Thursday, April 26, 2012

Duit Pinjaman Aku


Isu ni mungkin dah lama. Dah basi. Aku tak nak kupas pasal cakap-cakap pak menteri dan ahli politik dalam TV3, TV1 atau pun TV Awani pasal PTPTN tapi aku nak cakap pengalaman aku. 
Seingat aku, ada sorang ahli politik bercakap dalam TV3 dua tiga minggu lepas, begini bilangnya "Duit pinjaman yang kita bagi cukup. Memang cukup kalau bijak berlanja. Yuran IPTA baru RM700 - RM 1000. Tempoh belajar satu semesta 3 bulan saja"

Betul Pak, nak bayar yuran memang cukup. Terlebih cukup.

Macam aku pinjaman PTPTN aku dapat satu semesta RM3500. Yuran dalam RM800++ - RM1000, tengok pada jumlah jam kredit pada semesta berkenaan. Jadi bagi lebih kurang la dalam RM2500. OK.

RM2500 ini akan aku gunakan untuk beli buku rujukan. Biasanya buku rujukan harganya RM50 - RM150. Tengok pada subjek. Dan satu subjek tidak semestinya 1 buku rujukan. Betul x?? Katakan lah total satu semesta itu aku beli 10 buah buku dengan harga RM100 untuk sebuah jadi RM 1000 jumlahnya. Baki akan tinggal RM1500.

RM1500 ini aku gunakan pula untuk kos photostat dan printing. Kos photostat dan printing kekadang boleh cecah sampai RM500 satu semesta. Aku kekeadang terpaksa printing dalam saiz A3 dan A1, tengok assignment la. Tengok la cam mana. Kekadang yang banyak adalah untuk print bahan rujukan tambahan biasanya untuk sesuatu assignment. Jadi tinggallah RM1000.

RM1000 ni lah aku akan gunakan untuk perbelanjaan seharian aku untuk semesta berkenaan. Termasuklah kos tranportation, kos sewa penginapan, kos internet, makan minum dan lain-lain. Aku bukan kaki jalan sangat. Nak joli lelebih tak dapat lah. Aku ni bukan jenis yang dapat subsidi PAMA (Pak dan Mak). Semua perbelanjaan aku adalah pinjaman PTPTN. Survivor skit lah.

Kalau orang lain kata masa belajar diorang banyak berjalan naik Genting pegi Langkawi lah. Aku tak de semua tu. Aku travel banyak pun Bangi ke Setapak (umah abang aku) begitu lah sebaliknya. Dan kekadang berjalan juga lah, berjalan balik ke kampung halaman lepas rindu kat Ma Abah. 

Aku lebih banyak berjalan masa kerja.

Tapi aku dulu masa belajar ada strategi. Aku duduk rumah sewa. Yang sewanya RM600 kongsi 10 orang. Sebulan lebih kurang bayar RM100 termasuk api air.

Apa yang aku buat. Aku buat duit tabung. Tabung peribadi dan tabung kongsi. Tabung peribadi ni syiling lah, leh guna time terdesak. Hehehehehe......Buat beli megi bagai. Tabung kongsi ni aku kongsi dengan 3 orang kawan aku. Tabung ni kami pakat beli barang dapur. Beli beras, sarding, teh, gula, garam dan lain-lain. Sesekali beli lah ikan, ayam atau daging bagi sedap mulut. Masak tak yah cerita. Suma pakat tayang skill masak. Masak main belasah je. Janji boleh telan dan kenyang perut. 

Apa yang aku leh cakap kat sini. Duit tu memang lah cukup. Tapi lebih tak de lah. Kurang tu banyak lah. Kekadang bila assignment banyak kena travel dan printing memang sakit skit. Kekadang terpaksa meminjam dengan kekawan. Aku bukan jenis merokok tau. 

Ok chow. Just kongsi pengalaman aku.

Aku orang kampung masuk U. Memang buta tuli je. Ikut je apa orang cakap. Masa sign PTPTN aku tak tahu pun ada servis caj yang sebegitu tinggi. Apa leh buat, dah nasib badan. Tanggung je la.




Heykawan : Sat lagi nak gerak ke Alor Star. Tinggal jap anak bini. Mesti rindu Haiqal dan mama dia pasni. Sayu hati ku.....

Wednesday, April 25, 2012

BUNOHAN




BUNOHAN..... Movie Bunohan arahan Dain Said adalah satu movie yang hebat bagi aku. Filem ini banyak terima anugerah dalam festival filem antarabangsa. 

