Thursday, February 5, 2009

Cerita aku

Masa sekolah rendah
Cikgu : Bila besar kamu nak jadi ape?
A : Askar cikgu
B : Polis cikgu
C : Jadi cikgu
D : Askar cikgu
E : Cikgu
F : Jadi askar
Aku : Askar cikgu

Jawapan sebab ikut orang. Sebenarnya aku pun xminat nak jadi askar sebab kena kawat. Aku xsuka kawat tapi suka tengok orang kawat. Xpenah pun terpikir nak jadi engineer ke? arkitek ke? bisnesman ke? akauntan ke? Tobat memang aku xpenah.

Kalo orang tanya engineer tue ape pada masa tue??Konpem aku jawab engineer tue yang tukang buat engine la. Kalo orang tanya arkitek tue ape??Aku akan jawab orang yang berseni. Hampeh kan. Betapa bangangnya aku.....Kecik2 dulu penah gak terpikir nak jadi Gaban. Best kan dapat selamatkan dunia.

Dalam kehidupan aku mungkin aku terlalu banyak 'copy' kot. Suma menda pun 'copy'. Walau ape pun kita xkan sama ngan orang yang kita 'copy' samaada lagi hebat atau lagi kurang. Sebab 2 orang yang berbeza xkan sama.

p/s: adakah aku tergolong orang yang DMP (decision making problem)

6 Pandangan Kekawan:

shafarinaramli@r0mle said...

asyik c0py je ni...
bila nak paste?
hu3

Awan Lahon said...

nak jadi bisnesman

Lina said...

yup...kita selalu nak jd spt org yg kiat tgk sendiri, contoh cikgu or polis atau mcm2 yg kita nampak...semakin dewasa makin tahu nilai hidup...

kay said...

member aku masa kecik cita2 nak jadi hang jebat..dia terpengaruh sebab ayah dia suka tengok citer dulu2..

kay said...

aku nak jadi ustaz..hehe

~0~ said...

shafarinaramli@romle
xleh nak paste, gam abes...ngeh ngeh ngeh

Awan Lahon
Semoga berjaya. Terus Berusaha.

Lina
Btol tue. Pegalaman mematangkan kita.

Kay
Mesti dia terer silatkan.

Aku panggil ko Ustaz Kay leh x??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...