Thursday, December 29, 2011

Orang Kita: Kita Saling Membunuh # 2

Aku nak share pengalaman aku yang berkaitan dengan entri Orang Kita: Kita Saling Membunuh.

Dalam bulan April tahun ini, tempat kerja aku telah melakukan lawatan kerja sambil bermesyuarat di sebuah negeri luar dari KL. Tujuan utama adalah lawatan kerja untuk melihat usahawan-usahawan yang berpotensi di negeri tersebut untuk di bawa ke KL dan adakan expo bagi usahawan-usahawan tersebut.

Dan pertemuan telah di aturkan. Berlangsung lah pertemuan antara kami dan usahawa-usahawan negeri tersebut. Ingatkan usahawan tersebut wakil dari setiap daerah dan dari pelusuk negeri. Rupanya tidak. Hanya kroni mereka dan yang berdaftar bawah persatuan mereka. Bukannya usahawan dari seluruh negeri.

Bila di tanya mana usahawa lain. Jawab mereka mudah saja " Orang lain x minat"

Padahal matlamat asal adalah untuk bertemu dengan usahawan desa yang boleh dimajukan lagi. Oleh kerana, nama usahawan yang mengaturkan sudah famous di negeri tersebut dan seluruh Malaysia malah xsilap aku mereka telah bukak cawangan luar negara. Bangunan dia usah cakap, memang besar. Maklum lah usahawan berjaya.

Mesyuarat tetap kami langsungkan. Tujuan nya adalah untuk membawa mereka ke expo. Dan bila di tanya-tanya. Mereka hanya berminat sekiranya percuma. 
Perbincangan berlangsung hampir 1jam. Persetujuan dicapai, kami cuba untuk bagi percuma. Dan bila setuju percuma, mereka mohon kami menyediakan penginapan pula. Dan pihak kami mula merasa lain macam. Dan perbincangan pertama ditangguhkan dan akan disambung kemudian. Seterusnya lawatan ke premis-premis mereka.

Lepas pergi ke beberapa premis perniagaan ahli-ahli mesyuarat tersebut. Kami dibawa melihat produk-produk mereka dan cara pemprosesan. Tak dinafikan ianya memang berkualiti.

Bila dah melawat semua premis mereka, kami terlintas untuk melawat kompeni lain pula tapi tidak tahu jalan langsung kami bertanya "Kompeni xxx dan Kompeni zzz macam mana ye?? Boleh tolong bawa kami, kami nak melawat tempat mereka pula?"


"Tak payah lah melawat kompeni mereka. Produk mereka tidak bagus, kualiti teruk sangat. Lagipun mereka tak suka orang luar melawat dan jenis tak mesra." jawab mereka.

Dengar jawapan itu kami pun faham lah. Mereka goyang dengan pesaing mereka yang mungkin lebih bagus. Dan mereka rasa tergugat. Kerna hakikatnya kompeni xxx dan zzz tu adalah kompeni sedang meningkat naik walaupun belum segah mereka.



Mungkin inilah cara mereka berniaga, bukan ingin bersaing secara sihat tetapi ada unsur PHD di situ. Cuba melingkupkan pesaing dengan fitnah bukan cuba meningkatkan jualan produk sendiri. Sekian...






6 Pandangan Kekawan:

zulkbo said...

salam..
ermm..sama macam luahan saya sempena tahun baru hijrah baru ini..orang kita kenapa nak dengki sesama bangsa..
jon singgah sana bro..

http://www.zulkbo.com/2011/11/sempena-tahun-baru-1433-h-orang-melayu.html

zella y said...

hurm...mcm tu la gamaknya org kita....klu xdengki,mmg xsah!!
dr yg berniaga di kedai2 biasa sampailah yg berniaga juta2...

salam kenal... ;)

chii said...

jenis manusia yg takut ngan bayang2 sendiri..x yakin dgn kemampuan sendiri..sebab tu suka2 bunuh org lain..haishh

CGG said...

alahai dunia..
PHD mana2 ade..
kita yang kena sabar..
allah mendengar, maha mengetahui..
sabar

Daddy Ziyyad said...

penyakit PHD ni dari level kuli, sampailah ke level CEO, tetap ada dalam diri org Melayu..sedih, tapi itulah hakikat.

Eye_nee said...

susah betul org2 kita ni nak kikis PHD dlm diri...Mengapa agaknya ya...mengapa tidak boleh bersaing dlm situasi yg bersih..mengapa tak boleh ko dpt untung aku pun dapat untung juga...BerSAMA-SAMA...yg ada dlm kepala bila nak bersaing.....BOMOH.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...