Thursday, October 29, 2009
Entri Paling Berat (Si Hitam)
Layanzzz....
Jangan marah ye. Gambar lucah di atas ye..mUahahahhahahah
Xcdent
Da bab main pingpong abes kat situ.
Dalam perjalanan balik tue. Aku nak balik ampang aku selalu ikut AKLEH. Pegi balik pun aku ikut AKLEH. Semalam aku ikut exit Jalan Kerja Air Lama, turun je kat bawah tu aku tengok ade orang ramai dok berkerumun, rupanya ade keta xcdent bebetol dekat ngan Petronas dan kedai makan tue. Keta tu naik devider, aku xtau la camne leh jadi. Pasal aku xmasuk dekat pun, tengok dari jauh je. Aku tengok ade ambulan datang, mungkin ade yang cedera kot, dan satu kereta peronda dok kawal lalu lintas.
Aku lepak x lama, aku blah dari situ. Lagi pun aku nak ke kedai jap. Aku trus je ke kedai dekat dengan Masjid Kg. Melayu Ampang tue. Beli top up.
Da beli top up aku terus ke motor aku. Hidupkan enjin. Aku tengok xde satu keta pun menghalang aku cross jalan. Baru je pusing. Aku da tengok pesal keta ni semacam je. Agak perlahan. Mungkin dia terlalu berhati2. Nak masuk simpang xmungkin sebab simbang untuk ke kanan da lepas.
Sampai je kat sebelah keta tue, aku tengok kereta tue tetiba nak belok. Ape kes nie. Dammmm... Tergolek aku dan moto aku. Celakak. Aku berpinau da. Aku tengok awek yang drive tue da cam chuak. Da la x bagi signal. Lagi pun situ bukan leh belok. Cam celaka.
Aku tengok keta tue. Dengan selamba dia bergerak untuk belok ke kanan. Dan pijak tayar depan moto aku. Celaka...Menjerit aku. Sambil tanggal helmet. Aku pegang helmet. Nait memang nak hayun helmet kalo minah tue blah camtu je. Sumpah aku sakit ati bila tengok dia pijak tayar moto aku. Moto aku cam bini aku. Dia pijak moto aku cam pijak aku. Tue yang wat aku bebtol amarah.
Dia berenti kat tepi masjid. Aku amik moto aku sorong ke tepi. Check moto aku lebih kurang. ade bengkok ke ape. Minah tue datang kat aku.
'Awak x pape ke?' tanya minah tue
'X kot' jawab aku
'Btol ke ok' tanya minah tue ngan muka bersalah.
'Maaf la saya xnampak awak dari cermin' kata minah tue
'Ok xpe. Awak x bagi signal kan' kata aku. Kalo ikut hati nak je maki pasal situ xleh belok pun. Aku blaja pasal design jalan aku tau la fungsi jalan tue. Tapi sabar. Lagi pun orang da mintak maaf.
'Da bagi da signal tadi' jawab minah tue. Bagi signal ke?? Aku xnampak pun serius. Lagi pun situ xbleh belok. Dia nak U-turn kot. Tapi situ bukan tempat u-turn atau roundabout.
'Bawa gi klinik la' sampuk brader gerai makan kat blakang
'Nak gi klnik ke?' minah tu tanya lagi
'X yah la. Xpape' jawab aku
'Seliuh ke?' tanya brader tue
'Skit la. Tapi ok kot' jawab aku.
'Amik no tepon saya la. 012-2777---. Alia. Kalo ade pape bagitau la' cakap minah tue lagi.
'Awak ok ke.' tanya dia lagi
'Ok. Xpape kot.' jawab aku.
'Sori ye' kata minah tue. Dia pun blah.
Aku dok mengurut tangan kiri aku yang terseliuh dan bini aku yang cam ade kesan skit. Pedih dan sengal gak badan aku.
Balik umah aku check moto. Xde pape sangat. Cuma ade la bengkok skit.
Aku terus tido hati da sakit. Badan dah pedih.
Pagi tadi sampai opis aku buka laptop aku. Damnnn...Ade kesan retak.DVD-Rom pun da x rapat. Siot btol la. Jahanam jugak laptop dan moto kesayangan aku. Pedih btol hati aku...
Perlu ke aku call minah tue dan claim?? Aku bukan jenis amik kesempatan. ok.
Tapi minah tue pun agak kerek gak. Pakai hyudai matrix xsilap aku. Cehh...Pakai keta leh kerek ngan orang pakai moto ke??
Perlu ke aku amik keta aku
Dan stop merempit untuk berlagak???hurmmm.....Xpatutkan..Aku suke naik moto dari keta. Siyes.
Wednesday, October 28, 2009
Sejadah semayang
Minggu lepas kita 'dikecohkan' oleh sejadah semayang yang bersembahyang. Kalo kita peratikan balik situasi ni berlaku secara berantai.
Aku pun xtau benda ni mainan orang atau pun bebetul petunjuk Allah.
