Tuesday, February 24, 2009

Korupsi Di Mana Saja

Semalam aku buat entri pasal Punisher Warzone. Tetiba ari nie aku terasa nak je jadi Punisher untuk menghapuskan semua pemakan rasuah. Bullshialllll.......

Pagi ini balik je dari sarapan aku dan Paan cam biasa naik moto ala koboi xpakai helmet. Aku amik jalan belah pantai. Tengah vrooommm santai tepi pantai nak balik opis tetiba ada sekor kereta peronda putih yang dikotori najis hanjing main Hi-beam.

Damn....Sah nak duit....

'Dari mana nie'

'Dari belakang sana nak ke depan sana'

'Naik ape?'

'Moto la'

'Kalo naik moto kena pakai topi kan. Dari mana???Bak lesen'

'Saya keje sini je. Ni kawasan site saya.' kata aku sambil bagi lesen.

'Xkira la kamu keje ke ape ke??? Bila naik moto kena pakai topi'

'Ye saya tau'

'Saya boleh saman kamu tau'

'Ok.'

'Tapi saya bagi kamu amaran je kali ni. Jumpe kali lagi saya saman kamu.'

'Ok'

'Kamu boleh pergi'

'Terima kasih'

Nak saman konon. Cakap je la nak cari duit kopi untuk sarapan. Da la jalan tue xde line pun. Jalan kampung yang xde line pun dia nak saman. Memang shialll.....


Bodoh punye polis...

Korup & rasuah....

A.C.A.B.


p/s: Kalo aku saman polis tue pasal xpakai tali pinggang keledar leh x???

Monday, February 23, 2009

Punisher WarZone

PUNISHER WARZONE

Cite nie baru je aku tengok hari minggu lalu. Leh tahan la dia punye action. Walaupun pelakon dia adalah pelakon berbeza dari Punisher yang first (2004). Hero kali ni muka lebih serius sesuai dengan watak Punisher (Penghukum) yang tiada belas.

Cite nye memang dari mula dari akhir penuh dengan aksi 18SG. Cite bermula ngan si Frank Castle yang nak buru penjenayah yang bernama Billy (Jigsaw). Dalam dok syok buru si Billy nie dia telah terbunuh sorang ejen FBI yang wat dia kecewa dan nak pencen. Si Billy ni pulak cedera parah dan bertukar jadi Jigsaw.

Si Jigsaw ni pulak diberi imuniti oleh FBI sebagai balasan tolong tangkap penjenayah Russia dan diberikan maklumat tentang Micro (member Punisher). Pastu berlaku la peperangan ala Counter Strike gitue....nak tau lebih lanjut tengok la sendiri.

Tapi agak kecewa sebab banyak aksi ngeri telah di'cut'. Cam tangan kena potong ngan kapak....Kalo tunjuk kot ade yang tiru plak nanti kan.

Kan best kalo ade 'Punisher' kat Malaysia nie. Xde la penjenayah yang dok mengila melakukan keganasan. Dan tiada lagi polis yang korup. Polis yang dok tunggu tepi jalan bila nampak orang bertanya 'Camna ni??Kalo saman banyak cas nie. Nak saman ke???'.....(korang penah kena x??)

Pape pun hero aku tetap......

My First Time

Ari tue aku gie interview keje, kompeni tue kat PJ.....

Aku masuk bilik interview aku tengok la ade empat orang tengah menunggu turn untuk di interview. 3 laki dan seorang perempuan. Aku dok kat sebelah mamat yang bukak pintu kat aku. Mamat ni mesra alam skit aku tengok. Yang lain pemalu aku agak la.

Aku tengok budak pepuan nie dok isi borang. Aku pelik pasal xsilap dalam requirement dia nak laki je. Tetiba ade pepuan. Pastu si pepuan nie dok main cubit2 mesra gitue ngan laki kat sebelah dia. Aku syak diorang ni coouple. Siap isi diorang pun berborak la.

Yang aku naik meluat tue. Yang pepuan nie dok cakap lambat la interview. (mungkin dia nak cepat pasal nak gi dating kot). Pastu dok berdiri dan duduk cam cacing kepanasan. Pastu dok curi dengar ape yang orang interview tue tanya. Da dengar dia gie bagitau kat BF dia. Pastu diorang discuss.

Pastu diorang leh plak main urut2 bahu kat depan aku. Nasib baik bukan kompeni bapak aku. Kalo x memang aku pelakong budak dua ekor tue. Sakit mata memandang ngan perangai minah tue yang ngengada. Kalo nak bermanja gi la tasik bro, xpun gie pusat hiburan (disko ke, dangdut ke, karaoke ke) xde orang heran ape ko nak buat. Tapi nie tempat keje bukan tempat asamara.

Tiba time BF dia kena interview aku tengok minah tue dok mendengar jugak. Dan menghangguk kan kepala dia yang hangguk itu tanda bersetuju dengan jawapan BF dia kot. Abes je BF dia interview turn aku plak.

DAMN......Hampa....

