Wednesday, December 2, 2009

Keadilan

" Dalam perang Siffin, Khalifah Ali bin Abi Talib kehilangan baju besinya.
Beberapa hari kemudian, Ali melihat baju besinya yang hilang itu di tangan
seorang Yahudi. Ali berkata kepad Yahudi itu; " Baju itu adalah kepunyaanku.
Aku tidak pernah memberikan atau menjualnya kepada sesiapapun."

Jawab orang Yahudi itu; " Tidak! Baju ini adalah kepunyaanku sejak dahulu."
Baik Ali mahupun orang Yahudi itu masing-masing mempertahankan hak
masing-masing. Akhirnya tidak juga dapat penyelesaian, maka keduanya sepakat
pergi menemui hakim Syuriah untuk meminta penyelesaian secara jujur dan adil.
Di situ, terjadilah dialog antara sang hakim dengan pihak pendakwa dan yang
didakwa.

Ali berkata;"Baju besi yang ada di tangan orang Yahudi ini adalah kepunyaanku
sejak dahulu." Hakim Syuriah berkata kepada orang Yahudi itu; "Bagaimana Ali
telah menyatakan bahawa baju besi yang ada di tanganmu itu adalah miliknya?"

Jawab orang Yahudi itu; "Tidak, baju besi ini adalah kepunyaanku. " Hakim
Syuriah bertanya kepada Ali; "Apakah ada bukti di tangan Amirul Mukminin yang
menunjukkan bahawa baju besi itu kepunyaan baginda?"

Jawab Ali;"Ada! Puteraku Hassan dan Hussain tahu betul bahawa baju besi itu
kepunyaanku sendiri."


Hakim Syuriah berkata; " Kesaksian anak sendiri terhadap ayahnya tidak dapat
diterima menurut hukum yang berlaku.." Selanjutnya, hakim Syuriah berkata; "
Kerana Amirul Mukminin sendiri tidak boleh membuktikan dengan pengakuan dua
orang saksi yang sah, maka aku memutuskan bahawa baju besi ini adalah milik
orang yang memegang sekarang iaitu Yahudi tersebut."

Lalu hakim Syuriah menjatuhkan palunya sebagai tanda persidangan telah selesai.

Sementara Khalifah Ali bin Abi Talib walaupun sebagai Amirul Mukminin dia boleh
mengambil tindakan atau sekurang-kurangnya memberikan tekanan kepada sang hakim
untuk memenangkannya, tapi beliau tidak menempuh jalan itu. Dia tetap patuh
kepada ketentuan hukum yang berlaku.

Adapun hakim Syuriah telah menunjukkan satu contoh bagaimana mestinya sikap
seorang hakim yang harus mempertahankan keadilan hukum di atas segala-galanya.
Adapun orang Yahudi tadi yang mempersaksikannya dalam mengalami kejadian
tersebut merasa takjub dan hairan sekali melihat kepatuhan seorang pembesar
tinggi terhadap ketentuan hukum, ketegasan pendirian seorang hakim dalam
menegakkan hukum yang semuanya bersumber kepada unsur-unsur keadilan di dalam
Islam
. Terpesona dengan kejadian itu, orang Yahudi tersebut lantas turut
memeluk Islam.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -
Intipati dari kisah Khalifah Ali ialah:

1) Tidak ada keadilan selagi undang-undang manusia (Lord Reid) digunapakai
sehingga digantikan dengan undang-undang syariah.

2) Menurut prinsip keadilan: tiada sesiapa mengatasi undang-undang.

3) Racist atau sentimen perkauman tidak ada dalam undang-undang islam. Keadilan
mesti ditegakkan sebagai satu medan dakwah kepada non-muslim.

14 Pandangan Kekawan:

Mak Su said...

orang islam sendiri jangan malu2 menegakkan agama yang suci ini... kebenaran adalah pasti

Firol said...

HA...BAGUS SEKALI....Itu lah realiti yang takut diguna pakai ketika ini.. Undang2 ciptaan Allah...

Sebab apa di takut...?? sama-sama kita fikir

kotaklimasegi said...

adil adalah satu perkara yg amat sukar..

musang said...

indahnya islam

MuHaMMaD86 said...

nice example en zaidy

islam itu indah dan lagi mengindahkan..kita ja yg slalu mengotorinya

pB said...

kalaulah sekarang begini , kan bagus

Selamber Rock said...

Hukum Islam..dah ramai yang terpesong, kan?

Yuki Yusuf said...

undang2 paling baik ciptaan tuhan
tiada sapa bleh sangkal tu

TokNabe said...

Sekarang ni keadilan boleh dijual beli......

Hanisham Ab Halim said...

Tapi skang ni mahkamah pun dah tak boleh percaya.... Bila dah guna undang2 syariah macam2 plak alasan keluar kalo dah jatuh hukum. Tukang sebat takdelah.... mcm haram....

.:fifi:. said...

tp dlm dunia sekarang neyh ramai yg terpesong...ad je golongan yg hidup dlm undang2 yg d reka cipta...

aRien de GreaT said...

ade lagi ker keadilan dalam dunia nih??

Anonymous said...

skang bnyk rasuah..tu mslh besar...

missnina said...

barangkali ramai tidak sedar prinsip adil-meletakkan sesuatu itu pada haknya.

salam singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...