Masa balik kampung ari tue ma abah aku dok berborak pasal menda nie. Ye lah hanya meluahkan pendapat memasing pasal menda nie. Betul ke petunjuk Allah atau mainan manusia.
Dalam dok bebincang dan berlawak tue. Abah aku keluarkan sejadah semayang yang terlipat elok. Lalu di pegang nya satu bucu dan tarik ke atas. Sejadah tu pun jadi cam kedudukan cam gambar kat atas.
'Cepat amik gambar. Bagitau Sinar Harian' Kata abah aku.
Semua satu rumah gelak ngan abah aku. Ape da nak ajak paper datang. X best langsung.
Cuma menda ni aku nak cakap bahawa menda ni memang boleh di buat. Nak glamer free senang je.
Dengan kejadian ni ramai gak la yang berkunjung untuk melihat. Sekurangnya meriah la skit. Dan harap ramai la yang amik pengajaran. Gunakan sejadah semayang untuk semayang bukan untuk hiasan dan tunggu sejadah tu sembahyang sendiri.
Tapi kalo tengok, semua yang terjadi tue sejadah jenis baru. Yang keras. Xde sejadah lama yang lembik yang kalo nak angkat untuk berdiri dia akan terhampar gak. Kalo nak boleh try kat umah ye.
Aku tetap percaya dan terus percaya yang berkuasa hanya Dia, ALLAH SWT.
Tuesday, October 27, 2009
Semak
Bebaskan aku dari medan perang ini. Medan perang dari jiwa celaru ini...
Kenapa perlu ada hasad dengki, benci, kasih cinta dalam dunia nie??
Ah...........Pedulikan semua...
Rasa nak je aku 'Henshin' jadi...........
Hensemkan kalo dapat jadi cam beliau...hahahahha
Ade pistol leser lagi. Leh tembak tembak...Duchum duchum duchum...
Tembak suma orang jahat. Kasi mati semua orang jahat. huhuhuhu....
Ape aku meraban nie...Dah dah...aku xtau nak tulis ape. Pala aku da blur nie. Da sambung sambung keje. Aku sambung layan blok TNB plak...
Monday, October 26, 2009
Wednesday, October 21, 2009
Gumbira
Gumbira sesangat cam apek kena nombor ekor satu juta, cam baru dapat keta ferari sebijik, cam baru pas nek roller coaster ke bulan cam baru pas wat bungee jump....Muaahahahahahahah....
Ya Puteri hadirlah dalam hidup ku. Dampingi la daku. Jangan dikau lepaskan.
PSP: Tuan tanah akan bercuti selama empat hari. Tuan tanah mahu pegi jumpe itu sama tuan majistret mau makan nasi kerabu bersama budu mau makan nasi ikan singgam mau makan pulut ayam mau makan nasi gomok mau makan akok mau makan laksam mau makan mee camboo mau makan lompat tikam mau makan......Dah dah....Berapa banyak mau makan da. Badan da besau sedar diri suar da sendat suma. Ok jangan rindu-rindu tau. Kalo rindu kasi miscoll sama balai bomba terdekat. Muahahahah....
Tuesday, October 20, 2009
BreakDown
Sememangnya keje aku da kurang aku just kena handle satu projek je. Projek lain da kasi kat opismate baru. Dia mmg staff JKR la (Aku bukan staff JKR...Menumpang je). heeheheheheheh....
Tapi ari nie aku ade keje skit, sebab Khamis Jumaat nie nak cuti jadi aku kena setelkan seblom cuti.
Tengah2 aku nak isi borang cuti (Microsoft Word), dalam masa sama aku run Musang Api. Dua tue je program yang run. Aku x run AutoCad ke Orion ke ape yang memang berat.
Tetiba dia bleh hang. Kalo takat kau nak taip 22/10/2009 pun sampai 5 kali hang. Memang aku hangin la. Aku pun restart la PC tue. Tetengok dia da xnak on. PC tue berkata-kata bahawa has 'Software or Hardware Error'.....Ciss...Memang kurang asam btol PC nie.
Aku try restart lagi. Masih xmau. Damn....Ari ni aku rasa xkurang 30kali aku dok on off PC tue dan godek ape yang patut.
Aku try gak godek nak copy fail2 kerja. Nyata sia-sia. Cam siot je.
Da pkul 5 aku da nyampah n geram. Mesin punch card jadi mangsa aku. Aku terus Punch Out.
PC....Bye bye....
Damn...Esok aku kena berdepan ngan PC rosak lagi.
Aku rasa nak je tukar amik IT plak...Citt....
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Masuk kali ni da 2 CPU aku pakai. Dua2 mengalami masalah yang sama. Window xleh load. Adakah sebab Mr.Virus dari fail lama yang aku copy dari CPU lama???
Atau sebab aku Main Blog??? tapi kalo sebab main blog. Laptop aku ni xpenah plak ade msalah camtu...Xpenah plak pakai Microsoft Excel atau Word leh hang. Nak siapkan satu job sampai berejam.