Itu la pengalaman aku. Pertama kalinya aku jumpe orang datang interview dan tengok orang bercubitan dan bersenggolan masa tunggu turn.....

KEna Tag LAgi Daa...

Ni cik Gadis Separa Bandar Separa Kampung, saya menjawab tag harga kamu....

TANDA-TANDA:


1. TANDA2 KAMU BAD MOOD.
~ Wat bodo. Wat dono.

2. TANDA2 KAMU MARAH.
~ Aku akan marah la.....

3. TANDA2 KAMU SINTING
~ Sinting tue ape????Sama ngan sinki x???

4. TANDA2 KAMU MALU
~ Aku akan tersipu-sipu kemaluan. I kan pemalu orangnya. Auwwwww....

5. TANDA2 KAMU SEDANG CEMBURU
~ Cemburu ada tanda ke???

6. TANDA2 KAMU SEDANG SEDIH
~ Aku akan makan je dengan muka monyok...Okey x??

7. TANDA2 KAMU TENGAH GUMBIRA.
~ Aku akan gelak puas.....

APA?

1. APA WARNA BAJU YANG KAMU PAKAI SEKARANG?
~ Merah belang2

2. APAKAH KAMU TERMASUK ORANG YANG SUKA SHOPPING?
~ Xnak aku perabih duit je.....

3. APAKAH KAMU PERCAYA LOVE AT FIRST SIGHT?
~ Percaya. Cinta tue buta.

4. APAKAH YANG INGIN KAMU LAKUKAN SEKARANG?
~ Kalo bleh aku nak tido.

5. APAKAH RASA DI HATI KAMU SAAT INI?
~ Hati masak kicap sedap wooo....

BILA

1. BILA PERTAMA KALI KAMU DILAHIRKAN KE DUNIA?
~ 02 Sept 1984

2. BILA SAAT TERINDAH DALAM HIDUPMU?
~ Bila ku lahir ke dunia. Ibu dan abah menangis gembira.

3. BILA KALI TERAKHIR DIMARAHI IBUBAPA?
~ Aku xingat.. Sebab ma abah marah aku gelak je....

4. BILA KALI TERAKHIR EHEM EHEM EHEM?
~ Soalan misteri aku xnak jawab. Rahsia....

5. BILA KAMU AKAN MARRIED?
~ Bila aku bagi kad jemputan kawin.


BAGAIMANA

1. BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG BUAT KAMU SAKIT HATI?
~ Aku gelak...Dia akan jadi bahan lawak aku...

2. BAGAIMANA KALAU ADA ORANG CAKAP KAMU LAWA/HENSEM?
~ Aku hanya hamba Allah. Semua ini pinjam je.

3. BAGAIMANA JIKA ADA TEMAN KAMU MENINGGALKAN KAMU?
~ Nanti dia datang balik....

4. BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG TIDAK SUKA SAMA KAMU?
~ Dia xsuka dia punye pasal.....

5. BAGAIMANA KALAU KETIKA KAMU BANGUN, KAMU DIKELILINGI API?
~ Kalo api dunia aku lari...Kalo api neraka kena terima la...

6. BAGAIMANA JIKA KAMU KESEORANGAN
~ Tido xpun main game....

Sekian terima kasih.....

Monday, February 16, 2009

Keselamatan di tapak bina

Keratan akhbar
13 Feb 2009
16 Feb 2009

Kat atas tue adalah link keratan akhbar yang berkaitan keselamatan di tapak bina pada minggu lepas. Sememangnya banyak kes kemalangan di tapak bina xbanyak sebenarnya dilaporkan kepada JKKP. Ini kerana, majikan biasa nya akan sembunyikan kes tersebut bagi mengelakkan dari JKKP memasuki dan menyiasat. Bila diorang menyiasat paling kurang sebulan operasi tapak bina akan di hentikan.

Untuk pengetahuan korang OSHA 1994, menyatakan bahawa untuk setiap projek yang bernilai 20juta atau lebih perlu ada seorang Safety and Health Officer 'fulltime' kat tapak tersebut. Tapi ini semua atas buku akta je la. Kalo dari segi perlaksanaannya masih tidak sepenuhnya.

Dari pengalaman aku yang xsampai setahun jgung (tahap ketiak jagung), kalo pun ada SHO kat tapak bina pun, xsemesti cara kerja yang diorang yang amalkan adalah mengikut yang tertulis dalam SOP. Dan kekadang SHO tue pun xpedulik pun ape yang korang buat. Kekadang kita tengok cara diorang bekerja pun naik meremang bulu roma tapi xde tindakan pape pun. Lain la kalo kuar paper. Kalo ditegur pun kekadang wat bodo je. Kekadang berkesan la sekejap pastu akan berulang lagi. Manusia bukan senang nak diubah bentukkan. Nak2 yang da jadi buluh.

