Tuesday, December 27, 2011

Aku: Left Right or....????


English aku boleh dikatakan agak teruk. Terutamanya dalam 'speaking', memang aku agak lemah kerana kurangnya 'confident level'. Tambahan pula dengan urusan seharian aku yang boleh dikatakan menggunakan 100% bahasa Melayu. Dulu masa kerja kontraktor dulu memang la speaking agak berterabur walaupun grammar, vocab dan pronouns nya ke laut. Aku taruk je.
 Gambar dari Google.com

Suatu hari aku dalam perjalanan pulang dari ofis ke rumah. Biasanya aku ikut jalan Kuching sebab tiada traffic light tapi hari tu aku gatal skit, jadi aku ikut jalan TAR (Jalan Tengku Abdul Rahman).

Nanti ada pula yang cakap jalan kat KL ni semua jalan tar. Padahal jalan kat Malaysia ni pakai Asphalt dan ada juga jalan kat Malaysia ni pakai interlocking pavement, cam kat depan dataran tu.

Sampai je kat traffic light kat dataran tu, lampu tukar jadi merah. Jadi aku stop la. Walaupun ada yang berkata lampu merah kita sondol je selagi boleh. Tapi aku tak nak kena saman. heheheh....

Dalam dok seronok menikmati asap kereta dan bas yang hitam legam. Datang sebuah  superbike dok sebelah aku. Penunggan nya adalah sorang lelaki cam Pak Arab skit muka nya.

"Excuse me, sir". Pak Arab tu bersuara sambil memandang kat aku. Takkan aku nak wat tak tahu pulak kan. Orang Melayu kan kaya dengan budi bahasa. Jadi aku senyum je la.

"How to go to KL Sentral??" tanya Pak Arab tu. 

Ah...Sudah. Aku dah la jenis fail skit dalam bagi direction terutama kiri dan kanan selalu tertukar. heheheh....Tapi xpe kan janji muka confident. heheheheh

"From this point you go straight. Still on the left. Till you find the roundabout near KTM Station then you take 6 o'clock, then you straight till you find KL Sentral on your left. Take that exit to KL Sentral". Dengan confident aku menjawab. Mulut cakap kiri tapi tangan tunjuk ke kanan. Mulut cakap kanan tangan tunjuk ke kiri.

"Left??" Tanya Pak Arab tu lagi. Sambil tangan dia menunjuk ke arah kanan. Ahh....Sudah confirm aku da bagi salah direction. Aku jawab balik dan perbetulkan semua yang aku tunjuk arah tangan tadi. Mulut cakap dah betul tapi tangan tunjuk ke laut. heheheh.....

Lampu da hijau. Pak Arab tu dah jalan dulu almaklum la dia pakai 'SuperBike', aku pulak 'SuperKapcai' mana den nak kejar. Tengok Pak Arab tu cam terkial-kial cari jalan dan bawak lagi slow dari basikal. Aku potong Pak Arab tu dan hon dia sambil cakap "Follow Me".....Cam iklan syampu Follow Me plak. hahahahah

Pak Arab tu follow la aku. Dah sampai kat exit ke KL Sentral aku bagi signal kat dia suh amik exit situ. Dari site mirror aku nampak Pak Arab tue amik exit yang aku suruh. Lega hati aku dapat tolong Pak Arab tue. 

Ada sesapa rasa nak sesat larat sila la minta tunjuk arah dari aku. heheheheh

Ni la akibat masa Tingkatan 3 dulu suka memonteng kelas English. hehehehehe


Heykawan : Belajar sampai mati. Kita tak akan rugi dan menyesal.

8 Pandangan Kekawan:

she-G said...

bukan aslah sbb ponteng kelas la...hahaha...saya pon moderate je bi nyer..mase duk kat penang,kawan2 seme pakat spekang, memula malu tapi diorang jenis tak kesah.salah betulkan.tu alhamdulillah MUET band 5.masuk UPM...rumate seme melayu.pulak dari trganu dan kelantan. hancurr........hahaha...

tp suka org luar negara diorang jarang nak perlekehkan salah kita lau cakap.bagi kita konfidrn..lau org2 kita..siap la..jarang la yang jenis sapot.sure2 la kita dapat label KG je nnti..hahaha

hanie said...

kahkahkah...taknak aku mintak arah dari hang... sb aku dgn sesat jalan ni umpama magnet. tak boleh tidak...mesti ade punya lah adengan sesat tu..hahaha

tak pe bro.. proses belajar ni..takkan habis.. boleh dipertingkatkan lagi.. ^^V

Lya Colours said...

pak arab tu say thanks tak. hihi

Yunus Badawi said...

Kalau nak pandai cakap sesuatu bahasa tu kena selalu praktis. Org Bangla masa datang sini sepatah haram tak tahu bahasa Melayu tapi selepas tak lama dah boleh cari makan. Yang cari awek org sini pun ada ... hehehe

CGG said...

tak pe..lama2 mesti akan terror:)

nabilah_2908 said...

hehe..kadang2 sy pun tertukar gak antara left or right..

nak mudah ingat... cuba buat bentuk L pada ibu jari dan jari telunjuk..

antara dua tangan kita tu..mana yang betul...tentunya tangan kiri kan..? maka itu la left.. :)

chii said...

hihi..chii pun slalu confuse pasal tunjuk arah..antara left ngan right..sedangkan kalo ckp dlm malay pun salah..ni kan pplak omputih..ehehe

Eye_nee said...

yg penting kesungguhan ko nak menolong tu geng..Bahasa boleh dipelajari...selagi terdaya selagi itu boleh belajar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...