Friday, December 2, 2011

Siapakah Mustafa Kamal Atarturk yang sebenarnya??


Mustapha Kamal Artaturk sebagai mana yang kita tahu, beliau adalah presiden pertama Turki.  Dari seorang tentera kerajaan Uthmaniah kepada seorang Presiden. 

Mustafa Kamal Atartuk


Kalau dicari menggunakan khidmat ajen pencarian dalam internet seperti Yahoo, Google, Bing atau sebagainya pasti banyak maklumat yang kita dapati pasal sejarah Mustapha Kamal Artaturk. Dan apa yang pasti kebanyakan infomasi yang diberi adalah semuanya mengagungkan Mustapha Kamal Artaturk sebagai seorang wira yang membebaskan Turki. 

Kalau dari cerita yang aku dengar zaman kekanak dari orang tua pula pasti berbeza. Dan yang jelas apa yang ada di internet adalah satu propaganda Barat, iaitu mengagungkan seseorang yang telah menghancurkan kerajaan Uthmaniah dan membangunkan Turki mengikut acuan Barat, moden dan sekular.

Antara sifat Mustapha Kamal Artaturk adalah:
  • Penipu – mengadakan perang olok-olok dengan tentera barat dan melakukan perbincangan sulit dengan Barat dan Yahudi bagi menjatuhkan kerajaan Uthmaniah
  • Pengecut – mengarahkan tentera dibawah pimpinannya mengudurkan diri walhal mereka sudah hampir menang
  • Kaki perempuan – suka berfoya-foya dengan perempuan muda. Sanggup membayar apa sahaja nilainya untuk mendapatkan perempuan 
  • Licik – sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. Seperti menyerahkan wilayah Mosoul yang kaya dengan minyak.

Secara ringkasnya aku senaraikan di sini antara yang telah dilakukan oleh Mustapha Kamal Artaturk:
  •  Menggantikan serban atau tarbus kepada topi koboi.
  • Melakukan perang olok-olok dengan Barat demi kepentingan peribadi dan menaikan pangkat dan menuntut  ganjaran yang tinggi dari kerajaan Uthmaniah.
  • Merupakan duri dalam daging yang menghancurkan perpaduan dalam kerajaan Uthmaniah
  • Menutup sekolah agama di Turki dan mengharamkan pelajaran Bahasa Arab. Pelajaran sains dan matematik diserapkan dan menerapkan sistem pendidikan moden dan sekular dalam sistem pendidikan Turki.
  • Hari cuti digantikan dari Hari Jumaat ke Hari Ahad. Menggantikan kelendar Hijrah kepada kelendar Masihi.
  • Menukarkan azan dari bahasa Arab kepada bahasa Turki.
  • Menjadikan Masjid Aya Sofea kepada Gereja.


Untuk lebih lanjut bolehlah dapatkan novel sejarah bertajuk Mustafa Kamal Ataturk (Penegak Agenda Yahudi) tulisan Abdul Latip Talib keluaran PTS.

Cover Novel tersebut

Bukan nak promote ke apa,  aku bukan ada share ngan PTS mahupun penulis. Tapi bagi aku novel ini cukup menarik untuk dibaca semua untuk menambahkan ilmu pengetahuan sejarah. Sejarah dalam bentuk novel memang tak bosan di baca. Bila baca novel ni korang akan nak tahu dan nak tahu lagi.

Selamat membaca. Yosh.

22 Pandangan Kekawan:

chii said...

emm..yg chii pernah dgr pasal kamal ni.dia juga yg mengharamkan wanita memakai tudung kan..

jedi said...

@chii

aaah...boleh bertudung tapi kena pakai skirt...hurm...dia lah orangnya..

knv said...

oh thanks for the review. akak memang tercari2 buku dark side about si attartuk ni. will look for it.

redza said...

memang manusia durjana dia nih..hampeh

jedi said...

@knv

sama-sama kak...sebab sy rasa semua patut baca buku ni...terutama umat islam...

jedi said...

@redza

memang pun...sampai ada yang mengatakan mayat mustapha kamal artarturk ni x diterima bumi.... walallahulam

Boneka Tak Sakit said...

rajin baca buku ko nie hehe.. bagus la. hmm sejarah dlm bahasa english ia history

his story!
sapa ye story. yg menang ye story

Masy said...

yes penah gak tau pasal ni. hmmm

jedi said...

@Boneka Tak Sakit

aku sokong kata2 kau...ekekek...

his story...so suke ati depa la...heheheh

jedi said...

@Masy

femeskan dia nie...

nuyui a.k.a miss YUI said...

erk..teruk gak sikapnya..

p/s: eh,nape xleh view by profile ea?

shraqs said...

Ini bab yang paling sukar dalam sejarah. Sebab, kebanyakan fakta diberi memang betul belaka, yang membezakannya hanyalah siapa yang research, tujuan dan menyampaikan fakta tersebut.

Dari dulu sampai sekarang isunya adalah "bias" pengkaji sejarah tu sendiri.

Jadi kita sebagai pembaca kenalah bijak buat pertimbangan. Dalam sejarah pun ada kata, antar tujuan sejarah ialah untuk memberi pengajaran, pedoman supaya kita sebagai generasi seterusnya tidak mengulangi kesilapan yang lepas.

Daddy Ziyyad said...

tanah tak menerima nya masa nak dikuburkan. Last last tanam dalam batu

Lizz said...

lar, macam2 tau je nak up entry pasal turkey.hehehehe

Eye_nee said...

pernah terbaca ttg MKA ni dlm blog seorg sahabat...

sonata anak kancil said...

bagus baca sejarah ni ...sy tahu sikit2 je - nak baca buku pun tak sempat la ni

luahfikiran said...

SALAM,
TKASIH ATAS PERKONGSIAN INI. MEMBERITAHU APA YANG TIDAK DIKETAHUI UMUM

kyuubi said...

x pernah dengar pula pasal dia ni..

Merlin Musim 4 ditayangkan di Malaysia

jedi said...

@kyuubi

Leh la try cari sejarah pasal Islam di Turki. Dari kehebatan Sultan Al-Fateh menawan Kota Konstinanpel hingga ke kejatuhan kerajaan Uthmaniah. Sehingga zaman pemerintahan presiden Pertama Turki, Mustafa Kamal Artarturk.

sabree hussin said...

selama ni belum pernah lagi nak kaji dan nak tau lebih lanjut pasal siapa diri dia yang sebenarnya

mrthrow said...

dia ni memang dajjal....

saiful said...

perkongsian yang menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...