleh wat pape..kalo x..pipi dia jadi sasaran chii..ehehe

Arra Ahmad said...

Tahniah.wah,amik cuti seminggu..bagusnya..hehe

KhaiRin said...

tahniah!
semoga menjadi bapa yg baik
aminnnn

Masy said...

kemain lg pipi dia!

Lifesaver Hamzah said...

selamat tak tido malam broooooo...hahaha

Daddylicious said...

ini kalau dicubit2 mmg puas hati...hehe

Denaihati said...

tahniah

KoQ said...

tahniah....semangat betul dia..

armouris said...

info tentang berpantang selepas bersalin - Cara Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang

@xiiinam said...

Alhamdulillah.......
Tahniah....


**Jaga isteri dalam pantang elok-elok tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...