Showing posts with label amaran. Show all posts
Showing posts with label amaran. Show all posts

Thursday, January 14, 2010

Terkulai

Terkulai cinta Internet


Apakah???Ni yang aku baca dalam HMetro online hari nie.

Beberapa gadis ternoda akibat terlalu cinta (cinta ke??) dan percaya pada lelaki yang dikenali dalam laman sosial cam Facebook, Myspace dan Friendster......Blogspots xde kot....

Mencari cinta melalui internet adakah ia boleh dipercayai?? Atau sebaliknya??

Adakah di internet sumanya mencari cinta atau ada udang di balik ais-ais dalam ais box??

Apa yang aku baca kat sini...Mereka semua tergoda pada pandang pertama kerana lelaki-lelaki itu suma memiliki wajah tampan. Ada apa pada wajah??

Kemudian bila berkenalan cam baik je. Tapi lepas tue sebaliknya jadi...Hurm...

Lelaki je ke yang bersalah?? Atau gadis-gadis itu jua??

Pada pandangan aku, btol....Lelaki itu memang bersalah. Sebab mereka ada sebab tertentu bila mereka berkenalan. Niat tersembunyi jauh di lubuk hati dengan perancangan rapi bagai kucing lapar yang hanya tunggu masa untuk meratah ikan terhidang.

Memang aku rasa ramai akan menyalahkan lelaki. Aku jua begitu. Tapi jangan lupa. Gadis ini juga ada silapnya. Ni adalah pandangan aku.
  • Cara berpakaian pada kali pertama berjumpa berdua sahaja. Bagaimanakah pakaian kamu tika itu?? Kalo sudah lurah kamu tonjolkan. Kucing ape lagi terus bertukar jadi anjing.
  • Kelakuan mu..........Duhai gadis, jaga perlakuan mu. Sungguhpun kamu sudah cinta jangan terlalu tonjolkan yang kamu sangat 'DAHAGA' kan cinta dari lelaki itu.
  • Don't touch-touch la. Dan elakkan laki itu juga touch kamu. Apatah lagi kamu men'touch' dia. Bagi perempuan, takat touch bahu, paha dan tempat luar (bukan yang sulit) adalah biasa. Tapi bagi lelaki, ia adalah suiz. (suiz = menaikkan syawat).
  • Elakkan dari ke tempat sunyi. Sungguh.....Kamu mahu tempat indah spt tasik, taman dan bagai konon mau sebagai tanda kenangan dalam hidup tempat pertama kali menanam cinta. Ok lah...Aku tau itu indah. Tapi lain kali lah. Berjumpa la tempat yang ada ramai orang. Elak tempat sunyi. Supaya ada rasa malu pada manusia. Sebab aku tau bila berdua kamu tidak malu pada Allah lagi. Kerna tika itu ada yang ketiga (syaitan) dan keempat jua bersama bagi aku iaitu Nafsu...
  • Lelaki kali pertama, mereka akan melakukan ujikaji makmal. Samaada kamu kucing atau merpati. Nasihat aku, jadi lah merpati. Jinak tapi berhati-hati. Jangan jadi kucing, garang ganas tapi layu bila dibelai.


Cinta internet............Bagi aku ada cinta di situ. Cari lah, mungkin kamu akan ketemui yang baik. Dan mungkin kamu ketemui jodoh melaluinya. Tapi waspadalah....Beringat sebelum kena. Sebelum terbabas baik la pakai seat belt. weiiiiiiiiii........

Ok la, aku rasa cukup la bebelan aku kali nie. Maaf kalau aku menyinggung perasaan korang yang membaca.

Ini semua hanya pandangan aku secara peribadi. Kalo baik amik lah, kalo jahat buang ia jejauh.



PSP: Aku cinta dan sayang kamu semua.


Aku lelaki,
~0~




Tuesday, December 29, 2009

Beware

UPDATE.........
Ni Bukan Pengalaman aku. Ni emel dari Abang Echam@Webmaster
Dan aku kogsikan agar menjadi peringatan pada semua.
Maafkan aku...atas kesilapan teknikal.

