Friday, April 30, 2010

Jodoh

Semalam lepas balik kerja aku ke rumah bakal mertua aku sebab dia mintak tolong kemaskan rumah yang bersepah pasal kerja-kerja renovation. Aku pegi je la. Da siap suma kerja. Aku berborak je ngan bakal mak mertua aku.

'Camne kamu kenal ek??' tanya bakal mak mertua aku.

'Isk...Dia xpenah cerita kat mak ke??' tanya aku balik. heheheh.....Selepas hampir 5tahun aku dan Si Dia berkawan baru sekarang bakal mak mertua aku tanya soalan seperti nie.

'Xpernah plak dia cerita.' jawab bakal mak mertua aku.

'Da lama kami berkawan dia xpernah cerita kat mak ek????' tanya aku lagi.

'Xpernah. Mak heran gak camne leh lekat ngan kamu nie. Padahal blajar tempat lelain. Sorang bangi sorang kat KL. Sorang Kelantan. Sorang KL.' bebel bakal mak mertua aku panjang.

'Hahahhah.....Jodoh mak. Biarlah kami je yang tau' jawab aku sambil berseloroh ngan bakal mak mertua aku.





Memang aku dan Si Dia da janji biar la rahsia pertemuan kami tue dirahsiakan wat masa sekarang. Tapi mungkin jugak ini jodoh kami. Kalau da jodoh xkan  kemana. Jauh mana jarak, beza warna kulit tidak pernah jadi penghalang sebenarnya. Jodoh, Mati suma da ditentukan Allah swt. 

Sehebat mana kita merancang Dia jua yang menentukan. 



Thursday, April 29, 2010

Terbiar

Salam...

Blog ni mungkin akan terbiar lepas ni. Aku pun xpasti brape lama aku akan biarkan dia. Sehari, Seminggu, Sebulan atau...........Memang aku xtau.

Aku ucapkan terima kasih kepada kekawan yang sudi mengjengah ke blog buruk dan cokia nie. Korang suma memang best. Thanks.

Maaf kalo ada sepanjang aku menaip ni ada menyinggung perasaan korang. Mintak maaf bebanyak.




PSP: Kemudahan internet aku sampai esok sahaja. Minggu depan aku mula kerja tempat baru dengan tiada kemudahan internet. Sekian

Tuesday, April 27, 2010

bila terlebih konfiden

Aku niat di hati nak call mak aku. Aku amik henpon aku. Terus dail no mak aku dengan konfiden nye. Dan tekap ke telinge. Al maklum la henpon aku x canggih dan xde menatang letak kat telinge yang xde wire tue.

Aku tunggu. Dekat 30saat. Nada tutttt-tuttt-tuttt pun tiada kedengaran. Sunyi je.

Dalam hati da mula rasa nak menyumpah si Biru. Seb baik hati masih bersabar.Tinggi jugak tahap kesabaran aku.

Aku tengok balik henpon aku. Rupanya aku xtekan butang hijau tue. Patut la xde bunyi tuttt-tuttt-tuttt. Aku kuciwa. Nyata aku amat sengal. Termalu bersipu-sipu aku.







PSP: Bila la Nokia, Blackberry, Sony Ericson, CSL ke mau wat henpon yang leh call pakai NIAT je. Aku mau beli sedozen.


Monday, April 26, 2010

Aku tidak lupa



Tetiba teringat zaman kekanak yang penuh dengan warna-warni cam kat atas nie. Ada merah, putih dan biru....Memang menawan kalbu.

Walaupun masa tue xde lagi piring cam kuali tersangkut kat bumbung umah. Xde lagi remote kontrol yang leh nak alihsiaran pakai jarak jauh.

Dulu nak tukar chanel tv kena ketik kat tv. Ade le butang dari no 1 sampai no 9. No 1 hingga no 3 cam biasa untuk Tv1, Tv2 dan Tv3. Yang balen lagi untuk siaran TV thailand. Aku duduk dekat sempadan.

Kan best kalo aku boleh kembali ke zaman kekanak dulu. Aku masih mau main polis sentri. Mau main bola tin, bola slipar dan xlupa jugak main rondess. Owh..........

Masa mematangkan kita. Memamah umur aku sehari ke hari. Tapi hari semalam tidak penah aku lupa. Asal aku tidak pernah aku lupa. Dari kampung aku merantau ke bandar metropolitan. Sehari-hari bergaya ala-ala jejaka metro tapi kain pelikat dan baju pagoda xpernah aku lupa. Yang menjadi pakaian wajib dari aku sekolah rendah sampai sekarang.

Tidak pernah aku lupa bau tanah bendang. Tidak lupa ikan laga bendang. Tidak lupa cara nak tangkap ikan laga. Tidak lupa camana aku kelibut lari dikejar lintah.

