Thursday, December 15, 2011

Oh Abang: Awang Hitam


Seingat aku, pada tahun 2001, kes ‘awang hitam’ memang menjadi-jadi masa tu. Masa tu timbul kes sendiket pemalsuan wang yang didalangi oleh ‘awang hitam’ ni. Nama glamour kes tu pada masa tu kes ‘Black Money’.

Operasi besar-besaran oleh PDRM untuk benteras kes ‘Black Money’ ni. Setiap pelosok ada je operasi sana sini. Ada je roadblock sana sini. Bagi menagkap ‘awang hitam’ ni.

Pernah juga satu ketika aku naik bas menuju ke Ampang. Bas aku di tahan polis dalam satu sekatan jalan raya di kawasan Ampang. Polis masuk dalam bas. Dan semua ‘awang hitam’ dalam bas tu di angkut oleh polis. Yang ada IC lepas. Yang mana xde IC sekali lah kena tahan.

Sekarang kes yang di dalangi ‘awang hitam’ telah kembali. Kes-kes seperti dadah, penipuan internet dan juga jual perempuan. Banyak yang terjadi sekarang ini.

Dengan bermodalkan sedikit wang dan ayat manis, mereka menggoda anak gadis kita untuk dipergunakan untuk kepentingan peribadi mereka. Janji pendapat lumayan dicanang bagi mengaburi kegiatan sebenar mereka. Duit juta-juta, sape x mau.

Walaupun banyak pendedehan dibuat di TV, akhbar, majalah dan radio. Masih ramai yang tertipu dan ditipu. Masih ada yang rela mengikut arahan ‘awang hitam’ kerana mahu cepat kaya.  

Walhal bukan kaya yang menanti tapi bala yang menunggu. Silap hari bulan tali gantung menjadi kesudahannya.

Tidak kurang juga ada yang datang ke sini membuat onar. Habis anak gadis dan bini orang di ganggu. Kawasan perumahan jadi kawasan mereka berpesta liar. Tanpa menghiraukan sentiviti masyarakat sekeliling. Langsung tidak menghormati budaya kita. 

Tapi tidak semua yang datang kesini jahat. Ada juga yang datang ingin mencari rezeki dan ilmu di sini. Pernah aku bertanyakan salah seorang jiran aku dulu. Juga sorang ‘awang hitam’. Kenapa datang ke sini.

Jawabnya mudah saja ‘Kehidupan di sini jauh lebih baik dari di sana’. Jadi mereka datang menimba apa yang patut untuk dibawa pulang bagi memajukan tempat mereka. Itu yang baik la.

Oleh itu, kita sebagai manusia yang ada akal fikiran. Berfikir lah, buat pertimbangan sebaiknya. Jangan kerna wang ringgit, diri kita tergadai. Pikir-pikirkan lah.

Patutnya kita bersyukur dengan nikmat aman yang kita kecapi sekarang. 

Heykawan: Tiada kejayaan tanpa usaha. Dan tiada kekayaan tanpa kesusahan.