Wednesday, October 7, 2009

Tersepit

Tersepit. Serba salah. Dan penuh rasa bersalah itu lah keadaan aku sekarang. 'Di luah mati emak, di telan mati bapak' tue kata pepatah. Aku skang nie 'Di luah aku mati, di telan pun aku mati'.

Pening. Kalo ikutkan hati dan perasaan aku memang aku xmahu teruskan semua ni. Cukup la setakat ni. Semuanya da tiada lagi bagi aku. Cuma perasaan kesian sahaja wujud dalam hati ini bukan lagi cinta dan sayang.

Perihalnya skang nie...Biar lah aku jelaskan secara ringkas.

Sebenarnya aku sudah bertunang, dan merancang berkahwin next year. Setelah banyak yang di lalui dan kurang persefahaman, perasaan cinta dan kasih aku pada dia da makin tawar. Yang ada cuma kesian.

Memang kami sering bergaduh. Tiap kali berbincang isu sama akan timbul. Dan gaduh jua.

Aku bukan apa. Aku kalo bleh nak berkahwin sekali je seumur hayat aku. Walaupun lelaki bleh kawin 4. Dan aku xnak perkahwinan berakhir dengan penceraian.

Banyak sudah aku lihat di sekeliling aku. Membuatkan keraguan di hati menebal.

Pening aku memikirkan semua ini. Ramai yang menduga kerna wujud orang ke-3. Walhal tidak sama sekali.

Sekarang aku rasa lebih selesa bersendirian. Lebih selesa bersorangan dari berpasangan.


PSP: Maafkan aku wahai insan disekeliling ku. Dan terima kasih kerna ada untuk ku.

21 Pandangan Kekawan:

Kejora Yg Malap said...

huihhh..berat masalah kamu nih...byk2kan sabar, doa dan solat..semoga Dia memberi petunjuk kpd kamu..InsyaAllah..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kadang2 bersendirian itu lebih baik..

mungkin ada sesuatu yg awak cari sebelum ni lom awk jumpa....

teruskan mencari utk kebahagiaan hidup...

**skrg ni musim ramai putus tunang np erk..

pB said...

SALAM


kak pB doakan agar ~O~ akan mendapat jalan penyelesaian yang sebaik baiknya ...

Bagaikan menarik rambut didalam tepung , rambut tak putus , tepung tak berselerak ...

Jodoh ditangan Allah. Dan apa yang Allah berikan pada kita , itulah yang terbaik buat kita ....

BuLaN iTu aKu said...

oooo mcam tu ceritanyaaa....
harap anda bersbar...
setiap kejadian ade hikmahnye

BajuKurung said...

lu wat solat istikharah.. itu lbih baik..

Firol said...

dugaan semasa tunang...

istikharah je..mintak dgn DIA..sebab DIA segalanya...

Koyuki said...

susah kan??

Ini la hidup..selamat datang..

setiap kali kite susah..kite masih boleh senyum dan ketawa..bergembira mungkin..kat dalam hati biar tuhan jer tau..

sebabnya kite selalu yakin..Allah sentiasa ada untuk kite..

Jangan lupakan Allah..die takkan tinggalkan kite dalam kesusahan..

Have some faith..ok?

=D

MuHaMMaD86 said...

saudara....

sy doakan yg terbaik utk saudara...

jika anda yakin dgn kptsn saudara,trskn je supaya anda xmnysl di lain hari

sabaq noh!!!bykkn dri dgn Allah..i think that's a best way

- Sabda Rasulullah saw -

Segeralah melakukan hal yang bermanfaat bagimu,mintalah pertolongan Allah dan janganlah bersikap lemah. Jika kamu ditimpa masalah,jangan berkata:”jikalau aku melakukan begini,tentu akan begini dan begitu” tetapi katakanlah: “Apa yang telah ditakdirkan dan dikehendaki oleh Allah SWT,pasti terjadi.”

Qaseh said...

akk dah agak dah...cehhhwahhhh...

kita hanya mampu merancang..Tuhan yg tentukan. mungkin setakat itu saja cerita cinta kamu berdua....kalau x serasi susah juga...apapon jangan rasa bersalah yg berpanjangan...ada hikmat semua ini.

AbcdeFtyyhahh; said...

salam.
ouch cemane boleh tawar hati ni.
si dia ade mslh kot.
istikharah ok :)
yakin pd petunjuk NYA.

+betterSINGLE+ said...

bnyk2la berdoa ea..

Yunus Badawi said...

Ada kalanya lebih elok berpisah semasa bertunang dari bercerai selepas kawin. Terpulang kpd ko utk menentukan.

Aku hanya mampu mendoakan yg terbaik utk ko.

Zaki said...

oooooo......macam tu ceritanya, macamanapun jalan terus kedepan, jangan jalan kebelakang.

sharamli said...

bukan aku kn 0rg ke3 tu kn...ha3

Solehah said...

aku juga timbul perasaan yang sama kadang-kala. tapi aku lawan perasaan itu sebab ianya tuntutan agama..

Kentut said...

wah, knp lepas raya smua post berat2 ni.

semoga tabah hati selalu.

imHepPie said...

biarkan org laen..jgn ikot org...jgn pandang org..

ikut kata ati...

smoga kamoo brdua bahgia..

faiz said...

x pe...biar nyosal skrg dr kemudian hari...

dan biarlah apa pun org nak kata sbb yg menanggung tu tuan punya diri...

kdg2 we have to be selfish dr bersimpati yg blh memakan diri..

apa pun keputusan yg dibuat pastinya telah dipertimbangkan dengan terperinci kan...

HEMY said...

kalau cuma rasa kesian yg tinggal baik putus tunang de bercerai..sendiri kena fikir n timbal balik

jane_doe3328 said...

Bertanyalah pada si DIA, kekadang rasa ragu² itu dibisikkan oleh syaitan

hestyrezyuda said...

hahahaha,, masalah zaidi sama macam saya...

tapi untuk saya itu semua berlaku setelah beristikharah...

kesian pada dia.. tapi sayang dah takde.. hest bertekad untuk bagi tahu secara jujur setelah hest pk " MAKIN LAMA HEST PENDAM DAN DIAM... AKAN MAKIN DALAM SAKIT DAN KECEWA YANG BAKAL 'DIA' TANGGUNG APABILA TAHU KEBENARAN" jadi hest kuatkan hati, 2,2 family terkejut.. tapi hest cakap.. "KAMI STILL KAWAN..KALAU BETUL KAMI ADA JODOH TAK KAN KEMANA.." tapi skang hest lonely.. sikit tenang dan kurang berserabut.. mungkin hest belum bersedia untuk berteman walau selalunye sunyi yang betandang...

zaidi...
buat dan pk lah yang terbaik untuk kamu.. ketepikan apasaja ya orang kata..
igt.. yg akan tanggung adalah kamu...bukan orang lain..

seperti kata kawan2 lain..istikharah dan solat hajat,,jgn takut untuk dapat kan kebenaran... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...