Showing posts with label malas. Show all posts
Showing posts with label malas. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Bila Malas


Kamera lah yang menjadi mangsa.

Monday, December 19, 2011

Orang Kita : Kita Saling Membunuh


Ramai masyarakat diluara sana suka membunuh sekarang. Memang kebanyakan kelihatan baik dan menarik perwatakannya. Tapi tanpa kita ketahui meraka adalah pembunuh. Mungkin bukan membunuh secara zahir tapi membunuh secara moral dan batin nya.

Hal ini sudah biasa dalam masyarakat kita, terutamanya orang Melayu kita. P.H.D. iaitu Perasaan Hasad Dengki. Kebanyakan orang kita memang pantang ada orang lain lebih dari kita. Bagi mereka hanya diri mereka yang terbaik. 

Bila ada orang yang lebih dari mereak, mulalah serangan mereka lancarkan. Bukan serangan nukluer, bukan juga serangan pisau atau parang. Tapi serangan menggunakan lidah, iaitu FITNAH. Walhal, fitnah merupakan sesuatu yang amat ditegah dalam agama Islam sendiri. Dimana dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh.

Hal ini bukan saja berlaku dikampung-kampung. Malah di Bandar juga begitu. Sejak aku dalam dunia kerja yang baru ini, yang mana aku banyak berdepan dengan Usahawan dan juga Peniaga. Aku lihat sifat ini juga ada dikalangan mereka. Sepatutnya persaigan sihat berlaku tapi mereka lebih suka guna pendekatan mudah iaitu FITNAH.

Contoh 1:
Bila ada kedai makan yang lebih maju dari kedai makan mereka. Mulalah mereka mengatakan kedai makan itu menggunakan ‘mandrem’. Ditabur fitnah sana sini mengatakan kedai makan itu pakai ‘mamdrem’.

Ada juga kes yang terjadi dimana mereka mengambil pendekatan mudah dengan bertemu ‘bomoh’ agar kedai pesaing mereka lingkup.

Contoh 2:
Bila kita melawat A. Mereka akan seronok. Dan sambut Baik. Mereka cadangkan pula melawat B,C,D dan E. Memang mereka hebat. Semua telah Berjaya. Semua sudah mantap. 

Dan bila ditanya boleh tidak kita melawat X. Mereka akan melarang dengan berkata “JANGAN. PRODUK X TIDAK BERKUALITI”.

Benarkah tidak berkualiti. Kalau tidak berkualiti kenapa produk mereka keluar majalah dan sebagainya. Atau kerana X tidak kroni dengan ABCDE. Jadi ABCDE menganggap X sebagai seteru mereka.

 

Itulah sikap sesetengah orang kita. Memang mereka tidak membunuh secara zahir tapi membunuh secara moral. Membunuh perusahaan orang lain.

Kenapa orang kita tidak boleh bersatu menjalankan perniagaan. Saling tolong menolong dalam perniagaan. Tidakkah itu lebih baik??

Heykawan: Teringat zaman sekolah dulu, cikgu selalu berkata “Bersatu kita tegu, bercerai kita roboh”. Masih teguh bersatukah kita??

Wednesday, February 24, 2010

Kolam

Ni kejadian yang berlaku masa aku blaja kat uni dalam tahun 2 kot. Aku dalam keta sama pakcik aku, makcik aku dan sepupu aku. Nak gi meniaga kat Putrajaya.

Pakcik : Wah cantik kolam nie.

Makcik : Aaah...la.

Sepupu : Hijau sungguh.

Pakcik : Kawasan flet camni pun diorang wat kolam kan.

Aku hanya mengelamun. Dengar je ape diorang borak.

Makcik : Tapi napa diorang pagar. Kolam nie bleh mandi ke, Di??

Aku : Ehh.....Xleh. Ni kolam air taik.


Semua terdiam dengar jawapan aku.



***********************

Korang nak tengok camne rupa kolam tue.


Nie la dia antara rupa kolam tue. Yang aku panggil kolam taik. Atau nama btol dia Wastewater Treatment Plant @ Sewerage Treatment Plant.

Tujuan kolam nie adalah untuk merawat air-air sisa bagi bersih sebelum di bebas ke dalam longkang-longkang atau sungai-sungai. Air yang masuk kedalam plant ni biasanya berwarna hitam dan berbau. Tapi air yang dibebaskan adalah sangat jernih dan tidak berbau.

Peringkat dia ada la beberapa peringkat rawatan tapi aku xberapa ingat sangat la kalo nak cite kat sini. Sila tanya yang lebih arif. Tapi hasil akhir dia ada dalam dua bentuk iaitu air (air yang jernih tue) dan pepejal. Yang pepejal ni bleh la kalo mau di amik wat baja. Pasti sangat berkhasiat.

Setahu aku skang nie, PBT kemukakan syarat dimana. Setiap kawasan perumahan yang ingin di bangunkan perlu lengkap ngan plant nie. Kalo x, diorang x bagi CF(kebenaran menduduki).

Sekian.

Sunday, February 7, 2010

Ahad

Hari ni Ahad iaitu Sunday. Hari Matahari.

Ok la tue la dulu..

Nanti ku update skit2...


PSP: Mana tempat makan best?? Cadangan please
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...