Kalo ikut spec laptop aku lagi cikai dari PC tue. RAM PC 4GB laptop aku baru 2GB. Processor xyah cite la...Hurmmm
Ke sebab aku ade badi menjahanamkan PC??? Bukan kabadi ok...
Hurm....Memang misteri btol..
Mintak malam ni jangan aku mimpi PC jahanam tue da...
Monday, October 19, 2009
Aku jua manusia
Hasil dari kepiluan hati akibat kekejaman manusia.
Kenapa aku dikau abaikan
Kenapa aku dikau pulaukan
Kenapa aku dikau campakkan
Kenapa aku dikau biarkan
Apakah aku tiada nilai
Apakah aku tiada bererti
Adakah kehadiran ku tiada diingini
Adakah aku amat dibenci
Apa sebenar salah ku
Apa sebenar dosa ku
Aku lahir kerna kamu
Kenapa kamu kejam padaku
Setelah noda-noda dosa
Akibat nafsu syaitan yang meraja
Kenapa perlu ditambah dosa
Kerna takut malu di dunia
Sanggup terima seksa neraka
Aku jua manusia benyawa
Aku juga punya harga
Aku punya hak di dunia
Berikan aku kasih dan cinta
Jadikanlah aku seorang manusia
Bukan sampah yang dicampak sesuka
PSP: Semoga kita dijauhkan dari musibah ini semua.
Kejam...
Nota iringi mayat bayi
PONTIAN: “Maafkan saya, saya terpaksa tinggalkan arwah anak saya dan tolong kebumikannya. Saya mangsa penganiayaan selamat bersalin Ahad jam 6.10 petang,” demikian isi kandungan sekeping nota ditemui bersama mayat seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di depan Klinik Kesihatan Parit Haji Arif, Benut di sini, Isnin lalu.Pilu aku membaca artikel di atas. Patutkah tindakan perempuan di atas??
Siapa aniaya siapa?? Kenapa perlu hukum bayi yang tidak berdosa itu??
Kenapa pula kamu perlu menghukum??
Kenapa perlu sekejam itu, membunuh tanpa erti sesal??
Akan selesaikah segalanya hanya dengan sekeping nota 'Maaf'??
Bagaimana kamu akan memohon pada bayi yang tidak berdosa itu??
Oh, Dunia...Kejam nya manusia, lebih kejam dari zaman jahiliah...
PSP: Aku mahu anak yang comel....Comel cam aku...hehehehe
Maaf
Kita xkan berjumpe lagi dengan Syawal 1430. Dan andainya panjang umur akan kita nikmati Syawal 1431. Tapi sempatkah kita menikmatinya?? Berpeluangkah kita??
Akan bertemukah kita 1 Syawal 1431 untuk memohon seribu kemaafan zahir dan batin untuk seribu kesalahan yang telah kita lakukan??
Kekadang sukar untuk kita melafazkan 4 huruf ini M.A.A.F. Dan ada juga bila kita memohon maaf pada seseorang tidak dapat ia maafkan.
Kenapa sukar kita untuk memaafkan?? Besar sangat kah salah dan silap dia pada kita?? Apakah kita terlalu sempurna sehingga tidak bersalah dan tidak boleh memaafkan?? Siapa kita??
Sedarlah kita semua hanya Hamba. Kita semua sama sahaja.
Segeralah memohon la maaf seandainya ada salah dan silap. Jangan malu atau segan. Seandainya tidak di maafkan. Itu bukan hak kita. Sekurang-kurangnya kita telah memohon maaf. Dan kita tidak tau sama ada esok masih ada atau tidak untuk kita. Jadi segeralah memohon maaf.
Pernah jua aku memohon kemaafan dan sukar diterima oleh insan tersebut. Kerna bimbang aku akan mengulanginya. Sememangnya aku tidak tau ape akan terjadi hari esok. Hari aku bersalah dan hari ni aku berdosa pada mu. Hari ini aku memohon maaf kerna aku tidak tau masih adakah esok untuk ku.
Aku jua tau masih ramai di luar sana yang masih tidak maafkan kesalahan ku. Kesalahan yang aku sedar atau tidak. Aku mohon kemaafan pada semua. Maafkan aku.
PSP : Maafkan aku sekiranya tulisan-tulisan dalam blog ini mengguris hati kalian. Maafkan juga andai aku tidak mengunjungi laman kalian. Aku hanya hamba yang menumpang kasih di sudut dunia. Maafkan aku Teman sekalian.
