Thursday, November 26, 2009

Selamat Tinggal

Selamat tinggal Kuala Lumpur
Selamat tinggal blog Biar Kejam Jangan Keji
Selamat tinggal si Hitam
Selamat tinggal si Dia
Selamat tinggal meja opis
Selamat tinggal umah sewa
Selamat tinggal kekawan blog sekalian (korang la tue)

Malam nie aku balik Klate
...ekekekek...
Seronoknya
Nak main ngan kepala lembu
Nak makan daging panggang
Nak makan segala jenis sup

huhhhh....Memang best..

Minggu depan aku kembali


Selamat Hari Raya Qurban buat semua.

Jampi serapah

Di sebuah kompeni, seperti biasa la akan ada seorang IT technician. Begitu juga ngan tempat keje lama aku. Ape je masalah berkaitan PC mamat ni akan jadi mangsa. ekekekeke...Lupa bukak plug pc pun panggil dia. hahahahha...

Paling heboh bila tenet down. Memang huru hara la bro IT nie..hahahah...

Pada satu hari, ada satu pc telah di format oleh bro IT nie. Dan bro IT nie telah menukarkan kata-kata jampi serapah rahsia PC tersebut.

'Bro, password PC nie ape??' tanya A.

'password' jawab bro IT.

'Cepat la. Password ape' tanya A.

'password' jawab bro IT sambil dok mengodek PC len yang bermasalah.

'Cepat la. Password ape?? Aku ade kerja urgent nak kena anta nie'

'password lerr' kata bro IT.

'Ko jangan memain. Ko pesal nie. Xpuas hati ke??' kata A yang mula hangin dan meletup. Cam bom nuklear. Muka da merah cam geram teramat umpama x dapat belaian nafsu dari bini sepuluh bulan. Eekekekekek....

'password la bro. password dia password. PASSWORD' jawab bro IT dengan eja perkataan password tue.

A terus duduk menaik keyboasrd ngan muka merah padam menahan malu. Satu opis perasan yang dia hangin xtentu pasal. Dan semua orang tau A, bukan ada keje penting pun. ekekekee....

Wednesday, November 25, 2009

Rindu

Rindu...Ye aku teramat rindu sekarang nie...(Bukan rindu pada SI DIA...ada paham).

Aku rindu kat kampung halaman. Orang kampung dah sibuk dok kejar lembu kambing untuk korban, tapi aku masih dok dalam kandang kantor nie..Apakah??


Xde semangat berkorban langsung kerna masih berkurung di sini. Cikgu-cikgi sudah gumbira sudah boley balik kampung cuti panjang. Tapi aku??? Ni rasa aku nak jadi cikgu gak nie. Layak ke aku jadi cikgu. Kang bersembur gigi aku kena belasah dek budak-budak dan bapak-bapak budak yang ntahapehapentah....Adoi yai...

Rindu nak melapah lembu beb. Rindu kata-kata abah aku cam selalu 'Kepala lembu ni bagi pak ngah buat'...Bab kepala lembu abah aku suke pas kat aku. Terkial-kial aku nak godek dia. Bukan cam PC leh cabut sana, cucuk sini. Kepala lembu lain beb.

Rindu nak makan gulai kawah. Bukan gulai kawah kat kedai makan yang masak xikhlas ok. Ni gulai kawah ori punye. Masak dengar perasaan nak bagi orang makan dengan nafsu gaban punye.

Paling best bab makan sup daging@tulang. Best beb....Sup lidah pun cara juga (Sup lidah ni bukan frech kiss yang couple budak skola dok wat dalam mall tue ok....Nie sup lidah lembu)
Sup lidah lembu pure punye.

Biasa bila qurban ni biasa aku akan cilok seketul dua daging. Daging yang masih merah tue. Ada darah tue. Basuh skit kasi bersih. Pastu panggang atas api. Perghhhhh....Cara beb. Makan pepanas cecah ngan air lada.

Kalo dapat daging kambing pun cara jugak nie..huih...

