Showing posts with label seks. Show all posts
Showing posts with label seks. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Kerja Gila



Masanobu Sato pemegang rekod Dunia untuk rekod Onani Paling Lama iaitu 9 Jam 33 Minit. 




Siap dapat trofi tangan lagi tu. 


Serius memang keje gila depa ni. Tak buat menda mengarut memang tak sah.




Monday, May 14, 2012

Melekat Semasa Bersetubuh

 
 
 Kejadian berlaku di Nairobi,Kenya,seorang wanita telah berlaku curang terhadap suami nya,kisah ini bermula ketika wanita itu dan teman lelakinya sedang enak bersenggama dan asyik menikmati ,tiba tiba mereka dikejutkan dengan sesuatu yg tak diduga.

Mereka diserbu oleh suami dan orang ramai dalam keadaan zakar lelaki itu tersangkut dalam kemaluan perempuan dan tidak boleh dicabut serta disaksikan ratusan orang yg menunggu di luar bilik,menurut saksi yg di temubual,si suami telah lama mengetahui kegiatan isterinya itu,akibat sudah tidak tahan dengan perangai dan sikap isterinya itu,beliau telah mengupah seorang tukang sihir (voodoo)untuk menjampi pasangan itu,

Dalam kekecohan itu,si suami menuntut sejumlah gantirugi dan pampasan,setelah persetujuan diperolehi,maka si suami pun memanggil seorang paderi bagi memisahkan pasangan itu.Sebelum itu pihak polis telah cuba untuk mencabut,tetapi semakin kuat zakar lelaki itu ditarik,semakin kuat pula vagina wanita itu mencengkam hebat.
 




Heykawan : Sekadar renungan buat kita bersama.

Wednesday, November 23, 2011

Anak luar nikah : Bersama kita hindari


Terjebak pengaruh video, web lucah... 

Itu adalah tajuk berita harian 17 Nov 2011. Antara petikan dari artikel tersebut adalah sepeti berikut:


KUALA LUMPUR: Seramai 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan antara tahun 2008 dan 2010, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie.
Katanya, statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan Sabah mencatatkan kelahiran anak tak sah taraf tertinggi iaitu 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983), Sarawak (17,570), Johor (16,298) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095).

152,182 anak luar nikah atau tak sah taraf. Bukankah ini suatu angka yang membimbangkan?? Apakah yang patut kita lakukan??

Dalam untuk mengurangkan angka ini semua kena mainkan peranan dari individu, ibu bapa, guru-guru dan pemimpin. Setiap anggota masyarakat perlu peka dengan permasalahan ini. Bukan hanya menunding jari pada orang lain sahaja.

Keperibadian diri seseorang bermula dari rumah. Suasana dalam rumah memainkan peranan penting. Ibu bapa sebagai ketua rumah haruslah mewujudkan suatu suasana indah di rumah iaitu 'RUMAH KU SYURGA KU'. Jangan jadikan rumah sebagai neraka dunia.

Sebaiknya wujudkan suasana harmoni. Berikan perhatian yang adil bagi setiap ahli keluarga. Buangkan sikap pilih bulu. Komunikasi berkesan harus di tekankan. Ibu bapa harus tahu dengan siapa anak berkawan, kemana mereka pergi dan apakah masalah anak??

Jadikan anak sebagai teman atau kawan. Jangan gunakan kaedah pemerintah. Kalau kita berkawan dengan anak kita pastinya anak-anak tidak takut untuk berkongsi segala masalah mereka. Kerana mereka rasa lebih selamat dan selesa untuk berkongsi dengan kita. Seperti mana yang kita tahu, pengaruh utama remaja/kekanak adalah rakan sebaya. 

Jika kita berkawan dengan pembuat minyak wangi, bau harum akan melekat pada kita.  Dan begitu juga jika kita berkawan dengan pembuat arang, pasti ada kotoran yang akan melekat pada kita.

Dan janganlah kita terlalu kejam pada anak sendiri sehingga mereka takutkan kita. Pernah aku dengar cerita dari kawan dimana ada ibu bapa memarahi anaknya kerana anaknya mendapat 95% dalam satu mata pelajaran. Sedangkan yang lain semua 100%.


Masyarakat sekeliling juga perlu mainkan peranan, sikap suka jaga tepi kain orang perlu di buang. Tapi sikap menegakkan kebenaran perlu diterapkan. Sikap suka jaga tepi kain orang yang aku maksudkan di sini adalah sikap masyarakat yang suka mengumpat dan mengata bila seseorang melakukan kesilapan. Bahasa mudah nya perasaan hasad dengki dalam masyarakat perlu di buangkan.

Menegakkan kebenaran yang dimaksudkan adalah menegur anak-anak jiran setempat yang melakukan hal yang tak patut mereka lakukan. Contohnya, menegur pasangan yang berduaan dalam gelap. 

Bukan apa yang aku lihat, ada masyarakat hari ini melihat saja masyarakat melakukan kesalahan dan hal itu dijadikan bahan umpatan. Bila di tanya kenapa tidak tegur, ini jawapan nya ' Bukan anak aku. Lantaklah.'

Dan bila ada yang mengadungkan anak luar nikah, mereka juga lah yang sibuk menjaja cerita. Mengumpat sana sini. Menghentam habis-habisan.

