Monday, December 21, 2009

Suara Kubur

Penunggu. Orang melayu taksub ngan penunggu ni suma. Orang dulu-dulu la percaya menda ni suma. Busut anai-anai pun ada penunggu, kubur lama la, memacam. Orang skang xde la sangat dah kot. Ada lagi ke???

Berbalik pada cite penunggu nie. Kita tengok siapa yang terlibat.

Pada suatu pagi yang henig, langit cerah benderang. Udara yang nyaman. Ayam berkokok bersahutan. Kambing kambing mengembek. Kerbau dan lembu menguap. Decit-decit halus burung-burung berterbangan. Menjadi irama indah di pagi hari.

X cam KL ok. Ni kampung zaman dulu.

Orang kampung, cam baisa la. Bangun pagi pekana kopi O panas sama ubi kayu rebus cecah kelapa muda. Perghhh...memang cara beb. Duduk di beranda umah santai-santai sambil hirup kopi. Gulung rokok daun. Sedut asap itam pekat masuk dalam peparu. Rilek. Hembus asap wat bentuk bulat. Layan.

Da siap sarapan pagi dan hisap rokok daun. Bergerak la dia ke kebun dengan sebatang cangkul. Nak mengcangkul tanah. Buat benting tanah nak becucuk tanam. Tue la keje orang dulu, bertani. Berjasa pada tanah nak membesarkan anak cucu. Xde nye gi masuk opis ber'e-cond' dan ngadap komputer. Pastu main tekan-tekan keyboard je.

Sampai kat kebun dia pun mulalah kerja-kerja mencangkul tanah. Membuat batas-batas untuk di tanam sayur-sayuran. Untuk di beri makan anak dan bini. Lebih boleh la di jual di pasar. Sedang dok mencangkul xsedar matahari da tepat di kepala. Sudah tengahari. Rehat la sebentar dia di balik belakang pokok. Pekena rokok daun dan bekal yang di bawa sebelum solat zuhor dan sambung kerja.

Bersebelahan kebun ada sebuah kubur lama, terpisah oleh denai halus. Dalam dok melayan rokok, terdengar bunyi tapak kaki menghampiri. Seorang wanita dan anak kecil. Agak nya dari pasar. Banyak barang di bawanya.

Sampai di kawasan kubur tersebur. Wanita tu pun berhenti.

'Minta ampun, tok. Cucu mu nak lalu. Jangan di ganggu ye' kata wanita itu.

'Silakan lah lalu. Jangan segan' sahut dia yang dok rehat di balik pokok dengan buat suara sedikit garau.

'Yeeee....Baikkkkkkkkk' jerit wanita itu.

Di dukung anaknya, kain di selak paras lutut. Terus mula langkah seribu beliau. Pecutan yang mampu mengalahkan Watson Nyambek. hehehhe...

Dia yang duduk berehat. Tergelak melihat wanita itu lari. Agaknya di pikiran wanita itu, suara itu dari kubur.



PSP: Jangan la taksub pada menda x berfaedah nie. Allah Maha berkuasa.

20 Pandangan Kekawan:

Anonymous said...

sepatutnya sampai kt kubur bgi la salam..yg nk minta lalu tu buat apa heheh

Hanisham Ab Halim said...

Uishhhh.. org dulu2 mmg suka percaya benda2 gitu....

Yunus Badawi said...

kalau aku yg dengar suara tu mahu aku lari kalahkan usin bolt hehehe

naz ilyn said...

salam...lain kali berilah salam..bukan cakap bukan-bukan..

dilot said...

aku pun...mesti dah ca alif ba waw ta..cabut...

http://www.dilahdilot.com/hidup-berani-untuk-gagal-2#more-802

.:fifi:. said...

kalau aku la kan..
mmg tercabut kaki aku agaknya aku pecut

amalnasibah said...

hehe...cian pompuan tu..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

macam orang lalu kat dalam hutan~

"Tok, cucu minta tumpang lalu"

wth?!


aigoooo~~

imHepPie said...

haha aku kdg2 cuak gk bila pas tgk cita horror mcm2 pikir

aRien de GreaT said...

gilerlah..klu arin jdi pompuan tuh..xsmpat jwab blik dh...

Yuki Yusuf said...

erk
ada lagi ke macam ni?
haha~
ada2
mungkin saya yang penakut ni
huhu

myQza said...

ekekekkeek.. itu betul2 punya penunggu tu!! ekekekek

kalau aku pun aku lari!! alau terkedek2

cikmemy said...

aku nak gelak jek.hahahahahhahah..hahhahhahaahhaha....hahahhahahah.hahahahah...ni real story ke ~0~?

sharamli said...

selak paras lutut...seksi..

HEMY said...

tak percaya takleh juga..kalau takut baca ayat quran instead mintak izin..tu je

Firol said...

hahahah..ni satu kepercayaan yang ada pd org melayu yg kena hapuskan...

Unknown said...

redNing
hahaha...aku pun xtau nak cakap...haahh...bengong

Webmaster@Echam
tue la pasal bang...org dulu pegang menda gini

Yunus Badawi
wah....laju YB lari...ekekekke

naz ilyn
tue la pasal kak...hehehehhe

Dilot
ko memang...hahahahah...aku pown..

.:fifi:.
tercabut kaki ek???hahhahaha

Miya
tue la pasal...

LORD ZARA 札拉
kang utan tue berkata-kata susah kang...hahahah

imHepPie
jangan pikir bebukan...hehehehe

aRien de GreaT
hahahahha....sabau je la

Koyuki
mungkin da xde kot yuki...

Si Tedi
heheheh...penunggu gua nie...hahhahha

cikmemy
aahhh...true story 'Dia' tue atuk aku. Abah cerita menda nie. Tapi dalam ni aku ubah ikut gaya aku..hehehehh

Sharamli
tergoda i...hahhahaha

Hemy
btol tue...Hanya Dia yang Maha Berkuasa...

Firol
btol tue bro...

imam said...

arwah nenek aku selalu pesan..kalo nak lalu tempat2 pelik cam kat utan ker..kena la mintak kebenaran..and guess what..aku pernah buat cam pompuan tu buat

imam said...

arwah nenek aku selalu pesan..kalo nak lalu tempat2 pelik cam kat utan ker..kena la mintak kebenaran..and guess what..aku pernah buat cam pompuan tu buat

'AQILAH said...

heeee..hahahaha wakanabeb kat perempuan tu..:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...