Da 2 tahun aku xbalik raya haji. Pergh...Memang rindu sangat nak raya qurban kat kampung. Aku masih xwat keputusan lagi nie nak balik ke x. Adoii....Memang nak sangat beraya kat kampung. Nak balik tiket da abes. Camno???

PSP: Selamat Hari Raya Qurban wat suma kekawan. Makan daging ingat kat aku skit woi...

Tuesday, November 24, 2009

Jangan Tengok















PSP: Renungkan....

Juang


Hujanan peluru umpama gitar,

Letupan bom umpama drum,

Yang sentiasa menemani,

Menjadi lagu harian.


Tiada lagi wajah ketakutan,

Hanya kegeraman dan semangat,

Semangat untuk melawan,

Semangat yang mahukan kebebasan.


Bersama Doa dan Tawakal pada Nya,

Mereka berjuang, Mereka bangkit,

Mempertahankan agama dan pertiwi tercinta.


Dengan laungan ‘Allahuakbar’

Mereka yakin,

Walau tiada teknologi berjuta,

Tapi Mereka punya yang Maha Kuasa,

Yang berkuasa atas segala,

Derita dunia tiada ertinya,

Kebahgiaan abadi disana segalanya.

Monday, November 23, 2009

Nak Kaya

Bekas perokok menang saman RM1b


Philip Morris anggap ganti rugi melampau

LOS ANGELES: Mahkamah di Florida mengarahkan syarikat rokok, Philip Morris USA membayar ganti rugi AS$300 juta (RM1 bilion) kepada seorang bekas perokok yang kini terpaksa bergerak dengan kerusi roda kerana paru-parunya rosak.

Juri di Mahkamah Daerah Broward kelmarin menilaikan perbelanjaan perubatan lampau dan masa depan ditanggung Cindy Naugle, sebanyak AS$56.6 juta (RM198 juta) perlu dibayar syarikat rokok itu.

Selain itu, Philip Morris juga diarah membayar ganti rugi punitif AS$244 juta (RM854 juta).

Keputusan yang dibuat itu merupakan ganti rugi paling besar pernah diarahkan mahkamah dalam kes membabitkan bekas perokok menyaman syarikat rokok.

Philip Morris akan membuat rayuan terhadap keputusan itu berikutan mereka berpendapat hakim "membuat beberapa kesilapan," kata jurucakapnya, Murray Garnick dalam satu kenyataan.

"Kami percaya ganti rugi punitif yang dikenakan terlalu tinggi dan melanggar perlembagaan dan undang-undang negeri," kata Garnick.

Naugle, 61, mula merokok pada 1968 ketika berusia 20 tahun kerana berpendapat ia membuat beliau kelihatan lebih matang sebelum menghentikan tabiat buruk itu pada 1993.

Naugle memberitahu juri bahawa beliau tidak mungkin menghisap rokok jika syarikat tembakau mendedahkan apa yang mereka ketahui iaitu rokok mengandungi nikotin, sejenis dadah yang menyebabkan ketagihan.

Kes Naugle itu adalah di antara 8,000 kes difailkan terhadap syarikat rokok selepas Mahkamah Agung Florida pada 2006 memutuskan perokok boleh menyaman syarikat rokok. - Reuters



PSP: Nak kaya?? Jom kita merokok...Mana tau nanti leh menang saman cam mamat kat atas nie...hahhahahah

Friday, November 20, 2009

KFC....

ASSALAMUALAIKUM
INI SAYA PEROLEHI DARI SEORANG RAKAN.. MOHON BACA DAN FAHAMI
Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram.
Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat..

Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya:

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang
sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA.
Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan
kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.

Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi.. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk
sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda
pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/
hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja.

Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada
jemaah haji kerana:

a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh

b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik


c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat.


Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan.

Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.

Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC

Insyallah dan wallahualam.


INI KES YANG KEDUA..

Assalamualaikum wbk.

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la..... Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat
offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee.

Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia
diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia.
Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan,
satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan.. Perempuan
sembelih ayam? Hmmm...macamana tu?.

Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif.)
Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut.
Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu
malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri.

Sudahlah mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai?
Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm.....macamana tu?

Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani
latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC.