Sunday, October 18, 2009
Cahya
Tiada lagi erti rindu bagi ku
Tiada lagi erti kasih bagi ku
Kasih cinta dan rindu itu telah berlalu
Berlalu meninggalkan diri
Dalam kotak kegelapan ini
Tanpa cahaya yang menerangi
Hanya gelita menemani
Berikan aku sedikit cahaya
Agar dapat ku mencari arah tuju
Yang ada secubit bahgia
Untuk aku meneruskan perjalanku
Biarlah yang pergi itu pergi
Kerna aku tau diri ini masih disini
Meneruskan kembara diri
Mengubati duka nestapa hati ini
Aku pasti di sana nun jauh
Jauh di balik mentari
Pasti ada cinta dan kasih
Yang setia menanti diri ini
4
Si biru memang muka biru ari nie. Melawan tapi masih gagal. Nampaknya memang si biru juga xkebal. Tetap kalah. Skang da jatuh no. 2 belakang setan merah.
Setan Merah
Setan Merah ari ni menang lagi. Berjaya jugak setan ni menewaskan si BW. Si setan merah berjaya dok no. 1 wat masa skang Beza 1 mata ngan si Biru.
Burung Merah ari nie memang lemah longlai. 2 kepak dia xde, cedera - Torres dan Gerard. Memang ari ni burung merah xleh nak terbang tinggi sebab terlanggar belon merah. Jatuh ke tanah burung merah. Kena ngap dengan Kucing Hitam.
Sang Meriam
Sang Meriam meletup 3 das ari nie. Sang Meriam kena tembak jugak sedas ari nie.
PSP : Aku da ngantuk....Selamat malam
Thursday, October 15, 2009
Gagal Lagi 3
I love u all so much.
erk......Aku bukan gay ok. Aku bukan songsang. Tapi aku sayang semua kekawan aku xkira jantina. Hahahahha...
Pasal paper 4 insyallah aku akan cuba amik lagi. Aku akan cuba wat yang terbaik. Hopefully kali aku akan berjaya.
Sebelum aku berkenalan dengan Biar Kejam Jangan Keji, aku ada lagi satu kawan lama yang dok menemani aku dari sejak aku di sekolah lagi.
Kawan lama tu ialah Biar Kalah Jangan Mengalah.
Biar Kalah Jangan Mengalah.....Bagi aku bermaksud jangan penah jemu berusaha untuk berjaya. Biar Kalah Jangan Mengalah adalah sang juara sebenarnya. Yang tidak pernah kenal erti jemu mencuba untuk berjaya. Walaupun berapa kali gagal, tetap bangkit dengan semangat baru untuk berusaha dan terus berusaha untuk maju dan berjaya.
Tidak kenal erti kalah dalam hidup pasti akan membawa kita kepada kejayaan. Ingat dalam Islam yang biasa kita dengar Usaha, Doa dan Tawakal. 3 serangkai ini tidak dapat dipisahkan lagi.
Berusaha lah kita sekuatnya untuk berjaya. Senandainya masih gagal jangan terus mengalah, bangunlah dan berusaha lagi berserta dengan Doa dan Tawakal, Insyaallah kita akan berjaya.
Biar Kalah Jangan Mengalah. Berapakali kita jatuh adalah tidak penting yang penting adalah berapa kali kita bangkit dan terus berjuang.
Sekian......
PSP: Aku akan terus bersemangat dan kuat..
Gagal Lagi 2
Selepas tue kita kena buat presentation pasa paper work kita, biasa sebulan selepas kita anta paper work tersebut. Kita kena present depan 2 orang panel. Diorang ni biasa otai-otai dalam bidang safety. Ada dari memacam orang dan ade jugak yang ade title Dr. yang akan jadi panel.
Akhir presentation akan ada sesi soal jawab. Time ni la akan kuar soalan yang di luar jangkaan. Yang wat aku fed up adalah bukan untuk wat paper work, atau present. Tapi adalah untuk jawab soalan yang memacam nie wat aku fed up.
Kekadang aku rasa diorang ekspek kita yang baru setahun jagung dalam bidang nie tau seperti diorang yang dah bertahun2 (ada jugak sampai berpuluh tahun) dan hafal semua undang2 dalam buku OSHA dan FMA tue. Tue yang aku fed up. Serius.
Diorang nak kita bagi penerangan cam diorang bagi penerangan yang penuh ilmu di dada. Kekadang soalan yang di tanya tue di luar apa yang korang present. Damn....
Ok la...aku malas nak ingat menda yang lepas tue. Ok....
Tutup buku...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku cukup terharu mendengar kata-kata kekawan blogger sekalian, yang telah memberi aku semangat supaya aku terus mencuba sampai berjaya. Aku xnak reply cam biasa sebab aku rasa semuanya aku akan reply ngan ucapan terima kasih. Jadi aku buatkan entri nie.
Apatah lagi untuk bertentang mata
Perhubungan kita hanya melalui tulisan bertinta
Tapi rapat bagaikan saudara
Aku tak pernah tau kamu bagaimana
Aku tak pernah tau kamu dimana
Tapi aku tau kamu ada
Tapi aku tau kamu setia
Datang memberi semangat dan dorongan
Dengan kata-kata yang amat berharga
Lebih bernilai dari emas permata
Itu lah erti kita bersaudara
Kata-kata mu buat ku bangkit semula
Kata-kata mu buat mataku berkaca
Aku tidak tau bagaimana caranya
Untuk aku balas semuanya
Hanya jutaan terima kasih mampu ku ucapkan
Gagal Lagi
Aku gagal lagi kali nie walaupun kali kedua aku amik.
