Wednesday, September 30, 2009

Kena Tangkap Basah siri 2 (tamat)

Memang dalam pala otak aku da plan memacam. Memang semua barang da siap sedia aku bawa.

Balik keje aku sengaja balik keje lambat. Lepak ngan member-member opis. Dalam pukul 7 aku gerak gi umah member aku nie.

Umah dia memang da cam umah ke-2 aku. Sampai sana first skali aku layan je makan semua biskut raya yang ada, dalam luar peti aku selak cari makanan.

Pastu layan plak cita Sepi at tv3, cite cintan biasa la kasi warm up dulu perasaan. Nak bergayut ngan awek pun kekadang kena tengok cite camni. Kasi idea skit.

Abes cite pukul 12 malam, aku kluar gi makan ngan member aku. Kasi makan baru ada tenaga. Semua kerja pun xkira baik ke jahat ke memang kena ada tenaga kan.

Balik umah dekat pukul 1pagi.

Malam aktiviti cam biasa la. Orang bujang kan. Pikir la sendiri.

Pagi tu bangun badan rasa penat je. Letih btol. Nak bangun pun malas. Sejukkkk....
Sesiap mandi aku pun pakai baju kerja. Turun ke parking moto. Panaskan enjin moto 5saat.

Aku terus gerak. Sampai TTDI ujan lebat. Siot....sejuk..Punye banyak barang aku bawa. Baju ujan juga yang aku x bawa.

Kuyup aku, bawa moto pun cam cipan pasal sejuk sangat. Jumpe shell aku masuk lepak jap tunggu ujan reda.

Tengok jam da pukul 8 lebih. Mesti lambat sampai opis.

Aku amik tindakan drastic. Aku sms kawan aku “Tolong punch. Aku lewat. Ujan lebat”

Hujan mula reda skit. Aku pun gerak dari shell tue. Ngan baju basah kuyup. Bawak moto pun pelan pasal da mengigil2.

Baju basah campur ngan angin plak tue. Memang kecut abes semuanya.

Keta kat sebelah pulak bleh plak tolong mandikan aku walau pun aku da mandi.

Sampai opis memang da lewat. Masuk opis wat muka x bersalah je. Baju yang kuyup campur ngan aircond yang tahap Eskimo memang wat aku sejuk sangat. Rasa je nak balik tido. Haihhhh...

Tue la cite aku kena tangkap basah pasal kena ujan.

Sekian.....

PSP: Kepada penungang moto, sediakan baju hujan sebelum hujan. Langit yang cerah x semestinya x hujan.

Rindu

Aku bosan asyik makanan yang sama je. Nasi lemak ngan sambal lada kering yang xde bilis. Nak buat sambal ni pun aku rasa diorang xde seni langsung. Masin manis langsung xrasa.

Bilis lak kekadang goreng cam celup minyak je. Tak rangup langsung.

Serius skang nie aku rindukan nasi berlauk pagi, nasi kerabu ngan daging bakar campur solok, nasi dagang, nasi lemak ikan ayo (ikan tongkol). Uish...Ni la lumrah kehidupan di kota metropolitan, semuanya tiada. Kelate dan Ganu ado la semua nie.

Stop......Semua ni wat perut aku berlagu 'Hampa (To'ki)'.

PSP : Kalo aku brenti keje, bukak kedai makan korang datang x??


Kena Tangkap Basah siri 1

Aku bukan lah seorang yang alim, warak dan baik. Dan aku memang tidak sempurna. Aku sememangnya banyak kekurangan dalam diri. Jangan salah anggap tentang diriku.

Semua berlaku begitu pantas. Kita hanya mampu merancang dan tuhan menentukan.

Pagi semalam memang sebelum pegi kerja aku da merancang untuk tidak balik umah. Aku nak gi umah bujang kawan aku yang line clear tue. Memang aku suka lepak umah diorang.

Penah terjadi ketika baru lepas makan ngan kawan aku, dalam perjalanan balik ada la sorang mamat ni naik lif bersama kami. Dia pun nak naik tingkat yang sama. Keluar lif dia menuju arah yang sama ngan umah member aku.

