Wednesday, September 16, 2009

Mercun

Dekat nak raya ni tetiba rindu pulak bunyi mercun yang kebaboom itu. Meriam buluh jangan harap la skang. Bukan zaman kecik2 dlu leh dengan orang kampung lawan meriam buluh. Da bunyi cam masa zaman Melaka kena serang ngan Portugis da.

Dok kat kl nie xde la bunyi sangat mercun nie. Ala kalo takat bunyi mercun papan ngan mercun roket ape barang. Tak mencabar minda langsung la. Jangan Lupa Lirik pun aku rasa lagi mencabar dari dengar bunyi mercun papan dan mercun roket nie.

Aku xtau la, pasal posa ni aku xbalik kampung lagi. Kalo biasa tetiap tahun memang bubudak kat kampung aku dok berperang. Perang mercun. Kau baling aku, aku baling kau. Bebudak main mercun, mak pak budak pun sampai join skali berperang tau. Tapi mak bapak xmain la perang mercun, diorang perang parang. Pasal bebudak baling mercun masuk umah. heheheheh....

Tapi masih segar dalam ingatan aku, pada masa umur aku 15 tahun. Tahun 1999 pada hari raya ke-3. Pak sedara, mak sedara dan sepupu-sepapat datang ke umah aku. Biasa lah, zairah menziarahi. Mak aku memang seronok kalo adik2 dia datang. Aku pun seronok tengok mak aku seronok.

Tapi aku, abang aku dan sepupu sepapat aku cam biasa je, maintain rock. Maklumlah bebudak, ape barang layan orang tua berborak dalam umah. Kitorang dok luar umah, layan mercun. Macam-macam mercun main mercun telor naga, mercun katak, mercun tebuan dan mercun ketupat.

Perhatian, mercun bola, mencun telor dan mercun botol belum mecapai tahap superstar pada masa itu dan belum femes lagi.

Pada jam 10.00 malam semua da nak balik umah diorang, aku dan abang aku je tinggal. Mercun ketupat tinggal satu je lagi yang last. Ubat nyamuk da padam da masa tue. Sepupu aku suh baling lagi yang last tue. Da malas nak pasang balik ubat nyamuk. Abang aku tanya 'Pakai lighter je la'. Aku jawab 'Ok je'.

Aku jadi tukang baling, abang aku tukang cucuh. Tangan da ready da nak baling nie menggunakan Hikmat Lontaran Puaka Kidal yang telah aku tuntut sejak lama dulu. Abang aku kasi nyala itu sumbu. Aku bersedia nak lancarkan hikmat aku. Boomm... Hikmat aku telah menunjukkan peningkatan mendadak. Aku telah mencapai tahap tertinggi. Malam itu tangan aku mengeluarkan api. Macam Pendekar Tangan Berapi. Hehehehee...

Ape lagi kelam kabut aku dan abang aku. Tangan kiri aku da berdarah. Kitorang terus belari masuk umah. Amik ais dan rendam tangan dalam ais. Masuk dalam umah kali ni bunyi yang paling aku takuti dan hormati telah berbunyi lagi hebat dari meriam portugis. Ma dan abah aku telah membebel. Hehehehe....Membebel sayang. Biasa la tue.

Malam tue jugak abah aku anta pegi hospital dapatkan rawatan pesakit luar. Ma aku risau je kat umah. Seminggu jugak la tangan aku berbalut. hehehehehhe...

Sampai sekarang masih leh tengok kesan mercun tue. Tapi xde la sampai kudung. Serik main mercun? Memang x la... Lepas tue buat lagi.

PSP : Jangan tak main mercun tak best. Main la mercun. Tapi amik la langkah-langkah keselamatan. Dapatkan nasihat dari pegawai Keselamatan dan Kesihatan yang terdekat. hehehehhee

17 Pandangan Kekawan:

imHepPie said...

aku layan mercun pop je..sempoi..xde takot polis..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hahaha...

best kan ingt pasal mercun ni...

dulu main meriam tin..

korek tanah letak tin..

pastu lawan meriam sapa kuat lagi...

kalo bunyi pelan siap la kena kata "bek kentut aku kuat lg" hahaha...

**aii sorg jer popuan yg main meriam ms kcik2 dlu..

huhu..

endiem said...

bekalan mercun susah nak dapat.. mercun pop adalah.

LotsOfLove-Pearls said...

tak suka dengar bunti mercun..

rasa nak pitam jer.

selamat hari raya..

sharamli said...

maen mercun p0p2 je la..

Koyuki said...

takut la bunyi mercun..bunyi org kentut pon da bertempiaran lari..ini kan pulak bunyi mercun macam puaka tu..

+betterSINGLE+ said...

dok kat kl dpt dgr bunyi mercun bawang da la..hahahahahaha..
hurm tu la len kali nuntut bg abis cr men mercun..

tangan hitam said...

hahaha kata nak perang mercun..jom2

faiz said...

ada stok mercun x? akak punya supplier abis stok la..huhu..

MuHaMMaD86 said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITIRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!

Mak Su said...

adoi... mercun bola adalah sangat membingitkan tinga gua.. huhuhu

TokNabe said...

Kata Al-Ghazali :

yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN

”Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”.

Kentut said...

main mercun padi la. baru gengster.

selamat hari raya.

juliet4ever said...

akak blh dpt mercun papan sepjg 5 kaki ...nak ? byr dek non ..xda brg percuma lar ni ..bunga api mcm kt KLCC tu pun ada ...selamat beraya ..jgn melawat hospital ya adik2 ..

sutera putih said...

layannn,,,
best apa mercun!!
hikhik,,,
selamat hari raya jugak,,,
sama2,,,
;-)

Qaseh said...

selamat hari raya
semoga syawal ini lebih bermurah hati memaafkan kesalahan insan lain :) maaf zahir batin

~0~ said...

imHepPie
kihkih...kasi pop sama polis...

GaDiS KaMpUnG sEpArA Bandar
memang ganas la cik gadis ni

endiem
boleh kalo nak...nak ke??

LotsOfLove-Pearls
makaih...xnak kaco...takut pitam..
selamat hari raya

sharamli
pop pun pop la sha...

Koyuki
owhh...org kentut ko lari. ko kentut orang pengsan tau..

+betterSINGLE+
skang da abes nuntut da..hehehe

tangan hitam
jom..bila bro??

faiz
nak boleh kak...thun depan la sebelum posa...

MuHaMMaD86
selamat hari raya...maaf zahir batin

Mak Su
hehehe...sabau ye maksu

TokNabe
selamat hari raya tok

Kentut
mercun padi???camne tue??

juliet4ever
hehehe....

sutera putih
layan....
selamat hari raya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...