Wednesday, October 7, 2009

Diari Raya 2009 siri 2

Sehari sebelum raya, semua dok bergembira. Hari buat ketupat. Semua pakat dok senyum lebar. Biapun uncle mohor besar belum buat penampilan kedua beliau dikaca televisyen pada tahun 2009 dengan ayat glamernye 'Setelah diperkenankan oleh....'.

Semua dok sibuk buat kek raya, biskut raya, ketupat, tapai dan lain-lain.

Aku kat umah cam biasa la rilek-rilek je. Hehehe..Memang jenis malas. Ye la yang sibuk adik aku je ngan akak aku dok wat biskut kat dapur.

Petang tue aku ngan abang aku plan nak gi amik ma aku kat kedai dia meniaga. Sebabkan masih awal, kitorang plan singgah umah nenek jap. Lepak sana dulu. Lepas asar baru gerak gi kedai ma.

Sampai umah nenek dah penuh ngan pakcik2, makcik2 dan sepupu-sepapat. Ade yang sibuk kat dapur ada jugak yang sibuk dok tengok tv. Memacam ado.

Kat dapur makcik, pakcik dan nenek sibuk dok siapkan sup tulang untuk wat juadah bukak posa. Ari last, da ramai kat umah so masak sup tulang pun pakai kawah. Intai punya intai, semua orang ada abang sulung aku je xde kat umah nenek.

'Abe lie, mano?' tya aku pada abg P aku.

'Ado umah tue' jawab abg P dan berjalan gi panggil abg lie aku kat umah dia.

'Xdok orang nyahut. Tido kot' jawab abg P.

'Bedil bola ado x? Cucuh lempar bawah umah la.' cadang aku.

'Molek jugo' kata abg P. Lalu cucuh mercun bola dan baling ke bawah umah abg lie aku.

Kbaboommm....

'Ooppppss!!!Ishhh!!! Ishhh!!! eeeahhhh!!! Ahhh!!! Mak kau' titiba pakcik aku melatah sambil membuka langkah silat pulut yang memang sumbang gila. Gaya ultramen nak fire pun ada gak aku tengok.

'Sapo cucuh? Budak bertuah btol' kata pakcik aku lagi.

'kihkihkihki' aku dan abg P bagai nak pecah perut gelak kan pakcik aku. Ingat nak kejut kan abang aku tapi salah skill punye pasal, mercun bola tue meletup ngam ngam kat kaki pakcik aku yang dok basuk kaki lembu.

8 Pandangan Kekawan:

CAHAYA said...

nama pun mercun bola. ikut suka je arah dia.

BajuKurung said...

koya demo main mercun weh.. hahaha..

Si PenuliS said...

paling takut mercun bola.ampeh..suka ati dia je nk p angle mana pun

TokNabe said...

Klu guna mercun bola golf lagi best tu....

Dulu ada mercun ketupat, yg ni pun kuat juga bunyi dia.

Kejora Yg Malap said...

nasib baik xkena penyepak..haha

Koyuki said...

ko da hampir2 tak beraya da tu..

dilibasnya dengan kaki lembu tu..sape susah..

~0~ said...

CAHAYA
melata dia pergi...heheheh

BajuKurung
koya ke??

Si PenuliS
jgn marah yea

TokNabe
skang ade lagi tok...best

kejora Yang Malap
nyaris jugak la...hehehe

koyuki
ko jugak yang susah kan yuki

hestyrezyuda said...

jap2 hest kompius nih... cakap negeri sembilan ke... cakap kelantan nih??? ahahhaaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...