Aku pun ada baca gak seblum ni dua tiga blogger wat entri pasal nie. Pasal student asrama kena balik setiap hujung minggu. Kerna makanan x disediakan pada hujung minggu.
Sedih dan geram. Tue je aku leh cakap. Ye la. Kononnya budget untuk jimatkan kos. Para pelajar di benarkan pulang pada hujung minggu. Nak save duit makan kononnya. Bila para pelajar balik so duit untuk kos penyediaan bagi 2 hari seminggu da bleh jimat. Dan kalo sebulan da bleh jimat 8hari.
Oh...Sungguh bagus idea nie. Sape la yang kemukakan idea nie. Sungguh tahniah. Bravo.
Aku xkisah bila dengar tahun ni meeting di opis goverment hanya ada sediakan makanan sejenis kuih dan sejug air. Aku xkisah semua nie. Sebab yang meeting tue orang yang berkerja.
Tapi kenapa la nak budget sangat punye pasal jadikan student sebagai mangsa?? Napa??
Aku penah dok asrama. Aku lalui dunia asrama. Serius dok asrama walaupun makan free. Duit aku x tebal. Aku dulu blaja pakai duit biasiswa yang dapat RM30 sebulan je. Dan yuran asrama pun pada masa tue Rm30 sebulan. Jarang sekali aku mintak duit blanja dari ma abah aku. Time balik ke kampung je la biasa akan ada la sekeping note RM50 dalam kocek. Tu pun kalo ade rezki. Trima kasih ma abah.
Serius, tujuan aku dok asrama dulu untuk blaja. Bukan untuk berpoya-poya. Walaupun lebih banyak aktiviti berpoya-poya dilakukan dari aktiviti belajar such as fly, skodeng, ponteng prep, curi masuk dalam dewan makan, panjat pokok kelapa dan sebagainya. Sila abaikan. Aku bukan contoh yang baik.
Kalo dok asrama. Semalas-malas aku nie, pun aku akan belek gak buku paling kurang 2 jam sehari bagi hari cuti cam Jumaat dan Sabtu (aku blaja dulu kat Kuala Terengganu. Cuti Jumaat dan Sabtu bukan Sabtu dan Ahad.)
Kekadang kalo terdesak sangat da cam dekat exam memang aku ngadap buku dekat la 6jam sehari. Orang lain ade la kat 8-12jam sehari. Aku nie spesis pemalas. So tue je la yang terdaya. hahahahha...
So bayangkan la, kalo zaman aku tue disuruh gak balik ke kampung pada Jumaat dan Sabtu. Memang aku bersorak. Xnak jugak aku dok dalam arsama tu cam banduan. hahahah.....Tapi berapa jam aku akan rugi masa untuk ulang kaji aku??? Berapa jam masa ulang kaji aku akan aku habiskan dalam bas express @ van sapu??
Kalo aku cam dok blaja kat Kuala Terengganu kampung Tumpat. Biasa naik van sapu perjalanan makan 3-4jam jugak dari KT ke KB. Dan naik bas lagi 30minit untuk ke Tumpat. Depend pada speed dan kesesakan trafik gak. Da 3jam 30minit aku akan dalam perjalanan. Bila sampai umah da penat. Buku kompom aku xtengok. Da rugi tue. hurmmmm....
Lagi satu kalo aku. Faktor kemalasan belajar lebih tinggi di rumah berbanding asrama. Kalo asrama faktor kemalasan berkurangan apabila tengok kekawan blaja. Serius sifat buruk aku, aku dengki tengok orang pandai. So aku pun nak pandai. Walaupun aku xpernah dapat best student.haih....Xde rezki.
Pastu plak duit tambang untuk balik ke kampung aku ada la dalam RM15. Dan kita pegi balik da RM30. Tu x campur lagi ngan beli air tin, komik, beli burger, beli jajan dan beli rokok tue. Kalo da RM30/trip. Kalo sebulan ada 4 trip da jadi RM120. X ke tinggi kos?? Hurm...
Kos yang di tanggung ibu bapa aku rasa pun makin tinggi bagi idea nie. Kalo ibu bapa berkerjaya besar ok la kot. Tapi kalo cam nelayan, pekebun yang pendapatan tidak stabil. Camne?? Kalo family yang mempunyai anak ramai jugak mungkin akan ada masalah.
Btol la. Idea ni menguntungkan sesape yang terlibat cam sape yang bagi idea ni. Tapi yang rugi nya pelajar kita sendiri.
Kalo x silap aku. Tujuan sekolah berasrama diwujudkan adalah bertujuan menarik minat pelajar untuk belajar dan mewujudkan suasana belajar yang harmoni. Selain tu tujuan asrama gak nak elakkan pelajar terpengaruh ngan anasir-anasir negatif dunia luar.
Tapi kalo da tetiap ujung minggu kena balik kampung camne?? Waktu pelajar nak belajar dan ulang kaji pun kurang. Fokus memang kurang la. Kalo da ari Rabu je pala otak da terbayang masak lemak cili api mak masak. Camne nak belajar??
Hurm.....Kasihan. Bagi aku pelajar2 xpatut dijadikan mangsa keaadan.
Untuk budget aku rasa banyak lagi cara nya. Cuba kaji balik. Apa-apa projek yang manafaat dan kepentingan pada rakyat tue kurang. Aku rasa ada baik jugak ditangguhkan dulu. Bukan batal ok. Pentingkan yang berkepentingan tinggi.
Lagi satu kalo cam kempen-kempen yang ntah apa-apa tue baik toksah la. Kekadang kempen nak havoc semacam. Kempen anti dadah pun nak panggil diva-diva, panggil artis-artis. Nak bayar artis mahal wei. Apa kata kalo kempen anti dadah ni panggil je mat pit yang insaf yang leh ceritakan lebih detail pasal dadah nie. Pasal bahana dadah nie. Aku rasa bayar bekas mat pit nie pun lagi murah.
Da la. Aku rasa entri aku kali ni makin merapu. Kang aku tarik kan lagi panjang n jemu lak korang nak baca. Pape pun, duhai yang bertanggung jawab. Renung lah dalam hati kami. Bukan hati kamu. Sebagai pemimpin kamu bela nasib kami. Bukan bela diri sendiri sahaja.
PSP: Maaf atas apa yang xpatut aku cakap. Aku bukan berlagak pandai. Ini hanya luahan hati dan pendapat bodoh aku.
PSP: Menu ikan jaket masih ada ke di asrama???