Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Monday, September 12, 2011

versi klasik

Ada kekawan skool dulu upload picture dalam pesbuk.

TQVM



Ni la gamba tue. 
Gamba masa Form 3 (3 Intan)
Amacam bebaik x suma muka. ekekek....

Monday, January 11, 2010

Dulu-dulu

Aku dulu-dulu di zaman memuda remaja hensem bergaya dahulu kala. Antara cite yang menjadi kegemaran aku pada zaman tue. Zaman 90-an.

Cite yang menjadi kegemaran aku dulu (mungkin jugak sampai skang)....ekekekekek


1. Satria Baja Hitam

Cite yang hebat bergaya dengan moto belalang tempur yang hebat. Moto yang siap boleh berkomunikasi ngan tuan dia lagi. Best kan...wakakkaka.


2. Polis Angkasa Gavan

Polis yang kuat dan sangat bergaya. Siap ada bela naga lagi beb. Dia xmain bela toyol-toyol, hantu raya atau pontianak.hahhahahahah


3. Cyber Cop

Polis cyber yang sangat hebat jugak. Ade lima orang sumanya. Yang aku ingat yang nama merah je, Jupiter namanya. hehehehhe......Polis ni sangat hebat pasal dia ada kad yang boleh cucuk kat memana je dan boleh keluarkan senjata. hahhahaha......
Cucuk kat mangkuk jamban pun leh kuar senapang beb. Kalah smart tag..hahahahah


4. Maskman

Yang aku ingat diorang nie ada meriam katak yang hebat..wakakakka


5. Flashman




6. Ultramen Ace

Ni cite ultramen yang memerlukan sepasang baru leh bertukar. Sebelum bertukar diorang akan melompat dan menjerit,
'Kitaro Minami, bergabung'
hahahah...





Cite drama Melayu yang hebat. Cite yang hebat bagi aku. Kalo siar lagi skang aku rasa aku akan tetap tengok.

Semutar Hitam.

Semutar Hitam cite memang feveret aku sampai bebila gak.



PSP: Sori aku membebel ntah ape-ape.


Wednesday, December 23, 2009

Tajuk cam ape kan. Entri nie bukan soal teruna atau dara. Bukan juga soal kain putih yang suci lagi jernih. Ia juga bukan lah iklan Clorox atau Vanish.




Gambar nie aku pun xingat masa Majlis apa. Tapi yang nyata ia adalah gambar pada aku masa form 5 kalo xsilap.

Korang tengok la picture tue. Muka suma jernih lagi. ekekeke...

Time nie suma pun masih suci lagi. Masih belum ternoda. hahahahha....

Skang korang jangan tanya malas aku nak cita.


PSP: Skang aku terkenang kekawan lama. Nyata skang da membesar sihat lagi comel. hahahahha

Wednesday, December 16, 2009

Klasik


Gambar versi klasik. Aku rembat dari fesbuk member aku.
Gambar tahun 2002 kalo xsilap aku.
Gathering x-KT sempena Majlis Hari Raya.
Ni suma x-KT 00/01 yang blaja kat Kolej Mara Kulim.


PSP : Time ni suma slim-slim dan bujang lagi. Skang nie xkira laki ke perempuan da ade yang da kawin dan pregnant.

Wednesday, September 16, 2009

Mercun

Dekat nak raya ni tetiba rindu pulak bunyi mercun yang kebaboom itu. Meriam buluh jangan harap la skang. Bukan zaman kecik2 dlu leh dengan orang kampung lawan meriam buluh. Da bunyi cam masa zaman Melaka kena serang ngan Portugis da.

Dok kat kl nie xde la bunyi sangat mercun nie. Ala kalo takat bunyi mercun papan ngan mercun roket ape barang. Tak mencabar minda langsung la. Jangan Lupa Lirik pun aku rasa lagi mencabar dari dengar bunyi mercun papan dan mercun roket nie.

Aku xtau la, pasal posa ni aku xbalik kampung lagi. Kalo biasa tetiap tahun memang bubudak kat kampung aku dok berperang. Perang mercun. Kau baling aku, aku baling kau. Bebudak main mercun, mak pak budak pun sampai join skali berperang tau. Tapi mak bapak xmain la perang mercun, diorang perang parang. Pasal bebudak baling mercun masuk umah. heheheheh....

Tapi masih segar dalam ingatan aku, pada masa umur aku 15 tahun. Tahun 1999 pada hari raya ke-3. Pak sedara, mak sedara dan sepupu-sepapat datang ke umah aku. Biasa lah, zairah menziarahi. Mak aku memang seronok kalo adik2 dia datang. Aku pun seronok tengok mak aku seronok.

Tapi aku, abang aku dan sepupu sepapat aku cam biasa je, maintain rock. Maklumlah bebudak, ape barang layan orang tua berborak dalam umah. Kitorang dok luar umah, layan mercun. Macam-macam mercun main mercun telor naga, mercun katak, mercun tebuan dan mercun ketupat.

Perhatian, mercun bola, mencun telor dan mercun botol belum mecapai tahap superstar pada masa itu dan belum femes lagi.

Pada jam 10.00 malam semua da nak balik umah diorang, aku dan abang aku je tinggal. Mercun ketupat tinggal satu je lagi yang last. Ubat nyamuk da padam da masa tue. Sepupu aku suh baling lagi yang last tue. Da malas nak pasang balik ubat nyamuk. Abang aku tanya 'Pakai lighter je la'. Aku jawab 'Ok je'.

Aku jadi tukang baling, abang aku tukang cucuh. Tangan da ready da nak baling nie menggunakan Hikmat Lontaran Puaka Kidal yang telah aku tuntut sejak lama dulu. Abang aku kasi nyala itu sumbu. Aku bersedia nak lancarkan hikmat aku. Boomm... Hikmat aku telah menunjukkan peningkatan mendadak. Aku telah mencapai tahap tertinggi. Malam itu tangan aku mengeluarkan api. Macam Pendekar Tangan Berapi. Hehehehee...

Ape lagi kelam kabut aku dan abang aku. Tangan kiri aku da berdarah. Kitorang terus belari masuk umah. Amik ais dan rendam tangan dalam ais. Masuk dalam umah kali ni bunyi yang paling aku takuti dan hormati telah berbunyi lagi hebat dari meriam portugis. Ma dan abah aku telah membebel. Hehehehe....Membebel sayang. Biasa la tue.

Malam tue jugak abah aku anta pegi hospital dapatkan rawatan pesakit luar. Ma aku risau je kat umah. Seminggu jugak la tangan aku berbalut. hehehehehhe...

Sampai sekarang masih leh tengok kesan mercun tue. Tapi xde la sampai kudung. Serik main mercun? Memang x la... Lepas tue buat lagi.

PSP : Jangan tak main mercun tak best. Main la mercun. Tapi amik la langkah-langkah keselamatan. Dapatkan nasihat dari pegawai Keselamatan dan Kesihatan yang terdekat. hehehehhee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...