Tuesday, March 8, 2011

ZaMan Gelap Aku: Curi Rokok CIkgu

Aku masa remaja dulu nak kata skema x jugak. Nak kata jahat pun x jugak. Nak kata alim x jugak. Bak kata Iwan Dangdut dalam lagu dangdut dia yang aku xhingat apakah tajuknya tapi bunyi liriknya lebih kurang camni la 'yang sedang-sedang saja'.


Masa aku form 4 dan 5. Kelas agak banyak presentation kena buat. Terutamanya kelas biologi. Cikgu bio aku Cikgu Anuar. Terima Kasih Cikgu.

Ada satu hari tue. Aku and da' geng kena la present satu topik xsilap aku pasal usus dalam bentuk peta minta. Dalam group aku nie ada la 4orang. Suma laki. Cam biasalah bila last time present tue ada la sesi soal jawab.

'Ada sebarang soalan' tanya Daus.

Sepi kelas. Diam. Cam xde soalan nak tanya. Mesti ni pasal kami terer present jadi semua paham. Tue yang xde soalan. (Walhal, kompem sorang pun xpaham apa yang kami present. Sebab kami pun xpaham)

Dalam dok tunggu soklan tue. Tetiba Apis cuit bahu aku. Sambil memuncungkan mulut.

'Apa dia?' Tanya aku.

'Kat lantai tue. Mild Seven' jawab Apis.

'Kau nak ke?? Menda free jangan ditolak nenek aku pesan.' sambung Apis lagi.

Mild Seven tue adalah rokok cikgu Nuar yang cicir. Tapi kompem cikgu Nuar xsedar.

'Ok. Aku akan ejaskan' jawab aku dengan kompiden.

Oleh sebab xde soalan. Aku pun tanggal la kertas presentation tue. Sambil melipat-lipat kertas tue ngan lembabnya. Aku rasa siput sedut pun xselembab aku lipat ketas pada hari tue.

'Ok x presentation kami cikgu??' tanyak aku pada cikgu Nuar sambil merapatkan diri ngan cikgu Nuar.

'Ok. Tapi x cukup padat lagi. Kurang ummppphhhh lagi.' jawab cikgu nuar.

Apis pulak datang ke belakang cikgu nuar. Bawa buku rujukan konon nak tanya soalan yang x paham. Manakala, aku pulak nyepak rokok cikgu dan menggunakan kertas presentation untuk cover kaki aku.

Sretttttttttttt.....Rokok menggelungsur ke tepi dinding. Misi utama da berjalan lancar.

Abes je kelas Bio. Cikgu Nuar keluar. Laju je Apis gi amik rokok dan mintak aku cover line. Ade dua tiga orang budak kelas aku join sama. Almaklum la. Kenduri rokok free. hahhahaah.....



Dan yang bestnya. Malam sebelum exam bio SPM. Kami berempat pegi ke rumah Cikgu Nuar. Dia adalah warden asrama. Untuk mintak maaf pasal curik rokok cikgu.

Alhamdullillah.....Result bio SPM kami berempat adalah cemerlang. Dan skang suma da berjaya. 

Terima Kasih CIkgu


PSP: Aku bukan perokok.
PSP2: Buat salah dan mengaku kesalahan itu perlu. Jangan egois.

8 Pandangan Kekawan:

intan izani said...

sian cikgu tu hilang rokok. ;p

Faaein Himura said...

pelajar contoh ni.. bagus!.. hahaha..

redza said...

hahahaha

Puan Capa said...

aku report kat cikgu nuar!

sharamli said...

nakal ek

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

huhu...baik btol siap pegi mintak maaf balik tu :)

first time menipu

bujal X said...

rokok orang kaya tu~mild seven~

oh hai selamat kenal kamu~

Daddy Ziyyad said...

hahaha..terbaik lah ko bro...curi rokok warden....:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...