Friday, November 11, 2011

Isu : Remaja Terlanjur

Kalau kita tengok dalam paper. Banyak kes perlakuan sumbang atau maksiat yang berlaku dikalangan remaja belasan tahun. Yang leh kita katakan ingusan. Yang masih tak paham apa itu hubungan seks, kesan dan akibatnya. Apa yang mereka tahu keseronokan sahaja.



Dan apa yang lebih mengejutkan ada perlakuan ini di lakukan dalam rumah ibu bapa. Ada kes ianya disedari oleh ibu bapa tapi ianya amat terpencil. Di mana yang banyak adalah tanpa ibu bapa sedari. Apakah sebab gaya hidup masyarakat sekarang terlalu moden??
sekadar hiasan rupa. sumber : google.com


Mungkin zaman sekarang adalah berbeza dari zaman dahulu. Kalau di zaman aku sendiri, ma abah aku akan paksa anak-anak berada dalam rumah sebelum Maghrib. Dan siap mandi semua sementara menunggu semayang Maghrib. Kalau balik lambat sikit pun, sebab bermain bola di padang. Rotan akan menunggu. Dan akan hinggap di kaki.

Semua anak wajib berkumpul dan sembahyang berjemaah bersama. kecuali bagi alasan yang tak dapat dielakan. Contoh tinggal di asrama.

Tapi apa yang aku lihat pada zaman sekarang, berbeda. Pada waktu maghrib anak-anak masih lincah bermain di padang. Ada juga yang sibuk melepak dengan kekawan di mall-mall, panggung wayang dan sebagai nya. Ada sesetengah Ibu bapa tiada masalah selagi pulang sebelum jam 10 malam atau 12 malam. 

Kalau zaman dahulu, pukul 7 malam adalah maksimum waktu diluar rumah. Malam hanya waktu bersama keluarga dan menelaan ilmu dunia dan ilmu akhirat.

Dalam Islam sendiri ada menyatakan bahawa waktu siang dijadikan bagi umat Islam melakukan kerja dan waktu malam untuk tidur. Maaf aku tak ingat ayat penuhnya. Ini kerana biasanya syaitan adalah aktif pada waktu malam. Dan bila hanya dua orang lelaki dan perempuan bukan muhrim bersama pastinya akan ada syaitan yang menghasut seiring dengan nafsu yang menggelora.

Disini aku tidak ingin menyalahkan ibu bapa atau remaja itu sendiri. Tapi hanya berkongsi pengalaman aku sahaja, mungkin kita patut balik kepada agama Islam dan tatacara hidup masyakat Melayu Islam yang penuh dengan keindahan, kesopanan dan kesusilaan.




3 Pandangan Kekawan:

KhaiRin said...

mak pak jebnis x reti agama tu anak2 jd cm ni

knv said...

setiap hari memang kena ada at least satu waktu solat jemaah satu family. kena mulakan dari awal macam rasulullah suruh. biasakan dari 7 tahun. insyaallah by 10 tahun tu memang lekat la amalan solat kat budak2.

budak2 ni senang dilentur kalau start dari awal. yang payah actually part makpak nak istiqamah berjemaah dengan anak2.

semoga allah beri kita semua kekuatan untuk mendirikan solat.

told la hejauw said...

aku takot dgn zaman sekarang ni..cabaran dia kemaen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...