Tuesday, December 29, 2009

Beware

UPDATE.........
Ni Bukan Pengalaman aku. Ni emel dari Abang Echam@Webmaster
Dan aku kogsikan agar menjadi peringatan pada semua.
Maafkan aku...atas kesilapan teknikal.

----------------------------------------------------


Semalam aku isi minyak kat Esso Sri Damansara kat area umah aku. Dalam dok mengepam minyak tu datanglah sorang lelaki tanyer aku. Dia nak minta duit ngan aku sebab dh takde duit nak makan. Aku cakap ngan dia aku mane ade duit. Dalam dok sembang-sembang tu dia kuarkan henpon dia. Dia cakap dia nak jual henpon dia kat aku. Yang penting dia nak aku bagi dia duit sbb nak buat belanja. Lelaki ni cakap melayu agak kurang fasih. Aku ajak dia cakap bahasa inggeris pun lagi dia tak paham. So aku layanlah dia dalam bahasa melayu. Aku tanyer dia asal mane? Dia cakap Taiwan. Masa ni aku dah tau dia tipu aku. Tatu penuh kat tangan lagi nak cakap orang Taiwan. Aku syak mamat ni orang Sabah atau Sarawak. Dia tunjukkan henpon dia kat aku. NOKIA EXPRESS MUSIC. Dia nak tolak kat aku RM500. Aku cakap aku takde cash banyak tu. Pastu dia minta aku bayar je RM300 sbb dia mmg perlukan duit sgt2. Lepas selesai isi minyak aku park kete aku kat tepi then aku ambik tepon kat tangan dia. Aku masukkan sim card aku then try buat call. Henpon ni ternyata ok dn berfungsi dengan sebaiknya.

Dalam dok fikir tu timbul rase 'kesian' kat dalam hati aku. Niat hati aku nak tolong mamat ni. Sblum aku bagi duit kat dia, aku terperasan yang dia ambik tepon tu kat tangan aku dan pulangkan semula kad SIM aku. Lepas pada tu dia campakkan henpon tersebut ke tempat duduk pemandu kete aku. Lepas aku bagi dia duit, mamat ni terus blah tapi yang jadi kemuskilan pada aku dia nampak tergesa-gesa dan satu kemusykilan paling besar dalam benak aku lepas je dapat duit dia pegi ke tepi dinding esso tu dan mengintai aku pergi dari situ. Aku nampak dia buat camtu bila aku pandang dr cermin pandang belakang kete aku. Hati aku jadi tak best sekejap. Terus aku berhenti kat tepi jalan dan test henpon tersebut.

Bila aku pegang je henpon tu aku dah tau, AKU KENA TIPU.... Henpon ni digunakan hanya untuk DISPLAY sahaja kat dalam cermin dan tak boleh berfungsi pun. Aku patah balik cari mamat tu tapi dia dah takde. So semalam aku memang aku kena tipu bulat-bulat ngan mamat tu. Mungkin semalam lepas aku blah dari Esso tu, dia bersorak keriangan kerana berjaya mendapatkan RM300 atas sebab KEBAIKAN aku yang mudah kesian kat orang. Peristiwa semalam tu bagi aku pengajaran. Lepas ni aku janji, kalaulah datang pada aku orang merangkak sekalipun yang cakap dia takde duit jangan harap aku bagi seposen pun kat dia. Dunia harini dah tak boleh nak percaya itu semua. Penuh tipu daya.

Pada semua yang membaca tulisan aku ni harap korang lebih berhati-hati bila berada di hentian rehat dan stesen minyak yang mempunyai kemudahan ATM. Setan-setan camni sentiasa berkeliaran untuk kenakan kita. Aku percaya satu hari nanti mamat ni akan kantoi gak. Cuma masanya belum tentu bila.

Malam tadi aku ada sembang-sembang ngan Pegawai penyiasat Jenayah Perdagangan IPD PJ. Dia tanyer aku nape boleh jadi camni. Aku pun tak mampu nak jawab apa-apa. Niat aku nak tolong orang tapi aku lupa yang dengan kebaikan tersebut aku akan rugi. Dia gelak je. Emmm.. sbnarnyer kejadian ni dah banyak berlaku dan sebelum-sebelum ni orang Sabah yang banyak wat keje ni. Semalam pegi jugak cari mamat ni tapi tak jumpa plak. Dah lari lah tu. Memang takde rezeki akulah RM300 tu. Redha jelah dgn semua tu. Kat bawah ni aku tunjukkan gambar henpon tersebut.






