Friday, December 23, 2011

Katakan Tak Nak

Masalah sosial di kalangan remaja makin meruncing. Kalau di baca di media massa, internet, pasti ada saja yang menyebut masalah sosial di kalangan remaja. 

Seringkali kita lihat, apabila jadi masalah sosial ramai ibu bapa akan melenting. Akan salahkan orang lain. Kawan akan menjadi suspek utama. Akan dipersalahkan, kononnya mengajak anak kita ke arah yang tidak baik. Jarang sekali untuk berjumpa kes ibu bapa yang salahkan anak sendiri terlebih dahulu. Betul x??

Kenapa kita tidak salahkan anak kita dahulu baru salahkan orang lain?? Kenapa?? Dan kenapa bila orang lain mengatakan hal keburukan anak kita, orang lain akan kita marahkan?? Kenapa kita tidak menyiasat hal terbabit terlebih dahulu??

 
 Sumber: google.com
Kalau menabung, orang kata 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Hal ini sama juga dengan masalah sosial. Ibu bapa sepatutnya mengambil tindakan awal bagi membendung hal ini. Masalah sosial jika dibairkan lelama akan melarat dan membesar. 

Isu masalah sosial, sebenarnya terletak pada diri sendiri. Kalau kita mengatakan "TAK NAK" masalah ini tak akan timbul. Sebagai contoh: 
  1. Kalau kawan merokok, kita boleh katakan pada diri kita yang kita "Tak Nak" merokok.
  2. Kalau kawan hisap dadah, kita boleh katakan pada diri kita yang kita "Tak Nak" hisap dadah.
  3. Kalau kawan merempit, kita boleh katakan pada diri kita yang kita "Tak Nak" merempit.
Seiring dengan berkata pada diri, ciptakan lah alasan untuk melepaskan diri dari kekawan. Insyallah lelama kekawan akan faham. Dan tidak akan ajak lagi. Ini pendekatan yang aku gunakan.
Sejujurnya aku katakan hampir 90% kawan aku merokok. Dan ada juga kekawan aku pernah mengambil dadah. Ada juga yang aku dengar dikalangan mereka yang menjadi pengedar dadah. Tapi 'Alhamdulillah', sehingga hari ini aku belum pernah merokok atau pun menghidap dadah. Walaupun pernah hati membisikkan untuk men'CUBA' semua itu.  

Kawan tatap kawan. Selamanya berkawan.

Bukan tiada kekawan yang ajak untuk mencuba tapi aku menolak dengan baik dan kekadang menolak dengan 'Kasar'




"Kalau kau kawan aku, jangan ajak aku untuk merokok lagi. Ataupun kau nak makan buku lima aku skali ngan rokok kau." Itu ayat yang pernah aku gunakan dengan kekawan aku. Dan 'Alhamdulillah' mereka faham. Dan kami berkawan sampai sekarang.

Pernah juga yang mengajak aku untuk mencuba 'pil kuda'. Dan cara yang sama aku gunakan untuk menolak. 

Bagi aku masalah sosial adalah berpunca dari diri kita. Jika kita tidak mahukan, 'Insyallah' kita akan berjaya mengelakkan diri dari terjerumus. Ingat, Allah swt sentiasa ada.

Dan bagi 'Ibu Bapa' pula berkawanlah dengan anak kita. Supaya anak tidak segan menceritakan segala masalah terutama apabila anak meningkat remaja. Kurangkan jurang, gunakan pendekatan berkawan dengan mereka. 

Jangan dilupa mendidik anak dengna ilmu agama. Insyallah ilmu agama akan menjadi pendinding kita.


Bezakan baik dan buruk.


Ubahkan kehidupan kepada gayahidupsihat.my

Heykawan: Duhai remaja, kita memang ingin dan suka mencuba menda baru. Tapi biarkanlah menda yang ingin kita cuba itu menda yang bermanafaat pada diri kita.



5 Pandangan Kekawan:

titan said...

orang kita ni..memang suka cari salah orang lain. biasa sangat la tu..

chii said...

remaja dan mencuba perkara baru..satu lg dorang ni suka terikut2..cth nya mcm hisap rokok..ada pernah bbrp rakan lelaki memberikan jawapan..kalau hisap rokok..nampak macho...err..xtau nak kata apa

teratai said...

yang hairan, ramai remaja melayu je yg terlibat dgn masalah ini,kenapa ya??

soooooour said...

say no to smoker!

BujimSayuti said...

Ni semua sebab rasa ingin tahu yg tinggi dlm diri remaja ni. Aku pernah jugak terlintas nak isap rokok, nak join kawan-kawan ponteng apa semua tu. Sebab tak dinafikan memang nampak best (dan memang best pon), tapi sometimes kita kena fikir kesan jangka panjang yang akan jadi kat kita. Kita sedang membesar, so cara kita berfikir pon kita kena tukar la agak fikir sesuatu bukan saja untuk jangka masa pendek, tapi juga untuk jangka masa panjang. Baru la seiring dengan pembesaran fizikal ni. Baru la relevan kalau kita nak kata, aku dah besar. Tak macam setengah orang tu, mengaku diri dah besar, tapi akal pendek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...