Wednesday, December 1, 2010

Gaji jaga



ni skim gaji baru utk jaga kat Malaysia yang dikemukakan oleh PPKKM. Kat situ tulis caj minimum jaga utk kawasan KL adalah RM7.50sejam. Bagi jaga tidak bersenjata.

Ok....Cuba kita kira. Kita amik kadar RM6.00sejam je la. 
RM6.00 x 12jam x 30.5 hari = RM2196 sebulan


Dan tadi aku ada jugak gi jumpa dengan pengurus bagi kompeni pengawal keselamatan di KL nie. Brader ni cakap gaji gaji minimum bagi jaga berkuatkuasa mula 1 Jan 2010 adalah RM700 sebulan tidak termasuk bayaran Overtime. Dan mengikut pegiraan dia cakap sebab biasa sorang jaga akan keje 12jam sehari. Maknanya 4jam OT sehari. Dan ini bermakna paling busuk pun jaga akan dapat gaji RM 1100 hingga RM 1400. Ni kira jaga yang paling koman. Jaga yang gagap la. Jaga yang Fluent BM, BI, Tamil dan Mandarin agaknya lain skit la gaji sebulan dia dapat.

Amacam ngam x gaji tue. Xyah nak pikir-pikir. Keje jaga bangunan je. Leh dapat gaji sama ngan orang yang ada sijil kemahiran. Keje kilang teruk-teruk pun dapat sama kan??

Mungkin lepas ni orang nak pakai jaga akan pikir berkali-kali untuk amik jaga lepas caj yang dikenakan dah dinaikkan leh kata 100% dari harga yang dulu.

Dan aku xtau nak cakap apa lah kalo lepas harga nie diperkenalkan. Jaga masih tido, buta huruf, xtau menulis dan sebagainya.

9 Pandangan Kekawan:

Koyuki said...

orait lagi jadi jaga..yg belajar bertahun2 ni nak dpt kerja bkn main susah

lea said...

tak sabar nak kerja..

redza said...

harap2 pasnih jaga akan 'jaga' bkn tido

lalink7 said...

dia naikkan nie sebab jaga terutamanya yang menjaga bank atau kedai brg kemas selalu terancam dengan bahaya..tkut risau kena tembak..

benci 'jaga' yang asik tdo masa betugas..huhh

Frodo Baggins said...

'jaga' yg kene berjaga-jaga dan jaga! haahh .... bsr peranan diorg. ehkeke

syaf said...

best kan jadik jaga...gaji dah besau skung...dulu bapak aku jadi jaga. lame gak. aku pun pernah gantikan die sehari jadi jaga kat skolah rendah mase abih SPM dulu....skung beliau dah stop, motong getah plak..

gaji tinggi boleh lah pak2 jaga ni tampun g hiudp anak bini skung...

Katak Ijau said...

pergh...rasa nak berenti keje then jadi jaga jek...haha

cikmemy said...

jadik jaga susah oo....diri sendiri di ambang bahaya.

pakcik jaga belakang umah aku kene penggal kepala sebab dia tak bagi orang masuk kat blok yg dia jaga...

khairolghani said...

boleh tahan juga gaji mereka..tapi kalau jadi jaga,tapi tido time kerja,boleh masuk tak berkat juga kan gaji tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...