Tuesday, March 23, 2010

KWSP

Kira-kira 8 bulan lalu. Aku ke KWSP Setapak untuk melaporkan kes majikan aku yang tidak membayar EPF aku. Dan itu jugak merupakan faktor utama aku resign dari kompeni lama aku.

Dan bila siap aku buat laporan semua. Dan isi form yang ptut dan serah dokumen yang diperlukan seperti pay slip dan offer letter. Brader tu cakap lepas 6 bulan mungkin akan selesai kes nie dan aku akan dapat duit aku tue. Pihak KWSP akan amik tindakan tegas.

Aku keje situ 10 bulan je. Dan hanya 2bulan aku terima KWSP aku. Pastu haram xde.

Dan semalam aku gi KWSP PJ untuk follow up kes aku. Pasal aku tengok bayaran xmasuk lagi. Jadi aku amik no ke kaunter.

'Nak tanya pasal kes saya?? Kes majikan x carum EPF?? Camne ye da ade tindakan ke??'

'Owh...Kompeni xxx..Kes masih dalam file mahkamah la. Xleh nak buat ape..Kena tunggu la dik'

'Owh...Ok'

Aku blah. dari situ

----------------------------------


Ini la dunia beb. Aku sape. Owner kompeni tue sape, VVIP beb. Memang famous sangat orang nye.

Dan kompeni tue jugak di declare sebagai no. 1 in Asia dan antara top 5 dalam dunia dengan kompeni yang menjalankan bisnes yang sama la.

So ape leh aku buat??

Duit aku bukan banyak pun x di bayar pun dlm 3k++ je. Dan aku dengan harta owner kompeni tue makan 7 keturunan x abes. (ni dia sendiri cakap pada salah sorang klik aku dulu)


Dan setahu aku, sebelum aku da ada yang melaporkan kes-kes mereka. Dan kompeni tue still gah. Dan yang aku tahu gak dari kekawan aku yang masih di bekerja dengan kompeni tue. Kompeni tu still x carum KWSP. Sampai skang. Kalo dikira ada 16 bulan xcarum KWSP. Kalo ikut law KWSP, majikan kena carum tetiap bulan. Kalo x KWSP akan bagi warning letter dan denda.


Tapi..............hurm....korang pikir sendiri aku malas nak cakap da.

Chow...aku mau balik



PSP: Bagi aku, majikan pekerja perlu diutamakan. Majikan xjaga kebajikan aku. Memang aku blah tu prinsip aku.

16 Pandangan Kekawan:

CAHAYA said...

file tu memang la file mahkamah. tindakan tu, ala2 mahkamah ke tidak. ntah2, lelap je. pastu kata kat mahkamah. next time ko tanya, mahkamah mana, saya nak pergi tanya sendiri.

UglyPooh said...

bukanke kompani tu bole kena saman ke kalo xbayar. masuk mahkamah lak lama2. kompani sy pernah org tu dtg cek samada byr tak epf kt staff.

p/s: susah kalau ada manusia yg fikir periuk nasi sendiri je kan tnpa pikir org lain.

Hasan Amran said...

majikan macam tu boleh dikategorikan sebagai KEJI

hans said...

kesian ko

sI tEDI said...

alahai.. kita bilis jek

Yunus Badawi said...

Nasib baik kompeni yg aku kerja tu tak ngelat mcm ni. Bila aku dah ada staf sendiri, aku pastikan KWSP dan Perkeso mereka dibayar setiap bulan.

Duit org (pekerja) jgn main2 oiii. Tak berkat hidup walaupun kaya.

Yunus Badawi said...

oh ya skrg aku dah takde potongan EPF huhuhu

acap said...

ya ya
orang kecik mana orang besar nak pandang

Solehah said...

hmm..tu la kan..kdg2 kita tak tau cmna nak buat utk dapatkan blk hak kita..

deus X machina said...

biasa la...kabel besar kan
dengan kwsp pun diorang tak takut

relax 0
akhirat pandai2 la VVIP tu cari ko

|arieza| said...

biasalah tu.. yg tinggi, dipuja tak renti. yg mmg dh rendah. kdg2 lebih susah.. sbr ye..

farwalis said...

kwsp gua dulu pun low..

majikan gua memang mintak maki..

skang dah nak bankrup.. bese a bila orang tengah men markup2 sampai juta-juta..

Lifesaver said...

kalo 3k tu celah gigi je..bayar arr!

Natasha said...

http://www.onetasha.com/2010/03/makan-taik.html >>>> kes ni pon sama mcm kes u..lagi teruk..gaji pon tak bayar...

tapi u blh buat aduan di BORO PENGADUAN AWAM.... cepat........

khairolghani said...

ini sudah lebih..aku tak pernah merasa tak dapat KWSP,so tak tahu feeling dia camna..tapi tak adil sgt pada pekerja kalau diorang buat camtu..

cik selamah kundang said...

pergh...herm.kesian ko

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...