Showing posts with label sial. Show all posts
Showing posts with label sial. Show all posts

Thursday, February 11, 2010

Yati 2

Petang tu aktiviti cam biasa. Meronda ngan basikal. Aku join Mamat n geng. Mamat ni geng-geng budak basikal chopper yang hayun. Petang tu aku malas bawa BMX aku. BMX aku baru basuh. Tengah kilat aku simpan kat umah. Malas nak tayang-tayang.

Aku tumpang Mamat je petang tue. Tapi yang tak tahan aku la yang kena kayuh basikal. Mamat ni da lah gemuk cam badak air. Memang azab aku nak kayuh basikal.

Mamat ni gilakan Yati gak. Memang xsedar diri la Mamat nie. Da la badan cam badak ade ati nak tekel Yati yang comel. Yati mesti syok kat aku nye yang hensem ala-ala Satria Perkasa Hitam nie. Kan??? Btol x??

Kayuh basikal ala-ala gadis ayu. Slow je. Menikmati keindahan alam semulajadi. Best woo. Ngan angin pantai yang menyapa sayu. Syok... Lagi pun Mamat tue berat 2kali berat aku. Nak kayuh lelaju ape hal wat penat je.

Dok jejalan tue tetiba terserempak ngan Yati. Dia nak balik umah kot.

'Pusing. Pusing. Cepat. Yati tue.' arah Mamat cam diktator komunis. Cam la aku x nampak Yati.

'Ye la.' cakap aku patuh.

'Kayuh la laju sikit. Lembab la kau ni' arah Mamat lagi bila tengok Yati da makin menjauh.

Hangin aku bila di arah sebegitu. Da la Mamat tue berat nak mampus. Berat dia dua kali berat aku kot. Cam badak dok bonceng ngan aku je aku rasa time tue.

Sakit hati punye pasal. Aku xpeduli suma tue. Aku kayuh kekuat. Dalam dok excited nak speed up tue. Tetiba basikal aku terangkat skit. Cam nak willy. Sebagai jaguh basikal semua tue dapat di handle dengan mudah. Masalah biasa.

Aku cam dapat kudrat hebat. Kayuhan ku da makin ringan. Mungkin inilah tenaga sebenar aku. Baru Mamat tau sape aku. Aku terus kayuh. Dan kayuh. Yati hanya berada 10m didepan aku.





Tetiba.

'Woi!!!'

Aku pun brek emergency. Srettttttttt. Bunyi cam suara Mamat tapi cam jauh je. Aku pusing belakang. Xde mamat kat belakang aku.

'Woi!!!'

Bunyi suara Mamat panggil lagi. Baru aku nampak Mamat sedang berlari-lari ke arah aku sambil menggosok bontotnya.

'Nape ko lompat turun' tanya aku ngan muka selamba.

'Aku jatuh masa ko willy tadi la ngek'

'Oh!! Ye ke??'

Aku hanya mampu tahan gelak bila tengok muka Mamat yang merah padam menahan geram dan malu. Aku xdapat bayangkan Mamat yang cam badak tue jatuh tergolek. Da la tue ade dua tiga orang budak kecik dok gelakkan Mamat.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...