Berikut adalah sumber sumber Hazard ;
a) Manusia : Dari sikap dan kelakuan pekerja yang tidak selamat.
b) Mesin & Jentera : Rekebentuk, keadaan & Pengunaan
c) Bahan –bahan : Bahan kimia dan larutan yang digunakan
d) Kaedah : Cara kerja
e) Media : Keadaan persekitaran kerja – kualiti udara, bunyi dsb.

Penah kat kompeni dulu, aku suh 6orang budak India (bebudak sub-con) nie keluar dari lubang foundation pasal tanah nak slide. Tapi ape yang diorang wat memang wat aku menyirap darah. Diorang gi tahan tanah yang nak slide tue secara beramai2. (Berjemaah). Ape yang aku buat ialah amik ketul tanah dan baling kat safety helmet sorang dari mereka baru la diorang naik.

P/s: Ape yang aku merepek nie?



Sunday, February 15, 2009

V-Day wow!!!!!

Semalam aku bersama si dia keluar bersama. Tepat jam 12 aku da tercegat di depan rumah nya. Menjemputnya keluar bersama. Hari istimewa diraikan bersama. Kami menuju ke 1 Utama (bos aku dulu sebut 'satu utama') untuk membuang masa yang ada.

Sampai je kat 1 Utama aku terus menuju ke kaunter tiket wayang. Beratur panjang. Xpe la janji dapat bersamanya di hari istimewa. Oh indah dunia tidak seperti Neraka. Tengok wayang cite Ong Bak2 bleh x??? Pada hari yang romantik tengok cite Ong Bak2. Baru la Ong.....Heheheheh..

Pas tengok wayang kitorang pun pegi makan kat kedai makan pastpood..Borak2 sembang2...Bla bla bla bla.....

Setelah puas ronda-ronda, Aku pun hantar si dia pulang. Memang badan sudah penat sesangat. Letih gile. Lepak jap kat umah dia.

'Abg cepat la'

'Sabar la'

'Da tahan nie'

'Sabar la kejap ok'

'Bukak la cepat abang. Sayang nak nie'

'Ye la. Abang bukak nie. Nak mula mana?? Yang atas ke yang bawah??'

'Mana la abanggggg. Cepat la.'

'Mula yang ataas ye'

'Ok'

Pertarungan antara kami pun bermula. Kitorang menunjukkan skil memasing. Gaya yang tersendiri. Menghiburkan diri. Kedua-dua hanyut. Leka dan terlalai dengan masa yang berlalu. Lagi sekali, Indahnya dunia bukan seperti Neraka.

Pelbagai aksi kami lakukan. Untuk membuktikan siapa paling hebat. Aku tidak mahu kalah sama juga si dia.

Setelah hampir sejam aku dan dia bertarung akhirnya aku megalah. Pertarungan antara kami sememangnya sengit sangat. Aku bebtol puas. Sama juga si dia. Kami berdua sangat gembira. Begitu la cara kami meluahkan persaan hati memasing. Perasaan kasih sayang, benci dan dendam. PS2 la yang menjadi medan pertarungan kami. Cam biasa la Pro Evolution Soccer 2009 menjadi pilihan hati. Dia pilih Liverpool dan aku tetap Arsenal.

I am sorry.....

Semua itu hanyalah dalam imiginasi ku. Aku ni perkerja yang rajin 12jam sehari kat opis. Mana ada masa untuk semua tue. Tue semua dongengan akal ku sahaja. Hari2 pun keje. Mana ada cuti. Nie la hakikat hidup seorang BURUH KASAR.

Apepun bagi aku berkasih sayang tiada harinya. Hari kekasih tidak wujud. Itu hanyalah dakyah kafirun yang mau menyesatkan Islam. Kita yang mudah terikut2 tanpa mengkaji asal usul dan sejarahnya terlebih dahulu. (Boleh tengok kat sini.)

Setiap kali 14 Feb muncul, tiap kali itu la jugak kita leh tengok berapa banyak kes tangkapan khalwat. Hebat bukan. Bukan orang lain. Pastinya orang Melayu kita. Apakah kita telah terlalu moden???

Bagi aku untuk keluar bersama sebagai pasangan kekasih tidak salah tapi kita ada batas-batas perhubungan dalam Islam. Jadi ia sebagai petunjuk hidup kita dalam berkawan atau berteman. Tapi lagi indah kalo hubungan ini dihalalkan dengan Akad.


Saturday, February 14, 2009

Kerjasama




Petikan lirik versi Melayu

Apa yang penting??
Kerjasama!
Apa yang penting??
Kerjasama!

Wonder pet!Wonder per!
kami datang, membantu haiwan yang dalam kesusahan!
Kami tak besar
Dan kami tak kuat
Bila berkerjasama semua jadi mudah.
Go, wonder pet!!

Cite wonderpet kat opis aku da famous da skang..Ape la dia punye impaks memang ganazzz.. Dulu aku blik kampung anak buah aku suke sangat layan wonderpet nie. Siap nyanyi lagi. Nak2 si twin tue.