Filem ini hebat kerana lakonan pelakonnya yang mantap dan hebat. Dan yang paling aku suka adalah mesej yang cuba disampaikan iaitu ketamakan pada harta dunia menyebabkan manusia sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan walaupun terpaksa membunuh darah daging sendiri. Suatu mesej yang hebat. Hakikat yang terjadi dalam dunia sekarang. 

Mesej ini amat berjaya disampaikan dengna watak jahat Bakar (Pekin Ibrahim) yang tepaksa menyembunyikan kejahatan nya disebalik riak muka dan tingkah laku yang baik. Pujian buat Pekin. 


Ada juga review mengatakan cerita ini susah nak paham dan berat. Memang cerita ini agak berat dan perlu diperhatikan bebetul tambahan pula menggunakan loghat Kelate. Ada yang kata tak paham cerita ini sebab menggunakan loghat Kelate. (Bini aku pun tak paham....Terpaksa aku jadi translater dan dia baca subtitle) Bagi aku memang tiada masalah sebab aku orang Kelate. Bagi yang bukan orang Kelate, kan ada subtitle apa masalah. 

Cerita 'Kuch Kuch Hota Hai' yang guna bahasa Hindustan, 'Nada Cinta' yang guna bahasa Indonesia, 'Betty' yang guna bahasa Mexico dan banyaak lagi cerita luar boleh pulak korang paham. Apalah pula cerita guna Bahasa Kelate kan.




Ada yang tanya aku ada ke tempat nama Bunohan tu?? Memang ada kampung Bunohan tu. Kampung Bunohan terletak dalam Jajahan Tumpat bersebelahan dengan Kampung Telaga Bata dan Kampung Jong Bakar. Tapi Kampung Bunohan bukan seperti dalam movie Bunohan ni, sebab Kampung Bunohan bukan perkampungan nelayan. 




Jimmy Lor

Paling aku tak sangka adalah watak Jing lakonan Jimmy Lor. Aku tak kenal sangat beliau ni. Tapi abah dan adik-adik aku cukup kenal dengan Jimmy ni. Jimmy adalah cikgu taekwando adik-adik aku. Dan merupakan orang yang bertanggungjawab melatih adik aku sampai adik aku menang banyak dah medal dalam kejohonan yang mereka masuk.


Adik-adik aku yang dilatih oleh Jimmy Lor.


Tuesday, April 24, 2012

Boleh Saja Kalau Mahu


Fikirkan Boleh...... Lagu nyanyian asal oleh Allahyarham Sudirman dan di nyanyikan semula oleh Amuk.

Lagu Fikirkan Boleh sememangnya satu lagu pembakar semangat. Memang betul kalau kita mahu dan impikan pasti boleh tercapai sekiranya ada usaha yang bersungguh-sungguh. Tiada halangan yang akan menghalang.

Mari kita renungkan bersama.

Lelaki kat bawah ni.......

Rick Allen - Drummer Def Leppard 


Bermain drum hanya menggunakan 1 tangan untuk band besar Def Leppard. Seperti mana yang kita tahu, bermain drum memerlukan kedua belah tangan dan kaki.

Rick Allen mula bemain drum untuk Def Leppard pada 1979. Dan pada 1984, beliau telah terlibat dalam kemalangan dalam satu street racing dan menyebabkan beliau kehilangan sebelah tangan. Sesuatu yang hebat beliau kembali bermain drum dan masih boleh memainkan lagu-lagu yang dimainkan sebelum dia kemalangan.





Itu lelaki boleh lah...... Tengok yang kat bawah ini. Gigihnya seorang wanita. Yang kehilangan kedua tangannya tetapi tidak berputus asa dan terus berusaha. Beliau mengusahakan studio fotografi nya sendiri.

Photographer - Wanita 44 tahun







Mereka Boleh......Kita yang mempunyai kudrat dua tangan dan dua kaki pasti lebih mampu dan boleh. Yakin pada diri, tekad dalam hati untuk terus berusaha untuk terus berjaya pasti kita mampu melakukanya.Renungkan lah....

Bersyukurlah.


Semoga berjaya kekawan ku. 

Thursday, April 19, 2012

Why do you want to excite your senses with LG Cinema 3D Smart TV?