Maka pulanglah hamba Allah ini..

Kita dapat lihat anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan
semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.

Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk
menarik pelanggan beragama Islam

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu
dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai.

Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat
sebut ' bis ' saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.

**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging,

Sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya,



'Setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka '



MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA
TERSELAMAT DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT..

Wassalam.

'Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam
jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan
engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu..'


PSP: Untuk renungan bersama...Emel ni aku dapat dari PlainJane...Aku xmau cakap pape.
Kebenaran emel tidak dapat dipastikan. Kalo ada sesapa tau sila bagi pandangan. Sekian

Buatlah penilaian sendiri. Sekian.

Thursday, November 19, 2009

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1.
Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-

ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan..

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,

penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5.
Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan

sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2

kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang
mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."


Walaupun mungkin ada diantara kita yang pernah melihat kontroversi yang melanda
pakar motivasi terkenal nie, tetapi saya tidaklah sampai mengabaikan saranan dan
petua beliau kerana menghormati tahap keilmuannya. Perlu juga kita hargai walaupun terdapat sedikit kecacatan kerana Datuk Dr Fadzilah sendiri kurang berjaya men- cuci hati anak2nya. Semoga yang baik dapat kita terima dan jadikan teladan untuk kehidupan yang lebih di redhai Allah. Insya'allah .

It Happens in Seremban


Kisah mengenai sebuah keluarga Islam yang serba sederhana.. Keluarga yang men- jalankan segala tuntutan Allah S.W.T. Seorang anak perempuan telah dilahirkan lebih kurang hampir 20 tahun yang lepas. Dibesarkan dan dimanjakan mengikut lunas2 dan batas2 kehidupan seorang Muslim. Sebuah keluarga yang riang dan sentiasa gembira dan bersyukur atas segala nikmat yang diperolehinya.


TAPI tanggal beberapa bulan yang lepas apabila anak kesayangan mereka yang mana sebelum ini tidak pernah berkelakuan ganjil, dengan tak semena-mena telah mem- beritahu ayahnya bahawa beliau ingin berkahwin. Namun dengan hati yang agak ter- kejut, tetapi mengetahui bahawa mungkin jodohnya telah sampai mengizinkan. Tapi ayahya teramat terkejut apabila anaknya ingin berkahwin dengan lelaki HINDU, dan ayahnya hampir sahaja pengsan apabila anaknya ingin berkahwin dalam adat resam agama HINDU.

Apalah perasaan hati ayah dan ibu serta keluarga jika anak kesayangan mereka yang satu ini, setelah dididik dan diberikan segala ILMU Duniawi dan Ukhrawi serta segala kasih sayang dan perhatian mereka sepenuhnya kepada beliau, tergamak untuk menyatakan perkara tersebut.

NAMUN, keluarga ini tidak berdiam diri. Mereka dengan segera telah membawa anak mereka untuk didoakan agar terbuka hatinya untuk kembali ke pangkal jalan. Mereka telah membawanya kepada seorang Ustaz. Apabila tiba masanya bertemu muka dengan Ustaz tersebut dan apabila Ustaz Tersebut mula membaca ayat2 Allah, maka terkejut mereka kerana mendapati anak mereka telah mula meraung dan menari tarian Hindu.

Kesimpulannya, Ustaz tersebut masih lagi merawat anak tersebut. Dan yang terpenting sekali adalah anak tersebut telah DISIHIRKAN untuk menyintai lelaki Hindu tersebut.
Pendek kata beliau DISIHIR untuk keluar ISLAM.

TINDAKAN - Dinasihatkan bahawa musuh ISLAM terutama IBLIS dan SYAITAN senantiasa mencari jalan untuk merosakan ISLAM kita. Faktanya untuk mensihirkan
lelaki muslim yang sentiasa mendirikan solat 5 kali sehari semalam adalah agak sukar (bukan tak boleh TAPI SUKAR), kerana mereka membaca ayat2 Allah.

NAMUN bagi perempuan2 muslim, mereka ada pintu atau ruang yang membolehkan
unsur sihir untuk menyerang dan menyerap kedalam akal fikiran serta hati jika tidak dibendung, apatah lagi yang tidak solat.