Lirik dia simple je tapi sedap didengar. Apa yang aku nak sentuh kat sini bukan la pasal cite wonderpet. Tapi pasal kerjasama. Kalo kita tengok dalam lirik tue ada sebut 'Kami x besar dan kami x kuat. Bila berkerjasama semua jadi mudah'. Kalo kita tengok memang betol ape yang dinyanyikan tue. Kecik bukan lemah dan besar bukan kuat. Kecik dan berkerjasama akan dapat mengalahkan yang besar tapi tiada kerjasama. Contohnya kita boleh tengok camne Israel (Yahudi) boleh menindas umat Islam yang mana kita tau umat yang paling ramai sekali di dunia nie. Umat Islam di Timur Tengah saja kita tengok da cukup di mana tiada kesepakatan antara mereka.

Ape yang aku harapkan mungkin sukar untuk kita semua dan mungkin tidak. Tapi bagi aku tiada yang mustahil dalam dunia. Apabila di gabungkan antara Usaha, Doa dan Tawakal semuanya pasti boleh. Kalo kita tengok pada hari ini, kerjasama antara masyarakat kita hari ini semakin 'layu' semakin lemah. Contoh yang mudah, dalam kejiranan hari ini. Ada orang yang tidak kenal jiran sebelah. Kalo tidak kenal mengenali yang pasti memang tidak akan ada kerjasama yang wujud. Betol x????(aku hentam je ikut aku rasa)

Aku pun sama je sebenarnya. Huhuhuhu. Kecewa kan. Ntah la. Aku sekarang orang luar bagi kawasan ini. Aku keje 7pagi balik 7malam (pegi keje pukul 8 jugak. Selamba.). Dan aku penah jugak la terserempak ngan jiran aku beberapa kali. (banyak kali jugak la.). Aku senyum dan cuba nak tegur. Tapi dia kalih muka ke lain. Oh no!!!! Ape boleh aku buat? Nak masak dan hantar lauk ke rumah jiran tak boleh pasal umah aku xde dapur. Nak tegur senyum dan nak tegur member terus kalih muka. Camne tue?? Ke aku nie yang bodoh sombong??? Ke dia takut aku tekel bini dia????(xhingin aku buat camtu).

*Ntah la belalang. Labu pun xtau.

Tapi aku suka cam kat N9. Memang enviroment friendly orang kat sana. Aku memang xkenal pun orang kat situ. Dan aku duduk seminggu je tapi cam da kenal lama. Duduk kat situ aku xrasa cam merantau pun. Aku rasa cam dok kat kampung sendiri je.

Thursday, February 12, 2009

Aku merepek (versi comeback)


Aku tengok buliten utama lagi ari nie. (Mesti korang bosan kan entri aku asyik pasal buliten utama je kan.) Cam biasa ari nie tetap masih ada berita pasal Perak. Xabes2 lagi. Cuma ari nie pasal perlantikan 3penasihat MB yang baru di lantik. DAP wat report.

Pape je la. Korang nie memang xkan abes dok bergaduh sama sendiri rakyat gak jadi mangsa. Aku malas nak layan. Aku cuma nak tengok orang Melayu dan Islam bersatu. Papepun entri aku bukan nak sentuh pasal Perak ke, BA ke BN ke Roket ke Kepala Kerbau ke.....



Tapi ape yang menarik minat aku ari nie adalah pasal Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Aku xsetuju sangat ngan cadangan ini. Bagi aku banyak lagi cara nak meningkatkan tahap Bahasa Inggeris. Dan ini bukan cara yang terbaik. Bagi aku lebih baik cuba tekankan kaedah Pengajaran Bahasa Inggeris itu sendiri dan meningkatkan kaedah pengajaran guru-guru bagi menarik perhatian pelajar belajar bahasa Inggeris. Contohnya dengan menganjurkan English Camp untuk semua pelajar.

Aku xsetuju sangat bukan ape, bagi aku kita yang mencadangkan nie memang la ok. Tapi camne pulak orang yang nak belajar nya terutama bagi penduduk luar bandar. Pasal ape aku dulu kat U pun aku selalu konfius, belajar dalam Bahasa Melayu dan English. Buku rujukan pulak dalam English. Tapi bila masuk exam mula pening sebab soalan biasa dalam bahasa Melayu. Sebab kita dok biasa dengan keyword bahasa English pastu tetiba dalam Exam, keyword tue xde pasal da di alih bahasakan. Bunyi lak lain gile. Sebagai contoh la, 'dredging' dalam English dan kita paham korek tapi dalam bahasa Melayu dia panggil 'pengerukan'. Xke jauh bunyinye tue.

Lagi pun kalo di tengok negara lain banyak negara lain yang maju dengan bahasa ibunda mereka sediri. Bagi aku Malaysia pun boleh jadi cam diorang. Dan aku x nafikan English tue penting. Tapi untuk peningkatkan English ini bukan caranya yang akan membunuh pelajar2 yang lemah English. Ini kerana jika mereka lemah English, mereka akan sukar untuk paham Sains dan Math juga.

Papepun aku sokong GMP yang memperjuangkan untuk mansuhkan semua ini.