Sumber : Nuffnang.com.my

 
Menjadi antara yang terawal melihat Produk Terbaru LG iaitu LG Cinema 3D Smart TV pasti aku mahu. Mahu melihat sendiri inovasi terbaru dari LG ini. Melihat produk ini dengan lebih dekat pastinya satu peluang keemasan yang tidak akan aku siakan. 
 
Tengok dalam gambar kat atas pun sudah cukup membuatkan aku teringin dengan rekabentuk yang unik iaitu 'borderless' dan nipis. TV ini bukan lah sekadar TV biasa dengan resolusi Full HD 1080P pastinya akan memberikan satu kepuasan semasa menonton bersama keluargaku. 
 
Sumber : Nuffnang.com.my


Kalau selama ini nak tengok 3D, hanya boleh di nikmati di panggung wayang, dengan LG Cinema 3D Smart TV kita boleh menikmati 3D movie di rumah pada bila-bila masa saja. Sesuatu yang hebat, untuk ke panggung wayang bukan sesuatu yang senang untuk melapangkan masa dalam kesibukan bekerja. 

TV ini juga adalah Smart TV dimana semuanya adalah dihujung jari kita. Semua yang kita inginkan boleh kita capai hanya dengan satu controller saja, kita boleh melayari Youtube, Picasa, Google dan lain-lain lagi.

Sumber : Google.com

Next Generation TV has come.......Can't wait to be one of the first Malaysia to see this Next Generation 3D Smart TV.


Thanks Nuffnang.

Wednesday, April 18, 2012

Pandangan Korang


Aku x sempat nak ambil gambar.

Tapi aku beri gambaran lebih kurang. 

Seorang perempuan Melayu  -  Pakai Baju Kemeja, Tudung, Pakai Skirt Paras Lutut dengan Stokin. 
Aku jumpa perempuan pakai camni masa aku pegi MaLaM seperti dalam entri sebelum.

Apa pandangan korang?? Aku jahil pasal fesyen ni.....Adakah ini trend terkini??



Heykawan : 1st time aku jumpa orang pakai cenggini.

Tuesday, April 17, 2012

Cerita Orang Kaya Kaya dan Yang Nak Jadi Kaya

Kenapa aku tulis semua ini endtri lepas Kaya atau Bahagia : Mana Kamu Pilih??
Oklah, Sabtu lepas dek kerana ajakan kawan lama dan menghormati beliau aku pergilah ke satu seminar di DBP. (Bukan MaLaM, kata kawan aku lah.)



Dan bila aku pergi ke sana, suasana meja pendaftaran dia, tajuk seminar dan juga suasana dia. Aku dah agak ini adalah MaLaM. MaLaM apa?? Tak payah aku sebutkan di sini. Aku bukan ejen mereka. Buat masa sekarang hati aku belum terbukan untuk memana MaLaM. Aku lebih rela berniaga PASAR MALAM dari berniaga MaLaM.

Seperti biasa, memana MaLaM akan bersembang berkenaan duit yang berjuta-juta. Pasal Jutawan sana sini. Ok, mereka kaya. Tapi bukan aku. Cukuplah aku begini, aku hanya mahu cari kebahgiaan.

Mereka menceritakan kalau perniaagaan mencecah RM1juta, 1% dari jumlah urusniaga akan kita nikmati. Benar atau tidak jangan tanya aku. Aku bukan agen mereka.

Bila aku tengok suasana dalam dewan tu. Boleh aku katakan 90% adalah orang Melayu kita. Kenapakah orang Melayu kita terlalu mudah di kaburi dengan wang??

Kebanyakan adalah berusia 20-30an. Ada juga pak cik dan mak cik yang sudah pencen. Ada juga yang sanggup bawa anak dan bini. Wah.....Mereka sangat hebat. Mungkin bagi mereka itu bukan MaLaM dan pelaburan yang hasil yang banyak dalam masa singkat. Tapi tidak pada aku.

Antara speaker yang bercakap mengatakan "Kita Bukan MaLaM, kita pelaburan". Dan dia katakan juga "Kita tidak menggunakan Dato' sebagai duta".

 Tapi aku agak lah speaker yang bercakap tu pekak apa. Sedangkan sebelum dia bercakap yang bercakap sebelum itu adalah seorang berpangkat "Dato' Seri Ir". Dan "Dato' Seri Ir" ni juga ada berkata yang "PM kirim salam, Menteri A, Menteri B dan Menteri C juga kirim salam." (Betul atau tidak wallahulam. Aku tak tahu)


Speaker tu juga kata "Mereka Bukan MaLaM". Tang-tang tu jugak speaker tu present satu sistem yang biasa MaLaM pakai iaitu Sistem Piramid. Bukan MaLaM lagi ke bang???

