Tuesday, December 13, 2011

Blogger: Kenapa aku berblog #1

Aku pasti setiap blogger mempunyai sebab yang tersendiri kenapa mereka menjadi blogger dan membina blog. Bagi aku blog sudah menjadi satu fanomena. Kalau di lihat sendiri makin tahun makin ramai blogger baru dengan blog-blog baru yang kreatif dan menarik. Dan ramai juga blogger-blogger otai mula berhenti berblog mungkin kerana kesibukan dengan kerja seharian.


Tahun pertengahan 2007, aku register satu blog kat Multiply. Tapi tak de update pun. Blog ni bertahan 2 bulan je, sebab aku tak reti dan tak tahu nak share apa masa tu. Lagi pun minat pada dunia blog masih blom mendalam.


Aku mula btol-btol berblog pada akhir 2007. Masa tu aku kerja di Johor jaga projek transmission line. Aku register satu blog kat www.blogger.com ngan URL : www.fly5483.blogspot.com. Nama tu URL tu pun aku main letak je, itu je yang terfikir di pikiran aku masa tu. Perkataan FLY leh kata perkataa yang aku suka. Kerna bagi aku FLY bermaksud bebas. Dan masa tu aku guna nicknam Fly 0 yang bermaksud 'si kosong yang terbang mengejar impian'.


Blog pada masa ni memang aku kurang sangat update. Sebulan kalau ada terlepas satu dua entri sebulan tu kira rajin la. Dan masa ni juga aku blom kenal lagi blogger lain sangat. Berblog syok sendiri je.
Tahun akhir 2008, masa ni aku kerja kat Kuala Terengganu. Masa nie nickname aku tukar dari Fly 0 kepada ~0~. Saja je tukar angin. Dan aku namakan blog aku sebagai ~Biar Kejam Jangan Keji~ yang bermaksud 'jadilah diri sendiri, usah hipokrit.'


Aku kongsikan semua yang aku tahu dan aku rasa aku patut. Pengalaman aku dan sebagainya. Aku tulis hentam je ikut je rasa nak tulis apa. Tiada niche pun.


Pada masa ni aku mula kenal blog orang lain seperti One Love, Yan Budak Hijau, Bilik Gelap, Stardust, Kumprinx, Hilang Punca, Pekerja Kontrak, Vivi, Yunus Badawi, Jard dan ramai lagi. Mereka semua blogger hebat. Ada yang masih aktif dan ada yang sudah berundur diri.


Dan masa ni jugak aku ingat lagi, diorang semua pakat berkumpul untuk satu Projek Amal Di Sebuah Rumah Anak Yatim di Setapak, Kuala Lumpur kalau x silap aku. Tahniah wat mereka. Tapi masa tu aku xleh join sebab aku masih di Kuala Terengganu. 

Bersambung......


Heykawan: Nanti sambung lagi. Kang panjang sangat bosan pula korang nak membaca dah la blog aku membosankan. Papepun TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI HEYKAWAN.COM





7 Pandangan Kekawan:

luahfikiran said...

SALAM,
CEPAT2 SAMBUNG .... SERONOK MEMBACA N3 INI

nabilah_2908 said...

oh...asalnya dari blog

biar kejam jangan keji rupanya... :)

lepas tu..mcm mana boleh jadi www.heykawan.com ? sila sambung... :)

redza said...

sambung cepat boh

fz said...

wsalam,kawe aktive di fesbuk,blog jrg2 dah..hehe

eMMe said...

hai Jedi, tak bosan baca...sambung la....hehehehe....

she-G said...

wahh..lama dah ber blog eh..dah leh wat resume..saya pon stat 2007..tp syok2 sendiri je..skrg pon..muhahaha

Mr PenyuBiru said...

waa...dah pakai domain sendiri ek.kalu tak silap dulu url blogspot kan.

blog skang bukan lagi perkara yg asing,seme org dah mula kenal blog.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...