Thursday, October 29, 2009

Xcdent

Semalam aku balik keje lewat skit. Lepas maghrib baru aku balik. Saje je dok meronggeng ngan bebudak opis nie. Aku 3 orang dok melayang pingpong. Dua-dua kawan aku tue main ping-pong terer giler la tahap olympic. Aku suh gak diorang register untuk masuk team 1Malaysia. Insyaallah nanti diorang register. Aku pulak main ping-pong cam gampang. Main out je. Maklumlah aku menggabungkan skill main guli, lompat tinggi, lompat jauh, galah panjang, congkak, batu selambut dan polis sentri dalam ping-pong. Tu yang jadi camtu. Serius memang aku xreti ketuk bola ping-pong.

Da bab main pingpong abes kat situ.

Dalam perjalanan balik tue. Aku nak balik ampang aku selalu ikut AKLEH. Pegi balik pun aku ikut AKLEH. Semalam aku ikut exit Jalan Kerja Air Lama, turun je kat bawah tu aku tengok ade orang ramai dok berkerumun, rupanya ade keta xcdent bebetol dekat ngan Petronas dan kedai makan tue. Keta tu naik devider, aku xtau la camne leh jadi. Pasal aku xmasuk dekat pun, tengok dari jauh je. Aku tengok ade ambulan datang, mungkin ade yang cedera kot, dan satu kereta peronda dok kawal lalu lintas.

Aku lepak x lama, aku blah dari situ. Lagi pun aku nak ke kedai jap. Aku trus je ke kedai dekat dengan Masjid Kg. Melayu Ampang tue. Beli top up.

Da beli top up aku terus ke motor aku. Hidupkan enjin. Aku tengok xde satu keta pun menghalang aku cross jalan. Baru je pusing. Aku da tengok pesal keta ni semacam je. Agak perlahan. Mungkin dia terlalu berhati2. Nak masuk simpang xmungkin sebab simbang untuk ke kanan da lepas.

Sampai je kat sebelah keta tue, aku tengok kereta tue tetiba nak belok. Ape kes nie. Dammmm... Tergolek aku dan moto aku. Celakak. Aku berpinau da. Aku tengok awek yang drive tue da cam chuak. Da la x bagi signal. Lagi pun situ bukan leh belok. Cam celaka.

Aku tengok keta tue. Dengan selamba dia bergerak untuk belok ke kanan. Dan pijak tayar depan moto aku. Celaka...Menjerit aku. Sambil tanggal helmet. Aku pegang helmet. Nait memang nak hayun helmet kalo minah tue blah camtu je. Sumpah aku sakit ati bila tengok dia pijak tayar moto aku. Moto aku cam bini aku. Dia pijak moto aku cam pijak aku. Tue yang wat aku bebtol amarah.

Dia berenti kat tepi masjid. Aku amik moto aku sorong ke tepi. Check moto aku lebih kurang. ade bengkok ke ape. Minah tue datang kat aku.

'Awak x pape ke?' tanya minah tue

'X kot' jawab aku

'Btol ke ok' tanya minah tue ngan muka bersalah.

'Maaf la saya xnampak awak dari cermin' kata minah tue

'Ok xpe. Awak x bagi signal kan' kata aku. Kalo ikut hati nak je maki pasal situ xleh belok pun. Aku blaja pasal design jalan aku tau la fungsi jalan tue. Tapi sabar. Lagi pun orang da mintak maaf.

'Da bagi da signal tadi' jawab minah tue. Bagi signal ke?? Aku xnampak pun serius. Lagi pun situ xbleh belok. Dia nak U-turn kot. Tapi situ bukan tempat u-turn atau roundabout.

'Bawa gi klinik la' sampuk brader gerai makan kat blakang

'Nak gi klnik ke?' minah tu tanya lagi

'X yah la. Xpape' jawab aku

'Seliuh ke?' tanya brader tue

'Skit la. Tapi ok kot' jawab aku.

'Amik no tepon saya la. 012-2777---. Alia. Kalo ade pape bagitau la' cakap minah tue lagi.

'Awak ok ke.' tanya dia lagi

'Ok. Xpape kot.' jawab aku.

'Sori ye' kata minah tue. Dia pun blah.

Aku dok mengurut tangan kiri aku yang terseliuh dan bini aku yang cam ade kesan skit. Pedih dan sengal gak badan aku.

Balik umah aku check moto. Xde pape sangat. Cuma ade la bengkok skit.

Aku terus tido hati da sakit. Badan dah pedih.

