Friday, April 9, 2010

Kenangan saya bersama RTM

RTM..........Teman Setia Anda.

Ingat lagi zaman kekanak aku, iaitu awal tahun 90-an. RTM memang fevret. TV3 pun blom se-gah sekarang nie. ASTRO blom beranak lagi masa nie ok. RTM memang siaran tv utama masa tue.

3GP memang kitorang xpenah kenal pun. Xcam bebudak skang hebat tahap gampang. Ye la da pakai HP cecanggih dari duit mak bapak yang berikan. HP siap ade camera dan leh tengok video. Nak tengok cerita just Bluetooth je dari kekawan. Xcukup stock gi kedai beli. Xcukup stock lagi waty video sendiri Haih.........Hancur.

Masa zaman tue antara rancangan fevret aku ialah Satria Baja Hitam, Maskman, Flashman, Tomatoman dan Gaban. Cite ni memang banyak bagi impak kat bebudak sebaya aku zaman tue. Memang bagi pengaruh utama. Memang cite dia adalah Khayalan semata-mata. Dan bagi aku ia memang hebat. Semua cerita tue pasal manusia yang berkuasa yang berjuang dari bumi ditakluki oleh makhluk asing. Cite ni gak memupuk rasa sayang pada bumi. Ye la kalo da bumi kena jajah dek Aliens siapa susah??? Semua kita jugak kan. Btol x?? Kalo kita manusia x jaga bumi sape lagi?? 

Bila umur berganjak, masa umur 12tahun. Aku da mula beralih pada cerita yang lebih hebat iaitu Mighty Morphin POwer Rangers. Hahahahah.........Sampai skang cite ni aku rasa siri cerita yang dalam top list aku. Xkan aku lupa watak-watak nya cam Jason, Tommy, Kimberly dan Skull. Hahaha...

Selain itu, ada gak satu cerita yang paling best. Yang aku suke tengok tapi aku lupa tajuk dia tapi cite dia pasal Team Volleyball perempuan. Aku lupa tajuk dia. Cite ni aku suke sebab pelakon dia cun woi. hahahha....Gatal kan aku. Awek Jepun memang idaman la. hahahaha...Paling aku xleh lupa spike dia yang di namakan Somosoute Berpusing (aku redah je ni...aku xreti eja wei...) Tapi cite ni memang beri kesan mendalam pada aku. Cite ni wat aku minat untuk bermain volleyball. Sampai skang volleyball memang sukan antara sukan fevret aku selepas bola sepak.

Berita Jam 10 atau Berita Dunia. Ni la menda yang paling aku xsuke tapi dipaksa tengok oleh my abah. Oh Abah. Ape la kan bebudak di suruh tengok berita?? Xbest kan?? Tapi memang berguna pun. Kalo x tengok berita ni aku xrasa aku akan tau pasal Perang Iraq dulu. Berita ni jugak la mengenalkan aku pada Saddam Hussain dan Bush yang cam bangkai. Membuka mata dan membuka minda aku. Xde la pala otak aku full ngan katun je kan dae gak isu-isu semasa yang joint. Berkembang skit otak aku. Thanks My Abah dan RTM.

Xlupa gak rancangan National Geographic. Ni rancangan fevret abah aku pada masa tue. Abah xpaksa aku tengok tapi aku suke tengok pasal haiwan-haiwan dan pokok-pokok. Memang menarik beb. Siyes sampai skang aku suke tengok dokumentari. Memang memberi manafaat. Banyak ilmu aku dapat ceduk dari rancangan macam nie. Memang best sesangat. 


Aku harap pasni akan tetap kekal rancangan-rancangan yang best yang boleh memberi manafaat pada para generasi ku yang akan mendatang. Dengan Sorakan 1Malaysia 1Dunia, aku harapkan ia bukan hanya sorakan tapi terpahat di jiwa setiap rakyat. Moga kita akan terus bersatu padu bersama memajukan negara Malaysia di mata Dunia.

Sempena Ulang Tahun RTM Ke-64, dilangsungkan program Sorakan 1Malaysia 1Dunia dan Gegar Generasiku yang mengalu-alukan kehadiran orang ramai dua hari berturut-turut pada 3 dan 4 April 2010 seawal 8.00 pagi bertempat di perkarangan Kompleks Angkasapuri, Kuala Lumpur. Jom pergi ramai-ramai!




PSP: Aku join jugak Jard. hahahah

15 Pandangan Kekawan:

aRien de GreaT said...

hoyeahhhhhh..
1st...xsgka..hahaha

aRien de GreaT said...

jap2...

tomatoman..hahahaha.....
ko igt lgi ek...ya allah..bestnyer citer nih tym tuh...hahahah

Unknown said...

aRien de GreaT
ingat arien....ngan rancangan tu aku membesar...hahahhaha

Maiyah said...

sy skrg pun suka layan RTM.. TV2

Jard The Great said...

hohoho.. thanks beb

amirah said...

selamat ulang tahun RTM..

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

ingat RTM..
ingat suria baja hitam..
huh..
RTM siar cerita tu tak abes..
aku terpaksa cari tape video VHS utk tgk ending cerita tu..
selamat ulang tahun RTM..

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

ingat RTM..
ingat suria baja hitam..
huh..
RTM siar cerita tu tak abes..
aku terpaksa cari tape video VHS utk tgk ending cerita tu..
selamat ulang tahun RTM..

farwalis said...

rtm best sebab free. astro pun best tapi tak free.


ermmmm.... monopoli je tak best

TokNabe said...

Dulu sy tgk RTM dlm tv itam puteh aje. Tv kaler tak ada, kalau nak tengok jugak kena kaler sendiri.

Firol said...

forum perdana dulu best...

tuan director said...

rancangan RTM yang best adalah Diluar Lingkungan

Masy said...

nama cite bola tampar tu ialah Maero Attack. hehehhehe

puan oryza said...

tomatoman memang best level 30!!! satu lagi cite kt rtm yang jadi kegilaan dulu: sendaloka bersama singer:)

bina badan said...

Dapatkan panduan bina otot badan bagi lelaki agar anda lebih tough dan macho....miliki badan impian anda bermula disini...jika org lain boleh..anda juga boleh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...