Thursday, March 10, 2011

Racing

Ada tiga orang sahabat. Abu, Yus dan Meon duduk kedai kopi. Sembang kosong. Order Teh-O ais segelas berharga RM1.20 tapi duduk nyembang ala YB dekat 3jam. Ketiga-tiga nie kawan lama, kongsi satu minat racing.


'Semalam aku gi merempit kat Shah Alam. Layang roundabout kayangan. Asah lutut beb.' cerita Yus beriya.

'Hebat la kau ye. Ade awek x??' tanya Abu.

'Ado. Montok-montok. Ade sorang minah kilang aku angkut semalam'  jawab Yus.

'Ade lebih x?? Past la kat aku sorang.' soal Abu yang banyak tanya.

'Member punye pasal xde hal la. HAh......Meon, ko nie pesal diam je dari tadi. Kata kaki racing. Ko xnak join aku ke Ahad malam nie.' tanya Yus pada Meon yang muka blur je sedari tadi.

'Xnak aku. Buang masa. Xdapat duit pun' jawab Meon.

'Aih ....Kata racer?' sampuk Abu.

'Moto kapcai aku xlayan sangat la. Rempit-rempit i don't like la. Aku layan superbike dan keta je' jawab Meon.


'Aih...........Bila plak ko pakai keta ngan superbike. Sape punye? Aku tengok kau ade Honda C70 je.' sampuk Yus plak.

'Ade.....Baik punye aku make-up. Xtunjuk kat korang je. Siap dah beribu-ribu dollar da aku menang. Biasa aku pakai Mitsubishi Evo IIV je. Takat Supra, RX-8 ke, Impreza ke. Rilek je aku tinggal lima tiang. Malas la nak sembang' cerita Meon ngan kompidennya.

'Ko biar btol, Meon??? Ko bawa moto pun cam siput sedut je. Camne lak ko leh race keta plak?? Lesen pun xde.....Siap menang dollar lagi. Mana kau Race???' tanya Abu yang tak puas hati.


'Btol. Aku race kat PS2. Need For Speed Carbon.' jawab Meon ngan muka x bersalahnya.




PSP: Janganlah x merempit kalau rasa nyawa anda x berharga. sekian

9 Pandangan Kekawan:

Puan Capa said...

aku pun merempit!!!!dalam games hp!best ooooooo~

redza said...

game NFS mmg best tpi dh lama gaklah aku xlayan apa2 game ps2, pc

cik ubi said...

meon ni bagus btulla..mesti meon gemuk2 kan..haha

she-G said...

baru nak iklan...
kat raub insya ALLAH kalo diperkenankan oleh polis akan dibuat sprint test tiap2 malam mggu di krm raub..hehehe
tp tunggu kelulusan polis dulu

http://aniesandyou.blogspot.com said...

pe kelasss PS2 bang...hik3

sharamli said...

bukan main lagik..
m0nt0k-m0nt0k

khairolghani said...

lama tak main NFS..last main 3 tahun lepas..

budak ice said...

hahaha..sembang!!

cikmemy said...

haha..sembang lebat taw2 game kann...cissss..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...