Pesanan Penaja :
Ni tulisan aku dan aku tulis ikut aku punye suka. Kalo korang xsuka korang punye pasal dan korang leh komen ikut cara korang plak. Aku xkisah. Aiman xkisah. Dan Budak Hijau cakap 'Ada aku kisah'

Mataku Yang Biru

Dua ari lepas, aku dan Pa'an plan nak menjadi sedikit Mat Salleh. Kitorang plan untuk masak burger dan Hash Brown. Yummy....Lapar punye pasal campur da bosan ari2 makan kat foodcourt. Tetiap malam mengadap masakan tomyam. So rasa nak jadi cam Mat Salleh walaupun aku adalah Melayu sejati dan kulit ku gelap cam buah ciku.

Sebenarnye rumah kitorang xde dapur gas apatah lagi periuk, kuali dan kendi. Yang ada hanyalah 'rice cooker' dan 'jug karan'. Memang meenyedihkan. Nak wat camne umah kompeni bukannya umah aku sewa pun.

Disebabkan terlebih daya kreativiti jadi kitorang menggunakan la rice cooker tue untuk menggoreng daging burger dan hash brown. Hampeh. Abes melekat kat rice cooker tue. Kalo mak aku tau memang mengamuk la, jahanam barang. I am sorry mom.

Nak balik hash brown punye la susah pasal pakai sudu je. Memang melecur jugak la tangan. Ape bleh buat da nasib orang bujang??? Has brown tue pulak memang xde rupa hash brown. Pasal abes dok melekat kat rice cooker. Hasilnye adalah 'Hash Brown Cincang'. Hampes.....

Monday, February 9, 2009

No yang anda dail tidak dapat dihubungi...

'Bos leh cakap skit x?' kata seorang budak India. (Rider aku agak la). Mungkin ingin mengadu sesuatu.

'No. Ada papehal cakap ngan Manager kamu.' kata bos dia. (Area Manager)

'Kalo ada papehal kamu cakap ngan Manager kamu dan dia yang akan bercakap ngan saya bukan kamu' sambung bos dia lagi.

Tue la antara dialog antara bos dan anak buah kat sebuah kedai makanan tak sihat (fast food). Aku pun pelik kekadang. Besaq sangat ke jawatan dia tue sampai xleh nak layan cakap si Rider tue dulu. Ntah la tapi tue la hakikatnye bila berkerja di kedai camtu.

Berdasarkan pengalaman aku keje kedai camtu pulak bila ngadu kat Manager kedai biasanya menda yang kita adu xkan sampai ke Area Manager. Biasa diorang wat senyap je. Kekonon kat kedai dia xde masalah walaupun ade masalah. Nak tunjuk rekod bersih la.

Bila nak cakap ngan Area Manager biasa diorang xnak layan kononnya sibuk, xde masa nak dengar aduan. Nak adu kena ikut aturan dia.

Abes tue pekerja nak adu kat sape???Adu kat Manager kedai masuk tinge kiri kuar tinge kanan je. Nak adu kat Area Manager xnak layan. Xkan nak adu kat kerusi meja kot. mmmmm....

p/s: Masa aku keje dulu kena tipu. EPF potong tapi xbayar. Aku sedar selepas setahun dan kedai tersebut telah tutup pada masa tue. Dan yang aku dapat tau memang diorang selalu wat camni. Terutama kepada bebudak sekolah yang wat keje part time ngan diorang.

Hijrah lagi

'Cam kaum Nomad' kata A.
'Camne nak kawin keje xpenah tetap' kata B.
'Interview lagi?' kata C.
'Suke ati kamu la' kata D.

Tue la antara kata-kata bila aku menyatakan hasrat hati untuk berhijrah lagi. Adoi yai ape nak jadi la. Kekadang aku pun pening pala. Adakah aku mencari 'kepuasan berkerja' atau 'mencari maut'???Aku pun tak tau ape nak jadi??


*seek&destroy-metallica menjadi lagu tema

Tapi tak salah kan aku memilih untuk berhijrah. Adakah aku akan digelar 'katak'???Oh please, jangan samakan aku dengan 'katak-katak itu' kalo bagi kangaroo ok jugak. Macho skit.

Pape pun aku mungkin akan meninggalkan Kuala Terengganu dan akan ke Melaka Tengah. Atau masih ada pilihan dihadapan. Aku pun masih tidak tahu.

Am i in the right direction??? I wish i am.

p/s: Aku berhijrah untuk maju bukan kerana gentar menghadapi cabaran idup.

Sunday, February 8, 2009

Lagu Warisan

Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap di arus zaman

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ketangan yang lain
pribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi sudah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersama berbakti
pulih kembali harga diri

kini kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah
janganlah terlalai
teruskan usaha
melayukan gagah dinusantara
....melayukan gagah di nusantara



Ni adalah lirik lagu Warisan. Dulu masa belajar kat sekolah puas cikgu menerangkan yang lirik lagu ni penuh makna. Sekarang nie di pikirkan balik memang betol. Lirik nie penuh makna. Menyedarkan Melayu dari terus alpha dan lalai. Sifat ini akan membuatkan Melayu akan tergadai segalanya. Ayuh bangsa ku, bangkit bersatu, bangun menuju jaya.