Walaupun dimana kita pergi, setinggi mana pangkat kita. Jangan sesekali melupakan asal kita.


PSP: Mengenang hari semalam menyedarkan aku.


Friday, April 23, 2010

Bila naik gila - cerita1.

Kejadian ni berlaku dalam 2tahun lepas, kalo xsilap aku. Tempat kejadian adalah di Jalan Genting Kelang. Dekat-dekat area Court Mamoht (btol x eja nie....lantak la). Aku naik moto. Moto Suzuki RG Sport je time nie. Aku tau tapi ari tue memang aku ingat aku ada baran ingat. Hangin ngan bos tempat keje aku kalo xsilap ke gaduh ngan awek ntah lah aku da lupa.

Sampai kat simpang depan area Court Mamoht tue aku berenti bila tengok ramai orang dok keliling. Aku tengok sorang laki tengah pangku bini dia. Bini dia pregnant. Semua dok situ tengok je xde wat ape pun. Aku nampak sorang brader tue aku pun tanya la.

'Nape bang?? Camne leh jadi??' tanya aku.

'Accident. Ada keta masuk tetiba pastu menghimpit moto tue. Pastu jatuh la brader tu ngan bini dia.' jawab brader tue.

Kesian aku tengok bini brader tue. Mengerang kesakitan. Ye la...Popuan kalo xpregnant pun kalo da nama jatuh memang bahaya. Ni lagi lah tengah pregnant. Sesilap leh keguguran ke hapa. Brader tue pun dok pujuk bini dia. Naik kesian aku.

'Sape langgar bang?' tanya aku kat brader tue.

'Tue. Cina tue. Dok dalam keta tue' jawab brader tue.

Aku terus gi dekat nga kereta tue. Aku tengok ada sorang cina dalam keta tue. Jantan.Aku ketuk je tingkap.
Tapi cina tue xnak bukak. Aku ketuk lagi. Dia xbukak jugak. Pastu ada apek kedai depan tue tengok aku ketuk tingkap keta tue pun datang dekat aku. Mungkin nak tolong kot.

'Pesal??' tanya apek kedai pada aku.

'Aku nak cakap ngan dia jap. Aku nak dia bukak tingkap' jawab aku.

'Nape?' tanya apek kedai lagi.

'Aku nak suh dia angkut itu laki bini anta pegi klinik la. Sini dia je ade keta lagipun dia yang langgar. Tolong la. Orang tengah sakit tue' jawab aku pada apek kedai tue. Nada suara da keras.

'owh...Ok.' jawab ape kedai tue.

Pastu apek kedai tue sembang cina. Aku da xpaham. Mamat tue bukak tingkap belah apek cina tue duduk. Preng pung pang preng....Ntah ape dua mamat cina tue sembang aku xpaham.

'Ok....Dia anta itu orang pegi klnik. Check' laung apek kedai pada aku.

Aku tengok mamat dalam keta tu pusing keta dia. Dan amik brader dan bini dia anta ke klinik. Aku tengok je.
Baru lega skit ati aku. Xde la dok tengok akak pregnant tu dok mengerang sakit. Sian aku.

Aku bukan nak berlagak. Tapi kalo tu yang jadi pada aku dan bini aku atau pada family aku, dan orang tengok je. Ape perasaan??

No More ~0~

Nama ~0~ xkan aku gunakan lagi pasni. Ye memang aku suka sangat nama pena ~0~ ni, dan ramai yang kenal aku dalam dunia blog ni sebagai ~0~ bukannya sebagai zaidi. Memang da lama aku dok pikir nak tukar nama pena.

Dan sekarang aku rasa masa yang tepat untuk aku tukarkan. Aku buat suma nie bagi mengelakkan kekeliruan. Dan aku rasa memang agak susah utk aku perkenalkan diri bila berjumpe ngan blogger lain. Dan banyak nama yang aku pikirkan iaitu nama yang memang aku suke pakai antaranya MAMAT, BOTAK dan HITAM. Tapi bila dok pikir-pikir biar lah aku gunakan Jedi. Sebab tu adalah nama yang kekawan rapat aku panggil dari aku sekolah rendah sampai skang.

Jadi mulai 23 April 2010, ~0~ adalah Jedi.

Sekian.

Thursday, April 22, 2010

Gila ke ape??

Baca

Aku bebtol xpaham la manusia skang nie. Nak glamour, nak popular ngaku terima pembantu dari Allah swt dan Rasullullah saw. Budget bleh glamour cam WALI Band la tue.


Aku bebtol xpaham. Haji Kahar dan Ayah Pin pun xsetel lagi timbul plak hal cam nie.


Adoi pakcik...Bebawak la bertaubat. Xabes-abes nak sesatkan orang. Bengong sungguh.









