Friday, July 31, 2009

Kosong di ujung minggu

Korang ada idea menarik x untuk ujung minggu nie???
Kalo ada tolong foward kan.....Tolong suggest kan....
Tapi jangan suggest suh aku gi shopping udoh lor...Idok mau aku...hehehhehe...


Kalo bleh ke laut ujung minggu best jugak kan??? Dapat ikan jaws ke setin dua... Seronok tue...
Leh ilang tensen skit, smentara nak datang opis lagi pada ari Isnin n mengadap muka boss and PC nie....Kan kan kan?? Btol x?


Aku nak tanya pendapat korang yang dok pakai broadband tue...Mana lagi baguih???
Maxis si hijau? Celcom sang pauh biru? Digi si antu kuning i follow u?
atau U mobile si makhluk halus??
Wimax P1?? kl je ade kan?? so aku da reject dari list...
Leh tolong bagi idea???



18SX

Video di bawah mengandungi unsur lucah yang mampu menyinggung perasaan sesetengah makluk. Lucah je tau......Unsur-unsur keliwon, saka, jangan pandang belakang, keranda terbang atau puaka niyang merapik-rapik tak de terlibat langsung dalam video di bawah. Enjoy ur Friday's Blues.








Kecik-kecik da pandai wat tarian bogel. Bagus btol la dia nie. Salute!!!!!!!!

Thursday, July 30, 2009

Penat sih,,,,,

Argh........Penat sungguh. Aku baru je anta aku punye Paper 4 SHO Exam kat NIOSH. Dekat sebulan jugak aku pulun wat. Tapi xde la ttiap hari. Aku pemalas orang nye (xde la malas sangat, kalo malas aku x update blog. hahahhaha).

Pening gak kepala aku nak wat WPA nie ngan keje kat opis lagi nie. Tapi skang da lega skit. Cuma kena prepare untuk presentation akhir bulan depan. Kena study skit and wat slide show. Study bukan skit wooo....Akta semua kena ingat yang penting2. Hopefully kali ni leh lepas la.

Sebenarnya ni kali kedua aku buat. Dulu aku da amik sekali aku gagal. Dari kegagalan aku belajar untuk memperbetulkan.

Yoooo....Kekawan doakan aku berjaya ek.

Wednesday, July 29, 2009

Kelas

Hari pertama di sekolah baru, biasa la dari sekolah yang low ke yang lebih high kat daerah kecil di ceruk negeri, Azim dengan uniform sekolah yang segak lagi bergaya ditambah pula dengan songkok hitam yang menambahkan lagi kehenseman di hari itu. Budak baru biasa la, tiada kawan, tiada puak lagi. Diam keseorangan dalam kelas. Bukan kerana malu atau pendiam tapi kerana masih tidak mengtahui ragam rakan sekelas.

Dalam kelas tue, ada seorang budak laki yang samseng skit. Berbadan besar dan tegap. Kononnya leh jadi cam wrestler 'Big Show' la bila besar nanti. Semua budak baru dia suka. Bukan suka berkenalan dan berkawan kerana dia terlalu ramah tapi sebab terlalu nakal dia akan kenakan semua budak baru yang masuk kelas.

Budak besar ni bila nampak budak baru dia mula geram. Azim duduk termenung atas kerusi sambil kepalanya mendagu di atas meja. Tak tahu apa yang patut dilakukan. Nak berborak ngan kekawan baru malas terasa. Kekawan lain yang sibuk bercerita langsung tidak menarik perhatian Azim. Kelas da jadi hingar bingar. Cikgu tiada.

Budak besar ni oun datang mendekati Azim. Nak bergurau. Ditekannya songkok Azim sampai songkok menutupi mata Azim. Mengekek budak besar ketawa diikuti beberapa yang lain. Azim btolkan songkoknya tanpa berkata sepatah pun.

Budak besar berasa seronok. Dia ulang perbuatannya tadi. Gelak pecah sekelas bila tengok rupa Azim. Azim masih diam dan membetolkan songkoknya.

