Monday, February 16, 2009

Keselamatan di tapak bina

Keratan akhbar
13 Feb 2009
16 Feb 2009

Kat atas tue adalah link keratan akhbar yang berkaitan keselamatan di tapak bina pada minggu lepas. Sememangnya banyak kes kemalangan di tapak bina xbanyak sebenarnya dilaporkan kepada JKKP. Ini kerana, majikan biasa nya akan sembunyikan kes tersebut bagi mengelakkan dari JKKP memasuki dan menyiasat. Bila diorang menyiasat paling kurang sebulan operasi tapak bina akan di hentikan.

Untuk pengetahuan korang OSHA 1994, menyatakan bahawa untuk setiap projek yang bernilai 20juta atau lebih perlu ada seorang Safety and Health Officer 'fulltime' kat tapak tersebut. Tapi ini semua atas buku akta je la. Kalo dari segi perlaksanaannya masih tidak sepenuhnya.

Dari pengalaman aku yang xsampai setahun jgung (tahap ketiak jagung), kalo pun ada SHO kat tapak bina pun, xsemesti cara kerja yang diorang yang amalkan adalah mengikut yang tertulis dalam SOP. Dan kekadang SHO tue pun xpedulik pun ape yang korang buat. Kekadang kita tengok cara diorang bekerja pun naik meremang bulu roma tapi xde tindakan pape pun. Lain la kalo kuar paper. Kalo ditegur pun kekadang wat bodo je. Kekadang berkesan la sekejap pastu akan berulang lagi. Manusia bukan senang nak diubah bentukkan. Nak2 yang da jadi buluh.

Berikut adalah sumber sumber Hazard ;
a) Manusia : Dari sikap dan kelakuan pekerja yang tidak selamat.
b) Mesin & Jentera : Rekebentuk, keadaan & Pengunaan
c) Bahan –bahan : Bahan kimia dan larutan yang digunakan
d) Kaedah : Cara kerja
e) Media : Keadaan persekitaran kerja – kualiti udara, bunyi dsb.

Penah kat kompeni dulu, aku suh 6orang budak India (bebudak sub-con) nie keluar dari lubang foundation pasal tanah nak slide. Tapi ape yang diorang wat memang wat aku menyirap darah. Diorang gi tahan tanah yang nak slide tue secara beramai2. (Berjemaah). Ape yang aku buat ialah amik ketul tanah dan baling kat safety helmet sorang dari mereka baru la diorang naik.

P/s: Ape yang aku merepek nie?



6 Pandangan Kekawan:

Shitsurei Shimashita said...

safety first! no matter where you r where you go.

Lina said...

yup...safety first!! setuju sgt...tp sepjg pengalaman sy dulu, bdk2 projek tak sebulu sgt ngan geng2 safety. psl geng2 subcon tu mmg la, tak dgr ckp...tambah2 geng2 bangla....huhuhuhu...asyik memandai je keje!!

CIVIC Power said...

Teman dulu masa menchangkul kat sawah.. kaki teman koyak belah tepi kerana menchangkul tanah terchankul kaki gara2 tengok anak dare.. aii ape teman nihh

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hoho nasib bek pakai safety helmet lau tak benjol dh pale mat india tu..

kui3....

** kita tag kamo..buat jgn xbuat..

;P

Mak Su said...

kasik tahan beramai-ramai? giler bersemangat sungguh.... tak jadi apa-apa, ok ler. boleh gelak-gelak. kalu jadi musibah?

Unknown said...

Shitsurei shimashita
Safety for life....

Lina
memang pun...nak kena kapak baru tau...

CIVIC Power
Tue mesti...Nama pun laki...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...
Diorang memang kebal + bebal....

Mak Su
Diorang kool je mak su...Cool sampai itam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...