Tired n Weird

Dok tunggu...Dan tunggu...Dan tunggu wat aku rasa penat dan pelik...

Itu yang aku rasa skang nie. Bos baru aku sampai skang xbagi lagi offer letter aku. Huh..Kawan-kawan juga. Keje tetap keje.

Minggu depan dia nak aku mula keje dengan dia. Tapi yang susah nya offer letter xdapat lagi. Susah sungguh. Dok tunggu-tunggu wat aku rasa penat dan pelik.

Selagi xdapat offer letter slagi tu aku xkan brenti tue stail aku. Kecuali aku nekad. Tapi skang aku xleh nekad.






PSP: Jom makan.




ItalkWhoa boost event

ItalkWhoa had been officially launching at Borneo Rainforest Club Sunway Pyramid. This super duper cool event. So many blogger had been day. Such a very entertainment day.

First of all, of course need to register at the front counter.




This is the cool gift from TM Itakwhoa.

That hot night has been warm up by the hot and sexy MC. So cool.

This hottest party had been launching by the Italk big guy also the birthday boy of the night.


The big guy told that we can stay connect to everyone with this IITalkwhoa, the great portal. Just by using this one portal we can connect with all social networking web such as Facebook, myspace, Gmail and etc. So cool right.

With this Italkwhoa also you can chat with other people, using this portal we can connect with the other who use other chat web such as YM, GoogleTalk and etc. TM also open to attendee to ask any question on Q&A part. So we can get more information about this great portal.

At the party we also got the great game and had been entertain by the hottest Indie band, Bunkface. Through My Window, the TM Theme Song. My first time to see Bunkface perform live on stage.

We are very enjoying that night..

Sebelum Dan Selepas

SEBELUM
Sembang bagai nak gila. Pujuk rayu semuanya sempurna. Semua dia boleh buat. Janji itu janji ini. Pung pang pung pang.....

Sana, sini, situ dan sinun naik bangunan baru.

Itu, ini, inun dan inul yang lama akan diganti baru.

Dia, kau, kamu, mereka dan beliau semua akan dapat yang terbaik. Semua dapat manafaat. Semua terbela. Ada bantuan itu ini.

Sawah, bendang, lumpur, becak, ladang, semua dia masuk. Siap tolong tuai padi, toreh getah ape bagai.



SELEPAS
Pegi pejabat kosong. Call xjawab. Batang idung lagi la jangan harap mau tengok apatah lagi bau kentut beliau.


Sekian.........



PSP: Malas nak cakap dah.

Wednesday, April 21, 2010

Monga

Monga - Satu movie Taiwan. Aku tengok dalam awal bulan ni. Bukan kat wayang. Aku xpasti movie ni masuk wayang ke x. Tapi yang nyata movie ni masuk dalam DVD Cetak Rompak.

Cite ni berlatarkan tahun 1980-an. Menceritakan kisah 5 sahabat iaitu Mosquito (Mark Chao), Monk (Ethan Ruan), Dragon (Rhydian Vaughan), White Monkey (Emerson Tsai) and Dog Boy (Chen Han Dian) yang memilih jalan gangster.

Cite bermula apabila Mosquito masuk kesebuah sekolah baru dalam kawasan Geta. Di sekolah ni memula Mosquito dibuli oleh rakan sekelas nya.  Rakan sekelasnya ambil peha ayam Mosquito. Dan masa diorang dok gaduh, Dragon dan geng nya tengok Mosquito lawan. Dan Dragon tertarik ngan Mosquito dan merekrut Mosquito jadi geng nya. Dari kerna Paha ayam, Mosquito jadi gengster.

Aku malas nak cerita sampai abes. Nak tau tengok sendiri.

Apa yang menarik bagi aku dalam cerita ni adalah motif setiakawan yang cuba disampaikan. Dalam cerita ni menceritakan bagaimana setia seorang kawan dan bagaimana juga kawan yang sanggup mengkhianati persahabatan hanya kerna KUASA dan DUIT.

Dan aku rasa itu lah yang banyak terjadi dalam kehidupan sekarang nie. Di mana ada kawan yang setia yang amat. Jatuh bangun bersama. Susah senang sentiasa ada. Akan sedia bersusah untuk membantu kawan.

Dan xkurang juga kawan yang hanya menggunakan kawan hanya untuk kepentingan sendiri. Pabila tujuannya tercapai, kawan dilupakan. Kawan jenis nie leh dikatakan kawan pada waktu gembira, waktu berseronok, waktu senang dan waktu gelak ketawa sahaja.



PSP: Kalo blom tengok. Sila tengok cite Monga nie. Memang best.

PSP 2: Aku harapkan persahabatan aku dengan korang semua adalah sentiasa kekal selamanya. Pada waktu ketawa dan menangis. Pada waktu susah dan senang. Geng.......Thanks for this brotherhood.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...