Tengok Azim tetap diam. Budak besar makin geram. Di ambilnya songkok Azim. Azim bangun dan meminta dikembalikan songkoknya. Budak besar xpeduli. Diambil songkok Azim dan dilambung-lambung. Azim mendekatinya untuk meminta songkoknya. Budak besar lari bersama songkok Azim. Mungkin dia terasa seronok. Azim kejar budak besar.

Apabila dapat budak besar, Azim minta songkok dia balik. Budak besar xnak bagi. Dia tanya Azim 'Apa ko nak buat kat aku kalo aku xnak bagi?'

Azim diam. Dek kerana terlalu geram. Azim bagi penyepak dua tiga kat paha budak besar sampai budak besar terduduk. Budak besar meminta maaf dan bagi songkok Azim.

Kini, Azim dan budak besar da berkawan baik. Dan tiada lagi gurauan melampau dari kekawan sekelas sebab takut kena penyepak free..

Monday, July 27, 2009

Keep On Moving Bro


25 dan 26 Julai 2009 iaitu Sabtu dan Ahad lalu, telah berlangsung ICTO 2009 kat Stadium Badminton Kuala Lumpur. Persatuan-persatuan taekwando dari perlbagai negara telah menyertainya termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapore, Vietnam, India, Australia, Jordan, Iran, Pakistan, Korea dll. Dari Malaysia terdapat beberapa persatuan telah menyertainya antaranya Persatuan Taekwando Kelantan, Pro Sport Taekwando, Speed Power Taekwando dan banyak nama lagi yang aku xingat.

Adik aku, Aziem salah seorang yang menyertai pertandingan ini dibawah Persatuan Taekwando Kelantan. Adik aku sampai sini pada hari Jumaat, 24 Julai. Kira-kira jam 11 pagi diorang semua kena mendaftar dan timbang berat kat Hotel Maluri. Diorang ada kategori memasing. Aku pun xarif sangat. Berat adik aku 36kg, so dalam katagori 36-38kg kalo xsilap aku.

Malam tue diorang menginap di Hotel Sentral kat Jalan Tun Sambathan 5.

Game adik aku adalah opening game pada 25 Julai. Aku pun xsempat tengok game dia. Lawan adik aku yang pertama adalah dari Pakistan. Lawan dia dari Pakistan nie tinggi skit dari dia. Adik aku menang game ni dengan KO.

Lawan kedua adik aku pada hari tue plak dari Iran. Game ni mula kira-kira jam 10pagi. Game ni sempat aku, abah aku dan adik aku yang bongsu, Loqman gi tengok. Lawan dia yang dari Iran nie memang tinggi gile. Lebih tinggi dari adik aku, sama tinggi ngan abah aku. Memang kesian gile kat adik aku. Nak dapat satu point pun susah. Terpaksa memerah kudrat. Xsilap aku adik aku paras dada budak Iran tue je. Game ni adik aku kalah 1 - 19.

Kesian aku tengok adik aku. Nak sepak kena perut kawan tue pun susah. Si budak iran nie plak asal angkat penyepak memang kena kepala adik aku. Untuk pengetahuan korang tendang kena kepala 2 point kena perut 1 point.

Kelab Taekwando Adik aku dapat bawa pulang 1 emas dan 4 gangsa. Adik aku xdapat medal sebab kalah di game kedua. Dia dapat pengalaman berharga dalam hidup dia. Aku pun xsempat merasa semua tue.

Papepun aku nak ucapkan tahniah kat adik aku. Dia da berkerja keras. Tapi adat perlawanan ada menang kalah. Semoga adik aku terus maju di masa depan.

Good Luck Bro....


P21: Kalo ada masa dan rajin nanti aku masukkan pic dan video nye.

Ps2: Aku tengok berita sukan kat TV dan paper xde pun pasal nie....kalo korang nak tengok leh beli majalah Click! @ www.clickgolive.com/ICTO2009

Ps3: Awek cun ramai woo main taekwando...wachaaaaaaaa....

