Wednesday, January 21, 2009

Aku Benci Naik Bas

Aku pegi la meronda di Pertama, saje-saje mencuci mata disamping mengushakan pon kepala sony ericsson yang di pesan oleh abg aku. Aku pun ade niat nak angkat satu untuk dicouplekan dengan pon tangan aku yang da barai gaya bohsia rempit.

Aku pegi la ke satu kedai kat Pertama tue. Masuk je ke kedai tue cam biasa la ada la pelayan kedai membontoti aku. Tengah-tengah aku dok usha beliau bertanyakan kepada aku "Ape barang cari?". Lantas aku menjawab "Pon kepala sony ericcson brape satu?". "Mana satu mau" dia menjawab dengan konfidennye kat aku sambil menunjukkan pada pon telinga yang tergantung. (xtau beza antara pon telinga dgn pon kepala la nie sebab pon kepala ade satu je). Aku tunjuk pon kepala kat atas sekali. Beliau pun bertanya kepada bos beliau. Bos beliau menjawab "150. Itu original punye ma". Aku pun blah je. (Sah memang kedai cekik darah. Dulu penah ada mamat offer kat aku RM 60 je. Mamat yang offer kat aku tue da xkeje situ da jadi model.)

Balik tue aku pun naik la bas metrobus yang sangat glamer kat KL. Bas ber no 91. Aku naik dan bayar tiket ke Jln Genting Kelang. Aku tengok jam tangan menunjukkan pukul 6.10 ptg. Aku ingat pkul 7 leh la sampai umah. Hampa kecewa dan terluka. Cilakak punye dirver dan konduktor bas. Memang tamak giler babang. Nak kasi sardin baru nak jalan.

Dia tunggu kat depan Pertama tue dekat 15minit. Dok dalam bas tue. 2-3bijik da bas len potong. Pastu cam biasa la sampai je kat Chow Kit dia lepak la kat situ dekat 30 minit. Kalo nek bas len aku rasa da lama aku sampai. Memang sengal driver bas nie. Tamak. Dekat pkul 7 baru gerak dari Chow Kit tue. Siol btol. Pkul 7.30 ptg baru sampai umah ari tue.

Tahukah anda kenapa beliau berbuat demikian?Kerana beliau terlalu tamak. Nak kasi bas dia penuh ngan penumpang cam sardin baru nak jalan. Ape dia ingat bas beliau adalah kontena? Dan kitorang nie adalah penumpang sebagai barangan dalam kontena. Yang perlu diisi sehingga padat. Cam sardin. Walaupun ini bukan bas mini, driver dan konduktor bas tetap dengan mentaliti bas mini. Terlalu tamak.

Camne kerajaan nak galakkan rakyat gunakan pengangkutan awam?Nie ke yang nak jadi tarikan pelancong?

Nie la nasib manusia yang tiada kenderaan sendiri kat KL.

1 Pandangan Kekawan:

yuki said...

your headphone quite expensive hoho... i hate metrobus too, maybe you should try rapidkl?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...