Member aku tanya aku “Mana mamat tue duduk?”

Aku jawab “Mana aku tau, aku datang skali skala je”

Kitorang tengok je mamat tue melangkah. Tengok mamat tue brenti depan umah kawan aku. Dia bukakkan kunci umah depan. Rupanya mamat tue duduk depan umah aku.

Member aku bukak pintu umah dia. Aku pandang mamat tue. Aku senyum dan dia senyum.

Sepatah pun x tegur.

Tu la betapa line clear nya umah member aku nie. Jiran setentang pintu pun x kenal.

Da tutup cite tue. Nak cite pasal kena tangkap basah cite pasal line clear plak.

Tuesday, September 29, 2009

Mintak Tolong 2

Mintak jasa baik kekawan semua untuk mendoakan En. Abdul Malek Bin Jaalam (ayah kepada Kak Emma) supaya sihat sejahtera dan panjang umur. Saya di fahamkan beliau sekarang tidak lagi mampu menguruskan diri sendiri dengan baik. Tahap kesihatan beliau semakin merosot.

Semoga dengan jasa baik kekawan sekalian dan berkat doa bersama beliau kembali sihat sejahtera hendaknya. Moga doa kita dimakbulkan-Nya.

Jasa kekawan amat dihargai. Hanya Allah swt mampu membalas jasa tuan puan sekalian. Sekian.

Taubat Maksiat - Wali band




Dengarlah Hai Sobat
Saat Kau Maksiat
dan Kau Bayangkan Ajal Mendekat
Apa Kan Kau Buat
Kau Takkan Selamat
Pasti Dirimu Habis dan Tamat

Bukan ku Sok Taat
Sebelum Terlambat
Ayo Sama-sama Kita Taubat
Dunia Sesaat
Awas Kau Tersesat
Ingatlah Masih Ada Akhirat

Astafighrullahal’adzim

Reff Wali
Ingat Mati
Ingat Sakit
Ingatlah Saat Kau Sulit
Ingat Ingat Hidup Cuman Satu Kali

Berapa Dosa Kau Buat
Berapa Kali Maksiat
Ingat Ingat Sobat Ingatlah Akhirat

Cepat Ucap Astafighrullahal’adzim

Pandanglah Ke Sana
Lihat Yang Di Sana
Mereka Yang Terbaring Di Tanah
Bukankah Mereka
Pernah Hidup Juga
Kita Pun Kan Menyusul Mereka

Astafighrullahal’adzim

Repeat Reff Wali

Cepat Ucap Astafighrullahal’adzim

Repeat Reff Wali

Cepat Ucap Astafighrullahal’adzim
Cepat Ucap Astafighrullahal’adzim


PSP: Dengarkan dan renungkan....Semoga kita mendapat limpah kurnianya...

Thursday, September 24, 2009

Diari Raya 2009 siri 1

17 Sept 2009
Lepas bukak posa, bertolak balik kampung. Perjalanan memang lancar. Da ramai jugak yang mula balik ke kampung. Mungkin semua nak elak dari jam. Malam tue semua keta drive berhati-hati sebab ujan lebat ade jugak yang bawak keta cam lipas kudung.

Sampai gua musang, nama saintifik kampung aku xtau sebab dekat hutan dan pagi yang gelap, xnampak sigboard nama kampung. Jalan jam. Keta bersusun-susun. Trailer terbalik kat depan. Trailer mengangkut jentera.

Dua tiga buah keta mula amik shortcut. Ikut dalam kebun getah dan sawit. Orang kata leh lalu jalan tu menuju ke bandar Gua Musang. Aku pun join skali. Jalan dalam kebun memang meriah malam tue. Penuh dengan cahaya keta. Nasib baik langsuir, pocong, hantu raya, pontianak dan toyol semua sedang bercuti. Kalo x mesti diorang join.

