Thursday, November 5, 2009

Tinggi tinggi belum tentu tinggi

Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat

Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my


KASSIM (dua kiri) bersama Fatimah (kiri) dan ahli keluarga berbincang dengan peguam mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, semalam.

Pensyarah, suami juga mesti tunai lima tuntutan lain

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.


Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.

Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

Petikan dari Berita Harian, 5 Nov 2009.


Btol la kan. Orang tua selalu cakap. Mak dan bapak leh jaga anak 10 orang. Tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga Mak dan Bapak.

Mak dan Bapak boleh tanggung anak yang 10 orang sampaikan berpuluh tahun. 10 orang anak belum tentu boleh jaga Mak dan Bapak selama setahun.

Mak dan Bapak akan tipu anak2 sebab xnak anak tau masalah diorang. Tapi anak2 sanggup tipu Mak dan Bapak untuk duit dan harta.

Mak dan Bapak sanggup xmakan sebab nak anta anak belajar tinggi-tinggi. Bagi duit belanja tetiap minggu, tetiap bulan. Anak hanya tau SMS atau miskol bagitau yang da xde duit. Xpernah tanya Mak Bapak da makan ke belum. Xtau pun beras kat dalam tong ada lagi ke x.

Bila anak dah kerja, sungguh berat untuk bagi Mak Bapak walaupun seratus sebulan.

Anak makan ikan kembung bakar segar bugar, Mak Bapak makan ikan selayang rebus yang da disimpan seminggu.

Anak makan ayam KFC seminggu sekali, Mak Bapak belum tentu makan ayam sebulan sekali.

Mungkin ada yang akan cakap aku hanya tau mengomen, membebel tanpa arah tuju. Tanpa haluan. Ok. Itu memang aku. Suka membebel suka mengarut.

Mungkin ada yang akan cakap, kau belum kena sedap la cakap. Cuba kalo kau yang mengalaminnya. Ya memang aku belum mengalami nya. Tapi aku cuba mendalami situasi ini. Dan aku mengingatkan diri aku sendiri. Aku xmau semua ini terjadi pada aku dan kalian semua.

Memang aku pernah kenal beberapa orang la yang agak benci akan orang tua diorang, biasanya Ayah la. Aku pun pernah mengalami menda yang sama masa zaman sekolah dulu. Aku juga amat bencikan Abah aku. Aku rasa abah aku tidak bertanggungjawab, lepas tangan, malas dan x tahu mendidik anak. Bagi aku abah aku bukan lagi abah aku pada masa itu. Aku teramat bencikan abah aku.

Tapi masa mengajar aku segalanya. Umur mematangkan pemikiran aku. Pengalaman aku mengajar aku menjadi manusia.

Bila aku pikirkan kembali, tanpa Abah. Aku xkan ada di dunia nie. Aku xkan wujud. Aku xkan dapat melihat alam dunia yang indah menghijau.

Tanpa abah aku jua xkan berdiri di sini. Skang bila dipikir balik bukan abah yang tak bertanggungjawab tapi aku sebenarnya. Kerna aku bencikan abah aku tapi abah aku tak pernah bencikan aku.

Memang abah aku xpernah amik tau pasal pelajaran aku, abah hanya tahu tanyakan periksa dapat nombor berapa dalam kelas?? Tu je abah tau. Abah sentiasa nak anak dia dapat no 1. Abah akan bangga kalau anak dia no 1.

Memang abah xtau nak ajar aku past tense, present tense, vocabulary, buat rumusan, surat rasmi, numbor pecahan, teorem pithogoras, hukum watt, hukum ohm dan sebagainya. Tapi abah xpernah lupa ajar aku mengajar aku ngaji Quran dan xlupa ajar aku pasal agama Islam.

Aku bangga jadi anak mu wahai Abah, wahai Ma.

Kalau masih ada antara kekawan yang benci orang tua mereka, renungkan lah kembali. Fikirkan dalam-dalam. Siapa yang salah kita sebenarnya??Dan tanpa mereka siapa lah kita??

Mahukah kita anak membenci kita nanti?? Mampukah kita menjadi ibu atau bapa yang terbaik untuk anak-anak kita?? Semua itu kita tidak mahu bukan?? Oleh itu jadi lah anak yang terbaik untuk ibu dan bapa kita. Dan insyallah kita juga akan dapat yang terbaik.