Disini, mengajak semua muslimin dan muslimat semua untuk mengamalkan Ayatul Kursi, sebagai senjata untuk menghalang diserap oleh sihir yang tidak kelihatan ini. Jadikan ia amalan yang bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah S.W.T sentiasa melindungi kita semua daripada kekufuran dan gangguan Syaitan.

Saranan juga, apabila masuk sahaja waktu solat, muslimin segera bersolat. Bagi muslimat yang boleh akan juga terus bersolat. Namun bagi yang tidak, akan juga duduk mengisi waktu itu dengan berzikir dan bermunajat. Jangan biarkan waktu itu dihabisi dengan perkara selain daripada mengingati Allah.

Akhir kata, sebarkanlah kepada semua muslimin dan muslimat agar mereka lebih dekat kepada Allah S..W.T dan terhindar daripada SIHIR dan MURTAD dan berdoalah buat semua muslimin dan muslimat.

NOTA:

Di sini tidak hairanlah kalau hampir 250,00 orang melayu ingin menukar agama mereka, malah Kes Aisyah. Seorang Ustazah Mesir berjaya dihindukan. Dipercayai unsur cint
a dan SIHIR adalah salah satu penyebab utamanya. Yakinlah bahwa jika kita hampir pada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan sentiasa memujiNya, maka Allah akan memelihara kita. Insya-Allah.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada kesesatan dan kekufuran.

Wassalam.

hmmm ...semoga budak itu sembuh depenuhnya dari ganguan sihir tersebut. Amin...



Dancing

Tiada alasan untuk SUSAH mengerjakan solat



Dalam kapalterbang



Dalam kedai pakaian



Dekat stesen keretapi



Dekat jalan-jalan


Dekat jalan lagi



Dekat padang pasir/gurun



Dekat kutub utara atau selatan...






kat jalanan



Dekat jalanan



Kat sebelah Teksi



Dekat tepi laut



akhir skali tentulah di tanah suci Mekah

Semoga Allah menambahkan keimanan saya dan dapat pula memberi kemudahan dan keupayaan untuk saya pada satu hari nanti bersolat di depan Kaabah. Amin...


Tazkirah hari ini..


Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A..W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A..W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada
pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN2 MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.


Bila da stress...



Korang yang terlalu stress kat opis jangan wat gini ye...wakakak...

Insurance



PSP: Ade ke insurance camnie kat Malaysia??

Wednesday, November 18, 2009

Permintaan Dari Boss

Saya harap ini bukan pengacara wanita yang saya suka itu.

Saya harap di belakangnya bukan runtuhan Gaza tetapi hanyalah gambar
super-impose semata-mata.

Saya harap bayi itu bukanlah bayi Palestin yang kehilangan ibu bapa
tetapi adalah bayi Mat Salleh yang dipinjam sementara untuk bergambar
di depan kamera.

Saya harap dia tidak senyum dan berwajah ceria.

Saya harap mata saya yang rabun dan buta.

Saya harap…

Saya harap…

Saya harap…

*sudah tak terkata apa lagi*

Maafkan kami Palestin. Kami memang tidak akan faham penderitaan mu di
sana. Walaupun ada peluang untuk kami jejakkan kaki dan muhasabah
diri, tetapi kami tidak gunakan peluang itu sebijaknya.

Malah, kami lebih pentingkan make-up dan riak wajah kami ketika di
hadapan kamera.

Maafkan kami Palestin. Kami memang tidak sensitif dengan situasi mu.
Betapa dahsyat nya keadaan mu di sana. Hingga satu senyuman saja sudah
nampak janggal. Nampak pelik. Nampak kejam.

Maafkan kami Palestin.

Kami memang tidak pernah akan faham.














Ape komen korang???

