Monday, February 23, 2009

Punisher WarZone

PUNISHER WARZONE

Cite nie baru je aku tengok hari minggu lalu. Leh tahan la dia punye action. Walaupun pelakon dia adalah pelakon berbeza dari Punisher yang first (2004). Hero kali ni muka lebih serius sesuai dengan watak Punisher (Penghukum) yang tiada belas.

Cite nye memang dari mula dari akhir penuh dengan aksi 18SG. Cite bermula ngan si Frank Castle yang nak buru penjenayah yang bernama Billy (Jigsaw). Dalam dok syok buru si Billy nie dia telah terbunuh sorang ejen FBI yang wat dia kecewa dan nak pencen. Si Billy ni pulak cedera parah dan bertukar jadi Jigsaw.

Si Jigsaw ni pulak diberi imuniti oleh FBI sebagai balasan tolong tangkap penjenayah Russia dan diberikan maklumat tentang Micro (member Punisher). Pastu berlaku la peperangan ala Counter Strike gitue....nak tau lebih lanjut tengok la sendiri.

Tapi agak kecewa sebab banyak aksi ngeri telah di'cut'. Cam tangan kena potong ngan kapak....Kalo tunjuk kot ade yang tiru plak nanti kan.

Kan best kalo ade 'Punisher' kat Malaysia nie. Xde la penjenayah yang dok mengila melakukan keganasan. Dan tiada lagi polis yang korup. Polis yang dok tunggu tepi jalan bila nampak orang bertanya 'Camna ni??Kalo saman banyak cas nie. Nak saman ke???'.....(korang penah kena x??)

Pape pun hero aku tetap......

0 Pandangan Kekawan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...