Pagi tadi sampai opis aku buka laptop aku. Damnnn...Ade kesan retak.DVD-Rom pun da x rapat. Siot btol la. Jahanam jugak laptop dan moto kesayangan aku. Pedih btol hati aku...

Perlu ke aku call minah tue dan claim?? Aku bukan jenis amik kesempatan. ok.

Tapi minah tue pun agak kerek gak. Pakai hyudai matrix xsilap aku. Cehh...Pakai keta leh kerek ngan orang pakai moto ke??

Perlu ke aku amik keta aku
Ni bukan pic keta aku. Aku curi dari en.Google. Keta aku camni la rupanya dan warna.

Dan stop merempit untuk berlagak???hurmmm.....Xpatutkan..Aku suke naik moto dari keta. Siyes.

24 Pandangan Kekawan:

Jard The Great said...

erkk.. ko betul2 ok ke? hehehe.. tanyaku penuh risau..

oit.. minah tu tak cung ke?? =p
tp aku rasa minah tu pon tgh rasa bersalah dowh.. baik ko kol.. minta claim apa2 yg patut.. da die baik sgt nk tolong.. ehehe

Kejora Di Ufuk Timur said...

errr....baiknya kamu..

Farhah Zaidah said...

la..siannya..mlang x berbau...dh ok blom tgn 2?

LotsOfLove-Pearls said...

Mujur xde apa..

Tak pelah..
kasi can pada minah tue.
moga jadi pengajaran.

Mujurlah dia terkena ngn org yg baik..

kalau yg kaki tengking, habislah..

~0~ said...

Jard The Great
ko risau ke jard??tima kasih....aku ok je.

boleh la kot..ko nak ke??
aku xsuka la nak claim2...kalo nak claim sakit ati camne ek??


Kejora Di Ufuk Timur
Aku xbaik sangat pun..hahhaha

acap said...

kalo ak kompem dah claim patblas juta ngn minaah tuh.
celaka.
mane bleh blah caamtu jer.

lalink7 said...

alahai...
sila cepat2 telefon dan settlekan ape yg patut..nak2 motor tue...sila jgn belengah lagi...

dpt 2 rat or 3rat okey gak tue..hehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

claim jer la..

Red said...

layu gak ko ngan cik alia tu

melatidaisy said...

ujian n peringatan dri Nya..

stuju ngan LotsOfLove-Pearls
seb baik bro ni jenis yg sabar msa kejdian..

sy pon jenis x suka claim, tp balik tu sy confirm nangis sbb laptop n moto trjejas..huhu (tu sy la, bro x kn nangis gk kot..he3)

berlapang dada lah sentiasa..
insyaAllah sakit ati will go slowly =)

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

ceh...klu dh kerek sgt, mintak jek la ganti rugi.

jgn jd baik sgt ngn pompuan kerek cm gitu...

bootunque said...

claim jer...boleh jumpa minah tu sekali lg..ckp r kat dia betul2...

Koyuki said...

hehe

suke2

Frodo Baggins said...

alahaiiiiii ~~~~ tarik handbreak ko dengan cik alia?? huehuehue


KO ok ker? ko x masuk sepital, tapi laptop ko wajib masuk wad bersalin. claim jerlah bro. ker nak terus tahan handbreak tuh?


>>__________<<


p/s: al maklong, lelaki budiman.

sI tEDI said...

call je lah.. sambil menyelam minum air

MuHaMMaD86 said...

be patient!!!

think wisely...pastu buat kptsn!!!
kdg2 sakit hati lbh sakit dr skt fizikal...sbr noh

kay said...

kalau aku,aku call je..bukan nak ambil kesempatan ke apa..tapi teruk sgt dah..banyak barang ko yg rosak..at least dia bayar sikit pun tak pe..

jentayutiara said...

Yamaha DTM akak nak jual tak minat ker.. off road... leh merempit sampai atas bukit...

terbekenan ninja zx-10R.. dok bermimpi lah nie..

imHepPie said...

kalo btol bukan salah kamoo claim je...

puding roti said...

kesiannya awk..claim la awk. awk ada hak

cik selamah kundang said...

call sj.ko jgn ngorat plak.xpasal2 rugi tuh..claim2.aku bg smgt ni

HEMY said...

hhahaha..senang je konsep dia..kalau ko reda n tknak mintak claim..ko jgn maki2 sakit hati..ahaha

kalau ko sakit hati..baik ko gi mintak ganti rugi skit

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

012-2777---....saya la minah itu

hahhahahha....

cun tak minah tu? (^_^)

BuLaN iTu aKu said...

hehhehehheh.....
kalau saya mintak ganti rugi ferari sebijik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...