Skang nie aku cam da fed up. Aku rasa da malas nak ulang lagi paper tue.
Nak mencuba nasib lagi aku da lemah sesangat.
Dah...Fokus je pada kerjaya aku skang ada rezki aku cuba lagi len tahun.
Layan lagu nie lagi baik daari pikir menda da lepas..
Semangat kembali la kau..Jangan tewas...
Wednesday, October 14, 2009
MC
Sumpah perkenan pengurusi mesyuarat memnita aku jadi MC. Punye la banyak lagi otai2 dalam opis tue dan pegawai2 tinggi yang tetap, aku yang sekadar menumpang dan menymak ni jugak dia nak suh jadi MC. Adoiyai....
Aku try, aku sahut cabaran walaupun aku tau aku xde bakat...kahkahkahkah
Xpenah sepanjang hidup aku jadi MC majlis, tetiba aku plak yang kena kali nie. Hancusss..........
Da la aku gugup untuk berdiri di khalayak ramai. Aiseymen...Siap ade VVIP tue. Camne aku nak cakap pembuka kata nie? Kang ade jugak kuar my Klate slang kang, kasi VVIP nganga skit...
Ada sesapa leh cadangkan teks ucapan x??
PSP: Perlukah aku MC pada hari tersebut untuk mengelakkan jadi MC???
Safety Harness
Gambar nie adalah akibat salah cara pemakaian harness iaitu terlalu longgar. Oleh itu, sesapa yang terlibat tolong la check bebetol pakerja yang pakai harness. Sakit woo kalo jadi camni.
PSP: Aku minta maaf kalo ade yang tersinggung ngan picture kat atas. Mencegah lebih baik dari mengobati.
Tuesday, October 13, 2009
Kerja
'Di, mu nak kija x?' tanya kawan aku.
'Keja ape? Aku mmg dok pikir nak cari pat-time nie' kata aku.
'Keje ni gaji mahal tapi xde life la' kata kawan aku lagi.
'Aku xkisah janji berbaloi dah la. Keje ape?' tanya aku.
'Keje pembunuh upahan.' kata kawan aku.
'Kalo aku xjadi kawen. Set je. kahkahkahkahkah!!!!!' aku gelak besar.
Gila ape keje nak amik nyawa orang. Walaupun x sayang nyawa sendiri tapi aku sayang nyawa orang keliling aku.
Sayangi lah keluarga anda....
Monday, October 12, 2009
Detik Itu
Pasti datang menjemput ku
Pasti akan menemani ku
Pasti aku akan berlalu
Meninggalkan mu bersama dunia mu
Bila tiba detik itu
Jangan kau titis airmata mu
Jangan kau tangisi pergi ku
Jangan kau sesal apa yang berlaku
Bila tiba detik itu
Kuat lah dikau jangan sekali kau layu
Tabah dikau menerima khabar itu
Pergi ku bukan kerna aku mau
Pergi ku bukan kerna aku benci kamu
Pergi ku kerna ini takdir ku
Tercatat sudah semua bagi ku
Pejalanan ku tamat bernoktahkan batu
Dua batu yang menjadi tanda abadi jasad ku
Bila tiba detik itu
Tolonglah doakan aku
Jangan dikau lupakan aku
Seandainya dikau adalah rusuk ku
Pasti kau kan jadi bidadari ku
Yang abadi sepanjang waktu
Sunday, October 11, 2009
Plaza Tol Pertama
CEO aku ni nak pergi ke Pasir Gudang manakala PM aku nak ke Perling. Jadi CEO aku meminta aku dan supervisor(SP) aku amik PM aku.
'Aku tinggal PM ni kat plaza tol' kata CEO aku.
'Plaza tol mana?' tanya SP aku.
'Nanti da nak sampai aku bagitau tol mana' jawab SP aku lagi.
Dalam 15 minit kemudian, telofon tangan membebel lagi. Tengok CEO aku call.
'Ko datang amik PM ko kat Plaza tol nie' kata CEO aku.
'Plaza tol mana?' tanya SP aku.
'Plaza tol pertama' jawab CEO.
'Plaza tol mana tue?' tanya SP aku lagi.
Aku terbayang-bayang plaza tol Batu Pahat dah. Gile ape orang tua nie tinggal PM aku kat Batu Pahat.
'Plaza tol pertama yang kita jumpe kalo drive dari KL ke JB la.' jawab CEO aku.
'Ala plaza tol yang pertama tu yang ade area kilang kat tepi highway tue.' sampuk PM aku.
'Aku tinggal dia sini je. Mu datang cepat amik dia. Aku nak gerak dah nie' kata CEO aku lagi.