Ada jugak ibu bapa yang pantang anak mereka ditegur. Pantang di ajar. Kalau jenis camni, kita tegur juga. Kalau mereka tidak ingin berubah terpulanglah pada mereka.

Hentikanlah sikap ini, kerana setiap orang melakukan kesilapan. Yang pentin kita hidup dalam masyarakat perlu lah saling hormat-menghormati dan perihatin antara satu sama lain. 

Yang salah ditegur, yang benar kita contohi.
Tapi apa yang penting dalam menangani masalah anak luar nikah ini bagi umat Islam seantero dunia adalah kembali lah kepada ajaran Islam yang sejati. Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup.


Sekadar berkongsi rasa dan pandangan. Sekian.

Wednesday, November 16, 2011

Tengah Main



Aku da paham kenapa orang kata teknik mengambil fotografi itu penting. hahahahah

Friday, November 11, 2011

Isu : Remaja Terlanjur

Kalau kita tengok dalam paper. Banyak kes perlakuan sumbang atau maksiat yang berlaku dikalangan remaja belasan tahun. Yang leh kita katakan ingusan. Yang masih tak paham apa itu hubungan seks, kesan dan akibatnya. Apa yang mereka tahu keseronokan sahaja.



Dan apa yang lebih mengejutkan ada perlakuan ini di lakukan dalam rumah ibu bapa. Ada kes ianya disedari oleh ibu bapa tapi ianya amat terpencil. Di mana yang banyak adalah tanpa ibu bapa sedari. Apakah sebab gaya hidup masyarakat sekarang terlalu moden??
sekadar hiasan rupa. sumber : google.com


Mungkin zaman sekarang adalah berbeza dari zaman dahulu. Kalau di zaman aku sendiri, ma abah aku akan paksa anak-anak berada dalam rumah sebelum Maghrib. Dan siap mandi semua sementara menunggu semayang Maghrib. Kalau balik lambat sikit pun, sebab bermain bola di padang. Rotan akan menunggu. Dan akan hinggap di kaki.

Semua anak wajib berkumpul dan sembahyang berjemaah bersama. kecuali bagi alasan yang tak dapat dielakan. Contoh tinggal di asrama.

Tapi apa yang aku lihat pada zaman sekarang, berbeda. Pada waktu maghrib anak-anak masih lincah bermain di padang. Ada juga yang sibuk melepak dengan kekawan di mall-mall, panggung wayang dan sebagai nya. Ada sesetengah Ibu bapa tiada masalah selagi pulang sebelum jam 10 malam atau 12 malam. 

Kalau zaman dahulu, pukul 7 malam adalah maksimum waktu diluar rumah. Malam hanya waktu bersama keluarga dan menelaan ilmu dunia dan ilmu akhirat.

Dalam Islam sendiri ada menyatakan bahawa waktu siang dijadikan bagi umat Islam melakukan kerja dan waktu malam untuk tidur. Maaf aku tak ingat ayat penuhnya. Ini kerana biasanya syaitan adalah aktif pada waktu malam. Dan bila hanya dua orang lelaki dan perempuan bukan muhrim bersama pastinya akan ada syaitan yang menghasut seiring dengan nafsu yang menggelora.

Disini aku tidak ingin menyalahkan ibu bapa atau remaja itu sendiri. Tapi hanya berkongsi pengalaman aku sahaja, mungkin kita patut balik kepada agama Islam dan tatacara hidup masyakat Melayu Islam yang penuh dengan keindahan, kesopanan dan kesusilaan.




Friday, November 4, 2011

pesta seks bebas

Pesta Seks Bebas akan dianjurkan pada 9Nov.

Ape ke hal nya? Cam da  xde benda lain nak di anjurkan. Kalo pun nak cepat glamor pun agak-agak lah. 

Cercari menda lain nak anjur pun. Anjur la Pesta Makan Karipap ke? Pesta Masak Kari ke? Pesta Tebar Jala ke? Kan ke lg best. 

Kekadang x paham ngan org cenggini. Sanggup wat ape saja. Bukan nak membantu membasmi masalah gejala sosial yang berleluasa tapi nak tingkat kan lagi masalah sosial.

Statistik tahun 2009, menunjukkan seramai 17303 anak luar nikah didaftarkan. Apakah angka ini masih belum cukup menggerunkan kita? Samalah kita renungkan. Bersama bersatu demi generasi masa depan. Agar tidak terpesong akidah dan rosak akhlak generasi umat Islam khasnya dan kaum Melayu umumnya.

Katakan TAK NAK pada Seks Bebas.

Friday, January 15, 2010

18sx

BOGEL
TELANJANG
ROGOL
SEKS
HOMO
GELI-GELI
LESBO
GAY




LUCAH
LUCAH
LUCAH
LUCAH
LUCAH




Ye ini entri LUCAH....Sudah-sudah la tue....Nak berlucah-lucah plak. Bawa bertaubat wei.

Ari ni ari jumaat wei. Jom kita beribadat. Hari-hari kita beribadat k. Jangan Hari Jumaat je nak ibadat.

Allah tidak pernah lupakan kita. Tapi kita sering lupakan Allah.

Begitulah aku.



Sekian terima kasih..





PSP: Maaf..........Blog ini untuk bacaan UMUM. Bukan 18 SX.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...