Tapi jalan kebun gak xleh nak lalu sebab banjir. Ujan lebat. Jalan da tenggelam dek air bah. Semua keta da penuh sesak. Tapi kena u-turn balik ke jalan besar pasal air bah. Nak u-turn pun susah pasal jalan kecik.

Sampai jalan besar, jalan da clear. Lori terbalik da di angkat dan ready untuk ditunda guna tow truck. Pakcik pakcik polis sibuk dok jaga jalan. Jalan hala ke gua musang di benarkan lalu dulu.

Beberapa kilometer lepas lori terbalik ada pulak kereta terbabas masuk dalam longkang, empat tayar ke atas. Jalan memang licin sebab hujan.

Aku selamat sampai dan sahur kat umah. Besh...

Wednesday, September 16, 2009

Mercun

Dekat nak raya ni tetiba rindu pulak bunyi mercun yang kebaboom itu. Meriam buluh jangan harap la skang. Bukan zaman kecik2 dlu leh dengan orang kampung lawan meriam buluh. Da bunyi cam masa zaman Melaka kena serang ngan Portugis da.

Dok kat kl nie xde la bunyi sangat mercun nie. Ala kalo takat bunyi mercun papan ngan mercun roket ape barang. Tak mencabar minda langsung la. Jangan Lupa Lirik pun aku rasa lagi mencabar dari dengar bunyi mercun papan dan mercun roket nie.

Aku xtau la, pasal posa ni aku xbalik kampung lagi. Kalo biasa tetiap tahun memang bubudak kat kampung aku dok berperang. Perang mercun. Kau baling aku, aku baling kau. Bebudak main mercun, mak pak budak pun sampai join skali berperang tau. Tapi mak bapak xmain la perang mercun, diorang perang parang. Pasal bebudak baling mercun masuk umah. heheheheh....

Tapi masih segar dalam ingatan aku, pada masa umur aku 15 tahun. Tahun 1999 pada hari raya ke-3. Pak sedara, mak sedara dan sepupu-sepapat datang ke umah aku. Biasa lah, zairah menziarahi. Mak aku memang seronok kalo adik2 dia datang. Aku pun seronok tengok mak aku seronok.

Tapi aku, abang aku dan sepupu sepapat aku cam biasa je, maintain rock. Maklumlah bebudak, ape barang layan orang tua berborak dalam umah. Kitorang dok luar umah, layan mercun. Macam-macam mercun main mercun telor naga, mercun katak, mercun tebuan dan mercun ketupat.

Perhatian, mercun bola, mencun telor dan mercun botol belum mecapai tahap superstar pada masa itu dan belum femes lagi.

Pada jam 10.00 malam semua da nak balik umah diorang, aku dan abang aku je tinggal. Mercun ketupat tinggal satu je lagi yang last. Ubat nyamuk da padam da masa tue. Sepupu aku suh baling lagi yang last tue. Da malas nak pasang balik ubat nyamuk. Abang aku tanya 'Pakai lighter je la'. Aku jawab 'Ok je'.

Aku jadi tukang baling, abang aku tukang cucuh. Tangan da ready da nak baling nie menggunakan Hikmat Lontaran Puaka Kidal yang telah aku tuntut sejak lama dulu. Abang aku kasi nyala itu sumbu. Aku bersedia nak lancarkan hikmat aku. Boomm... Hikmat aku telah menunjukkan peningkatan mendadak. Aku telah mencapai tahap tertinggi. Malam itu tangan aku mengeluarkan api. Macam Pendekar Tangan Berapi. Hehehehee...

Ape lagi kelam kabut aku dan abang aku. Tangan kiri aku da berdarah. Kitorang terus belari masuk umah. Amik ais dan rendam tangan dalam ais. Masuk dalam umah kali ni bunyi yang paling aku takuti dan hormati telah berbunyi lagi hebat dari meriam portugis. Ma dan abah aku telah membebel. Hehehehe....Membebel sayang. Biasa la tue.

Malam tue jugak abah aku anta pegi hospital dapatkan rawatan pesakit luar. Ma aku risau je kat umah. Seminggu jugak la tangan aku berbalut. hehehehehhe...