Dah aku malas nak cerita panjang lebar lagi. Cukup takat sini. Seminar tu hampir 4jam. Aku masuk 2jam je. Tu pun duduk main internet je dalam tu. Aku memang tak suka MaLaM.

Pada pembaca blog ini yang ahli MLM, aku minta maaf. Mungkin MLM adalah rezeki kamu, tapi bukan cara aku. Aku tak mampu.




Heykawan : Biarlah aku berpanas dan berhujan untuk mencari sesuap nasi tapi bukan dengan cara menipu orang. Sekian.

Monday, April 16, 2012

Kaya Atau Bahagia : Mana kamu pilih???


Aku.....Dua-dua aku mahu, mahu kaya dan mahu bahagia. Yalah sapa tak nak kaya dan bahagia. Semua orang mahu. Betul x?

Tapi kalau aku diberi peluang untuk memilih satu sahaja dari dua ini akan aku pilih bahagia. Kenapa??? Kerana bagi aku kehidupan yang bahagia lebih memberi aku ketenangan dalam menjalani kehidupan ini walaupun dalam keaadaan sederhana. Bersama keluarga yang bahagia mampu memberi aku satu senyuman yang mampu membuatkan aku melupakan perih dan bebanan kerja. 

Walaupun aku tak mampu nak melancong ke Hollywood atau Bollywood, aku tetap bersyukur. Aku bahagia begini. 

Mungkin akan ada yang memilih kekayaan sebagai matlamat mereka. (Terpulang pada pendirian memasing). Bagi aku kalau lah kaya biarlah kaya yang bahagia. Kalau kaya rumah tangga porak peranda buat apa. Anak-anak terbiar tanpa kasih sayang. Wang berjuta belum tidak boleh membeli kebahgiaan. Kebahgiaan bukan dijual beli tapi dibina dan dipupuk.

Ini hanya pendapat aku, mungkin kalian berbeda. Sekian....


Kenapa aku tulis entri ini.....Akan aku ceritakan di entri selepas ini.

Ayam Penyek Punye Cerita


Kejadian ni jadi pada tahun 2008. Masa tu aku kerja dengan satu kontraktor dan ditugaskan menjaga tapak di Bandar Selesa Jaya, Johor. Dekat la dengan Nusajaya punya tapak pembangunan. Dan masa ni nama Ayam Penyek tak sefemes sekarang ni. Kat KL pun dah bersepah kedai Ayam Penyek.

Masa drive nak pergi ke pejabat tapak di Selesa Jaya, aku drive dan sebelah ada safety manager aku. Sampai satu simpang dekat dengan Petronas nampak la satu kedai besar tertulis Restoren Ayam Penyek.

Bos Aku : Menarik kedai ni. Cantik hiasan dia. Restoren Ayam Penyek. Ayam.

Aku : Ayam Penyek tu bos tau ke apa??

Bos Aku : Tak tahu la, di. Apa tu?? Kau tahu....

(akal jahat aku datang)

Aku : Sejarahnya dulu ada sorang pakcik ni. Dia sayang sangat kat ayam kampung dia. Dia tak de lauk nak makan pun dia tak sembelih ayam dia. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, ayam dia telah kena gilis dengan lori. Dek kerana sayangkan sangat ayam dia, dia telah goreng ayam dia untuk makan. Katanya biar ayam tu sebati dengan nya buat selamanya. Tue la sejarah ayam penyek kalau bos nak tau.

Bos Aku : Dah di. Kau jangan nak ngarut. Kau bawak je hilux ni cepat. Geli tekak aku dengar cerita dongeng kau.

Aku : Baik bos...hahahahahha






Memang aku kelentong je bos aku masa tu. Aku pun tak tahu ayam penyek tu apa. Seb baik lepas tu bos aku bermurah hati belanja aku ayam penyek. First time, aku makan ayam penyek memang aku tak berapa suka.

Friday, April 13, 2012

Berjinak Dalam Urusniaga Internet


Mungkin otai-otai blogger dah ramai buat urusniaga internet ni. Sakang memacam laman sesawang yang menyediakan urusniaga internet seperti mudah.my, lelong.com, ebay.com, dinodirect.com dan lain-lain. Itu tidak termasuk lagi dengan forum-forum yang menyediakan ruangan diskusi bagi urusniasa dalam talian ni.
 
