Thursday, October 27, 2011

Monday, October 24, 2011

I follow!!!

 AJK Bergambar bersama SY

Brader SY dan Puan Pengarah.

20 Oct 2011, sempat bertemu ngan Brader Salih Yaacob (SY) bagi sidang media sempena 
Karnival Spa, Kecantikan dan Kesihatan di Bangunan Medan MARA.
Karnival akan berlangsung pada 28 Oct 2011- 2 Nov 2011 di Bagunan Medan MARA.
Ada pelbagai produk yang dipamerkan dan ada juga peluang perniagaan bagi yang berminat.
Brader SY kita juga akan membuat pengenalan produk beliau SY Cafe pada 29 Oct 2011. 
Jemputlah datang beramai-ramai bagi memeriahkan karnival.
Ada hadiah cabutan bertuah lagi.



Brader SY ni agak sempoi dan sporting orang nya.
Bila ada kekawan yang cakap 'I foloow!!!'
Brader SY dengan selamba menunjuk 4 jari.
Pepaham je la ye.

Sunday, October 23, 2011

glory glory

Sronok aku tengok bola malam ni.
Glory glory Man City.
Terbaik la. 
The Citizen telah kalahkan Red Devil.
Paling aku suka bila part 2 gol Dzeko dan 1gol Silva dalam masa 5minit.
Silva mmg terbaik.

Man Utd 1 - 6 Man City
Arsenal 3 - 1 Stoke City 
Everton 3 - 1 Fulham

Saturday, October 22, 2011

perisian tiruan

Harian Metro, hari ni, berita bertajuk 'Dua Syarikat Guna Perisian Cetak Rompak Diserbu'.

Dua komppeni, 1kompeni pembinaan dan 1kompeni kejuruteraan diserbu KPDNHEP. Antara software pirate tersebut adalah Adobe Acrobat, Adobe Photoshop dan lain-lain.

Dan aku rasa bukan 2 kompeni tu je. Aku kompeni2 yg aku keje dulu pun byk je pakai software pirate. Dan aku sendiri skang ada pakai pirate punye. Utk keje ke ape. Kalo mintak ngan bos nak duit beli software original mmg xkan nya nk lulus. Ye la sstgh software tu lesen smpai RM15k.
Sedangkan DVD pirate baru je RM15.

Kalo software cam anti virus yang harga RM50-RM100. Ramai lg yang mampu nak beli. Tp kalau da sampai ber K harga nya susah la.

Aku skang pun lebih memilih software yg free kat tenet. yang boleh didownload je.


Friday, October 21, 2011

CInta hati ku




Ni antara pic terbaru anakku, Muhammad Afif Haiqal. Pengubat bagi aku dan isteri.
Sekarang da pandai melonjak kan kaki dia dan tido pun nak berbuai kalo boleh.
Melihat Haiqal membesar bagaikan satu nikmat tidak ternilai.
Terima kasih Ya Allah.








Bagi ibu bapa yang ada anak jangan dok buat cam gambar ni ye. 
Kang anak salah faham plak. hehehe

angry





Mood aku mmg xbtol skang ni. Dan aku rasa aku nak je penerajang orang skang nie.
Memang da lama aku x bergaduh, dan aku rasa mungkin ari nie aku akan guna balik buku lima aku.
Jangan kau ingat aku diam selama ni aku ni innocent. 
Kau belum kenal aku sapa, dan jangan ingat selama ini aku diam aku akan selamanya diam.
Jangan sampai aku berbicara dengan kaki dan tangan.

Tuesday, October 18, 2011

Dulu dan Sekarang....

Dulu, nak tengok cerita hantu melayu dalam wayang pun susah apatah lagi dalam TV. Mungkin sebab mereka yang dulu-dulu suka merujuk pada cerdik pandai dalam agama atau mufti, sebab cerita-cerita Tahyul ni bukan beri banyak manafaat pun. Sesilap hari bulan leh bawa kepada kerosakan ummah dan akidah masyarakat. Ye la bila da takutkan hantu lebih dari takutkan Allah swt dan Ibu Bapa. Camne tue?

Kalau zaman bebudak dulu, nak dengar cerita hantu dari orang tetua je la. Orang tetua selalu membayangkan hantu tue berambut panjang, mata merah, gigi taring yang panjang, kuku pancang, kurus kering dan pakai baju putih. Sampaikan kalau memalam nak berjalan malam pun agak seram. Kalau terserempak ngan makcik yang baru balik dari surau pakai telekong putih pun sudah kecut perut lari. Haishhhhhhh..... Tapi zaman aku dedulu orang tetua kampung aku suka takutkan bebudak ngan Hantu Kopek (tetek) dan Hantu Raya. Paling femes la kat kampung aku. Kira Hantu Kopek dan Hantu Raya ni superstar la.