Sampai sekarang masih leh tengok kesan mercun tue. Tapi xde la sampai kudung. Serik main mercun? Memang x la... Lepas tue buat lagi.

PSP : Jangan tak main mercun tak best. Main la mercun. Tapi amik la langkah-langkah keselamatan. Dapatkan nasihat dari pegawai Keselamatan dan Kesihatan yang terdekat. hehehehhee

Tuesday, September 15, 2009

Kad Raya Lagi

Kad Raya dari Koyuki

Kad Raya dari TangaHitam


Kad Raya dari Khalifah Fedi



Ni pulak kad raya dari aku untuk semua kekawan yang aku sayangi. Ye la semua buat kad raya. Jeles aku. hahahha...Lagi pun hari-hari dok mencarut, membebel, merapu, meraban, memaki, jadi tibanya hari mulia ini ku ingin memohon seribu kemaafaan.

Dari hulu ke hilir dari sana ke sini,
Ingin bertemu yang di kasihi,
Kutunduk sujud ke bumi,
Tanda syukur ke hadrat ilahi.

Budak main mercun berlari-lari,
Sampai kudung empat jari,
Ku susun jari jemari,
Memohon maaf berkali-kali.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin.


Ni lak lagu aku tujukan khas buat korang yang nak balik kampung sempena hari raya...ekekekek...

Makan Makan

Hari Sabtu lepas, 12 Sept 2009, ex-MRSMKT00/01 telah wat majlis berbuka puasa a.k.a reunion skali. Majlis nie di buat kat Flaming Steamboat, Sunway. Sebelah je ngan Sunway Piramid. Seramai 67 orang telah datang memeriahkan majlis nie. Memang kecoh dan havoc. Maklumlah da lama xberjumpa dekat 9 tahun.

Ni makanan yang bakal mandi air panas jap lagi.


Ni rupe mereka selepas merendamkan diri mereka.


Budak popuan cam biasa la. Gelojoh btol..Abes kangkung dikerjakan mereka.

Muka budak popuan yang kekenyangan. Makanan dalam pinggang xsampai 5minit setel.


Bebudak laki yang cool sementara tunggu bebuka.

Rileks kejap lepas berbuka sementara semayang dan makan 2nd round.


Tengah menyantap sambil berseloroh.




Lepas setel semua gi lepak kat Putrajaya, lama xberjumpa. So memacam la. Xpuas nak kaji selidik member lama.


Sekian...Semoga persahabatan akan kekal selamanya.

Monday, September 14, 2009

Hala Tuju Hidup

1) Aku tukar layout..Bosan da dok dlam kegelapan...cam batman pulok..aku bedman jah..(ni pun aku dok try and error lagi..xjupo hak bbtol sesuai)

2) Selera makan aku makin down..Makin akhir ramadhan makin malas nak makan..Roti ban sebiji buat berbuka dan bersahur..Agak2 tercapai x cita-cita nak kurangkan jadi 50 kg??

3) Dari mana kita?? Dan ke mana kita?? Siapa tau?? Siapa tentukan??



Kad Raya

Kad raya dari CIK MYRA...

Dapat jugak presentation raya spesial dari Tok Nabe.

Thanks ek....

Selamat Hari Raya buat korang yang puasa penuh. Separuh hari atau x cukup sebulan jangan lupa ganti.

Thursday, September 10, 2009

Sial...




Korang tengok la. Video kat atas. Betapa bangangnya indon nie. Dok berlatih beladiri. Ye la nak berlawan nak serang rakyat Malaysia kat sana dengan buluh runcing. Poco-poco punye pasal ko nak kecoh ke? Amik la wei....Xde sape pun yang bangang nak pocong-pocong tue..

Malaysia still ade Mak Yong, Wayang Kulit, Kuda Kepang, Boria.....Pocong-pocong tue xde orang hingin pun...Aku rasa seni kat Malaysia ni da banyak sebenarnya. Dan memang boleh di banggakan sangat. Pocong-pocong tue ape ade???

