Showing posts with label entah. Show all posts
Showing posts with label entah. Show all posts

Wednesday, December 30, 2009

Nama

Dulu-Dulu
  • Nama biasanya orang tua-tua akan letak ikut nama Para Nabi ke, Sahabat ke xpun ikut nama para ilmuan Islam yang masyur. Cam Yusof, Ibrahim.
  • Biasa orang dulu akan rujuk pada para Ustaz untuk bagi nama. Nama yang bawa maksud baik-baik saje. Sejuk je dengar.
  • Kekadang ada gak pendaftar sengal. Bila suh tulis ade pulak tersalah tulis. Kekadang maksud lari. Cam nak letak Zauki tapi gi tulisnya Sauki dek brader penulis tue. Jadi Sauki la sampai skang.


Skang
  • Letak nama nak gabungan dua tiga nama skali gus. Dua tiga perkataan beb. Memang susah nak sebut. Kalo nama popuan memang naya bakal suami dia nak sebut masa akad nikah. Contohnya kalo nama Suria Intan Delaila Farhana binti Masoud. Xke panjang nama tue???
  • Kekadang tue nama nak ke ala-ala omputih pun ade jugak da skang nie. Xpaham den.
  • Skang ni semua bapak dan mak kena isi. Xdenye orang nak tolong isi da.
  • Ada gak aku terbaca skang letak nama Malaikat cam Mikail. Hurm...Seb baik xletak Izrafil kan.


Apapun banggalah dengan nama yang diberikan. Sesungguhnya ia adalah amat bermakna dalam hidup ini.

PSP : Nama bukan sekadar panggilan semata tapi adalah doa. Setiap kata terlafaz adalah doa.
PSP 2 : Entri ini bukan untuk kontrobersi sekadar menceriakan blog dan berkongsi. Nama dan contoh itu bukanlah dirancang. Seandainya ada yang terasa aku mintak maaf. Tiada niat menjatuhkan sesape pun.
PSP 3 : Aku kebosanan....owhhhhh

Wednesday, December 16, 2009

Aku kamu

Aku mau kau disisiku
Aku mau kau dekat padaku
Aku mau peluk kau erat-erat

Kamu segalanya bagi aku
Tanpa mu aku lemah
Tanpa mu aku kalah

Hanya kamu yang aku mau
Aku tau aku insan berdosa
Banyak melakukan silap pada kamu
Tidak tau menghargai kamu

Tapi hakikatnya
Aku sayang kamu
Aku cinta kamu

Maafkan aku kerana menyakitimu
Ampunkan aku atas segalanya
Aku merayu pada mu

Biarkan aku tenang
Andainya ku tutup mata
Hanya satu ku mau kau tau
Hanya kau selamanya dihati ini
Tidak akan ku berpaling

Thursday, February 5, 2009

Aku x paham

Semalam aku tengok Buliten Utama dari pukul 8-9malam. Sejam tue. Buliten utama ni dari dulu lagi aku suke tngok kalo kat balik kampung bapak aku suke tengok Berita Dunia kat TV1. Aku pun slalu jugak join bapak aku. Aku perhatikan 2-3hari nie buliten utama asyik dok siar pasal Perak, Selangor dan Penang. Kecoh giler. Aku pun da x paham. Boleh dikatakan dari sejam berita tue dekat 25minit pasal politik. Semua pasal Perak, Selangor dan Penang. Dekat 42% isi kandungan dia pasal politik la leh dikatakan.

Dalam berita semalam aku tengok dok sibuk pasal Perak. Dok cite pasal katak-katak yang dok melompat lompat. Dengar cite ada 2ekor kata terima rasuah dan skandal seks. Aku pun xtau la kebenarnya betol ke tidak.

Tapi ape yang aku tak paham adalah untuk apa sebenarnya orang Melayu berpolitik???Adakah untuk perjuangan parti????Perjuangan bangsa???Perjuangan agama???atau perjuangan diri Sendiri???(Aku rasa banyak untuk perjuangan diri sendiri)

Ape perasaan orang Cina, India dan bangsa lain sekarang???Ape pendapat korang....Aku rasa diorang suma sedang gelak besar sebab bangsa Melayu dok gaduh sama sendiri. Kalo tengok Cina punye stail Diorang xkisah DAP ke MCA ke yang penting mereka perjuangkan hak orang Cina. Nak tolong orang Cina. Tapi kita??? Jangan la sampai Cina takluki negara kita pulak.

Aku bukan ape mungkin ada orang cakap 'Ah...Aku malas nak amik tau pasal politik'. Memang betul tapi dalam keadaan sekarang jika orang2 politik dok bertelagah. Dok lompat melompat. Dok xde pendirian. Sape kena efek nye???Bukan kita ke???Ekonomi tengah gawat bila politik camni bertambah la gawatnya. Apabila gawat kena buang kerja@gaji lambat masuk @ lain-lain??Camne nak bayar hutang bank, hutang keta, hutang umah, sewa umah, nak makan ape???

Aku tak nampak lagi sampai sekarang dalam berita yang dok nyatakan langkah kerajaan nak tolong orang yang kena buang kerja???Ada yang cakap balik kampung la bercucuk tanam. Kalo xde tanah camne???

Kurangkan pendatang asing memang la langkah yang bijak. Tapi berapa banyak membantu?? Akan banyak ke pluang kerja kosong???

Kan ke bagus kalo kita semua bersatu hati. Saling tolong menolong.

Peace No War
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...