Psp: aku da lapar...bye

Thursday, July 23, 2009

Nilai Nyawa

Dua pekerja mengecat sedang melakukan keja mengecat di bangunan Mutiara Damansara, Bangsar. (gambar dari Berita Harian Online)

Hebat kan..Jika diperhatikan dalam gambar di atas kedua-dua pekerja tersebut tanpa sebarang alat keselamatan.

Adakah mereka terlalu berani?? Atau majikan yang tidak menyediakan peralatan??

Cuba fikirkan seandainya mereka tergelincir dan terjatuh ke bawah. Apa akan terjadi?? Seandainya nyawa mereka panjang mungkin mereka akan selamat dan mungkin akan berehat panjang di hospital. Kemungkinan untuk cedera parah atau mati amat tinggi jika terjatuh.

Mengikut peraturan keselamatan, pekerja yang melakukan kerja di aras ketinggian 3 meter dan ke atas mesti memakai 'safety harness' (abah-abah dalam bahasa Melayu)


Safety Harness @ Abah-abah (bukan gambar abah aku)

Kebiasaannya untuk kerja mengecat atau mencuci bangunan, gondola digunakan.

Kemalangan tidak berbau. Anda tidak mengetahui bila akan berlaku. Sebaiknya, siapkan diri anda sebelum ianya datang. Mencegah lebih baik dari menyesal tidak sudah.

Behave urself, love urself.

Dalam ape pun kerja yang anda lakukan, jangan bahayakan nyawa anda. Sayangi diri anda. Nyawa anda tiada nilai ganti.

Safety for life!!

PTD

Pukul 2.30....Tetiba hp aku bergetar2. Adakah beliau sedang ketakutan. Oh, tak. Abah aku yang miskol. Ayah aku ni memang pandai, kalo rindu kat anak dia, dia akan miskol atau SMS. huhuuhu..

Aku call balik abah aku. Aku tau mesti ade menda urgent yang dia nak bagitau.
Aku : Helo, Assalamualaikum Daddy. Ada ape bah?
Abah : Walaikumussalam. Xde menda ade surat nie.
Aku : Surat ape bah. (surat hutang along ke?)
Abah : Surat SPA. Panggilan peperiksaan 8hb 8 nie untuk jawatan pegawai diploma
Aku : Diploma......apa tue?
Abah : Pegawai tadbir diplomatik la (M41)...Ngok
Aku : oooo...ok..kat mana abah??
Abah : Kat sekolah kebangsaan.....
Aku : ooo..ok bah
Abah : nanti abah pass surat kat azim suh kasi
Aku : ok bah....Azim jadi x lawan??
Abah : Jadi malam nie dia gerak..
Aku : ok bah...tima kasih

Aku letak call....Ai ya..PTD ka? Korang ada x tip2 untuk exam PTD??Kalo ade beleh la tolong kasi yek..Please.Please.Please my friends

Aku baca ade siap kena wat esei lagi...demmmmm.. Aku da 7 tahun x wat esei...

Wednesday, July 22, 2009

I dont know

Aku xpaham sesangat skang nie. Adik aku join tournoment taekwando. Wakil sekolah. Ni adalah kali ke-tiga dia main. Dan yang aku xpaham nya setiap kali nak pergi main, kluarga kena bayar duit diorang. Hampir kesemua kos ditanggung peserta. Siak...

Sabtu ni dia ada tournoment kat Cheras. Tadi dia bagitau aku yang sekolah dia bagi RM50. Setahu aku yuran kena bayar untuk tournoment tu Rm200++ tapi xtermasuk makan minum. Ke memang untuk mana2 sukan skang nie pihak sekolah xde peruntukan untuk pelajar yang mewakili sekolah?? Semua pelajar kena tanggung??

Sedangkan sekarang ni aku baca dalam paper heboh pasal suh pelajar seimbangkan antara akedemik dan ko-kurikulum. Tapi kalo setiap kali nak join ko-kurikulum dan untuk aktif serta menaikkan nama sekolah, pelajar tue sendiri kena bayar?? Camne?? Cam bebanan plak??