Thursday, February 5, 2009

Cerita aku

Masa sekolah rendah
Cikgu : Bila besar kamu nak jadi ape?
A : Askar cikgu
B : Polis cikgu
C : Jadi cikgu
D : Askar cikgu
E : Cikgu
F : Jadi askar
Aku : Askar cikgu

Jawapan sebab ikut orang. Sebenarnya aku pun xminat nak jadi askar sebab kena kawat. Aku xsuka kawat tapi suka tengok orang kawat. Xpenah pun terpikir nak jadi engineer ke? arkitek ke? bisnesman ke? akauntan ke? Tobat memang aku xpenah.

Kalo orang tanya engineer tue ape pada masa tue??Konpem aku jawab engineer tue yang tukang buat engine la. Kalo orang tanya arkitek tue ape??Aku akan jawab orang yang berseni. Hampeh kan. Betapa bangangnya aku.....Kecik2 dulu penah gak terpikir nak jadi Gaban. Best kan dapat selamatkan dunia.

Dalam kehidupan aku mungkin aku terlalu banyak 'copy' kot. Suma menda pun 'copy'. Walau ape pun kita xkan sama ngan orang yang kita 'copy' samaada lagi hebat atau lagi kurang. Sebab 2 orang yang berbeza xkan sama.

p/s: adakah aku tergolong orang yang DMP (decision making problem)

Aku x paham

Semalam aku tengok Buliten Utama dari pukul 8-9malam. Sejam tue. Buliten utama ni dari dulu lagi aku suke tngok kalo kat balik kampung bapak aku suke tengok Berita Dunia kat TV1. Aku pun slalu jugak join bapak aku. Aku perhatikan 2-3hari nie buliten utama asyik dok siar pasal Perak, Selangor dan Penang. Kecoh giler. Aku pun da x paham. Boleh dikatakan dari sejam berita tue dekat 25minit pasal politik. Semua pasal Perak, Selangor dan Penang. Dekat 42% isi kandungan dia pasal politik la leh dikatakan.

Dalam berita semalam aku tengok dok sibuk pasal Perak. Dok cite pasal katak-katak yang dok melompat lompat. Dengar cite ada 2ekor kata terima rasuah dan skandal seks. Aku pun xtau la kebenarnya betol ke tidak.

Tapi ape yang aku tak paham adalah untuk apa sebenarnya orang Melayu berpolitik???Adakah untuk perjuangan parti????Perjuangan bangsa???Perjuangan agama???atau perjuangan diri Sendiri???(Aku rasa banyak untuk perjuangan diri sendiri)

Ape perasaan orang Cina, India dan bangsa lain sekarang???Ape pendapat korang....Aku rasa diorang suma sedang gelak besar sebab bangsa Melayu dok gaduh sama sendiri. Kalo tengok Cina punye stail Diorang xkisah DAP ke MCA ke yang penting mereka perjuangkan hak orang Cina. Nak tolong orang Cina. Tapi kita??? Jangan la sampai Cina takluki negara kita pulak.

Aku bukan ape mungkin ada orang cakap 'Ah...Aku malas nak amik tau pasal politik'. Memang betul tapi dalam keadaan sekarang jika orang2 politik dok bertelagah. Dok lompat melompat. Dok xde pendirian. Sape kena efek nye???Bukan kita ke???Ekonomi tengah gawat bila politik camni bertambah la gawatnya. Apabila gawat kena buang kerja@gaji lambat masuk @ lain-lain??Camne nak bayar hutang bank, hutang keta, hutang umah, sewa umah, nak makan ape???

Aku tak nampak lagi sampai sekarang dalam berita yang dok nyatakan langkah kerajaan nak tolong orang yang kena buang kerja???Ada yang cakap balik kampung la bercucuk tanam. Kalo xde tanah camne???

Kurangkan pendatang asing memang la langkah yang bijak. Tapi berapa banyak membantu?? Akan banyak ke pluang kerja kosong???

Kan ke bagus kalo kita semua bersatu hati. Saling tolong menolong.

Peace No War

Wednesday, February 4, 2009

Sape???

Arsenal dapat Andrei Arshavin

Tottenham Hotspur dapat Robbie Keane (Sireh Pulang ke Ganggang)

Chelsea pinjam Ricardo Quaresma

Fulham pinjam Olivier Dacourt

Malaysia dapat sape???Pinjam sape???

Member aku ada cakap: Maskot rimau dan baju belang da xleh pakai sebab rimau garang.
Ye ke?? Korang kata??

