Tuesday, August 25, 2009

Mana satu bini atau ibu

Memetik artikel Harian Metro, Belasah Ibu.

Berang selepas isterinya dituduh mencuri dua gelang emas, seorang lelaki sanggup menderhaka kepada emak kandungnya sendiri apabila tergamak membelasah warga emas itu hingga patah tangan kanan dan bengkak seluruh badan.
Petikan dari Harian Metro 25 Ogos 2009.

Tahniah la kerana kamu telah sudi membelasah ibu kamu.
Orang yang mengandungkan kamu selama sembilan bulan.
Yang sanggup tidak tidur malam untuk memastikan tidurmu nyenyak.
Yang sanggup berlapar untuk memastikan kamu kenyang.
Yang sanggup bergadai untuk memastikan kamu selesa.

Bukan setahun dia bersama kamu.
Membesarkan kamu, 20 tahun dia menjaga kamu.
Sebelum kamu mengenali cinta si isteri.

Demi isteri yang 2 tahun kamu bersama.
Kamu membelasah ibu mu.
Ibu tidak pernah menyakiti kamu kecuali untuk mengajarmu menjadi manusia.

Wahai lelaki, kekuatan mu itu untuk membela.
Untuk membela nasib wanita yang lemah.
Bukan untuk memukul atau menyiksa mereka.
Salah silap tegurlah dengan berhemah.

Ketahuilah syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
Jasa ibu xkan terbalas walaupun duit berjuta diberikan.
Hargai mereka sebelum mereka meninggalkan kita.

Dan hargai lah juga isteri mu kerana
Hati wanita umpama kaca, berhati membelainya.
Seandai nya kaca itu pecah, sukar untuk dicantum kembali.
Dan mungkin akan melukakan kita.



psp: Hal di atas bebelan untuk diriku semata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Hargai lah orang disekeliling kita sebelum mereka meninggalkan kita.

6 Pandangan Kekawan:

Pok Li said...

Dia telah menjadi anak durhaka dan amarah Allah berada sepanjang hidup dan matinya

sharamli said...

nnt kal0 dah kawen..jgn wat cmtu...

ciK LyndaWawa said...

bagus2..len kali letak banyak2 artikel macam ni....k..selamat berpuasa...

Firol said...

semakin hampir dengan kiamat

Catwoman said...

Si tanggang the returns!!!

Cenggitu la anak2 zaman milinium.
Semakin maju,semakin zalim.

Unknown said...

Pok Li
btol tue pok li..xaman nanti

sharamli
insyallah x..aku xnak woit..

cik lydawawa iguana
thanks...selamat posa jugak..jgn ponteng ek..

firol
semoga selamat dunia akhirat

zyma saad
tungang langgang di buatnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...