PSP:
Ni entri ni dihasilkan setelah aku di sepak, terajang, penampar, flying kick, chop kick, back drop kick dan butterfly kick oleh Cik Puan Boss. Tapi aku x layan, tapi akhirnya aku kalah dengan godaan manja beliau untuk aku wat entri nie..hahahahahah...(tipu belaka)...hahahah...
Entri ni Cik Puan Besar PlainJane suh aku buat. Aku dapat emel dari beliau yang hebat berblog tp da merajuka ngan blog..(ngade kan beliau)..hahahhaha

Layan yang nie plak

Semalam aku letak lagu Oh!Reena dari Corumn 80's. Band underground yang bergenre ska.

Pape je la kan....Ari ni kita layan lagu klasik lak. YB mesti tau lagu nie kan. Yanie Purtajaya pun mesti penah dengar kan??hahah...






And I could never see, the two of us apart
And you know I give myself to you
And no matter what you do, I promise you my heart

1-I've built my world around you and I want you to know
I need you, like I've never needed anyone before

2-I live my life for you
I want to be by your side in everything that you do
And if there's only one thing you can believe is true
I live my life for you

I dedicated my life to you
You know that I would die for you
But our love would last forever
And I will always be with you
And there is nothing we can't do
As long as we're together

I just can't live without you, and I want you to know
I need you like I've never needed anyone before
(repeat 2, 1)

Wow, yeah I live my life for you



PSP: Cuba tengok lirik nya....

Tuesday, November 17, 2009

Layan je la ek



Lagu zaman sekolah dulu. Zaman baca zine yang itam putih diphotostat dan dijual dengan rege RM3.00 senaskah. Nak dapatkan di MPH, Popular, Border, Kedai Buku Muda Osman atau Pustaka Seri Intan, jangan mimpi. Kat kedai diorang ni ROTTW ade la. Zine ni hanya boleh di dapati di studio jamming je biasa, xpun by pos.

Skang dok gempak band indie yang dok kuar cam cendawan, siyes memula aku ingat indie ni budak india punye band. Hahahaha... Ape beza indie ngan underground ek???Xsama ke??

So layan je la lagu nie ye. hahahahah..

Pic Of Thousand Memory





I miss both of this naughty boy so much. They are very special in my family coz they are only twin among us.

Every second, them make my family become crazy. hahahahaha..What kind of naughty boy. My mom and my sis say they are like me, so naughty. It is true??? Of coz not....hahahahah...

This is the latest pic of them (3years old)







Monday, November 16, 2009

Google Earth...

Dubbed the "Badlands Guardian" by locals, this geological marvel (Google Earth coordinates 50.010083,-110.113006) in Alberta, Canada, bears an uncanny resemblance to a human head wearing a full Native American headdress--and earphones, to boot. Of course, The Guardian was produced naturally.

A synthetic wonder that can be truly appreciated only from above, this giant man-shaped lake (-21.805149,-49.089977) is located near Bauru, Brazil.

This heart-shaped island in the Adriatic became a hit on Google Earth for Valentine's Day. The uninhabited island is only 130,000 square yards and is called Galesnjak. The owner didn't even know how perfectly this island off the Croatian coast was until he was swamped with requests from couples to stay there.

This fingerprint can be found in Hove Park, near Brighton and Hove in the UK. It measures 38 metres around. Imagine the size of the hand.

Rhett Dashwood, a graphic designer from Australia, created the first Google Maps alphabet, featuring all 26 letters, using satellite images of natural features and buildings.

Lion, at ZSL Whipsnade Zoo located at Whipsnade, near Dunstable in Bedfordshire, England.

Some of the sights you find in Google Earth are just plain mysterious. For example, why is a fighter jet parked (Google Earth coordinates 48.825183,2.1985795) in what looks to be a residential neighborhood lot near Paris? NOTE: our reader Guilhem told us it "must be located at a Dassault Système office. It's an old Mirage and I know for a fact that there is a Dassault office there", while another reader, Roland, argues "it's a full scale model of a Mirage 2000 on a campus of the

This is a US Navy building in Coronado, Ca. that was unintentionally built in the shape of a swastika. Now, because of a public uproar, the Navy will be spending $600,000 to alter the shape of the building.