'Ok.' jawab SP aku.
Dekat 45 minit jugak la PM aku dok melangak kat tol tue sementara tunggu kitorang sampai. hahahha.....
Memang cam aku da agak Plaza Tol Pertama tue adalah Plaza Tol Skudai. Sampai skang aku ingat. Pertama kali aku dengar nama Plaza Tol Pertama.
Saturday, October 10, 2009
Tinggi
Merekabentuk bangunan yang tinggi yang lebih dari setingkat.
Sentiasa berangan untuk terbang tinggi di awan biru.
Bercita-cita tinggi dan penuh dengan daya imiginasi yang tinggi.
Tapi semuanya tidak menjamin aku dari takut pada ketinggian. Serius aku gayat bila berada di tempat tinggi. Walaupun penah panjat menara tranmission line.
Aku tetap takut pada ketinggian.
PSP: Aku benci mimpi jatuh bangunan tinggi. Penat............
Friday, October 9, 2009
Aku Dan Blog
Pada mula memang aku main menda ni untuk memain, saje gatal tangan nak menulis walaupun aku tau aku bukan sehebat sasterawan negara A. Samad Said, bukan sehebat penulis novel triller no.1 Malaysia - Ramli Awang Murshed tapi naluri aku tetap nak menulis.
Masa memula menulis memang aku x tulis pun, just copy paste dari emel yang aku rasa menarik. Skang pun ade lagi yang aku copy paste dari emel. Dulu aku tulis sebab aku bosan asyik dok main friendster je. Masa tu aku xkenal lagi 'buku muka'.
Memula aku namakan blog nie Fly's blog. Sebab nya aku suka lalat. ehhh...Silap. Aku selalu berangan yang aku boleh terbang. Terbang bebas tanpa halangan. Menentukan arah tujuku sendiri menetapkan matlamat yang satu.
Kemudian xsilap aku akhir tahun 2008, semasa aku bekerja di Terengganu. Aku mula tulis apa yang aku rasa dan yang aku tengok. Baru nak ada perasaan time nie. hehehehe...Baru nak serius nak menulis blog.
Nama blog pun aku tukarkan 'Biar Kejam Jangan Keji'. Kata-kata yang keluar dari mulut aku semasa dok kutuk-mengetuk ngan kawan. Kutuk-mengutuk tapi hati gembira. Mulut jahat biasa la.
'Biar Kejam Jangan Keji' - Kejam bukan lah bermaksud bunuh orang, rogol, ragut atau samseng jalanan. Kejam yang aku maksudkan adalah jadi diri sendiri yang sebenarnya walaupun kelihatan kejam di mata orang lain. Xyah nak berlakon baik bagi aku tu sangat la keji. Senang cite xyah hipokrit.
'Biar Kejam Jangan Keji' memang bawa banyak makna dalam hidupku. Di sini segalanya bagi aku. Disini tempat aku melepaskan geram, berkongsi suka duka nestapa. Di sini jua lah aku kenal korang semua.
Sape korang tue??? Korang tue adalah kau, kamu dan kalian yang xpernah aku kenal rupa wajah, bentuk bodi, warna kulit, kaler rambut, saiz kasut, saiz baju, saiz seluar......Tapi disini telah menghubungkan kita. Atas dasar satu tulisan yang menjadi perhubungan dalam dunia maya ini.
Terima kasih atas sokongan kalian.
Thanks....
Antara Padang atau Bagan Pinang
Antara realiti yang pasti dan fantasi yang kabur nan kejauhan??
Mana satu harus ku pilih??
Realiti yang dekat untuk ku capai dan gapai dengan Fantasi yang belum pasti??
Membuat pilihan bukan lah sesuatu yang mudah. Kekadang aku merasakan diriku lebih di alam fantasi dari alam realiti. Ku slalu terlupa akan alam realiti ku, ku hanyut dalam fantasi.
Terima kasih wat semua kekawan yang terus memberi dorongan pada aku untuk terus kekal di sini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perlukah sebab dalam cinta??
Perlukah paksaan dalam cinta??
Adakah cinta itu adil??
PSP: Perlu ke sampai guna-guna untuk mendapatkan cinta?? menghancurkan hubungan orang lain??
Thursday, October 8, 2009
Kejam
( Foie Gras) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Not only mouth hurt, throat hurt , all time stomach ache from the food , Fat to bloated legs , no sleep , no exercise and no free movement for life to |
|
|
Stop eating this di sh. STOP THE TORTURE AND CRUELTY.
STOP THE DEMAND AND THE SUPPLY, SUFFERINGS AND TORTURE OF THESES CREATURE WILL END.
Wednesday, October 7, 2009
Diari Raya 2009 siri 2
Semua dok sibuk buat kek raya, biskut raya, ketupat, tapai dan lain-lain.
