Showing posts with label usaha. Show all posts
Showing posts with label usaha. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

Olympic 2012 : Sepenuh Hati dan Perasaan












Friday, April 13, 2012

Berjinak Dalam Urusniaga Internet


Mungkin otai-otai blogger dah ramai buat urusniaga internet ni. Sakang memacam laman sesawang yang menyediakan urusniaga internet seperti mudah.my, lelong.com, ebay.com, dinodirect.com dan lain-lain. Itu tidak termasuk lagi dengan forum-forum yang menyediakan ruangan diskusi bagi urusniasa dalam talian ni.
 
Tapi bagi aku, aku amat jarang berurus niaga dalam internet kerana takut dan tak percaya pada sesetengah peniaga kat internet ni. Tapi sejak dua menjak ni, aku mula berjinak-jinak dengan urusniaga tersebut memandangkan pembelian dalam talian ini adalah lebih murah (sesetengah) dari beli terus dari kedai. Terutamanya bagi barangan terpakai.

Walaupun aku mula berurusan dalam talian, aku tetap nak COD. Cash on delivery je. Aku tak prefer sangat nak bank in dan pos. Pasal duit adik beradik pun sanggup membunuh. Btol x??


Alasan aku sebab nak COD :
  1. Elak Ditipu - Sebab ada kes yang kawan aku terkena di mana bila bank in duit. Barang tak pos. Bila di contact tak dapat. Tak di jawab. Kekadang cakap dah pos tapi tak pos pun. Itu yang merisaukan aku.
  2. Boleh test barang - Bila COD biasa kita boleh test barang tu dulu. Puas hati dengan kualiti baru bayar. Lagipun time ni lah nak nego kaw-kaw pun. Hehehehehe
  3. Tambah kenalan - Sekurang-kurang nya leh tambah kawan. Biasanya orang yang meniaga ni mesti mempunyai minat yang sama ngan kita. Sebab tu dia ada barang yang kita nak tu. Contoh : koleksi siling lama. Tak semua orang minat kumpul siling lama. 

Penagalaman aku juga. Ada juga peniaga bila nak COD tak datang. Janji dah di buat. Tarikh dan tempat dah set. Tunggu punya tunggu peniaga tak datang-datang. Memang lah hati panas dan amarah. Tapi sekurangnya duit kita tak terbang bersama masa kita.

Aku skang dah mula suka beli barang dalam internet. Sekurang-kurang leh save 100-200 jadilah.....hehehehehe

Urusniaga internet ni ada baik buruk nya. Tepuk dada tanya hati.


Wednesday, January 27, 2010

Antara Angan dan Cita

Aku masih tertanya. Kenapa zaman sekolah dulu cikgu cukup marah kalo memurid berangan atau mengelamun??? Aku juga selalu di marahi cikgu yang cemburukan aku yang dok koya (khayal) masa dia ngajar dalam kelas.

Biasa lah aku, dulu-dulu berangan nak jadi masked rider, gaban atau pun power rangers. Ye la, bleh la nyelamatkan dunia. Mempunyai power yang hebat tahap ultramen lapar nak makan cekodok.

Berangan pasal awek?? Siyes aku xsampai tahap tue. Mungkin tempoh tumbesaran dan kematangan aku lambat. wakakkakak....

Ok...Masuk bab serius. Lupa karutan (bukan carutan) aku kat atas tadi.



Bagi aku
dari angan tercetus ilham (idea)....
dari idea tercetus cita....
dari cita tercetus usaha....
dari usaha tercetus jaya....
btol x???


Angan-angan jangan lah angan-angan kosong cam aku tadi. Angan2 nak jadi gaban. Biarlah angan2 nak jadi usahawan berjaya. Angan2 akan mencetuskan idea2 kreatif yang merangsang minat dan cita-cita untuk terus berusaha untuk berjaya.

Ok la dulu. Sambung kedian hari.


PSP: Kalo cikgu-cikgu baca aku mintak maaf kalo salah.
PSP: Aku nak share file audio ceramah Ust. Ismail Kamus ada dua tiga tajuk dalam koleksi aku antaranya Alam Jin, Alam Roh dan lain-lain. Ade sape nak?? Tinggalkan emel xpun emel ke emel aku zaidi5483[at]gmail[dot]com....Nanti aku emelkan audio ceramah tue.....

YANG BAIK KITA KONGSI YANG BURUK SIMPAN LA SESORANG

Saturday, January 23, 2010

Dunia

Dunia,
Sungguh indah tiada terkira,
Banyak nikmat boleh ku rasa,
Rezeki tidak terkira,
Banyak atau sikit ikut usaha,
Hiburan sini sana,
Pilih lah mana saja,
Terbeliak mata mulut ternganga,
Nafsu mula naik meraja,
Sampai aku selalu lupa,
Bukan saja syurga,
Malah neraka terhidang di sana.


PSP: Pikirkan renungkan lah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...