Friday, January 23, 2009

Bila bersama awek

Semalam aku kuar berjalan-jalan untuk mencuci mataku dengan kerenah2 masyarakat di sebuah bandaraya. Aku keluar berdua bersama ngan Pa'an dengan menaiki sebuah motosikal kapcai yang bertaraf superbike 250cc. Aku sebagai seorang riders sejati memboncengkan Pa'an ala-ala memboncengkan seorang awek cun walaupun Pa'an adalah seorang lelaki.

Aku singgah sebentar di Giants untuk membeli barang2 keperluan harian serta stockpile makanan. Pusing2 la kami di seluruh pelosok dan celah2 susunan barangan sambil mencuci mata yang berabuk batu. Maklum la hari2 keje kira dan tengok batu, mata pun penuh habuk batu nasib baik xnaik kematu mata ku. Puas sudah berpusing aku ke kaunter untuk membayar. Aku bagi kertas mamat tue bagi la kat aku plastik kat aku. Memang memperabihkan duit je.

Lepas tue aku pergi ke Hotel. Bukan untuk 'check in' tapi untuk berjumpe ngan sepupu Pa'an. Past beborak dan bersembang sambil makan dan minum dengan lahapnye gaya sadis seperti somalia dapat roti boom. Kami pun bersiap pulang. Aku pun menakan punat start moto kapcai ku. Enjin pun berderum gaya enjin F1.

Saat aku nak turn keluar dari parking, tetiba ada sorang mamat tahan moto aku dengan melambai2 tangan gaya pemberi isyarat ketika jet pejuang Sukoi mau landing. Beliau berkata "Bang!!! Jap bang!!!"

'Bila pulak aku jadi abang kau' getakku dalam hati. Adikku kecik lagi. Tapi aku dan Pa'an bersangka baik. Kitorang pegi la dekat mamat tue. Rupa nye dia bersama seorang awek yang agak cun.

Aku tanya "Nape?Ade apehal"

Dia jawab "Tolong gi beli minyak boleh x? Minyak moto abes. Tolong la beli kat Caltex. Nanti isi minyak moto demo skali."

Ada unsur2 rasuah di situ untuk memujuk rayu hatiku yang kering walaupun baru pas minum neslo ais.

Aku tanya dia "Ade botol x?"

Beliau agak tersenyum menampakkan gigi gaya kerang busuk lalu menjawab "Botol coke ade la."

Beliau terus membuang air Coke Yahudi tue dan bagi botol Coke berserta duit RM 10 sambil berkata " Nanti isi moto demo skali"

Sekali lagi terdapat unsur rasuah disitu. Aku pun cakap "Ya lah."

Aku pun memecut moto kapcai ku kearah Caltex. Walaupun aku tak tau mana Caltex. Aku menggunakan khidmat Pa'an selaku co-rider sebagai penunjuk arah. Setelah mengisi penuh minyak moto ku. Aku mengisi pulak minyak ke dalam botol Coke dan botol minyak 2T caltex yang berjaya dikesan oleh pekerja stesen minyak itu yang budiman.

Setelah selesai, aku trus g ke arah mamat tue yang tekun menunggu aku dalam kegelapan malam yang x sunyi langsung. Aku bagi dua botol minyak tersebut berserta duit balance RM8 kepada beliau.

"Terima Kasih" ucap beliau. "Xisi minyak ke moto demo." kata beliau lagi apabila tengok duit balance yang banyak.

"Xpe la. Lain kali." Jawabku. Beliau menghulurkan tangan untuk bersalam dengan aku dan Pa'an.

P/S: Pastikan minyak moto anda penuh jika hendak membonceng awek. Bahaya.

2 Pandangan Kekawan:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Hahaha..teringat plak ms zmn bercinta dlu kereta mati sbb minyak abeh...

dh la kiri kanan htn belantara
Kecut perot seyh...dh la ms tu mlm gelap gelita..lampu suluh pon xda..

Nsb bek kebetulan mbr dia lalu..Gila betol time 2...

*pengajaran yg blh diambil jgn keluar mlm lg..huhu..

~flyo~ said...

Gadis kampung separa bandar
hahahhaha..padan muka

*aku pun penah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...