Tujuan diorang mencerita kan cerita hantu plak bukan nak suh kita takutkan hantu. Diorang nak supaya kita tidak selalu keluar memalam, merayau sesuka hati. Sebab malam itu gelap, dalam gelap banyak menda tak elok leh jadi. Dan untuk mengelakkan hantu syaitan suma ni, orang tetua akan suh kita mendekati diri dengan Allah swt. Mengaji quran jangan lupa, semayang puasa jangan tinggal.

Sekarang, cakap je cerita hantu apa nak tengok suma dah leh tengok. Xyah nak imagine lagi, xyah nak gi rumah buruk atau kubur cina lagi nak tengok hantu. Gi je panggung wayang, beratur dan beli je tiket wayang hantu apa nak tengok. X pun duduk je depan Tv, tekan je remote control tu, kuar la hantu apa korang nak. Suma ada. Apa ada kisah???


Dedulu pun xde cerita Melayu yang beraksi lanjan, skang siap leh masuk wayang lagi. Memang btol pelakon tue bukan wat bebetol. Kalau untuk orang dewasa mungkin leh pikir mana baik buruk nya, tapi kalau remaja sekoalah camna? Leh kontrol ke?? Kang wayang lanjan kat depan, kat belakang diorang pun dok lenjan skali. Dalam wayang kan gelap. Hurm......

Ke orang skang buat filem nak box-office cepat je. Tue sebab selit aksi lanjan, senang nak tarik golongan remaja tengok.

Dalam berita semalam aku rasa, berita paling sadis penah aku dengar, kat China budak 4tahun digilis dan orang lalu lalang xhiraukan langsung. Siap digilis dua van lagi. Seb baik ada sorang yang baik hati sudi menolong. Dan kat Malaysia, budak 14tahun sanggup kelar belakang, badan dan leher sorang bayi yang baru dilahirkan nya. Kejam kan??? Dimanakah hilang peri kemanusiaan?? Dimana hilang sifat kasih sayang??


Sunday, October 16, 2011

Hidup

Langit tidak selalunya cerah pasti  akan ada mendung, ada ribut.  Begitu juga hidup kita, tidak selalu indah pasti akan ada duka dan kelamnya.

Kekadang bila ditimpa ujian dan musibah, kita sering menyalahkan takdir. Menyalahkan  nasib. Kita merasakan nasib kita sudah teruk. Walhal masih ada yang lagi teruk.

Sentiasa bersyukur lah. Ingat walaupun kita sudah susah pasti ada yg lagi susah. Kita mungkin masih mampu untuk makan KFC sekali sebulan, tapi masih diluar sana yang nak makan nasik sekali seminggu belum tentu.

Bersyukurlah. Lafazkan alhamdulillah. Jangan sekali di lupa Allah swt walau dalam susah dan senang. Moga hidup kita selepas ini akan lebih tenang.

Friday, October 14, 2011

belajar


belajar. 
aku tengah belajat wat menda ni. cuba buat lukisan pelan konsep premis seperti mana bos aku minta.
memang terkial2 aku blaja wat menda ni. 
blaja ikut tutorial kat youtube.
untuk wat drawing 2d biasa guna autocad je.
tp utk wat drawing 3d guna autocad mmg aku xreti.
ni aku gunakan google sketch up.

aku masih tengah blaja lagi.

Wednesday, October 12, 2011

Pekerja jatuh pelantar tapak pembinaan runtuh

RANAP...tapak pembinaan pusat beli-belah yang runtuh, semalam.



Pandangan aku:

- Kemungkinan perancah yang di pasang untuk sokongan sementara dipasang tidak mengikut cara yang betul dan tidak di pantau sebaiknya oleh Competant Person (scaffolding) dan Safety Officer.
-Sokongan sementara yang digunakan mungkin kurang bagi meyokong berat beban konkrit dan rebar yang digunakan.




Kemalangan memang sesuatu yang sukar untuk kita elakkan. Tapi langkah pencegahan adalah yang terbaik. Kekadang dalam kerja pembinaan ni terdapat kontraktor terlalu mengejar masa sampaikan kekadang langkah keselamatan di abaikan. Dan ada juga kontraktor yang tidak membekalkan alat perlindungan diri kepada pekerja. Walhal kebayakan kontrak kerja ada memasukan item alat perlindungan diri dan OSHA Akta 15 turut menegasakan bahawa Keselamatan Pekerja adalah TanggungJawab majikan.

Aku rasa kemalangan yang terjadi ni jugak akan wat pasni pihak JKKP akan lebih agresif pasal kalau x silap bulan ni saja dah dua kemalangan di tapak bina keluar di muka akhbar. Minggu lepas pasal tower crane terbalik di Pulau Pinang.

Bagi aku dalam melakukan apa-apa kerja pun, Keselamatan perlu diutamakan. Ingat nyawa tiada galang gantinya walaupun ngan wang berjuta.

Kalo da mati duit tu org lain dpt ye dok??

Thursday, October 6, 2011

My Generation


isteri ku telah selamat bersalin pada 4 oct 2011 jam 0002.
muhammad afif haiqal.

terima kasih pada isteri tersayang.
moga keluarga kami bertambah bahgia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...