Monday, November 23, 2009

Nak Kaya

Bekas perokok menang saman RM1b


Philip Morris anggap ganti rugi melampau

LOS ANGELES: Mahkamah di Florida mengarahkan syarikat rokok, Philip Morris USA membayar ganti rugi AS$300 juta (RM1 bilion) kepada seorang bekas perokok yang kini terpaksa bergerak dengan kerusi roda kerana paru-parunya rosak.

Juri di Mahkamah Daerah Broward kelmarin menilaikan perbelanjaan perubatan lampau dan masa depan ditanggung Cindy Naugle, sebanyak AS$56.6 juta (RM198 juta) perlu dibayar syarikat rokok itu.

Selain itu, Philip Morris juga diarah membayar ganti rugi punitif AS$244 juta (RM854 juta).

Keputusan yang dibuat itu merupakan ganti rugi paling besar pernah diarahkan mahkamah dalam kes membabitkan bekas perokok menyaman syarikat rokok.

Philip Morris akan membuat rayuan terhadap keputusan itu berikutan mereka berpendapat hakim "membuat beberapa kesilapan," kata jurucakapnya, Murray Garnick dalam satu kenyataan.

"Kami percaya ganti rugi punitif yang dikenakan terlalu tinggi dan melanggar perlembagaan dan undang-undang negeri," kata Garnick.

Naugle, 61, mula merokok pada 1968 ketika berusia 20 tahun kerana berpendapat ia membuat beliau kelihatan lebih matang sebelum menghentikan tabiat buruk itu pada 1993.

Naugle memberitahu juri bahawa beliau tidak mungkin menghisap rokok jika syarikat tembakau mendedahkan apa yang mereka ketahui iaitu rokok mengandungi nikotin, sejenis dadah yang menyebabkan ketagihan.

Kes Naugle itu adalah di antara 8,000 kes difailkan terhadap syarikat rokok selepas Mahkamah Agung Florida pada 2006 memutuskan perokok boleh menyaman syarikat rokok. - Reuters



PSP: Nak kaya?? Jom kita merokok...Mana tau nanti leh menang saman cam mamat kat atas nie...hahhahahah

22 Pandangan Kekawan:

+betterSINGLE+ said...

oh jgn jgn jgn jgn...

Jard The Great said...

kalo mati dulu sblm tuntut amcm? ehehe

aRien de GreaT said...

~hmm...mmg laki tu yg bendul...nk kena gtau detail ke bhaya rokok..smua org dh tau..even a child oso could guess lor..haishh

acap said...

ape ke bdoh nk saman syarikat rokok?
sape suh isap rokok?

miji said...

betul gak tu...tapi taknak ler merokok....takde gaya hahahahahaha...

cHeRyNa PiReS said...

kenapalah takde pakcik makcik kita yang pandai macam naugle. kalau tak dah kaya dah:P

* pandai apaaa...pandai samanlah.

Koyuki said...

kau tak merokok???

bagus budak ni

Red said...

bengong punya makhluk...bodoh melampau-lampau..sape yg ajar nk jdi matang kena isap rokok..baek isap ekzos moto jer

sI tEDI said...

ekekekekekke.... bungkuslah syarikat rokok kalau semua sama perokok yg menang

sharamli said...

p0mpuan xel0k mer0k0k..xpe la...nnt aw0k dpt duit tu..wi ke say0 sikit deh...

melatidaisy said...

adeh..sndiri salah nk saman org plk..tak kn pak cik tu x tau bahaya benda tu.adoyai..

em..nasihat da brbuih dah..tp kalau org tu x nk stop jgk kite x leh wt ape..hanya Allah pemilik hati2 sekalian mnusia..doa je la last skali..

oppss..termembebel kt sini..soti bro :)

Solehah said...

isk rasa mcm nak merokok jugak..

Hisham Sheikh said...

salam terjah bro...skang xleh saman dh...coz dh ade warning n info ttg bahaye rokok ni

'AQILAH said...

jom...

Rowena Chasez said...

alaa..
xyah laa merokok..
that guy just being lucky..

kay said...

tak nak la aku hisap rokok..kalau sedap tak pe la juga..ni tak sedap langsung..

Lifesaver said...

belum menang, dh mati...camne?

Mak Su said...

fuiyooo.....

Yunus Badawi said...

kat malaysia toksah haraplah. Kalau menang yg kaya lawyer huhuhu

psst - merokok haram spt yg diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

♠♥♠ayudeadwish♠♥♠ said...

merokok membahayakan kasihatan~
kaya camne sekalipon tapi risiko cepat mati watpe?

she-G said...

berita gembira buang abang kat umah...huh....
(akan ku balas...migrate la duloo bang oiii)

smk said...

aku pun nak saman jugak lah...
nak saman belacan kurang proting..

heheeh dapatlah 600 huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...