Aku kat umah cam biasa la rilek-rilek je. Hehehe..Memang jenis malas. Ye la yang sibuk adik aku je ngan akak aku dok wat biskut kat dapur.
Petang tue aku ngan abang aku plan nak gi amik ma aku kat kedai dia meniaga. Sebabkan masih awal, kitorang plan singgah umah nenek jap. Lepak sana dulu. Lepas asar baru gerak gi kedai ma.
Sampai umah nenek dah penuh ngan pakcik2, makcik2 dan sepupu-sepapat. Ade yang sibuk kat dapur ada jugak yang sibuk dok tengok tv. Memacam ado.
Kat dapur makcik, pakcik dan nenek sibuk dok siapkan sup tulang untuk wat juadah bukak posa. Ari last, da ramai kat umah so masak sup tulang pun pakai kawah. Intai punya intai, semua orang ada abang sulung aku je xde kat umah nenek.
'Abe lie, mano?' tya aku pada abg P aku.
'Ado umah tue' jawab abg P dan berjalan gi panggil abg lie aku kat umah dia.
'Xdok orang nyahut. Tido kot' jawab abg P.
'Bedil bola ado x? Cucuh lempar bawah umah la.' cadang aku.
'Molek jugo' kata abg P. Lalu cucuh mercun bola dan baling ke bawah umah abg lie aku.
Kbaboommm....
'Ooppppss!!!Ishhh!!! Ishhh!!! eeeahhhh!!! Ahhh!!! Mak kau' titiba pakcik aku melatah sambil membuka langkah silat pulut yang memang sumbang gila. Gaya ultramen nak fire pun ada gak aku tengok.
'Sapo cucuh? Budak bertuah btol' kata pakcik aku lagi.
'kihkihkihki' aku dan abg P bagai nak pecah perut gelak kan pakcik aku. Ingat nak kejut kan abang aku tapi salah skill punye pasal, mercun bola tue meletup ngam ngam kat kaki pakcik aku yang dok basuk kaki lembu.
Tersepit
Pening. Kalo ikutkan hati dan perasaan aku memang aku xmahu teruskan semua ni. Cukup la setakat ni. Semuanya da tiada lagi bagi aku. Cuma perasaan kesian sahaja wujud dalam hati ini bukan lagi cinta dan sayang.
Perihalnya skang nie...Biar lah aku jelaskan secara ringkas.
Sebenarnya aku sudah bertunang, dan merancang berkahwin next year. Setelah banyak yang di lalui dan kurang persefahaman, perasaan cinta dan kasih aku pada dia da makin tawar. Yang ada cuma kesian.
Memang kami sering bergaduh. Tiap kali berbincang isu sama akan timbul. Dan gaduh jua.
Aku bukan apa. Aku kalo bleh nak berkahwin sekali je seumur hayat aku. Walaupun lelaki bleh kawin 4. Dan aku xnak perkahwinan berakhir dengan penceraian.
Banyak sudah aku lihat di sekeliling aku. Membuatkan keraguan di hati menebal.
Pening aku memikirkan semua ini. Ramai yang menduga kerna wujud orang ke-3. Walhal tidak sama sekali.
Sekarang aku rasa lebih selesa bersendirian. Lebih selesa bersorangan dari berpasangan.
PSP: Maafkan aku wahai insan disekeliling ku. Dan terima kasih kerna ada untuk ku.
Tuesday, October 6, 2009
Mesyuarat Tingkap
Dalam dok menung, tetiba tepon tangan ku buat bunyi bising dan bergedek2 cam itik nak lapar dedak. Tengok bapak aku call.
'Hah, wat pe??Tido ke?' tanya bapak aku.
'X lagi. On the way ke bulan.' jawab aku.
'Hurm. Memang xde menda len. Ni kat umah tengah ade mesyuarat tingkap. Pakcik dan nenek pun ada skali' kata bapak aku.
'erk...Mesyuarat tingkap. Nape plak??' tanya aku yang blur.
'Pasal kau la. huih....Jap pakcik ko nak cakap.' cakap bapak aku lagi.
'Hah..Camne nie?? Muktamat ke keputusan nie?' tanya pakcik aku.
'Ye, uncle. I kunci lirik nie!!' ish....Nak mampus jawab camtu ngan pakcik aku. Ngan bapak aku bleh la.
'Ye. Muktamad dah' jawab aku.
'Ke ada sebab lain nie??Kena paksa ke ape ke??' pakcik aku cuba menduga.
'Xde la. Memang sebab diri sendiri je.' jawab aku.
'Ok la kalo gtue. Sebab menda bukan main2 dan bukan untuk sehari dua.' jawab pakcik aku.
-Tamat-
Ye, keputusan aku memabg da muktamat. Aku minta maaf kat famili if aku mengecewakan. Mungkin korang kesal ngan apa yang terjadi. Tapi hanya aku yang tau hal sebenarnya. Maafkan aku.
Pelangi indah itu makin suram dan tidak lagi bersinar. Mungkin pelangi itu bukan milik ku.