Tuesday, February 3, 2009

Hari ini dalam Sejarah

3 Feb 2009, Hari ini dalam sejarah. First time dalam hidup aku mogok berdua. Biasa mogok sesorang je. Tapi ari nie berdua. hahahahha...bos da chuak

Best jugak upenye mogok nie. Patut la diorang selalu mogok kat oversea. Baru lah aku tau. Pas mogok baru la leh tengok betapa perihatin je bos pada kita. Tue kalo yang perihatin. Kalo yang cakap 'U are fired'. X ke menangis.

Aku dan membe aku nie bbtol xpuas ati ngan management kompeni aku. Ye la ari tue umah sewa kitarang kena potong karan nya sebab kompeni aku xbayar bil. 4 malam jugak la aku pakai lilin. Dok umah semi D tapi pakai lilin. Nasib baik xde agen2 TV3 kalo x memang kitorang masuk TV la 'Bersama mu' tajaan beras 'Faiza'.

Nak di jadikan cerita semalam plak air pulak kena potong. Sial btol la. Memang xde sivik punye management team. Aku ngan membe aku dak puas dok seranah semalam. Ye la xde karan leh tahan lagi. Xde air susah wooo...Nak kencing Berak punye la payah.

Yang paling kitorang bengang nye umah kitorang je yang kena. 4biji umah yang diorang sewa umah aku jugak la yang terpilih untuk dipotong. Adakah mereka nak aku berenti keje??? Xpepasal kena mandi kat masjid ari nie. Ingat masa blaja je kena mandi kat Masjid.

Disebabkan tensen tahap cipan tenuk, jadi aku ngan membe aku pun wat la keputusan untuk bangun pepagi dan tengok MHI bukannya datang berfoya-foya di opis. Memang best. Da lama aku x tengok TV pepagi. Hari-hari keje kuar pagi balik matahari da padam je.

Aku ingatkan da xde orang ganggu kitorang pasal kitorang bukan penting pun kot (pasal asyik kena potong je. Padahal aku dan membe aku off HP). On je HP ada call masuk.
Aku "Helo"
a "Helo masuk opis ade keje kena setel"
Aku "Ok. Pkul 3 aku masuk opis"
a "Cepat la. Masuk cepat ada keje kena setel"
Aku "Rileks la. Ada upah x? Blanja lunch ke"
a "Cepat la masuk. Keje urgent. Ada proposal nak submit"
Aku "Susah je nak blanja nasi kukus ayam berempah."
a "Cepat la. Penting nie"
Aku "Ye la pkul 3 aku masuk"
Trus aku letak HP. Malas nak layan da. Aku dan membe aku trus lepak tonton TV. Cite Tamil.

Datang je opis suma ttup hidung. Kata kitorang xmandi. Sial....Masuk2 je bos datang cakap "malam ni tido umah saya la. Ada air"

Adakah itu unsur bodek@simpati@perihatin@perli?????

Monday, February 2, 2009

Nama Bapak Jangan Main

Dulu masa sekolah aku ingat lagi, selalu member aku main panggil nama bapak. Kurang ajar kan. Memang hampeh sesangat. Contoh nye Faris bin Ismail. Bukan Mael dipanggil nye bukan nye Faris. Kekadang siap tambah ajinomoto lagi kat belakang kasi sedap skit 'Mael bengong', 'Mael Hulk Hogan'.

Gurau nama bapak nie memang nyakitkan hati. Ye la kalo korang orang panggil ko nama bapak ape perasaan korang?? Gembira, sah ko xsayang bapak ko....Mesti marahkan.

Pasal main nama bapak jugak la penah beberapa kali aku belasah orang. Belasah kekawan. Pasal tu jugak la aku penah beberapa kali kena masuk bilik cikgu dan kena rotan. Sial.....

Pagi tue sebelum masuk kelas cam biasa la kena beratur dan baca doa dulu, seorang pengawas dok jaga. Ulang alik pengawas tue dok perhatikan bbudak kelas aku (dok cari budak ppuan cun).
Tengah dok baca doa tue tetiba ada bunyi kat belakang aku 'Deris pemunggah taik'.
'Hai...X abes lagi ke?' Getak hatiku. Aku wat rileks lagi.
Info: tue sempena watak Mat Deris dalam 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' lakonan Ahmad Busu. Kerja Mat Deris ni pembersih tangki najis bukan kerja bapak aku.

Nampak aku dok diam mamat ni trus berusaha wat aku marah ngan dok ulang perkataan tue, siap main cuit-cuit bahu aku lagi. Memang cari pasal nie. Aku diam lagi. Tapi tangan da terketar-ketar, nak belasah orang. Da lama xbelasah orang masa tue.

Masuk dalam kelas mamat tue masih berusaha dengan gigihnye dok ulang kata2 tue. Kalo tadi pelan skang da kuat. Meja mamat tue selang sebaris je dari meja aku. Aku pun xtau tetiba je hangin aku naik gila, aku terkam mamat tue jatuh ke lantai. Pastu aku debik sebijik dua. Membe lain chuak trus sibuk dok pelerai aku.

