Friday, January 30, 2009

Kenangan Lalu

Masa aku umur 5 taahun aku balik kampung belah ayah aku kat selatan Thailand.(Umah Pak Cik aku) Nama tempat akau lupa. Kawasan dia best gak sama je kat Malaysia. Kawasan kampung ayah aku nie kawasan kebun getah. Ayah aku cakap kalo takat bunyi rimau ngaum tue da biasa la dok sini. (Aku xpenah lagi dengar bunyi rimau ngaum. Kucing ngiau penah la.)

Pagi tue mak, abg pie, abg mie, kak ida, dan aku dan beberapa org lagi yang aku xingat namanya pegi ke sungai. Mak cam biasa la basuh kain kat sungai. Xde washing maschine lg kat umah pak cik aku.

Aku dan adik beradik aku ape lagi main air sakan la. Best woo mandi sungai pepagi hari. Sejuk sangat. Nak dijadikan cite aku yang gatal nie terasa nak main kat tempat dalam sikit. Mak da pesan jangan main jauh sangat. Bahaya. Memang degil aku nie dari budak lagi rupenye.

Aku jalan pelan gi tempat dalam. (xpandai berenang lagi masa tue). Air da paras dada aku pun paling kat mak dan abg abg aku. Aku panggil diorang cakap kat sini best dalam skit. Mak da terkejut. Mak panggil balik.

Baru je aku nak langkah balik. Tiba-tiba kaki aku tergelincir. Aku da tergapai-gapai. Masa tue apa yang aku nampak air sungai je. Warna cahaya matahari kena air. Dalam pala aku pikir da nak mati kot aku nie.

Masa tue mak datang nak capai aku. Mak dapat pegang tangan aku tapi xdapat nak tarik aku. Mak cakap mak jugak nak lemas sebab air dalam sangat. Pastu abg pie datang nak tolong. Pun xdapat jugak. Last-last abg mie berenang dari seberang sungai baru la dapat pengang tangan aku dan naik ke darat. Mak ape lagi naik je ke darat tus cakap "Nak lagi gi main kat tempat dalam". Aku jawab "Tak nak dah". Insaf aku sekejap.

Sekarang nie aku dok atas kerusi dok ngadap laptop. Hmmm.. Kalo xde diorang mungkin aku xsempat nak kenal laptop. Terima kasih mak, abah dan adik-beradikku. I love you all.

4 Pandangan Kekawan:

razor said...

huhu...

tengok jogho? mcm tu ka kampungnya?

pah2 skang ni hebat a berenang? meh lumba kalau berani. hehe.

pernah gak lemas dulu. bukan tak pandai berenang, tapi main selam2 kepala ngan abg aku.


lalala

~flyo~ said...

Razor
Xde la camtu. Camne kampung kat felda lebih kurang.

Ok set bila nak. Aku naik tug boat.

Qaseh Qasturi said...

tumpat kat mana erk...kampong kita pon kat tumpat..

~flyo~ said...

qaseh qasturi
sekampung le kite ye yob

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...