PSP: Hargai lah ibu dan bapa anda. Biar setinggi mana pun ilmu anda, biarlah setinggi itu juga akidah dan moral dalam diri.



20 Pandangan Kekawan:

TokNabe said...

katogeri apa agaknya yang boleh diberikan kepada anak tu. Anak derhaka?

BuLaN iTu aKu said...

aku first

BuLaN iTu aKu said...

aku second

BuLaN iTu aKu said...

ari ni encik zaidi kita telah bacakan 2 keratan akhbar dan 1 cerita untuk kita untuk kita..

1 untuk minum pagi..
1 untuk makan tengahari
1 untuk minum petang...
terima kasih ye

berbalik pada topik..
anak macam tu sepatutnya di sumpah menjadi perkakas rumah je..
contohnya
tong gas
peti ais
tv plasma..

dasar tak mengenang budi!!!

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

betul ayat2 tu
mak ayah leh besarkan 10 orang anak
10 orang anak lom tentu leh jaga mak dan ayah....

=(

sedeh gak bila baca anak2 hantar ibu bapa kat umah orang2 tua....

sharamli said...

memang sum0 mak ayah mcm tu..nak yg terbaik utk anak2..
kdg2 kita ni je yg xigt kt dy0rang

acap said...

shit!
nk msuk2 mhkamah bgai.
dah kaya lupa mak bpak.
dasar xsedar dri

Red said...

anak & menantu (hantu) x guna satu sen pon..snggup wat camtu kt mak bapak.

hukum buang ke laut 2 ekor tu..

fuwafuwarein said...

sgt2 memberikan iktibar.
terima kasih~

arnamee said...

Salam:)

erm, kan? tahu takpe.
yang penting kena doa agar dri tak jadi mcm tu, takut:)

insyaallah kita akan jadi anak yg baik supaya anak2 baik dgn kita, amin:)

faiz said...

hmmm...makan tahun jugak kes nie rupa2nya ye...

sgt memalukan utk bangsa melayu yg beragama islam meletakkan ibu bapa dlm situati tersebut

tue yg dikata x sedar diuntung.. mak pak dah kasi belajar tinggi2..dah senang sket nak halau plak org tua tue..

anak dan menantu serupa je..x pe la.. what goes around..comes around..sok2 anak dorang plak buat kat dorang mcm tue..baru ada akai...

Solehah said...

nak ulas pasal keratan akhbar dulu; memamng tak terkejut sangat kan bila dengar anak2 yang bijak buat jahat kepada orang tua.sebab benda ni dah berleluasa dalam masyarakat kita..tapi kes ni semorang pensyarah, berpangkat dr. melampau menganiaya mak ayah macam tu. Apa la erti hidup tanpa keredhoan daripada orang tua.

yang ke-2, aku setuju dengan apa yang kau cakap..masa muda kita sellau tuntut ayah turut kemahuan kita. bila kita selisih faham dengan ayah, tak pernah dia mengungkit semua yang pernah dia berikan. memamng lazim seorang ayah bersiat menyembunyikan perasaan sayang mereka kepada anak2. ramai daripada kita sewaktu ibu bapa hidup benci, dendam kpd dorg..tapi bila dah pergi menyesal x da kesudahan..Aku sayang mak dan ayah aku..

aRien de GreaT said...

speechlss..moga dpt jadi apa yg parents impikan..insyaAllah

MuHaMMaD86 said...

apa yg berlaku pd sdr sebijik sm ngn sy...kisah abah 2

yup,umur n pemikiran mematangkan kita

told la hejauw said...

xphm tol ngan org yg menci mk ayh ni...

p/s: takot kalo bnyk wat abh ngan mak kecik ati tnpa sedar ;(

Koyuki said...

sayang mak dan bapak lebih dari segala-galanya

tak kira apa yang mereka buat kat dunia ni..itu urusan mereka dengan Tuhan.

Dengan kite, mereka tetap ibu dan bapa

miji said...

aku setuju dgn ko...

LotsOfLove-Pearls said...

Salam..
Memang betullah..
Anak2 dah tak pandai nak hargai pengorbanan makbapa dorang.
Sesuka hati nak usir.

Adesh.. Terkilan dengan anak2..

Kang anak2 dorang buat cenggitu ngn dorang lak.

Qaseh said...

sob...sob...sob...

Kejora Di Ufuk Timur said...

ni yg rasa nak balik kampung sekarang nih..huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...