Setiap kali menang lak sekolah akan membanggakan diri kononnya pelajar diorang terbaik dalam sukan dan akedemik. Padahal??? Haprak....Cittt....

p/s: untuk tournoment sebelum ni adik aku da menang 2 kali. ni kali ke-3 dia nak join.

Konfusing...Konfuse...

Aku masih memikirkan tawaran yang diberikan oleh bos aku. Samada nak pergi ke site atau terus stay di sini. Aku masih tidak dapat buat keputusan wat masa skang. Tapi, ramai kata better jugak pergi ke site. I don't know. Which is better??

Papepun aku hepi...Smile

Tuesday, July 21, 2009

Life with care



Kita tidak dapat jangka bila kemalangan akan terjadi. Berhati-hati lah.
Mencegah lebih baik dari merawat. Bersedialah awal-awal.
Kos disebalik kemalangan lebih tinggi dari kos merawat.





Amarah tiada makna dalam kehidupan ini. Hanya merugikan semua pihak. Jika kamu marah, berbanyaklah Istigfar atau berwudhuk, kerana ia akan melindungi kamu dari hasutan syaitan. Bersabarlah. Sesunguhnya bersabar memberi faedah kepada kamu.

Baik Punye




Video yang memberi seribu makna.
Solat adalah tiang agama.
Dunia hanyalah pinjaman, akhirat yang abadi selamannya.


Sekian....

Lucah Punye

Semua video di bawah mengandungi unsur LUCAH melampau. Harap Maklum.
Menonton adalah dibawah tanggungan sendiri.
Penulis tidak bertanggungjawab.
Pengidap lemah jantung. Jangan tonton.






Operate

Semalam nenek aku operate mata kat Hospital Sungai Buloh. Aku pun xsure ape yang dioperatekan. Nak cite pun aku xreti. Jadual asal adalah pukul 8.00 pagi telah ditetapkan untuk operate nenek. Tapi operation xbleh diteruskan disebabkan tekanan darah nenek naik. Mungkin sebab terlalu 'chuak'.

Operation tue tetap di jalankan kira-kira pukul 2.00 petang. Waktu tue tekanan darah nenek da ok. Menerut pakcik aku, Operation nie terlalu simple. Xperlu melakukan pembedahan. Aku dipahamkan operation ini just guna injection untuk tukar bendalir dalam mata. Pakcik aku cakap cam tukar minyak hitam je.

Tapi nenek kena rehat panjang. 3bulan xleh bergerak aktif sangat dan makan kena berpantang. Takut terkena infection atau bocor tempat injection tue. Nanti kena wat balik.

Nenek, di minta maaf di xdapat nak ada ngan nenek masa operation. Di doakan nenek cepat sihat. Di sayang nenek.

Hujung minggu nie, ma abah aku datang dari kampung nak tengok nenek aku dan nak tengok Aziem. Aziem ada tournement taekwando, kat Cheras xsilap aku.

I Love My Family

Monday, July 20, 2009

Kerja-kerja Kimpalan (Welding)

Ramai pekerja yang melakukan kerja kimpalan di luar sana memandang remeh kerja-kerja kimpalan ni. Bagi diorang kerja nie tidak merbahaya. Yup, kerja ni mungkin tidak merbahaya dalam masa terdekat kecuali la kalo selinder gas tue meletup cam gambar kat bawah nie.


Kalau itu yang berada dalam fikiran anda sekanrang. Bermakna anda telah salah. Sebernarnya kerja kimpalan nie banyak bahaya nya. Risiko untuk terbakar kulit jika terkena api, rosak mata akibat pencahayaan melampau dan kerosakan peparu.

Kulit terbakar adalah kesan segera yang dapat dilihat jika berlaku kemalangan tapi tidak untuk kerosakan mata dan kerosakan peparu. Ini kerana jangka masa yang lama untuk melihat kesan kerja kimpalan keatas peparu dan mata adalah lama. Mungkin anda akan merasa kesannya selepas 10 tahun.