PSP: Kredit wat abg Echam@Webmaster. Ni aku dapat dari emel beliau. Terima kasih bang

27 Pandangan Kekawan:

.:fifi:. said...

waktu ko cek tuh ko xperasan ke de just tok display??
hurm da nk wat cane
redha jelah..
pasnie jgn mudah percaya pd orng
tapi kan bile jd perkara macam nie
aku pon kliru la mana tau nnt ad org yg betul2 perlukan bantuan dtg dekat kita kau rasa kita patut ke abaikan de??
xkan mmg xadil tp nk bwat camne kita da biasa kena tipu mmg xlyh bla la kn..

onniey84 said...

hm zedi..benda ni dah berlaku kat kedah jugak....
member hb dah kena..jibik mcm kes ni
ish kalau jumpa org tu balik, sure lunyai ni

'AQILAH said...

ok ..peringatan kat diri sendiri...semalam baru terbang 300...huh

AZRINN AFFANDI said...

er..kat hentian RnR dengkil pun ada kes camni...tapi dia bergroup... dia akan target kepada orang yang baru turun dr keta dan nak ke tandas...dia akn tunjukkan hp yang dia nak jual sorok2 dalam kocek suar dia... macam agak menakutkan gakla..sebab dia bergroup.. jus beware...

Selamber Rock said...

xde rezeki...
dahsyat sungguh trick nak tipu orang sekrg nih..

Jard The Great said...

waaaaaa.. dashat.. ko kena tipu sedemikian rupa.. huhuhuhu....

thanks sbb kongsi... ku nk berhati2 lepas neh.. kalo aku terjumpa org tu.. aku tngkap terus..

err.. tngkp gmbr la.... =p pastuh pos kat blog

husni said...

macam2 skg erk...itulah kadang2 kita xkan beringat kalau tak kena kat batang hidung sendiri...

Melatidaisy said...

mati2 ingt bro yg kena td..
by the way, kite jadikan pengajaran..kena lebih hati2..^_^

miji said...

takpelah beb, yg penting hati ko baik, nanti adelah balasan utk org camtuh, ko sabar jelah...

kes camnih dah byk jadi kat tmpt aku, korg hati-hati jelah...

khairolghani said...

okla tu..aku sendiri pernah diofer hp oleh Indon.Tapi dengan jujur dia bagitau aku yang hp ni member dia curi.Tak tau la sengal ke apa.Peringatan untuk semua.

Boleh buat entry juga aku pasal benda alah ni..hehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

apsal org sabah memang slalu cm ni

ayat "bias.."

huhu...

syaf said...

tudia dah kene tipu..cian ko...
hurm 2 r dunie skung kan, x tolong kesian, bile tolong kite kene balik...

dunia dunia...ko sabo jeerk lah

Yunus Badawi said...

Kesian ko. Lain kali berhati1lah. Aku mmg tak percaya kat org yg nak jual hp atau jam berjenama kat tepi jalan ni. Mesti ada muslihat jual pada harga murah. Kadang tu dia kata barang curi. Itu sbb murah. Tapi takkan kita nak beli barang curi.

Mimie.Candy Cane said...

aduhhh...aku yang bace ni pun sakit hati.macam2 hal la org skang..lepas ni hati2 sikit..org nak buat kite kesian mmg senang..

sorry for his lost

Anonymous said...

uiks!bahaya!kalo aku...aku conpirm tak beli hp tu

Maryam said...

dush!

mujur la dia bagi diskaun 200.. huhu... kalau dia berkeras nak 5 gak, isk setengah ribu tuh.

Maiyah said...

patut le bila baca cam pernah ku baca tapi dimana ye.. bila tgk eham.. haa bru ingt blik

mmg skrg kene byk hati2

Sharinginfoz said...

berwaspada....

Jom Tudung Ariani

Jom Beli Alat Tulis

Hanisham Ab Halim said...

Kepada sesiapa yang jumpa orang-orang yang jual ni cepat2 ambik gambo dia. Pastu postkan kat blog. Aku nak sangat gambar2 geng2 yang wat keje ni.

Mak Su said...

Ya Allah.... (?)

sampainya hati...... dorang tu menipu cenggitu :(

lizz said...

pernah nmpk 1 mamat ni, jual hp kat petronas. R&R mane ntah. pagoh kot.die tunjuk2 hp kat 1 uncle ni. kaye rasenye..belek2 terus pakcik tu bg die duit n amik hp tuh.

huhuhu.

Qaseh said...

hok aloh....
sekarang nk buat baik kena bertempat....

Anonymous said...

kalo aku mmg takkan tolng dari awal...sbb cara die tu dah wat aku curious

sharamli said...

abg ku penah kena..tp rantai emas...

pesen merayu nak guna duit jgk..

emas la sgt...

sharamli said...

abg ku penah kena..tp rantai emas...

pesen merayu nak guna duit jgk..

emas la sgt...

intan izani said...

teruk betol perangai..
satu hari nanti
die mesti tersilap aim org..
last2 kene kat polis.. padan muke

♥ Juliana Violet ♥ said...

hmmm... tak baik betul buat mcm tue dekat orang lain. kalau takde duit sekalipun, jgnlah tipu orang mcm tue.... ada cara lain untuk cari rezeki...
dunia... dunia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...