Friday, November 20, 2009

KFC....

ASSALAMUALAIKUM
INI SAYA PEROLEHI DARI SEORANG RAKAN.. MOHON BACA DAN FAHAMI
Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram.
Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat..

Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya:

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang
sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA.
Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan
kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.

Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi.. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk
sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda
pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/
hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja.

Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada
jemaah haji kerana:

a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh

b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik


c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat.


Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan.

Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.

Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC

Insyallah dan wallahualam.


INI KES YANG KEDUA..

Assalamualaikum wbk.

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la..... Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat
offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee.

Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia
diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia.
Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan,
satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan.. Perempuan
sembelih ayam? Hmmm...macamana tu?.

Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif.)
Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut.
Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu
malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri.

Sudahlah mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai?
Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm.....macamana tu?

Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani
latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC.

Maka pulanglah hamba Allah ini..

Kita dapat lihat anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan
semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.

Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk
menarik pelanggan beragama Islam

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu
dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai.

Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat
sebut ' bis ' saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.

**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging,

Sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya,



'Setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka '



MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA
TERSELAMAT DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT..

Wassalam.

'Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam
jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan
engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu..'


PSP: Untuk renungan bersama...Emel ni aku dapat dari PlainJane...Aku xmau cakap pape.
Kebenaran emel tidak dapat dipastikan. Kalo ada sesapa tau sila bagi pandangan. Sekian

Buatlah penilaian sendiri. Sekian.

34 Pandangan Kekawan:

Firol said...

benda ni dari dulu jadi isu..media kena dedahkan...jakim pun sama..biar kita nampak..kalau tak sampai kiamat macam tu jelah....

jangan biarkan umat islam terus hidup dalam kekeliruan

jane said...

~0~ my bro...

huahauhuau...
aku dpt emel ni 1stly aku dah byk dgr pasal KFC ni ...kata tu lahkata ni lah...

yg pnting trpulang pd hati kita nk mkn ke tak..

aku pun prnh bc artikel di www.zaharudin.net ...
ustaz ni ckp kalo kita tk pasti akn kesahihan ssuau prkara...silalah trus amalkan tp if kalau kita rasa yakin dan nbtul2 lihat dgn mata kepala sndiri...blh tinggalkn dan sgt digalakkn utk mninggalkannya..

bg aku...trpulng pd kita...if rs yakin makan..if syubhah...jauhkan...tu je..

tp aku masih makan KFC ni sbb aku b artikel ustaz zaharudin tuh....dulu aku stop makan jap...dah baca artikel ustaz tu aku mkn balik...heeeeeeeee

tp dah lama tk mkn nih..haha
mgkin aku tk mkn kot...mkn RFC lg beshhhhhhh...

RFC...tak caya try..hehe

HEMY said...

kalau tak tau lain citer..skang dh tau..n terperinci di jelaskn...aku pn nk cuba berenti la mkn

Mimie.Candy Cane said...

aku dah print out entry ko ni n tampal kat opis aku,semoga timbul kesedaran org2 kat sini..

IT'S Me N.a.N.a said...

wallahualam awk..tp, perkara halal haram dah bnyk dijadikan isu. Sampai saya sekeluarga pun kdg2 dah rase ragu2 nak makan or beli makanan yg dah dijadikan isu nie. Mcm mana nak pastikan kebenaran nya kita pun tak tahu. Semua nie sepatutnya pihak jakim perlu titik beratkan. Kerana kdg2 gula-gula utk budak2 kecil tue pun dicampurkan dgn janin bayi dan lemak khinzir. Susah nak cakap sekarang nie. Kita yang tak tahu nie cuma berserah jer pada allah. Semaga makanan yg kita makan dari kandungan yang halal. Sebelum makan baca bismillah. Insyaallah, semua nya akan ok..

♠♥♠ayudeadwish♠♥♠ said...

lor~~
da la aku suka KFC
cet

Mak Su said...

tah hapa-hapalah dema ni.... :(

Koyuki said...

hmm..wallahualam
kiranya tak bleh la nak blanja kau kfc kan?

Solehah said...

aku selalu mkn mcm tu sbb tu kot aku rasa aku ni dah bnyk berubah.. :(

Yunus Badawi said...

Apakata ko atau mereka yg mempunyai maklumat meminta pihak berwajib spt Jakim siasat perkara ni.

oranglidi said...

kenapa JAKIM tak HARAM kan terus KFC kalau dah terbukti ya? pelik2..

sampai hari ni status nya masih HALAL kan?

TheCOMOT said...

hmm..wallahualam..dah la i suka kfc..xpa..berubah kpd mc d plk..hehe...:))

sI tEDI said...

perempuan boleh sembeleh ayam!

imHepPie said...

alamak..dahla peberet nih

Boneka tak sakit said...

aku tak minat KFC serius..

acap said...

giler ah.
ayam mekdi sama tak?