In the early days of Firefox, a few devoted fans wanted to generate more PR for their beloved site and so gathered a team of people in Amity, Oregon, to recreate the Firefox logo in a field; their very own fox crop.

Last year, one of the Google Earth Community members called 'ear1grey' posted an amazing discovery. He found a huge picture (36 miles tall) of Santa!

So here's a giant Ipod Shuffle! It looks like a farmer's field with a horse pen or something on it? Either that or a hard core apple enthusiast. Unfortunately, it looks like he moved the pen on the map since it was first spotted.

Google Earth doesn't have advertising, unless you consider the corporate logos and trademarks big enough to be seen from space. Check out this massive Coca-Cola logo (-18.529225,-70.25002) etched into a hillside of Chile with 70,000 Coke bottles. Haven't they heard of recycling?

As if Oprah Winfrey's celebrity weren't already big enough, an Arizona farmer built a 10-acre homage to the talk show host (Google Earth coordinates 33.225488,-111.5955).

Too late now, huh?

It's not safe to do topless in your roof anymore. One careless sunbath and you can end in everyone else's computer screen.



PSP: Selamat mencuba

Sape punye keje nie???



Korang agak arikitek dia nie laki ke popuan???ekekekkke

Video best

Video ni aku dapat dari sorang kawan. Aku tau korang ngantuk kan keje ari Isnin nie.

Jadi layanlah video kelakar di bawah yang akan wat korang suma pecah perut..hahahahahah

Selamat menonton..




PSP: Jangan marah aku ye lepas menonton video ni..Sayang kamoo...

Sunday, November 15, 2009

Pemat

Pemat...Erkk..Silap eja plak...Penat la...

Aku xmampu nak update blog. Penat sangat. Penat driving, nanti la aku cite kalo rajin.

Nak jenguk blog korang, nak merapu-meraban-meroyan-mencarut-mengutuk kat blog korang pun xsempat. Penat.

On ym pun xde geng..

Ok la....Aku tido dlu..

Good Nite....Happy Sweet Ngihtmare to All...hahahhaahah




Layan la lagu nie....khas wat korang yang best...

PSP: Pada yang popuan usah berangan nak jadi Beyonce (korang lagi hebat dari dia)....Pada yang laki xyah nak berangan nak berbinikan Ct Beyonce (pasangan kamu lagi hebat)....ahaahahha

Friday, November 13, 2009

Santau Dari Ayu

Aku da kena santau dek budak Ayu nie. Budak Ayu ni korang jangan main, dia takat tikam-tikam, cucuk-cucuk, bunuh-bunuh ni biasa da. Jadi aku takut melarat jadi baik aku buang santau nie dulu....Xgitu Puan Besar Ayu.


1. Bekas kekasih saya adalah..

Dia bukan kamu

2. Saya sedang mendengar...
Sad Sunday Blues - Butterfingers......Tapi ari nie ari jumaat...


3. Mungkin saya patut..
makan...


4. Saya suka...
tidoo...

5. Sahabat-sahabat saya...
Kamu serta mereka...


6. Saya tak paham...
kenapa kipas berpusing??


7. Saya kehilangan..
Buku 555....


8. Ramai yang berkata..
Aku comel...hahahahhahaha


9. Cinta itu adalah...
Cinta la...Cinta tue bukannya budu, bukan ikan bilis atau ultramen taro..


10. Di suatu tempat, seseorang sedang...
Korek hidung....


12. Saya akan cuba...
membuat soalan percubaan SPM nie...

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud..
hasil dari perkataan Lama (lama=veteren=tua) dan diimbuhkan dengan SE dan NYA....
SELAMANYA = SEVETERENNYA = SETUANYA....


14. Telefon bimbit saya..
Bukan telefon kamu...Paham..

15. Bile saya terjaga...
saya tido balik....


16. Saya paling meluat...
bila rasa nak meluat...


17. Pesta/parti adalah..
tempat orang ramai bersesak...


18. Haiwan yang paling comel penah saya temui...
ikan laga....


19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah...
saat fikiran ku masih suci....hahhahah


20. Hari ini..
Jumaat


21. Malam ini saya akan..
tidoo cam biasa...


22. Esok pula saya akan..
tido lagi...


23. Saya betul2 inginkan..
kereta Hummer H1...bukan H1n1...ok..


24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..
xde cermin la kat bilik aku...