Monday, October 5, 2009
Serabut
Memacam yang bermain kat fikiran aku sekarang nie.
Mungkin juga kepala aku bersirat camni sebab aku sudah jauh terlajak.
Alhamdulillah. Syukur. Ari nie kepala aku sudah sedikit ringan. Masalah yang berselirat tue da sedikit meninggalkan aku.
Aku jua sudah membuat keputusan dan keputusan nya tetap jua sama. Menunggu pelangi indah itu muncul kembali.
Senyum.... Indahnya hidup.... Cuma aku terlupa menghargainya....
Renungan
Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu
janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan
yang sesuai dengan ajaran Agama.
Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf:
179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak
mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah
SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah
MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri
Tag Kak Qaseh
Peraturan: Letakkan gambar sewaktu kecil anda. Adalah baik sekiranya anda menulis 20 perkara yang orang tidak tahu semasa kecil anda. Pada penghujung entry, anda harus memilih 5 orang untuk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sebab saya ingin tahu lebih lanjut tentang zaman comel anda dulu.
1. Penah kena hambat ngan angsa sampai nangis. Seb bek ma ada. Sayang ma
2. Kena kejar ngan abah bawa rotan sebab mandi baruh (tali air). Balik umah kena piap.
3. Kena rotan ngan abah sebab gi mandi laut ngan abang.
4. Nangis sebab kena tegur ngan abah masa ngaji Quran.
5. Dulu kekecik blaja kat Taski semua doa amalan ingat. Skang...huh hampeh.
6. Suka gi igat (tangkap) ikan karin (ikan laga) ngan ikan spila. Pastu letak dalam btol gelap dan tanam dalam tanah nak we bekeng...hahahah..tapi last semua mati. Jahatnya aku.
7. Dulu orang panggil aku adik. Sebab bongsu tapi skang da ade 3 orang adik. Title tu betahan sampai aku aku darjah 3 je.
8. Ada makcik-makcik (jejiran) cakap aku kurang ajar sebab dia melaung panggil nama aku dan aku melaung balik jawab kat dia. Kurang ajar ek camtu???
9. Ramai kata aku sombong sebab aku susah senyum. Skang pon...hurmm
10. Aku suka main ngan kambing bapak aku. Dan kena kejar ngan kambing jantan bapak aku sebab usik bini dia..hahahha
11. Suka lastik burung walaupun sekor pun aku lastik x kena.
12. Suka mancing ikan we (haruan) tapi xpenah aku dapat pun.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
Untuk no 13-20 saya da xtau nak tulis ape...sebab lupa..mintak maaf ye..terutama pada kak Qaseh.
Gambar xde sebab memang xde gambar masa kecik. heheheh..
Orang yang nak aku tag:
1) Kamu
2) Dia
3) Kau
4) Hang
5) Demo
Sekian terima kasih
Friday, October 2, 2009
Baik
Perempuan yang dahulunya pernah menjadi 'pelacur' dan telah bertaubat. Menginsafi kisah silamnya. Biasanya perempuan seperti ini tetap di lebel sebagai 'perempuan sundal' oleh masyarakat sekeliling dan termasuk kaum hawa lain. Siapakah yang lagi baik 'bekas pelacur' atau kaum hawa yang melebelkan 'sundal' itu??
Lelaki yang dahulunya kaki pukul, kaki minum, merogol dan pernah membunuh. Tetapi telah bertaubat dan kembali ke panggal jalan. Adakah beliau itu baik??
Atau seorang lelaki yang skima yang memakai suar atas dari pusaat, tigh-in rapat, rambut belah tepi, spek mata 5-inci, tidak merokok dan gigi putih cam salji itu baik??
Apakah sebenarnya baik dan jahat itu??
Siapakah kita untuk melebelkan itu ini??
Kisah lalu kita ketahui, tetapi adakah kita tau masa depan??
Sejarah adalah masa lalu yang tidak mungkin dapat di ubah kembali. Merancang masa depan yang gemilang lebih baik dari mengenang sejarah silam yang suram.
Bagi aku, biarlah pasangan aku itu menghormati, patuh, taat dan setia pada Agama, aku dan dua ibu dua bapa serta 2 keluarga besar. Seandainya ada kurang salinglah tegur dan bimbing. Belajar dan mengajar.
Sejarah silam yang berwarna hitam putih jingga kelabu ungu hijau merah biru, yang suram yang bersinar itu hanya lah masa lalu. Memasing mempunyai masa lalu. Aku jua begitu.
Mahu yang sempurna, tiada yang sempurna. Yang sempurna hanya Dia, Allah swt.
Aku hanya perancang, penentunya hanya Dia, Allah swt. Semua ini telah tertulis sejak dari luhmahfuz lagi.
Di atas adalah luahan pendapat aku pada seorang kawan yang meminta pandangan aku.
PSP: Aku bukanlah lelaki yang BAIK. Harap Maklum!!!!