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

akan cuba berhenti mkn KFC, so xgemok ayam la hahaha..

faiz said...

akak suka mkn burger king ;-)

xiiinam said...

....kena goreng ayam sendirilah macam ni!

TokNabe said...

Susah nak pastikan betul ke tak perihal ni. Peranan media tu penting untuk mencari kebenaran.

MuHaMMaD86 said...

ak skg pndapat cikgu firol yg first komen 2

jgn dok diam klu tau ssuatu prkara

cHeRyNa PiReS said...

mintak tolong check balik rukum sembelihan. ada dalam buku spm tuh. silalah pinjam dari adik2 kita yang tgh exam lepas diorg abeh exam agama nanti.

mmg...kita berhati2. tp check balik.

islam bukanlah agama yang remeh.

e-mail nieh tujuan mungkin baik.
tp banyak mengelirukan.

Afzainizam said...

http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

berkenaan ayam KFC tu halal haramnya kita pun tak tau lahkan...

yup sembelihan pun mestilah dari binatang yang halal.. sembelih kena ikut syarak.islam dan membaca Bismillah.sembelihan pada halqum dan urat mari' dengan pisau yang tajam dan memastikan benar-benar mati...tunggu lebih dari 3 minit dan bila dah pasti mati boleh celur pada suhu 50-60 darjah celsius dalam masa 30-60 minit...

yup ade cara pula gunakan alat kejutan eletrik (stunning) supaya memengsankan binatang sembelihan tersebut... pengsankan sahaja tapi jangan sampai mati...

Insya Allah moga makanan yaang terhasil halal dan ade barakahnya...

arfahadnan said...

isu KFC dan makanan lain yg cara pemprosesannyer meragukan nih dah lama timbul..

dulu ex-bos aku sampai print out email suh baca satu2..

mmg bukan setakat KFC jer yg tersenarai.. byk giler.. tu tak kira produk lain yg bukan dalam kategori makanan..

tapi bagi aku terletak pada hati kita.. kalau kita ragu-ragu dengan status makanan tersebut.. baik tak yah makan.. kalau yakin boleh makan.. go on jer lah..


tapi jangan ler pulak benda tu dah tentu2 tak boleh makan.. kita dok yakin boleh makan pulak.. tu dah kes lain tu..


renung-renungkan dan selamat beramal..

vidadarisakura said...

omaigod.


bikin takut.
selama ni main makan jak.
huhu


wallahualam jak la.

arnamee said...

salam:)

kfc menyumbg dlm negara, tu di diamkan, wallahua'lam;(

melatidaisy said...

KFC Holding (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd, Kulim (M) Bhd pula adalah anak syarikat Syarikat Johor Cooperation..yang tidak tahu sila cari tentang Johor Coorperation..oleh itu KFC Holding (M) adalah milik Malaysia, takde sebarang keuntungan yg dberikan kepada US mahupun Israel..ok..tu part tamat boikot sbb lega as KFC tak menyumbang pd AS OR Israel pn..but then bile bace entry ni..huhu..hati dah syubhah..wahai JAKIM.. silelah tampilkan dirimu demi merungkai kekusutan ni.. (T__T)

naz ilyn said...

salam... cite pasal kfc bukan perkara baru dah lama kita dengar tp masih ramai lagi org Islam yang berbaris membelinya... jika dalam hati kita merasa keraguan atau was-was lebih baik jangan beli.

Kuwe said...

nk semelih ayam pun kena cara terhormat.Ayam tu dah la kena semelih. Cett.

kan dah jd haram.

onniey84 said...

eii gelinya, rasa cam nak muntah balik aym tuu..sib baik dh lama tk kfc

YobSumo said...

fuh begini sekali.

apa yg kita patut buat? hantar email dan boikot KFC?

tak boleh jalan sgt.

apa yg boleh kita buat ya.

- berfikir -

Prof Ir Dr. Takamine Kyomaro said...

hmm mungkin betul,cikgu aku juga pernah cerita..pernah dulu waktu dia beli kfc...balik nak makan upenya daging tikus..huhu...pape pun kpd mereka yg baca entry ini dan merasa ragu2 utk mkn kfc pas ni,sila jgn mkn,sbb berdosa kt maka sesuatu kalu kita was2x...ok bye

Lifesaver said...

erk....aku baru je makan mggu lepas

LUKISAN PENA said...

Biar betul..
Memang sepatutnya kita meninggalkan yang was-was..

kan tok guru pernah kat dulu..
was-was datang nya dari syaitan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...