Thursday, February 12, 2009

Aku merepek (versi comeback)


Aku tengok buliten utama lagi ari nie. (Mesti korang bosan kan entri aku asyik pasal buliten utama je kan.) Cam biasa ari nie tetap masih ada berita pasal Perak. Xabes2 lagi. Cuma ari nie pasal perlantikan 3penasihat MB yang baru di lantik. DAP wat report.

Pape je la. Korang nie memang xkan abes dok bergaduh sama sendiri rakyat gak jadi mangsa. Aku malas nak layan. Aku cuma nak tengok orang Melayu dan Islam bersatu. Papepun entri aku bukan nak sentuh pasal Perak ke, BA ke BN ke Roket ke Kepala Kerbau ke.....



Tapi ape yang menarik minat aku ari nie adalah pasal Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Aku xsetuju sangat ngan cadangan ini. Bagi aku banyak lagi cara nak meningkatkan tahap Bahasa Inggeris. Dan ini bukan cara yang terbaik. Bagi aku lebih baik cuba tekankan kaedah Pengajaran Bahasa Inggeris itu sendiri dan meningkatkan kaedah pengajaran guru-guru bagi menarik perhatian pelajar belajar bahasa Inggeris. Contohnya dengan menganjurkan English Camp untuk semua pelajar.

Aku xsetuju sangat bukan ape, bagi aku kita yang mencadangkan nie memang la ok. Tapi camne pulak orang yang nak belajar nya terutama bagi penduduk luar bandar. Pasal ape aku dulu kat U pun aku selalu konfius, belajar dalam Bahasa Melayu dan English. Buku rujukan pulak dalam English. Tapi bila masuk exam mula pening sebab soalan biasa dalam bahasa Melayu. Sebab kita dok biasa dengan keyword bahasa English pastu tetiba dalam Exam, keyword tue xde pasal da di alih bahasakan. Bunyi lak lain gile. Sebagai contoh la, 'dredging' dalam English dan kita paham korek tapi dalam bahasa Melayu dia panggil 'pengerukan'. Xke jauh bunyinye tue.

Lagi pun kalo di tengok negara lain banyak negara lain yang maju dengan bahasa ibunda mereka sediri. Bagi aku Malaysia pun boleh jadi cam diorang. Dan aku x nafikan English tue penting. Tapi untuk peningkatkan English ini bukan caranya yang akan membunuh pelajar2 yang lemah English. Ini kerana jika mereka lemah English, mereka akan sukar untuk paham Sains dan Math juga.

Papepun aku sokong GMP yang memperjuangkan untuk mansuhkan semua ini.


Pesanan Penaja :
Ni tulisan aku dan aku tulis ikut aku punye suka. Kalo korang xsuka korang punye pasal dan korang leh komen ikut cara korang plak. Aku xkisah. Aiman xkisah. Dan Budak Hijau cakap 'Ada aku kisah'

9 Pandangan Kekawan:

kay said...

ntahla..aku bukan org besar2..kalau tak boleh ubah semua tu..

CIVIC Power said...

Silap kita juga yoep.. PPSMI ni bagi teman pun serba kurang dalam visi nak mencapainya.

1. baik untuk pelajar itu belajar sains dan math sekaligus memahaminya dalam bahasa inggeris.
So 2 dalam 1.

2. Tidak baik pada pelajar itu kerana gagal mempelajari sains dan math kerana gagal memahami inggeris.

Ada yang tunjukan keupayaan dalam menguasai PPSMI ini, dan ada juga mengecamnya kerana "membunuh" bahasa Melayu sendiri.

Tapi ada juga yang gagal dalam bahasa melayu walaupun dia bangsa melayu..
Keywords:- Diri sendiri mau pikir

Apa2 pun, bgus entri mike!

ima said...

salam,
akak setuju sangat dengan pendapat ~o~, memang begitulah sepatutnya.

~0~ said...

Kay
Aku doakan ko jadi YB Kay. Amin...

Civic Power
Tima kasih.

Ima
Tue la kak. Kesian bebudak tue.

*jangan la jadikan bebudak tue sebagai bahan eksperimen diorang. Diorang da success leh la cakap. Yang jadi mangsa Bebudak yang blaja tue.

Mak Su said...

ala, tak sukalah kejap cenggitu kejap cenggini, nanti anak maksu susah nak adjust mindset dorang, kejap omputeh, kejap bm. ingat orang mcm maksu ni byk ker duit nak hanta anak belajar tusen gamaknya?

sharamli said...

peminat setia buletin utama t0l..
he3

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

btol2 sgt setuju..

balaja dlm bm, buku rujukan dlm bi, jwb peksa dlm bm...

tah apa2...

LotsOfLove-Pearls said...

Hye..
Salam kenal..
Thanx datang berkunjung di 'pondok' saya..
hehe..

bunga maner? hihi..

Ada baiknya jugak kalau diteruskan jer misi kerajaan nak omputihkan 2 subject tu.. memang ada ar pro dan cont tapi bila dah lama2 bebudk pandai ar biasakan diri..
Alah bisa tegal biasa lah katakan..
itu kalau pelajar tu memang bebetul nak belajar ar..
tapi ada gak prob bila cikgunya pun ada prob in english..

tapi kita memang mengharapkan yang terbaik..

~0~ said...

Sharamli
sebab rumah ku ada TV3 saje...wwaawaw

Gadis Kampung Separa Bandar
Mabuk laut aku dibuat soalan exam itu

LotsOfLove-Pearls
Ye kita hanya maukan yang terbaik untuk generasi kita yang akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...