Tapi bagi aku, aku amat jarang berurus niaga dalam internet kerana takut dan tak percaya pada sesetengah peniaga kat internet ni. Tapi sejak dua menjak ni, aku mula berjinak-jinak dengan urusniaga tersebut memandangkan pembelian dalam talian ini adalah lebih murah (sesetengah) dari beli terus dari kedai. Terutamanya bagi barangan terpakai.

Walaupun aku mula berurusan dalam talian, aku tetap nak COD. Cash on delivery je. Aku tak prefer sangat nak bank in dan pos. Pasal duit adik beradik pun sanggup membunuh. Btol x??


Alasan aku sebab nak COD :
  1. Elak Ditipu - Sebab ada kes yang kawan aku terkena di mana bila bank in duit. Barang tak pos. Bila di contact tak dapat. Tak di jawab. Kekadang cakap dah pos tapi tak pos pun. Itu yang merisaukan aku.
  2. Boleh test barang - Bila COD biasa kita boleh test barang tu dulu. Puas hati dengan kualiti baru bayar. Lagipun time ni lah nak nego kaw-kaw pun. Hehehehehe
  3. Tambah kenalan - Sekurang-kurang nya leh tambah kawan. Biasanya orang yang meniaga ni mesti mempunyai minat yang sama ngan kita. Sebab tu dia ada barang yang kita nak tu. Contoh : koleksi siling lama. Tak semua orang minat kumpul siling lama. 

Penagalaman aku juga. Ada juga peniaga bila nak COD tak datang. Janji dah di buat. Tarikh dan tempat dah set. Tunggu punya tunggu peniaga tak datang-datang. Memang lah hati panas dan amarah. Tapi sekurangnya duit kita tak terbang bersama masa kita.

Aku skang dah mula suka beli barang dalam internet. Sekurang-kurang leh save 100-200 jadilah.....hehehehehe

Urusniaga internet ni ada baik buruk nya. Tepuk dada tanya hati.


Monday, April 9, 2012

aku dan salesman

Aku bukan anti-salesman, pasal aku pernah kerja salesman.

Ni cerita jadi dua minggu lepas. Aku dok melepak kat luar rumah sambil bermain-main dengan BamBam (Haiqal, anakku). 

Dalam dok melayan dan mendukung BamBam datang la sorang mamat yang bergaya, siap ngan neck tie lagi. (Walaupun pada masa tu adalah panas......Normal bagi sorang salesman). Aku nampak tag Unifi, kompom 150% salesman Unifi. (takkan student Unifi plak kan....Studeng Uniten ada la...)

Mamat : Assalamualaikum....

(Dia bagi salam...Juruh budak ni...Boleh wat menantu..)

Aku : Walaikumusalam.

Mamat : Abang ada pakai internet kat umah tak?? Streamyx ke, unifi ke, broadband ke?? Kami tengah buat pemeriksaan sekarang ni.

(Pemeriksaan ke berniaga.....hurm...dah mula ayat salesman tu)

Aku : Tak de.

Mamat : Abang ada komputer atau laptop tak??

Aku : Ade. (semua orang pun kebanyakan ada la skang...Ye x??)

Mamat : hah..... elok benar lah tu. Sekarang ni kami Unifi tengah buat promosi. Kami buat pemasangan percuma. Abang tak perlu bayar RM1k untuk yuran pemasangan. Semua adalah percuma. Abang boleh isi borang sekarang.

Aku : Tak nak. Tak berminat.



Dalam hati aku......Adik usah lah dok tipu abang adik, yang bayar RM1000 tu bukan adik dan bukan kompeni adik pun. Tu semua memang offer dari TM. Dan lagi satu memang la Yuran Pemasangan dah cover, Tapi sape plak nak tolong cover yuran BULANAN.....Adik ke???





heykawan ; Aku tak leh jadi salesman. Aku tak berapa reti menipu sangat. Pada sesiapa yang pernah beli mesin jahit dari aku pada tahun 2001 dulu. Aku ucapkan terima kasih dan maaf......Cari makan bang...

Saturday, April 7, 2012

khutbah @ henpon

Trend skang time sembahyang jumaat, dengar khutbah sambil main game kat hanpon tak pun baca khutbah kat internet (main internet).

Tau la abang hensem ada smartphone yang canggih dan sorang yang amat bizi. Tapi itme khutbah moh la kita dengar khutbah. Tak lama pon 20-30minit je. 