----------------------------------------------------


Semalam aku isi minyak kat Esso Sri Damansara kat area umah aku. Dalam dok mengepam minyak tu datanglah sorang lelaki tanyer aku. Dia nak minta duit ngan aku sebab dh takde duit nak makan. Aku cakap ngan dia aku mane ade duit. Dalam dok sembang-sembang tu dia kuarkan henpon dia. Dia cakap dia nak jual henpon dia kat aku. Yang penting dia nak aku bagi dia duit sbb nak buat belanja. Lelaki ni cakap melayu agak kurang fasih. Aku ajak dia cakap bahasa inggeris pun lagi dia tak paham. So aku layanlah dia dalam bahasa melayu. Aku tanyer dia asal mane? Dia cakap Taiwan. Masa ni aku dah tau dia tipu aku. Tatu penuh kat tangan lagi nak cakap orang Taiwan. Aku syak mamat ni orang Sabah atau Sarawak. Dia tunjukkan henpon dia kat aku. NOKIA EXPRESS MUSIC. Dia nak tolak kat aku RM500. Aku cakap aku takde cash banyak tu. Pastu dia minta aku bayar je RM300 sbb dia mmg perlukan duit sgt2. Lepas selesai isi minyak aku park kete aku kat tepi then aku ambik tepon kat tangan dia. Aku masukkan sim card aku then try buat call. Henpon ni ternyata ok dn berfungsi dengan sebaiknya.

Dalam dok fikir tu timbul rase 'kesian' kat dalam hati aku. Niat hati aku nak tolong mamat ni. Sblum aku bagi duit kat dia, aku terperasan yang dia ambik tepon tu kat tangan aku dan pulangkan semula kad SIM aku. Lepas pada tu dia campakkan henpon tersebut ke tempat duduk pemandu kete aku. Lepas aku bagi dia duit, mamat ni terus blah tapi yang jadi kemuskilan pada aku dia nampak tergesa-gesa dan satu kemusykilan paling besar dalam benak aku lepas je dapat duit dia pegi ke tepi dinding esso tu dan mengintai aku pergi dari situ. Aku nampak dia buat camtu bila aku pandang dr cermin pandang belakang kete aku. Hati aku jadi tak best sekejap. Terus aku berhenti kat tepi jalan dan test henpon tersebut.

Bila aku pegang je henpon tu aku dah tau, AKU KENA TIPU.... Henpon ni digunakan hanya untuk DISPLAY sahaja kat dalam cermin dan tak boleh berfungsi pun. Aku patah balik cari mamat tu tapi dia dah takde. So semalam aku memang aku kena tipu bulat-bulat ngan mamat tu. Mungkin semalam lepas aku blah dari Esso tu, dia bersorak keriangan kerana berjaya mendapatkan RM300 atas sebab KEBAIKAN aku yang mudah kesian kat orang. Peristiwa semalam tu bagi aku pengajaran. Lepas ni aku janji, kalaulah datang pada aku orang merangkak sekalipun yang cakap dia takde duit jangan harap aku bagi seposen pun kat dia. Dunia harini dah tak boleh nak percaya itu semua. Penuh tipu daya.

Pada semua yang membaca tulisan aku ni harap korang lebih berhati-hati bila berada di hentian rehat dan stesen minyak yang mempunyai kemudahan ATM. Setan-setan camni sentiasa berkeliaran untuk kenakan kita. Aku percaya satu hari nanti mamat ni akan kantoi gak. Cuma masanya belum tentu bila.

Malam tadi aku ada sembang-sembang ngan Pegawai penyiasat Jenayah Perdagangan IPD PJ. Dia tanyer aku nape boleh jadi camni. Aku pun tak mampu nak jawab apa-apa. Niat aku nak tolong orang tapi aku lupa yang dengan kebaikan tersebut aku akan rugi. Dia gelak je. Emmm.. sbnarnyer kejadian ni dah banyak berlaku dan sebelum-sebelum ni orang Sabah yang banyak wat keje ni. Semalam pegi jugak cari mamat ni tapi tak jumpa plak. Dah lari lah tu. Memang takde rezeki akulah RM300 tu. Redha jelah dgn semua tu. Kat bawah ni aku tunjukkan gambar henpon tersebut.






PSP: Kredit wat abg Echam@Webmaster. Ni aku dapat dari emel beliau. Terima kasih bang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...