Jahanam xpuas nak debik orang lagi. Mamat tue plak pas kena debik kuar gi jamban. Basuh muka kot. Aku ingat masuk kelas dia da diam upenye x. Dia datang dok sebelah aku bakar-bakar aku. Nak cover malu kot kena debik. Aku pun da xde mood aku diam je malas nak layan. Biar la aku jadi 'loser'.

Tue suma cite masa sekolah. Aku ingat suma tue da tamat upenye tak. Masuk universiti aku jumpe la geng-geng baru yang serba ber'educated' (yeke educated..hahahahah...)walaupun semua gi kelas pakai selipar 'Jepun' (walaupun made in Malaysia. Namanya tetap selipar jepun).

Diorang nie xmain la nama bapak. Mungkin sebab da 'educated' kan bukan budak sekolah. Tapi diorang main nama datuk la. Damn lagi teruk. Semua pun sorok la nama bapak. Takut bocor nanti jadi bahan gelak dalam kelas. Hahahahhaahhah.

Papepun skang tue semua da tinggal kengan. Kan best kalo leh balik zaman belajar. Banyak gile nostalgia. Bila nak re-union??

p/s : Aku bangga jadi anak kepada mak dan bapak aku.

Nape xleh on HP dalam flight

Dulu aku ingat xleh on handphone (HP) dalam flight sebab pilot tue dengki sebab dia xleh nak gayut guna Hp sebab kena pakai pon kepala besau gajah. Upanya tidak. (ramalan ku masaih lagi silap).

Sebab nape xleh pakai HP dalam kapal terbang (flight). Berikut gangguan yang disebabkan oleh HP:

1) Enjin turbin mati - enjin turbin kapal terbang mempunyai frekuensi (btol ke eja nie. lantak la) yang sama dengan HP. Penggunaan HP akan menyebabkan enjin turbin akan mati. Kalo da enjin turbin mati korang pepaham sendiri la ye. Crash la.

2) Gangguan VOR (VHF Omnidirectional Reciever)
tak dengar
- sistem komunikasi antara pilot ngan menara kawalan akan terganggu. Bila terganggu pilot akan hilang arah sebab pilot biasa bawak kapal terbang ikut arahan menara kawalan. Kalo x cam orang buta xde tongkat la.

3. Arah terbang melenceng,
4. Indikator HSI (Horizontal Situation Indicator) terganggu,
5. Gangguan sistem navigasi,
6. Gangguan frekuensi komunikasi,
7. Gangguan indikator bahanbakar,
8. Gangguan sistem kemudi otomatis,

Selain itu kompas komputer jugak boleh terganggu oleh game dan CD player
Indikator CDI (Course Deviation Indicator) boleh terganggu diakibatkan oleh gameboy

Banyak kes telah terjadi pasal kapal terbang terhempas ni kan. Ni contoh yang mana kes terhempas sebab HP
1) Pesawat Crossair (LX498) dari Zurich terhempasmengakibatkan 10 maut. Sebabnya terdapat gangguan sistem kemudi pesawat disebabkan oleh HP
2) Slovania Air yang menuju ke Sarajevo terpaksa mendarat kecemasan kerana sistem alarm berbunyi. Bila di periksa puncanya adalah kerana terdapat gangguan sistem navigasi kerana ada HP yang tidak di matikan dalam tempat Bagasi

So kepada sesiapa yang nak naik flight. Patuhi la arahan dan pantang larang nya. Jangan nak berlagak terlalu pandai sehingga menyusahkan orang lain. Lu pikir la sendiri.

*aku amik dari forum NIOSH. Share ngan korang.

Sunday, February 1, 2009

tag harga untuk Razor

Permainan tora yang direka oleh Razor...Ape lah aku nak bebel kali razor.....da la pala otak tengah blur......

5 Fakta tentang diri:
- ari-ari bunuh nyamuk
- ari-ari tido
- ari-ari main tenet
- ari-ari pedajal orang
- ari-ari mendonokan ape org ckp

5 perkara menakutkan dalam dunia:
- mak abah aku
- xcident
- mimpi jatuh bangunan
- Malaysia kena serang ngan Yahudi
- Mati dalam kafir

5 lagu buat masa sekarang:
- selimut putih - akhil hay
- demi masa - raihan
- aku dah bosan - ftg
- butterfinger - ugly
- mew - special

5 perkara yang selalu disebut:
- tipu ah
- Celaka
- siol
- baso bengong
- yo la tue

5 perkara yang amat bernilai:
- laptop
- jam tangan
- hanpon
- ic
- pitis

5 perkara pertama kali dalam hidup ku:
- pertama kali berak dalam jamban pengetua (cam jamban hotel) masa form 3. Jamban asrama cam haram.
- pertama kali aku di operatekan oleh doktor pasal appendix sebanyak 2 kali. (aku bukan mayat)
- pertama kali aku dengar lagu Cromok masa umur 12 tahun.
- pertama kali aku skodeng cikgu masa form 4.
- pertama kali aku kena tag oleh Razor............

blog yang nak di tag:
. budak maktab
. henshin
. girl's story :)
. DieNa
. jubaidah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...