25. Pusat membeli belah atau arked permainan...
tempat buang masa...


26. Makanan barat atau jepun..
dua-dua bukan dari Malaysia


27. Bilik yang terang atau gelap.
aku akan tido jugak...pedulik ape terang gelap...


28. Makanan segera adalah...
makanan yang tak sihat dan disukai...


29. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang..
selamat jalan...

30. Anda tak perasan ke soalan no 11 itu tiada?
ye ke....lantak lah...


Ok la ye...Terima kasih kerana membuang masa membaca santau di atas.Puan besar Ayu cakap kena santau orang lain..

Jadi, aku santau semua yang baca entri nie...

BEBERAPA AMALAN MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

* Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
* Mandi setelah makan.
* Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
* Berada dalam keadaan terlalu lapar.
* Berjaga malam selain dari qiamullail.
* Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

* Memakan daging.
* Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
* Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
* Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
* Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
* Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

* Bercakap banyak.
* Tidur banyak.
* Makan banyak.
* Banyak jimak.

4 FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

* Banyak jimak.
* Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
* Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
* Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

* Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
* Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

* Tinggalkan dari bercakap kosong.
* Sentiasa bersugi.
* Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

* Melihat perkara-perkara yang haram.
* Melancap.
* Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
* Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
* Tidak membaca Al-Quran.
* Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
* Mengumpat dan mengata.
* Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
* Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
* Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
* Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.


LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

* Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
* Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
* Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.


SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT

* Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
* Selepas berjimak.
* Selepas makan atau sebelumnya.
* Ketika sedang makan.
* Selepas memakan buah-buahan.
* Selepas keluar dari bilik mandi.
* Ketika terjaga dari tidur.


CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

* Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
* Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.

* Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
* Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.


WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

* Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
* Selepas masuk waktu Asar.
* Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
* Mendatangkan penyakit-penyakit kulit..
* Merosakkan warna kulit.
* Melemahkan jantung.
* Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
* Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
* Melemahkan kecerdasaan akal.


CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

* Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
* Hindarkan dari tidur lewat malam.
* Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
* Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur; bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
* Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
* Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.


PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

* Banyak melakukan jimak.
* Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
* Banyak minum air di waktu pagi.
* Banyak memakan atau meminum yang serba masam.


SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG

* Merokok yang berterusan.
* Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
* Kurang tidur.
* Sentiasa mandi di tengah malam.
* Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
* Melakukan kerja secara berterusan.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN

* Melihat kepada benda-benda kotor.
* Melihat kepada palang +/salib.
* Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
* Duduk dengan membelakangkan kiblat.
* Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
* Banyak menangis.

Thursday, November 12, 2009

Bagai

Selepas makan, aku berjalan ngan si dia. Si dia berjalan di sisi aku, aku toleh dan lihat si dia.

'Ehmm....Camne la kalo kawen nanti' kata aku.

'Nape plak??' tanya si dia

'Ye la. Gambar kawen kita nanti la. Camne?' kata aku lagi.

Gambar kawen, ala gambar yang biasa orang lain buat tue. Berposing2 dalam kandang kuda, dalam tasik, atas pokok bunga tue. Xdapat bayangkan lagi ek?? Ala..gambar yang cam ala2 filem hindustan tue la, yang berlari-lari pecut 100m, yang berguling-guling ala-ala tenggiling tue...Xpaham jugak ke??Abaikan.

'Aah la. Cam langit ngan bumi.' kata si dia.

'Bagai KLCC dengan....'

'Dengan Pertama Kompleks' laju aku menyambung.

Debish...dush..pang...Si dia keluarkan semua jurus judo, karate, silat, tomoi, ultramen dan jurus paling istimewa jurus pari membelah angin membelasah aku hingga terkulai layu.



PSP: Syukur alhamdulillah. Aku dan dia da ok skit. Terima kasih kekawan yang dok bagi petunjuk, panduan dan nasihat...Terima Kasih bebanyak. Jasamu akan ku kenang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...