Kekadang aku xpaham. Dalam keadaan camni aku tengok still banyak drama indon dok siar kat tv. Boleh x stop jap drama indon nie. Cam bangang je. Malaysia nie xcukup drama ke diorang promote?? Xcukup ke artis Malaysia ni yang hari2 dok timbul yang baru?? Berkualiti tue aku xnak komen....

Yang tang drama indon nie aku tengok leh kata hampir setiap jam ade di siarkan kat tv. Xkiran tv1, tv2, tv3 ke Astro ke sama je. Ape kata slot drama tue semua ganti ngan drama melayu yang lama-lama cam Naik Tangga Turun Tangga ke, Hati Waja ke...Kalo da xde sangat drama baru la. Ok??

Pasa la aku tengok kat sana, indon bangang dok nak serang orang Malaysia. Kat sini, diorang dok ragu, mencuri, membunuh, culik dan memcacam lagi, walaupun sesetengah tue berstatus PATI. Cittt....



http://malaysia-malingsial.blogspot.com/

Ni plak blog babi indon mana, aku pun xtau. Korang tengok la. Belek la dan buat la ape yang patut.

Aku rasa Malaysia lagi better jauh dari Indon.

PSP: Maaf aku membebel x tentu hala skang. Cite pasal aku ada tapi aku malas nak taip lagi.

Wednesday, September 9, 2009

Bacakan....dan Renungkan

Teks kat bawah aku dapat dari emel seorang kawan...Renungkan...Sekian..

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah.. Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000.. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang. .

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang.. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Penting...Mintak Tolong Semua...

http://messengerofgodtoday.blogspot.com/


Mintak tolong kat semua kekawan tolong flag blog nie...klik link kat atas dan flagkan blog nie...

Blog nie adalah blog pasal Kahar a.k.a Setan yang Mengaku Rasul Melayu....Setan nie dok sebar dakyah dia dalam blog nie...

Tolong flag kan...Moga cepat blog nie di tutup..

Terima Kasih..


Cara Flag
-buka blog tu. (http://messengerofgodtoday.blogspot.com/)
-klik gambar bendera on top of the blog (kat sebelah bendera tu ada tulis FLAG)


-pilih kategori 'hate or violation' kemudian ikut arahan seterusnya sehingga akhir proses.


Lagi ramai flag lagi cepat la blogger.com tutup blog nie...

Selamat berjuang...

Tuesday, September 8, 2009

mood..

Semua orang dok sibuk tanya nak tempah kueh raya ke??? Xnak jawab ku.

Semua orang tanya cuti raya da apply ke blom??? Blom. Tiket memang da xde, malas nak pikir lagi.

Semua orang tanya baju raya da tempah ke??? Blom. Baju 2 tahun lepas elok lagi.

Semua orang tanya x pegi bazar ramadhan ke??? Xnak. Xde yang besh.

Semua tue soalah yang biasa di ajukan sempena bulan posa nie.. Dan jawapan tue la ttiap tahun aku guna.

Aku xtau nape. Mood aku kebelakangan nie memang xbtol sangat. Aku xbleh dok sorang-sorang tetiba jiwa aku "jadi sentimental hati lelaki ini, perjalanan yang jauh lagi untuk ku menapak"- lirik XPDC.

Hishhh.... Aku xtau nape. Bukak posa atau sahur memang xde selera. Aku makan sebab nak amik sunat. Nafsu makan entah kemana beliau telah menghilangkan diri.

Tengok amoi makan laksa pun x dapat mencabar nafsu makan. Agaknya nafsu makan aku telah pergi bercuti di Afghanistan. Aku pun xtau bila beliau akan balik.

Ada can la lepas raya nie aku nak kembali slim cam 'Paris Hilton'. hahahahhaahah.....

Aku da plan nak shopping baju raya. Korang da shopping???

Aku nak beli kain pelikat ngan t-shirt pagoda. Amacam??

