Monday, October 12, 2009

Detik Itu

Detik itu
Pasti datang menjemput ku
Pasti akan menemani ku
Pasti aku akan berlalu
Meninggalkan mu bersama dunia mu

Bila tiba detik itu
Jangan kau titis airmata mu
Jangan kau tangisi pergi ku
Jangan kau sesal apa yang berlaku

Bila tiba detik itu
Kuat lah dikau jangan sekali kau layu
Tabah dikau menerima khabar itu
Pergi ku bukan kerna aku mau
Pergi ku bukan kerna aku benci kamu
Pergi ku kerna ini takdir ku
Tercatat sudah semua bagi ku
Pejalanan ku tamat bernoktahkan batu
Dua batu yang menjadi tanda abadi jasad ku

Bila tiba detik itu
Tolonglah doakan aku
Jangan dikau lupakan aku
Seandainya dikau adalah rusuk ku
Pasti kau kan jadi bidadari ku
Yang abadi sepanjang waktu

19 Pandangan Kekawan:

melatidaisy said...

Berdebar~debar didada saat menanti kedatang si dia..si dia yang akan membawa aku ke suatu tempat yang belum pernah aku tempuhi...berdebar keras dihati menantinya. apakah diri ini sudah sedia dengan bekalan yang cukup atau tidak. bimbang ditempatkan dalam siksa sebab bekal tiada. semoga dia datang disaat aku tengah sujud menghadapNYA..dan membawaku menemuaiNYA..

arfahadnan said...

pasti setiap org akan bertemu dgn detik itu..

BuLaN iTu aKu said...

semua bagi puisi ni.
tak buleh jadi ni,.
tapi aku bukan org sstera

TokNabe said...

Jangan ditakut kerana semua orang akan tiba detik itu.

oranglidi said...

ingati kmatian..

Koyuki said...

'Seandainya dikau adalah rusuk ku'---

'seandainya aku adalah rusuk mu..aku akan tunggu kau di pintu syurga'

owh..nanges

+ cik pinky boomboom + said...

pulamak.,puitis sudah..

The Reds said...

kita smua sdg menuju ke detik itu..

ia semkin hmpir dgn kita..

tp kita smua masih lg leka...

Uruchimaru @ kf said...

mencari tulang rusuk? emm mcm pena dgr ayat nie?

Solehah said...

detik yang pasti tiba untuk kita insan yang bernyawa..

TheCOMOT said...

besh nya...suka ayat2 ni...
indahh..

(^,^)well done.

**mana dapat ayat ni??**
btw..jdi follower i..k?

~0~ said...

melatidaisy
begitulah hendaknya

arfahadnan
ia pasti datang

BuLaN iTu aKu
aku pun bukan sasterawan....hahahha

TokNabe
bersiap lah kita

oranglidi
ye ingat mati..

Koyuki
nah tisu...

+ cik pinky boomboom +
puitis runcit je...

The Reds
samalah kita saling mengingati...

Uruchimaru @ kf
ye ke??kat mana ko dgr??

Solehah
pasti akan ketemu jua

TheCOMOT
thanks...
ilham dari-Nya..

Firol said...

bila dimana bagaimana ketika detik itu...Hanya Dia yang tahu

Jard The Great said...

ok..daku takkan lupakan mu.. ehehehe

miss jane said...

ko ske wat puisi ek???huhu

aku ske baca puisi n sajak2 neh...hehehehhe

ingt lagi aku prnh tny satu entry ko mana ko dpt sajak tuh??

cilok dari lagu ke ko wat snirik kan????

itu aku lah

nk gtau nie,,aku dah tukar url blog...

sile edit pd link list blog kwn2 kamu

http://plainjane93.blogspot.com

sha89 said...

wahh...menarik tulisan ko...sedap mata mmbaca heeh~

detik yg pasti hadir bg setiap org..~

Webmaster@Echam said...

Edi,
Huh.. berpuisi pulok... Bagus2 puisi demo tu.

LotsOfLove-Pearls said...

Manisnya puisi..

Nak ke mana tue..?

~0~ said...

firol
btol tue bro...hanya dia yang tahu..kita perlu bersedia sahaja

jard
tima kasih jard

miss jane
xde la..bila ada ilham aku berkongsi..

sha88
tima kasih sha

Echam@webmaster
bila bosan tue la hasilnya bang

LotsOfLove-Pearls
xtau lagi kemana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...