Showing posts with label anak luar nikah. Show all posts
Showing posts with label anak luar nikah. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

Anak luar nikah : Bersama kita hindari


Terjebak pengaruh video, web lucah... 

Itu adalah tajuk berita harian 17 Nov 2011. Antara petikan dari artikel tersebut adalah sepeti berikut:


KUALA LUMPUR: Seramai 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan antara tahun 2008 dan 2010, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie.
Katanya, statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan Sabah mencatatkan kelahiran anak tak sah taraf tertinggi iaitu 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983), Sarawak (17,570), Johor (16,298) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095).

152,182 anak luar nikah atau tak sah taraf. Bukankah ini suatu angka yang membimbangkan?? Apakah yang patut kita lakukan??

Dalam untuk mengurangkan angka ini semua kena mainkan peranan dari individu, ibu bapa, guru-guru dan pemimpin. Setiap anggota masyarakat perlu peka dengan permasalahan ini. Bukan hanya menunding jari pada orang lain sahaja.

Keperibadian diri seseorang bermula dari rumah. Suasana dalam rumah memainkan peranan penting. Ibu bapa sebagai ketua rumah haruslah mewujudkan suatu suasana indah di rumah iaitu 'RUMAH KU SYURGA KU'. Jangan jadikan rumah sebagai neraka dunia.

Sebaiknya wujudkan suasana harmoni. Berikan perhatian yang adil bagi setiap ahli keluarga. Buangkan sikap pilih bulu. Komunikasi berkesan harus di tekankan. Ibu bapa harus tahu dengan siapa anak berkawan, kemana mereka pergi dan apakah masalah anak??

Jadikan anak sebagai teman atau kawan. Jangan gunakan kaedah pemerintah. Kalau kita berkawan dengan anak kita pastinya anak-anak tidak takut untuk berkongsi segala masalah mereka. Kerana mereka rasa lebih selamat dan selesa untuk berkongsi dengan kita. Seperti mana yang kita tahu, pengaruh utama remaja/kekanak adalah rakan sebaya. 

Jika kita berkawan dengan pembuat minyak wangi, bau harum akan melekat pada kita.  Dan begitu juga jika kita berkawan dengan pembuat arang, pasti ada kotoran yang akan melekat pada kita.

Dan janganlah kita terlalu kejam pada anak sendiri sehingga mereka takutkan kita. Pernah aku dengar cerita dari kawan dimana ada ibu bapa memarahi anaknya kerana anaknya mendapat 95% dalam satu mata pelajaran. Sedangkan yang lain semua 100%.


Masyarakat sekeliling juga perlu mainkan peranan, sikap suka jaga tepi kain orang perlu di buang. Tapi sikap menegakkan kebenaran perlu diterapkan. Sikap suka jaga tepi kain orang yang aku maksudkan di sini adalah sikap masyarakat yang suka mengumpat dan mengata bila seseorang melakukan kesilapan. Bahasa mudah nya perasaan hasad dengki dalam masyarakat perlu di buangkan.

Menegakkan kebenaran yang dimaksudkan adalah menegur anak-anak jiran setempat yang melakukan hal yang tak patut mereka lakukan. Contohnya, menegur pasangan yang berduaan dalam gelap. 

Bukan apa yang aku lihat, ada masyarakat hari ini melihat saja masyarakat melakukan kesalahan dan hal itu dijadikan bahan umpatan. Bila di tanya kenapa tidak tegur, ini jawapan nya ' Bukan anak aku. Lantaklah.'

Dan bila ada yang mengadungkan anak luar nikah, mereka juga lah yang sibuk menjaja cerita. Mengumpat sana sini. Menghentam habis-habisan.

Ada jugak ibu bapa yang pantang anak mereka ditegur. Pantang di ajar. Kalau jenis camni, kita tegur juga. Kalau mereka tidak ingin berubah terpulanglah pada mereka.

Hentikanlah sikap ini, kerana setiap orang melakukan kesilapan. Yang pentin kita hidup dalam masyarakat perlu lah saling hormat-menghormati dan perihatin antara satu sama lain. 

Yang salah ditegur, yang benar kita contohi.
Tapi apa yang penting dalam menangani masalah anak luar nikah ini bagi umat Islam seantero dunia adalah kembali lah kepada ajaran Islam yang sejati. Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup.


Sekadar berkongsi rasa dan pandangan. Sekian.

Tuesday, November 8, 2011

Bayi : Berdosakah Mereka??

BAYI TONG SAMPAH.....Itu tajuk utama Harian Metro hari ini.




Dan semalam juga ada dalam Buletin Utama TV3, satu kes dimana bayi ditanam dibelakang rumah. Dan banyak lagi yang kita dengar kes-kes pembuangan bayi yang berlaku. Dan yang lebih sadis ada juga bayi yang di campak dari tempat di tinggi dan di bunuh. Apakah salah bayi ini? Apa dosa mereka?

Bayi dilahirkan suci dan bersih umpama kain putih. Dan kita, sebagai ibu bapa lah yang akan mencorakkan mereka.

Bayi yang dilahirkan adalah tidak berdosa. Kalau tidak inginkan bayi tersebut kenapa tidak diberikan kepada insan lain. Ramai pasangan suami isteri yang diluar sana yang menginginkan anak dan sedia mengambil anak angkat. Apa salah nya kalu diberikan kepada orang lain untuk dibesarkan??

Sekalipun bayi itu, bayi luar nikah. Ia tetap tidak berdosa. Yang berdosa adalah pasangan yang melakukan zina. Kenapa bayi yang tidak berdosa perlu menanggung akibat perbuatan kita?? Adilkah semua itu?? Menjatuhkan hukuman dengan tangan sendiri.

Berzina adalah dosa besar. Membunuh juga adalah satu dosa besar. Jadi kenapa di tambahkan minyak pada api yang membara. Sudahlah berzina satu dosa, dan ditambah pula dengan dosa membunuh. Tertanggungkah kita??

Kenapa kita seringkali lebih malu dengan manusia? Sehinggakan hilang rasa takut kepada Allah swt yang Maha Kuasa. 

Dan kenapa ada juga segelintir masyarakat kita memandang serong anak luar nikah? Kenapa dihukum anak itu. Seeloknya kita membantu anak itu supaya menjadi insan yang beriman, bertakwa dan berguna kepada masyarakat. Bukan caci dan maki.


Aku dan cinta hatiku, Muhammad Afif Haiqal

Aku juga bukan insan sempurna. Aku juga melakukan kesilapan. Entri ini aku taip bukan ingin menunjukkan aku alim. Tidak sama sekali. Sebab aku juga berdosa. Aku titipkan entri ini sekadar berkongsi rasa dan menyuarakan pandangan. Sekira aku silap maafkan aku.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...