Serius...Aku xde mood nak beraya tahun nie. Xde nafsu pun nak ghairah-ghairah makan ketupat dan tapai. Aku rasa nak pegi oversea je. Nak dok jejauh. Tenangkan pala otak aku yang selirat cam akar pokok semalu.

Ada sesape nak join???

Monday, September 7, 2009

Sirap....

Selama ni aku dok bagi 'beliau' minum sirap je. Hurm...Nampaknya sekarang 'beliau' sudah pandai memilih. Sudah tua agaknya.

Dulu bila aku bagi minum sirap slow je 'beliau' sedut. Pelan je. Gaya-gaya ayu ala-ala perempuan Melayu terakhir je. Hampeh btol.

Lapas kasi minum bukan main lagi, bunyi semacam je. Nak kata ngaum ala-ala rimau pun xjugak. Mungkin gaya-gaya kucing mintak pelempang ada la.

Tapi, Jumaat ari tue, semuanya berubah. Aku tersalah bagi sirap. Aku terbagi sirap yang mahal punye yang mempunyai campuran tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing dan mas cotek serta beberapa herba saintifik yang lain.

Patut aku tengok lain macam je 'beliau' sedutnya. Laju kemain... Kalo dulu ngiau aje sekarang beliau da ngaum. Ish...Sape la ajar beliau??

Aku xpernah ajar semua tue. Semua kerana kesilapan teknikal. Aku sudah lupa yang berwarna merah itu sirap RON97 dan yang berwarna hijau itu sirap RON95.

Aku juga telah terlupa sekarang tahun 2009, bukannya tahun 1989...Yang mana warna merah untuk sirap merah dan warna hijau untuk sirap hijau...Ish...ish....

PSP: Hurmm...Best kan...Minggu depan semua orang Islam akan balik kampung dengan harga minyak yang naik dan harga tiket bas yang da memang naik..

Thursday, September 3, 2009

Puasa dan Kenangan 2

Satu hari di pagi Ramadhan yang indah. Aku terkejut dari tido. Tengok jam. Da dekat 5.30pagi.

"Pesal semua diam je. Xkan semua xsahut kot." kata ku sendirian.

"Aku kan anak kesayangan. Mesti diorang kejut punye"

Aku keluar dari bilik terus ke meja makan. Aku nampak abah aku dok rileks pekena teh.

"Abah, xsahur ke?" tanya aku.

"Da. Semua da makan." jawab abah aku.

"Ko je xmakan. Kejut bangun tadi ko cakap xnak sahur." sambung abah aku lagi.

"Mana ada cakap xnak??'' kata aku.

"Ada. Ko cakap tadi. Dah pegi minum air. Makan da xsempat." da kena ngan abah aku.

Aku melangkah ke dapur, tuang teh panas yang masih ada sedikit. Sayu hati.

"Tue la len kali tido awal. Aku da pesan. Jangan dok layan game sangat." abah aku sambung.


Hari tue aku pegi ke sekolah. Kayuh basikal pun ayu gila kalah budak popuan. Jalan kaki kat ke kelas dengan penuh tawaduk. Jalan tunduk ke tanah dan penuh sopan santun.

"Wei, petang nie jom kuar mancing" tanya Abe masa kat kelas.

"Sesungguhnya aku sedang berpuasa" jawab ku yang alim-alim kerbau.


Sejak ari tue aku da insaf, aku tak lagi main game sampai pukul 2 pagi di bulan puasa. Aku xnak xbersahur lagi.

Abah aku memang kejam sikit orangnya. Saya sayang abah saya. ahakss....