Tapi mahukah anda kehilangan dua organ penting dalam badan kita ini? Jangan ambil mereka sebagai contoh

Tiada google, glove dan face mask.

Dengan cermin amta keselamatan tapi menggunakan 'paper' sebagai 'face mask' bermakna 'useless'

Risiko untuk peparu anda rosak adalah tinggi jika anda melakukan kerja kimpalan didalam ruang tertutup atau di tempat yang tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik (good ventilation system). Ini kerana 'fume' dan gas dari kerja kimpalan boleh merosakkan peparu. Gunakan topeng muka seperti contoh di bawah bagi melindungi peparu anda


Kerosakan mata yang biasa dihadapi oleh perkerja kimpalan adalah katarak. Penyakit ini berpunca dari pencahayaan melampau dari kerja-kerja kimpalan. Kanta mata akan diselubungi oleh selaput kelabu yang akan menjadikan penglihatan anda kabur.

Sebolehnya untuk kerja kimpalan pakaian keselamatan seperti gambar dibawah adalah disarankan
Untuk anda yang mempunyai majikan. Adalah tanggungjawab majikan untuk menyediakan pakaian keselamatan seperti yang termaktub dalam 'OSHA : Syeksyen 15'.

Jangan sesekali membahayakan nyawa anda. Tiada nilai ganti nyawa dengan wang.

Don't ever risk your life. Safety First.
Safety for Life!!!

Man Utd lwn Malaysia


vs


Bosan...Penat...Malas...Semua ada...Mondays Morning Blues terngiang-ngiang di telinga.


Perlawanan ulangan antara Man Utd ngan Malaysia. Hurmmm...Mesti lagi menarik dari hari tue kan. Hari sabtu lepas Man Utd hanya menang tipis 3-2 ke atas Malaysia. Apakah kualiti permainan pasukan Malaysia sudah meningkat atau Man Utd yang terlalu pandang mudah pasukan Malaysia?

Apepun dua gol Malaysia jaringan Amri Yahyah memang membanggakan. Konfirm beliau kembang hidung punye. Dua gol kalahkan antara penjaga gol terbaik, Edwin van Der Sar. Power tu. Nak-nak gol pertama Amri memang cun abes. Aku rasa tue antara gol terbaik yang penah aku tengok untuk liga ataupun perlawanan Malaysia.

Malam nie gie tengok diorang main nak x??

p/s: Aku xnak pegi. Aku nak tengok kat umah je.

Saturday, July 18, 2009

Kerana Kau

Kerna kau ku masih di sini
Kerna kau ku teguh menanti
Kerna kau ku ngerti cinta sejati
Kerna kau ku kenal diri ini

Friday, July 17, 2009

Tag

Tag! Tag! Tag! Bukan KAUTAGH tau....Ni tag dari cik fiza yang beraura (Bahaya wooo)...


1. Bekas kekasih saya adalah :
Rakyat Malaysia, beragama Islam dan seorang perempuan (aku bukan gay)

2. Saya sedang mendengar :
Lagu Goyang Inul (ayuh bapak-bapak, ibu-ibu)

3. Mungkin saya patut :
Bersyukur dengan apa yang ada

4. saya suka :
tido dan men game

5. sahabat-sahabat baik saya :
Ramai woo...xtersebut..dan korang semua..

6. saya tak faham :
Diri saya sendiri

7. Saya kehilangan :
Masa yang telah berlalu pergi

8. Ramai yang kata :
Aku sombong

9. Makna nama saya :
Berjaya..(aku belum puas)

10. Cinta itu adalah :
Umpama mimpi,
datang dan pergi tapi lekat di hati,
selamanya abadi,
bersamadi bersama diri ini.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
bertungkus lumus siapkan kerjanya yang bertimbun.

