Thursday, February 5, 2009

Aku x paham

Semalam aku tengok Buliten Utama dari pukul 8-9malam. Sejam tue. Buliten utama ni dari dulu lagi aku suke tngok kalo kat balik kampung bapak aku suke tengok Berita Dunia kat TV1. Aku pun slalu jugak join bapak aku. Aku perhatikan 2-3hari nie buliten utama asyik dok siar pasal Perak, Selangor dan Penang. Kecoh giler. Aku pun da x paham. Boleh dikatakan dari sejam berita tue dekat 25minit pasal politik. Semua pasal Perak, Selangor dan Penang. Dekat 42% isi kandungan dia pasal politik la leh dikatakan.

Dalam berita semalam aku tengok dok sibuk pasal Perak. Dok cite pasal katak-katak yang dok melompat lompat. Dengar cite ada 2ekor kata terima rasuah dan skandal seks. Aku pun xtau la kebenarnya betol ke tidak.

Tapi ape yang aku tak paham adalah untuk apa sebenarnya orang Melayu berpolitik???Adakah untuk perjuangan parti????Perjuangan bangsa???Perjuangan agama???atau perjuangan diri Sendiri???(Aku rasa banyak untuk perjuangan diri sendiri)

Ape perasaan orang Cina, India dan bangsa lain sekarang???Ape pendapat korang....Aku rasa diorang suma sedang gelak besar sebab bangsa Melayu dok gaduh sama sendiri. Kalo tengok Cina punye stail Diorang xkisah DAP ke MCA ke yang penting mereka perjuangkan hak orang Cina. Nak tolong orang Cina. Tapi kita??? Jangan la sampai Cina takluki negara kita pulak.

Aku bukan ape mungkin ada orang cakap 'Ah...Aku malas nak amik tau pasal politik'. Memang betul tapi dalam keadaan sekarang jika orang2 politik dok bertelagah. Dok lompat melompat. Dok xde pendirian. Sape kena efek nye???Bukan kita ke???Ekonomi tengah gawat bila politik camni bertambah la gawatnya. Apabila gawat kena buang kerja@gaji lambat masuk @ lain-lain??Camne nak bayar hutang bank, hutang keta, hutang umah, sewa umah, nak makan ape???

Aku tak nampak lagi sampai sekarang dalam berita yang dok nyatakan langkah kerajaan nak tolong orang yang kena buang kerja???Ada yang cakap balik kampung la bercucuk tanam. Kalo xde tanah camne???

Kurangkan pendatang asing memang la langkah yang bijak. Tapi berapa banyak membantu?? Akan banyak ke pluang kerja kosong???

Kan ke bagus kalo kita semua bersatu hati. Saling tolong menolong.

Peace No War

16 Pandangan Kekawan:

ciarexoxo (^_^)v said...

teman ni org perak yop! :) tp teman wat dunno jek. huhu. adekah aku rakyat yg dimurkai Sultan? tidakkkkk

vidadarisakura said...

politik kacaw!!!

pB said...

hari ni sari dok mengadap tb..
tengok berita

*pil.tahan.sakit* said...

buletin utama duk ulang citer perak, selangor ngan penang sbb drg sume parti pembangkang..

parti kerajaan ni kebanyakkan beli siaran berita kat tv and paper tu..drg ada hak..

cuba kalau parti pembangkang beli berit ni.. kes yg hampir sama juga bila berita tv asyik duk ulang citer politik kat negeri parti kerajaan

~0~ said...

cairexoxo
x kot. baginda gumbira aje.

vidadarisakura
kacaw bilau sudah

pB
btol2 mengikuti...tahniah

pil.tahan.sakit
tue la pasal. mana demokrasi??

miezi said...

seyesly, dgn ekonomi yg sgt tak stabil,aku sgt tidak mahu amek tahu politik malaysia yg sgt childish ni.

p/s: td aku tgk rtm, dari siang ke malam dok citer pasal perak. sama je kan, kalau dah nama TV.erk

Zaki said...

Pada yang suka lompat2 tu sedar diri sikit, mereka dok kat situ sekarang ni sebab rakyat yang pilih, jangan dok buat sesuka hati.

Monkey D Luffy said...

Melayu berpolitik semata2 hendak kuasa.

cina dan india nak untungnya... siapa melayu ada kuasa pasti mereka bersama.

melayu rugi

CIVIC Power said...

Ngape kmu pelik dan heran yoep.. nikan isu politik yg tengah bergolak cam abyor mendidih..
Teman slu amik tahu hal politik perak walupun teman x suke politik..

Moon said...

fuyyoh
berdegar2 ckp...
naik pecah gegendang telinga.

byk pulak tu fakta mathematic.
25 minit la, 42 peratus la.

agak pening la interpret.

wahaha.

Lina said...

mmg sakit ati tgk berita sejak akhir2 ni...ayat2 yg dibacakan meninggalkan kesan"berbulu" jek di hati...mmg "katak" yg melompat parti tu takde rasa malu lgsg, menderhaka rakyat yg undi diorg dulu...perjuangan utk diri sendiri je. Betul kata Tun M, jgn nak sibuk bentuk kerajaan baru je, tapi adun yg dilantik lgsg takde kualiti...mmg tak tahu malu lgsg!!

Yunus Badawi said...

Yang saya risau org Melayu jadi mcm Pak Kadok - menang sorak kampung tergadai.
ca ya nun alif jugak yg untung.

kay said...

wah..semangat nampak..hidup flyo..hehe

~0~ said...

miezi
memang menyakitkan hati

Abg Zaki
betol bang. mereka pecah amanah

Monkey D Luffy
bilakah akan bersatunya Melayu?

CIVIC Power
didih mendidih....panas

moon
sabar2

Lina
Memang btol kata Tun M.

Abang Yunus Badawi
Btol kata Abg YB. Tanah Melayu sudah banyak tergadai. Kerana 'gila kuasa'

Kay
Semoga kay panjang umur. semangat memperjuangkan hak melayu untuk tegook Melayu bersatu kembali.

ima said...

akak setuju sangat dengan flyo...

jembalangz said...

camtulah kalau muka tak malu..berjuang utk poket sendiri.jakun kalau sokong BN...Barisan najis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...