Wednesday, September 2, 2009

Angka 25

Terima kasih ma
Setelah 9 bulan dikau bersusah

Mengandungkan diri ku
Penat lelah dikau ketepikan
Demi memastikan aku sihat

Abah juga sabar menanti
Menunggu dengan penuh harapan

Tanggal 2September

Ma bertarung nyawa
Nyawa sendiri dipertaruhkan

Demi satu nyawa kecil
Demi seorang khalifah kecil
Demi seorang putera baru dalam keluarga


Lahirku kedunia
Diserikan dengan tangisan kecil

Ma dan Abah tersenyum
Gembira melihat zuriatnya
Yang bakal menyerikan keluarga


Abah mengazan dan mengiqamahkan
Moga anaknya menjadi seorang muslim sejati

Jauhkan dari kesesatan dunia yang penuh pancaroba

Kini, setelah 25 tahun peristiwa itu berlalu
Aku masih begini
Masih tidak mampu menjaga mu
Sebagaima dikau membelaiku dahulu


Genap angka 25

Selamat Ha
ri Lahir buat ku
Terima Kasih buat ma abah
Sujud syukur ke hadrat ilahi

Kerana aku masih mampu bernafas

Sekia
n...

Terima Kasih Ma Abah
Love u So much

Tuesday, September 1, 2009

Pokok



Renungkan lahhh....

PSP: Final countdown....Menunggu hari tua..

Al Fatihah

11 Ramadhan 1430....Genap sudah 5 tahun (ikut kelendar Hijrah) tragedi Tak Bai berlaku..Ia berlaku pada 11 Ramadhan 1425...

Al Fatihah buat saudaraku yang meninggal dunia dalam peristiwa Tragedi TakBai akibat kekejaman tentera Thailand. Nilai nyawa tiada bermakna bagi mereka. Semudah itu mencabut nyawa umat Islam yang tidak berdosa.

Tentera Thailand yang berhati binatang berajakan syaitan, memperlakukan umat Islam sedemikian rupa. Tanpa belas di hati. Ketika Umat Isalam yang sedang berdoa, mereka melepasakan tembakan rambang. Ramai yang maut, tumbang dalam perjuangan Islam. Yang di tangkap di perlakukan seperti haiwan. Di ikat dan dilempar secara bertindih dalam trak polis.

Seingat aku, mayat saudara ku ini tidak dijumpai. Keluarga arwah hanya mengadakan solat jenazah ghaib.

Ibu dan salah seorang saudara rapat arwah ada menjumpai arawah dalam mimpi yang datang dengan pakaian putih dengan muka berseri-seri, nyatakan arwah sudah aman di sana.

Al Fatihah...Moga-moga arwah di tempatkan di dalam golongan yang beriman...







Dalam kejadian lain, kejadian ini aku da lupa tarikh kejadian. Tempat kejadian di Kijal, Terengganu. Pada zaman pemerintahan MB Idris Jusoh, telah berlakunya kejadian meruntuhkan rumah-rumah rakyat serta sebuah masjid yang semua nya baru siap di bina. Rakyat ini mendapat hak menduduki tanah dari kerajaan Pas yang memerintah Terengganu sebelum itu. Dan apabila Idris Jusoh memerintah, MB ini telah meruntuhkan kesemuanya untuk pembangunan projek mega.

Saksikanlah video di bawah...





PSP: MB....whats that??

Kemalasan Melanda

Hari ni ari Selasa....xde monday mornig blues...hehehhe

Tapi aku tetap malas. Badan rasa xsedap cam nak demam je. Kepala terasa pusing2 sudah. Batuk melanda diri ku. Gatal dan sakit tekak buat aku xselasa. Nak wat keje pun rasa x best. Pape pun kes Tanjung Keling da setel, harap pasni xde kontraktor call aku lagi. Cuma claim bandar Penawar dan design kafe Parit Raja xsetel lagi.

Jap ek bos..Jap lagi aku wat...Nap hup date blog jap..


Hari nie gak Spiderman Perancis da berjaya panjat KLCC ke puncaknya...Selepas 3 kali beliau mencuba..Btol ke?? Agak-agak kalo Burj Dubai siap mamat nie panjat x?

Hari nie gak ngan raminya harga minyak naik...Ops silap...Minyak di jual ngan harga yang mahal skit..Mahal 5sen je untuk seliter RON95 dan mahal 25sen untuk RON97...Nak wat camne...da memang mainan da...Tetiap tahun minyak naik...Malas nak cakap..

PSP : Aku ngantuk bangat. Kalo dapat bantal best nie...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...