12. Saya akan cuba :
buat yang terbaik untuk siapkan assignment aku (due date da dekat)

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
abadi

14. Telefon bimbit saya :
Nokia

15. Bila saya terjaga dari tidur :
tutup jam loceng dan tido balik

16. Saya paling meluat bila :
entah la..aku pun xtau...

17. Pesta/parti adalah :
pesta dan parti

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
ikan lumba-lumba

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Masa bebudak (masa sekolah dulu)

20. Hari ini :
Hari Jumaat, penghulu segala hari

21. Malam ini saya akan :
Dok umah wat assignment, xpun gi lepak kat umah kawan

22. Esok saya akan :
basuh moto

23. Saya betul-betul inginkan :
berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
makin hari makin tempat

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
tempat menghabiskan masa

26. Makanan barat atau Jepun :
Bukan makanan orang Melayu tapi boleh dimakan kalau halal

27. Bilik yang terang atau gelap :
aku tetap disini.

28. Makanan segera adalah :
Cepat di makan, cepat lapar

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
'Hati-hati memandu, kalo xnak sudah'

30. Siapa yang anda mahu tag?
Siapa ek?
1. Kamu
2. Kamu
3. Kamu
4. Kamu
5. Kamu


Sekian terima kasih.

Monday, July 13, 2009

Jangan risau jika tayar pancit...



Tayar pancit...xyah risau lagi..
Cuma sediakan lighter je...hehehhe
Jangan terbakar semua sekali udah le...
selamat mencuba...

P/S: Penulis tidak bertanggung jawab atas sebarang kerugian.

Friday, July 10, 2009

Lirik Lagu Nasyid MJ (Mikail)

Thanks to Allah (click utk download)

Give thanks to Allah,

For the moon and the stars

Prays in all day full,

What is and what was

Take hold of your iman

Don't give in to shaytan

Oh you who believe please give thanks to Allah.

Allahu ghafur

Allahu rahim

Allahu yuhibbu'l-muhsinin,

Wa-khaliqhuna

Wa-raziqhuna

Wa -huwa `Ala kull ah-sha'in qadir

Allah is Ghafur

Allah is Rahim

Allah is the one who loves the muhsinin,

He is our creator

He is our sustainer

And he is the one who has power over all.

Mustapha Kamal Attaturk

Mustapha Kamal Attaturk


Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)


1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4.. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.


Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.


Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi selama 15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.

Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Monday, July 6, 2009

Toyol oh toyol



Toyol oh toyol....
Toyol a.k.a tolong orang yang otaknya lemah. Itu lah gelaran yang dipanggil oleh kekawan aku masa dok belajar kat uni bagi segala jenis note semasa exam. Menipu dalam exam. Hehehehehehe.

Form 3 (1999)

Semasa PMR, exam pendidikan islam. Ada la sorang budak sekolah aku yang terlalu bijak pandai lagi genius. Mungkin dia terlalu ingin berjaya dapat 9A dalam PMR sehingga sanggup meletakkan buku rujukan Pendidikan Islam PMR keluaran Pelangi Publication dalam jamban. Baguih btol. Da la dalam rujukan tue ada ayat suci Al-Quran.

Kecoh satu sekolah pasal buku tersebut di jumpai oleh pemeriksa. Aku pun xtau sape yang buat menda ni. Aku pendidikan Islam aku x meniru, xbaik. Berdosa.

Subjek lain aku meniru jugak. Mintak ampun cikgu sekalian. Maafkan daku.


P/S: Korang ade pakai toyol x masa exam dulu?

Thursday, July 2, 2009

Pusing Aku Pusing

Pening......2hb Julai hari ke-2 aku berkerja di tempat baru. Selepas 2tahun aku dok main kat tapak bina sekarang aku balik ke opis bahagian design.

Environment memang lain gile. Pening memang aku pening tengok kira2. Adoi yai....

Berita gembira aku dapat ari nie, aku kena jaga 9 projek. Yang akan datang aku xtau. huhuhuhu....

Amma...Doakan aku berjaya.

Terima Kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...