Orang bukan tak de hanpon canggih, tapi tak mau tunjuk je. Jadi apa kata abang hensem punye pun simpan dalam kocek dulu. Pas semayang kang kita pkat tayng henpon kat kedai mamak. Kat mesjid kita pakat beribadah ye. Abes idak pun sama lah kita beriqtikaf dalam masjid. Dapat juga pahalanya.

Sekian.

Thursday, April 5, 2012

Jangan Di Tanam Di Hati


Aku ingatkan lama lega beban di kepala. Belum pun abes rasa bebanan yang lama bebanan yang baru pula menjelma. Tapi harap ia tidak seteruk yang lama. Sampai aku tak cukup rehat.

Program yang dulu banyak impak kepada pejabat aku. Yang paling nampak adalah impak negatif. 

Di pejabat aku mula menampakkan puak-puak. Perselisihan faham antara individu dan penyokong mereka yang mengampu mula menampakkan kesan yang lagi ketara. Dua-dua puak aku masuk dan aku dengar. Dua-dua ada meluahkan kepada aku. Tak kurang yang takut bercerita kerana takut aku menyampaikan.

Aku tidak PRO memana puak. Aku di tengah saja. Aku tidak suka untuk melagakan orang apatah lagi menjadi punca pergaduhan. (Kalau nak gaduh ngan aku, aku on je. Tapi aku bukan BATU API) 

Aku ada nasihatkan mereka. Aku katakan kalau semua aku nak masuk dihati, dah lama aku jadi musuh korang semua. Dan korang semua aku belasah je. Tapi aku anggapkan apa yang terjadi cam HANTU RAYA. Bukan selalu aku akan nampak, hanya sesekali saja, tu pun dalam masa yang sekejap. Jadi xperlulah aku nak berkenalan dengan Hantu Raya. Cukup saja dengan aku tau.

Masuk telinga kiri kuar telinga kanan atau sebaliknya. Tak perlu nak ambil port dan tanam dalam hati jadi dendam dan amarah. Kerana dendam dan amarah itu hanya akan merosakan diri kita sendiri.

Aku bukan pandai dan bukan mahu tunjuk pandai aku hanya mahu hidup aman bersama keluarga aku.

Tuesday, April 3, 2012

Sekitar Majlis Kawen, Nurul Asyiqin





Hari Ahad lepas, aku meluangkan skit masa untuk menghadiri majlis kenduri kawan satu kelas zaman belajar dulu, iaitu Nurul Asyiqin dengan Mohd Syukri kat Cheras. Nama tempat dah lupa.

Sesekali meluang masa untuk berjumpa kawan lama havoc jugak. Ilang jap stress keje.

Monday, April 2, 2012

Selesai sudah

Dah lama aku meninggalkan blog ni. Dek kerana kesibukkan dalam melaksanakansatu task yang telah abes pada 31Mac 2012·

Pe:ning aku menyelesaikan task tersebut,walaupun event manager telah dilantik tapi banyak task yang perlu ami lakukan dari event sendiri. Ni la kalau kena event jenis sembang kencang bila tiba tang perlaksanaan fails abes. Huru hara sebelum dan semasa kejadian. 

Sebelum kejadian tak payah cerita memang banyak sangat yang perlu aku dan team cover dan buat? Yang patut event kena buat aku juga yang kena buat. Memang pening.

Di hari kejadian plak, kata team yang handle adalah professional tapi tang nak tangkap sapa dapat no 1,2 3 pun dah fail. Ada ke dok tanya sape no 1 2 3, ko ingat acara lumba lari dalam guni peringkat sekolah tadika Kg. Tanjung ke?

Hadia pulak lagi satu fails, xde bungkus atau hamper yang nampak lebih elok, main bagi gitu je piala dgn milo 1kg. Xde nak balut atau bungkus.

Kalau nak story mmg tak abesla.

Aku siap dah sampai nak bertumbuk dengan salah sorang event punye staff. Buat kerja cam orang bangang je.

Apa yang aku belajar kat sini, nama besar mana orang tu pun. Sampai tahap selebriti sekalipun, bekum tentu menggambarkan dia adalah bagus. Belum tentu. Kekadang event manager kecik lagi bagus dari depa. Yang tahu cakap tapi tak ahu buat.

Len kali aku sumbat gambar program k. Chow.



"Im still lack of confident"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...